assalamualaikum

Friday, September 30, 2011

peluang untuk kembali

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 

 

 " kak,adik rasakan perempuan yang pakai purdah tu ada sebab la dia pakai purdah tu"

"ha? sebab apa?"

"tadi masa dia buka kain semayang, rambut dia dye"

".............."

 

sememangnya perasaan syak wasangka itu turut hadir tapi think positive... kita tak tahu sejarah hidup mereka, mungkin dia start pakai tudung dan purdah selepas dia mewarnakan rambutnya. Nak potong rambut sayang, so biarlah... takkan nak warna rambut warna hitam balik kot... so, dalam hati conclusionnya dia sedang kembali ke jalan allah, sebagaimana yang sedang aku, kamu, dan anda sedang lakukan...

 

second chance, everyone deserve the second chance... so jangan lah selalu syak wasangka pada orang lain... semua orang ada perasaan untuk kembali pada fitrah, mensucikan dir dari dosa-dosa, namun kadang-kadang mereka tak punya family, kawan untuk membantu... jadi kita yang juga dipikulkan dengan tugas menyebarkan agama allah ini perlulah take action...

 

namun....aku sendiri pun masih tidak punya keberanian untuk berbuat begitu...setiap kali hati rasa resah dengan tindakan kawan-kawan yang melakukan perkara yang tak baik, namun mulut aku masih tidak berani untuk mennidakkan mereka... terasa diri ini masih sangat kekurangan ilmu.... walaupun dah banyak kali baca artikel2 agama yang menyatakan kita tak semestinya menunggu kita perfect dalam bidang agama untuk menegur, kalau macam tu sampai bila2 kita tak akan menegur kesalahan yang kita nampak... 

 

hurm...lemahnya imanku....

 

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

 

wassalam 

Tuesday, September 20, 2011

Apa itu cinta ?



Bismillahirahmanirrahim.....





Apa itu cinta? mari mendengar definisi cinta daripada ustaz Kazim..

"Cinta x semestinya ke jinjang pelamin"

sesungguhnya redha ibu dan bapa itu penting, jangan kerana terlalu ikutkan nafsu, ibu bapa kita derhaka. Siapa si dia yang kita hendak letakkan lebih tinggi dari ibu bapa kita? Dia kah yang menghabiskan duit, tenaga dan masa untuk membesarkan kita sampai sekarang?Wahai diri yang bergelumang dengan dosa, fikir-fikirkan lah....

Wassalam

Wednesday, September 14, 2011

cinta? couple?

Bismillahirahmanirrahim....


 Sebab banyak sangat tengok status di fb terutamanya wanita kecewa sebab cinta, terasa pelik pula....  Mengapa mengharapkan cinta yang tak pasti...



Benarlah cinta buta melalaikan
Tanpa memikirkan batas syariatnya
Semuanya itu hanya ujian didunia
Ia adalah mahar untuk kita ke syurga

(permaisuri hatiku-Hijjaz)




Tipulah kalau cakap manusia itu tak ada perasaan cinta pada manusia lain... Setiap manusia punya rasa cinta, tapi malangnya mereka tidak betul-betul menggunakan perasaan ini. Terutama remaja yang kian meningkat remaja, jika kita sebut cinta ja mesti ingat pada yang bukan muhrim. Memang menjadi lumrah, lelaki terpikat kepada perempuan , perempuan terpikat pada lelaki tetapi kita punya guideline dalam percintaan ini.


Pernah dengar kisah percintaan Saidina Ali dengan Fatimah r.a ??? Masa saya baca kisah mereka, wah...suci... sememangnya percintaan yang suci. Mari baca di sini. Saya yakin anda pasti kagum, inilah cinta yang sejati, dari hati ke hati tanpa bicara, keberanian hamba Allah yang yakin akan jodohnya. 


Kita (yang lelaki) sepatutnya mengambil contoh dari Saidina Ali ini, walaupun rasa cinta itu ada namun hebat perasaan ini terjaga dan dalam masa yang sama berusaha untuk memiliki sang pemanah hati namun dengan cara yang diredhai Allah. Macam selalu orang kata, kalau dah suka, masuk meminang. Tetapi masalahnya , bagaimana kalau si lelaki masih belajar, masih mengharapkan duit mak ayah? Sekali lagi ingin ditegaskan, kita kan ada guideline dalam setiap inci kehidupan kita, Al-Quran dah cukup lengkap menjawab persoalan kita. Berpuasalah jika tidak mampu ( kerana puasa itu kan mengawal nafsu, jangan puasa tahan lapar sahaja), yakin lah pada Allah, kalau ada jodoh tak kemana, atau pun bak kata kawan saya, kalau ada rezeki tak kemana. Yang pasti, banyakkan doa, solat hajat, dan berusahalah supaya kita meminang dan menjadikan dia isteri kita yang sah. 


Islam itu indah, mengapa kita nak ikut cara hidup orang-orang bukan islam? Bercouple...Berpegang-pegangan...Dating.... Bergayut.... dan yang menyedihkan, ada yang sudah melayan kekasih mereka seperti isteri mereka... Subhanallah... Yang malangnya wanita tu juga.


Oleh itu, kita (yang perempuan) perlulah betul2 fikirkan tindakan kita. Mahukah maruah kita dimurahkan begitu sekali? Tak salah jika ingin punyai rasa cinta, tapi contohi la puteri Rasulullah S.A.W. Walaupun suka, tapi hanya di hati, tak perlu dibicarakan. Kerana keyakinan 100% pada Cinta sejati. Tak perlu mengejar cinta ilusi, kejarlah Cinta Hakiki, nescaya cinta ilusi akan mengejarmu. (maaf yer, suka bermadah skit, harap anda paham yer).



Kalau pada yang dah couple tu, fikir lah. Apakah anda betul-betul mencintainya?



Kalau betul mencintainya kenapa perlu kita mendorongnya ke arah kemaksiatan? 


Tanda cintakah itu? 


Mahu kah kita orang yang dicintai di azab nanti? 


Dan kita juga turut sekali kerana bersekongkol dengan nya?


Cintakah dia pada kita jika dia mengajak kita ke arah kemaksiatan?


Bukankah bila kita mencintai seseorang itu kita akan usahakan semoga dia berbahagia dunia akhirat, tapi kenapa kita sendiri yang membawanya ke arah kesengsaraan?


Tidak sedarkah kita?


Cintakah itu?


Atau semata-mata nafsu???


Memang tak salah punyai rasa cinta pada si dia, tapi alangkah indahnya jika rasa cinta yan membuatkan kita merindui, angau ni di beri pada pencipta kita?? Bukankah Dia lebih layak daripada dia?


Siapa yang memberi kehidupan pada kita? Dia atau dia?


Siapa yang memberi rezeki pada kita? Dia atau dia?


Sesungguhnya cinta pada Allah itulah cinta sejati, nescaya kau takkan di khianati.


"Aku dah berusaha nak jadi orang baik, tapi macam Allah tak terima aku ja"


"Kenapa lah makin banyak masalah bila aku nak jadi baik?"


Jika di hati atau mulut kita ada mengatakan ini, jawapan untuk anda :


“Apakah manusia itu mengira, Kami membiarkan mereka berkata: Kami telah beriman, sedangkan mereka itu belum diuji?”
(Al-Ankabut:2)



"Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ehwalmu."
(Muhammad:31)



“Dan mintalah pertolongan daripada Tuhanmu dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk”
(Surah Al-Baqarah ayat 45)



Jadi jangan memanipulasikan hidup kita dengan alasan. Alasan tu mainan syaitan dan iblis supaya kita sentiasa terpesong dari jalan kebenaran. 


Sesungguhnya saya turut termasuk dalam orang yang excited lebih bila suka kat seseorang tu, tapi pandai pula tulis untuk menasihati orang. Tapi apa salahnya saling nasihat-menasihati kan? Ayuh, buang maksiat, ambil berkat!!! Masih belum lambat untuk bermujahadah, mari kita memberi sepenuh cinta pada Allah. Yakinlah pada ketetapannya, kerana pemberiannya yang terbaik. Berdoalah..... dan bersabarlah....








M.A.F.A
Wallahualam.





Wednesday, September 7, 2011

Pepatah Pujangga-Hijjaz

 

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Pepatah Pujangga

Album : Pelita Hidup III
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com




Burung-burung berterbangan
Angin pagi bertiupan
Sang suria mula memancar
Menyinari alam semesta


Insan di dunia mula tersedar
Sehari lagi umur bertambah
Yang dah pergi akan di ganti
Yang masih hidup terus berbakti...


Jangan takut pada mati
Jika beriman bertaqwa
Kubur bukan perhentian rohani
Tapi perhentian jasmani


Wahai orang-orang beriman
Inilah pepatah pujangga
Kata yang telah diberikan
Dari insan bijaksana


Mari insan mari semua
kau dan aku Menadah tangan
Memohon doa pada Ilahi
Agar selamat hidup dan mati








p/s : Saja jer, mari dengar dan ambil pengajaran dari nasyid ini.. ^_^




M.A.F.A
wassalam

Friday, September 2, 2011

Adab-adab menuntut ilmu

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 

Alhamdulillah, kita (pelajar-pelajar universiti) bakal kembali ke tempat belajar masing-masing setelah berbulan-bulan bercuti. Semoga waktu-waktu cuti kita ini telah dimanfaatkan sebaiknya.




Oleh itu, sebelum kita semua memasuki kelas-kelas, apa kata kita refresh balik adab-adab yang perlu di praktikkan sewaktu menuntut ilmu. Sebagai orang yang menagihkan ilmu, kita perlulah menghormati guru-guru kita. Apalah sangat adab kita bagi menghormati mereka dengan ilmu yang bermanfaat yang dicurahkan oleh mereka, Adab orang belajar  ilmu ada 11 perkara seperti yang disebutkan oleh Imam al Ghazali rahimullah taala di dalam Bidayatul Hidayah :
  •  APABILA BERJUMPA DENGAN GURU MAKA HENDAKLAH KITA MENDAHULUI MEMBERI SALAM 
Ingat tak lagi waktu zaman sekolah-sekolah dulu, pantang nampak cikgu ja mesti kita akan bagi salam siap dengan smiley lagi. Kalau sepuluh cikgu lalu, sepuluh-sepuluh cikgu tu jugak kita bagi salam, tiada erti penat lelah memberi salam. Alangkah sucinya zaman kanak-kanak dulu. Bila makin meningkat usia, makin liat mulut kita nak memberi salam, senyuman apakah pula.
" Aku bagi salam pun, bukan cikgu nak jawab"
Jangan la berperasangka buruk, bukan kita seorang jer yang bagi salam kat cikgu tu. Mungkin cikgu tu jawab dalam hati. Siapa tahu. Yang penting kita ucapkan salam, bukan kena bayar pun kan, bahkan kita dibayar dengan pahala. Alangkah senangnya nak memperolehi pahala.
Malangnya apabila saya  masuk ke alam matrik dan juga universiti, dan makin berkurang bilangan pelajar-pelajar yang memberi salam pada guru-guru mereka. Apa sudah terjadi? Adakah kita makin sombong pada guru sendiri?
" Malu la aku nak bagi salam, orang lain tak bagi salam pun. Lagipun sekarang ni bukan dekat sekolah dah. Tak der orang nak marah-marah dekat perhimpunan sebab pelajar wat dek kat cikgu"
Ala... apa salahnya kita bagi salam walaupun sekarang dah bukan macam dekat sekolah dulu-dulu. Tak kira dimana kita berada, guru tetap guru, insan yang mencurahkan ilmu kepada kita.


  • JANGAN BANYAK BERKATA-KATA DI HADAPAN GURU
Kalau dulu di sekolah pelajar-pelajar takut cakap depan kelas sebab nanti kena berdiri atas kerusi, tetapi sekarang ni di kolej mahupun universiti mana sama. Pensyarah tak der la sampai suruh diri atas kerusi, paling hebat pun kena tegur je pun.  Eh...jangan begitu. Kan kurang ajar tu bercakap-cakap depan guru. Bayangkan kita ditempat guru itu, suka ker kalau masa kita penat-penat mengajar orang sembang di belakang? pikir-pikirkan. Walaupun kita nampak guru/pensyarah wat dek jer, tapi mampukah kita melihat menerusi hatinya? Tak baik buat guru sedih dengan kita, takut tak berkat ilmu tu nanti


  • JANGAN BERKATA-KATA PERKARA YANG TIADA DIIZIN OLEH GURU 
 Ni pun sama juga. Jika cikgu sedang mengajar dekat depan, kita jangan cakap-cakap lagi-lagi bercakap tentang perkara yang tidak disukai guru. Kalau guru kata diam, kita mestilah diam. Lagipun memang munasabah jika guru suruh diam sebab macam mana nak dapat ilmu kalau kita tak beri perhatian waktu guru mengajar
  
  • JANGAN BERTANYA AKAN GURU SEBELUM MEMINTA IZIN BELIAU  
Kalau guru tengah mengajar dekat depan, jangan la tiba-tiba tanya soalan. Paling elok pun tunggu la guru habiskan kata-katanya dulu. Bak kata orang kedah, jangan dok main serbu ja, biarlah beradab skit. hehe Lebih elok angkat tangan dulu, tanda kita ada perkara nak tanya.
  • JANGAN MENYANGKAL PERKATAAN-PERKATAAN GURU 
Walaupun apa yang diajar guru macam pelik ja, jangan pakat tibai bantah terang-terangan. (suka betul cakap kedah..haha) Biarlah berhemah. Mana tahu, mungkin apa yang guru ajar memang betul tapi kita anggap tak betul sebab kekurangan ilmu. Yang pasti, jagalah maruah guru kita. Jangan bongkak dan sombong seolah kita ni pandai daripada guru, siap bagi pandangan sinis lagi. People do make mistake right? so jangan la sebab guru salah sebut, atau salah tulis kita dah nak kutuk mereka. ish ish kejamnya...
  • JANGAN MEMBERI ISYARAT AKAN GURU DENGAN MENYALAHI AKAN BICARA GURUNYA
Ini pun sama la, kalau kita rasa guru tu kebarangkalian buat silap, jangan la kita buat muka atau pun gaya yang mengatakan dia silap. 
  • JANGAN BERBISIK-BISIK IA DENGAN ORANG YANG DUDUK BERSAMANYA DI HADAPAN GURU
er, yang ni tak perlu hurai pun boleh paham kan... Selalu ja pelajar-pelajar buat macam ni termasuk lah diri ini...T_T macam mana la ilmu nak berkat. Sama juga la bagi yang guru mengajar didepan, kita baik punya buat kerja lain kat belakang. main handphone la, baca buku subject lain la, tido la, dan macam-macam lagi.
  • JANGAN BERPALING KEKIRI DAN KEKANAN DI HADAPAN GURU
 Bermaksud berilah perhatian waktu guru mengajar.
  • JANGAN MEMPERBANYAKKAN PERTANYAAN PADA GURU TAKTALA GURU SEDANG LETIH
Kalau kita letih pun kita tak suka orang kacau kan. Jadi cuba memahami sikit bila nampak guru tu macam letih jer, tak perlula nak tanya beratus-ratus soalan. 
  • APABILA BERDIRI GURUNYA ATAU BAHARU DATANG GURUNYA ITU KEPADANYA MAKA HENDAKLAH IA BERDIRI KERANA MENTA'ZHIMKAN AKAN GURUNYA ITU, DAN SEMASA BERDIRI ITU JANGAN DIIKUTI DENGAN PERTANYAAN  DAN SOALAN. DAN JANGAN BERTANYA MASALAH PADA KETIKA IA BERJALAN HINGGA SAMPAI KETEMPAT DUDUKNYA ITU , MELAINKAN KERANA DHARURAT MAKA IA TIADA TERTEGAH BERTANYA KETIKA ITU
Ini la cara kita menghormati guru. Ala, macam selalu kalau function besar2, pastu orang besar2 masuk selalu kita kena bangun kan tanda hormat, begitu juga la kita perlu hormat pada guru kita. Tetapi perkara ini jarang berlaku di universiti rasanya.
  • JANGAN JAHAT SANGKA AKAN GURUNYA ITU PADA SEGALA PERBUATANNYA YANG ZAHIR YANG MENYALAHI I'TIQADNYA ATAU BERSALAHAN PERBUATAN GURUNYA ITU DENGAN PENGETAHUANNYA ATAU DENGAN ADATNYA KERANA GURU ITU TELEBIH DAHULU TAHU DENGAN SEGALA HUKUM SYARA' DAN SEGALA RAHSIA SEPERTI HIKAYAT NABI MUSA A.S  DENGAN NABI KHIDIR A.S
Gi google kiasah nabi musa dan nabi khidir ni kalau malas sangat nak membaca terjemahan surah al-kahfi. sebab dalam surah al-kahfi ni ada kisah nabi musa dengan nabi khidir pada ayat 60 hingga 78.  Selalu lah bersangka baik pada guru kita sebab mereka terlebih dahulu mengetahui ilmu-ilmu yang bakal dicurahkan pada kita,
 

Apa-apa pun, mari tanya diri kita. Untuk apakah kita mencari ilmu? Kalau bukan niat kerana Allah, alangkah sedihnya.... kerana apa saja yang kita lakukan di atas dunia ini perlulah kerana Allah, kerana inilah satu-satunya cara supaya kita tidak melakukan perkara yang diharamkan oleh Allah. Mana ada orang melakukan maksiat kerana Allah, mana ada orang buat dosa kerana Allah... 


Jika mahu ilmu yang kita dapat in bermanfaat, ikhlaskan niat untuk menuntut ilmu, bukan belajar untuk exam jer, kalau untuk exam jer confirm lepas tu kita akan lupa yang kita belajar..kan kan? Namun jangan sebab sebab saya kata begitu, kita nak ambil mudah exam pula..exam itu penting untuk measure betapa kita memahami sesuatu subject itu.



    Thursday, September 1, 2011

    movie2 zaman sekarang

    بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


    Waktu-waktu menjelang raya atau apa-apa saja perayaan, tv mesti dah lengkap dengan pelbagai cerita-cerita 'menarik'. Pelbagai genre cerita ditayangkan dari komedi hinggalah ke misteri.


    Malangnya zaman sekarang ni kebanyakan penerbit ataupun pengarah filem cenderung memilih plot cerita yang menayangkan masalah sosial remaja zaman sekarang terutamanya cerita mat2 rempit. Tapi tu cerita tahun-tahun lepas la, tahun-tahun sekarang ni pulak cerita gangster-gangster.


    Walaupun last-last sedikit kesedaran diselitkan namun pada pendapat aku sebagai penonton, banyak input2 negatif berbanding input2 positif.


    Bukan aku nak condemn filem tempatan, tetapi cuba kita perhatikan....


    PENGGUNAAN PERKATAAN YANG *tuttt*


    Ye la, dah nak buat filem ganas-ganas, jadi ayat-ayat yang ganas tu confirm diperlukan untuk menghasilkan filem yang memang real ganas la. Takkan nak cakap saya awak pulak kalau watak gangster, mana masuk. NAMUN.... cuba tengok kat facebook la (senang skit, sbb skang suma org suka main fb) kalau ada ayat-ayat yang 'power' jer dalam filem, confirm ader jugak la page yang guna ayat-ayat tersebut. Ayat-ayat tu dah macam di "idola"kan oleh mereka-mereka termasuklah saya... T_T Masalahnya ayat-ayat maki tu turut di apply kan dalam kehidupan harian, sungguh xsedap telinga ini mendengar, macam kurang ajar jer. Padahal bukan ibu bapa yang kurang ajar, tapi filem-filem ni yang 'terlebih' ajar...


    SCENE2 YANG MELAMPAU

    memey ar... dah nama pun cerita ganas mesti la ada aksi ganas. Saya tak kisah kalau nak naik moto pelbagai aksi tetapi jangan la nak libatkan aksi-aksi yang menghairahkan.... astagfirullah al'azim... kita ni ada agama dan agama kita ni ada hukum2 nya untuk menjadikan kita ni manusia yang berguna... tetapi filem2 ni menayangkan aksi-aksi tu selamba ja.. Ye la, memang la diorang tak der la smpai "ehem2" tapi macam dah hampir jer saya tengok. Dah peluk2 dah pun, kan bersentuhan antara lelaki dan perempuan bukan muhrim tu haram, apakan pula peluk. Sampai aksi atas katil pun perlu ditayangkan. Jangan la gunakan modal murahan untuk meraih penonton, kalau kita wat cerita tanpa scene tu pun orang tengok la, asalkan ada jalan ceritanya.


    PAKAIAN YANG MENJOLOK MATA

    saya tengok pelakon perempuan ni berdressing.... aduhai... kain dah singkat sampai ke atas lutut... saya yang perempuan ni tengok pun rasa malu... ><" Dimanakah perasaan malu kita wahai kaum hawa.... kalau tak malu pada manusia pun malulah pada Allah... jangan kerana pengarah nak kita pakai baju camtu kita abaikan perintah Allah... astagfirullah al'azim


    Actually banyak lagi pengaruh-pengaruh yang tak baik dari filem-filem sebegini.


    Pada pendapat saya sebagai seorang muslim, apa kata kalau kita nak wat filem yang sebegini kita gunakan cartoon, tak perlulah guna pelakon-pelakon yang bernyawa, bahkan beragama. Takkan kita nak tengok pelakon-pelakon yang beragama islam terus hanyut begini, mereka mempunyai hak untuk dibawa pulang ke jalan Allah. Kita sebagai hamba allah yang diberi kesedaran dan ilmu oleh Allah semestinya menegur para pelakon-pelakon islam ini. Jangan dibutakan mata kita padahal perkara ini berlaku secara terang-terangan dihadapan kita. Apakah kita ingin tengok umat-umat islam hanyut begitu sahaja?


    Bila saya baca respon para penonton, kebanyakan mereka mengutuk para pelakon ini. Apa gunanya kita kata belakang? Dah la dapat dosa, lepas tu tak ada effect apa-apa2 pun dekat pelakon-pelakon ini. Ya, memang sudah ada yang menegur, kalau tidak masakan ada pelakon yang kini kembali memahami ajaran Islam yang sebenar, namun teguran ini perlulah dari seseorang yang boleh mempengaruhi mereka-mereka ini.


    Walau apapun, teguran yang mengandungi kebenaran tidak perlu disembunyikan. Tegurlah, walaupun kita dicaci, tegurlah walaupun kita dibenci. Asalkan usaha kita ini kerana Ilahi. Walaupun mereka tidak mahu menerima teguran kita, janganlah berputus asa, teruskan usaha melalui peribadi kita.Manusia ni kalau selalu tengok perkara yang baik, lambat laun insyaAllah mereka turut terdorong melakukan perkara yang baik.


    Namun jangan kecewa jika kita tidak berjaya, kerana Allah saja yang boleh memberikan hidayah kepada sesiapa yang Dia kehendaki.


    huallahualam...


    M.A.F.A
    wassalam