بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang
Sempena bakal menjelang 12 Rabiulawal tarikh lahir idola muslim2 seluruh dunia, apa kata kita me'refresh' kembali akan biodata insan yang bakal menolong kita di akhirat kelak dengan syafaat baginda S.A.W.
Nama :
Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutallib bin Hashim
Tarikh lahir :
12 Rabiulawal (tahun gajah) bersamaan 20 April 571masihi, subuh hari isnin
Tempat lahir :
Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukkaramah
Nama bapa :
Abdullah bin Abdul Mutallib bin Hashim
Nama ibu :
Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf
Pengasuh pertama :
Barakah Al-Habsyiyyah (digelar ummu aiman. hamba perempuan bapa rasulullah s.a.w)
Ibu susu pertama :
Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
Ibu susu kedua :
Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (Halimah As-Saadiah, Suaminya bernama Abu Kabsyah)
Pada usia 5 tahun
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hati manusia.
Pada usia 6 tahun
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah). Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman dan dibiayai oleh datuknya Abdul Mutallib.
Usia 8 tahun
Datuknya meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudarannya, Abu Talib.
Usia 9 tahun
( sesetengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun)
Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua2 rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi dalam kalangan bangsa arab yang lahir pada masa itu.
Usia 20 tahun
Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam 'Sirah', jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. Menyaksikan 'perjanjian Al-Fudhul; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah
Usia 25 tahun
Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan. Kali ini Nabi Muhammad SAW mengambil upah menjual barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. Ketika dalam perjalanan ke Syam, Nabi Muhammad SAW ditemani oleh Maisarah, lelaki suruhan Khadijah.
Khadijah ketika itu seorang janda kaya, berpengaruh dan dikenali ramai dikalangan masyarakat Arab Quraisy.
Baginda SAW bersama-sama Abu talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk memenuhi dan membalas peminangan Khadijah yang telah berusia 40 tahun. Mas kahwin baginda kepada Khadijah ialah sebanyak 500 dirham.
Usia 35 tahun
Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah. Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan Hajarul Aswad ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
Usia 40 tahun
Menerima wahyu di gua Hira' sebagai tanda perlantikan baginda sebagai Nabi dan Rasul akhir zaman.
Usia 53 tahun
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622Masihi
Usia 63 tahun
Kewafatan baginda di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11 Hijrah/ 8 Jun 632Masihi.
p/s : setakat ini dahulu biodata baginda Rasulullah SAW, insyaAllah akan disambung pada masa hadapan...
rujukan : diari islamiyah pemberian ibu (^_^)
wassalam
M.A.F.A