assalamualaikum

Sunday, April 21, 2013

0_0

Bismillahirrahmanirrahim

~mari turun mngundi, laksanakan tugas anda~

wah! lama rasanya xtulis kat sini. busy? mungkin...

sekarang ni tengah berangin sempoi2 bahasa yg ganaz, tetapi cantik untuk ditatap...pokok goyang2 ngan kuat....nice~~~ kalau pasni pindah dari kolej ni, mesti rindu sgt2...huhu half-heart.... aiyo

semester ini semakin tough, makin menngkat semester makin tough je kehidupan...pergh! tp xpela, baru mencabar, apa guna nya hidup tanpa dugaan, bukankah dugaan itu tanda Allah masih sayangkan kita, Dia nak check tahap iman kita...'bolehkan kita menghadapi cabaran dengan keimanan dan keredhaan?'

insyaAllah, semoga kita tergolong dlp golongan yg steadt je hadapi cabaran dan melangkah dengan senyuman ke syurganya.... insyaAllah.... insyaAllah...insyaAllah....

undi? yeay nak balik mengundi...first time ni!!!  nak undi sapa yer? hehehe mana tahu lagi....pilihan pertama mestilah undi orang islam, kedua mestilah tgk akhlak dia... kan? cmna nak tgk? ha............. ni yang susah ni...aisey... bolehkan judge menggunakan parti? hurm~~~ mungkin boleh kot...  mungkin x? complicated nih... 

apa2 pun undia anda, jangan tgk berita dari satu pihak ja, dan pastikan kesahihan nya, itu yg penting...jgn percaya bulat2 pada sesuatu berita tnpa bukti yang nyata...

apa2 pun, aku sgt2 x setuju dengan cara kerajaan kita handle proses PRU ni? kenapa perlu media berpihak pada kerajaan semata-mata? kita xperlu takut kalau kita berada dipihak yang betul? bukankah dengan membuatkan pihak media berpihak pada kerajaan menunjukkan ketidak adilan ? dan ini boleh dijadikan senjata pihak pembangkang mengatakan bahway kerajaan tidak adil...atau memangkah kerajaan mmg tidak adil? entah, aku xtahu.... tp aku xsuka kalau ketidak adilan berlaku...

xsuka xsuka xsuka

apa2 pun, semoga Malaysia terpelihara dari gangguan musuh islam...itu yg terpenting...


Thursday, March 28, 2013

running man versi QB


Bismillahirrahmanirrahim…

~sudah tertulis suratan hidup~

Alhamdulillah di panjatkan kesyukuran terhadap Allah atas segala pemberianNya terhadap segala makhluk dimuka bumi ini.. J

Dah lama rasa x tulis kat sini, rasa mcm busy je tp sbenarnyer xder la busy sgt, tp entah la, mungkin tiada kisah teladan yg menarik untuk dikongsi bersama rasanya.. hehe
Sbenarnya merancang untuk wat intership kat luar Negara tp cost nya yang membulatkan mata  membuatkan aku dah sahabat2 untuk minta sponsorship dari pihak university. Sepanjang buat proposal  ni macam2 sungguh masalah tp Alhamdulillah setakat ni masih okeh lagi….walaupun byk lagi step yang perlu dibuat…huhu harap2 sangat dipermudahkan perjalanan ini…

Tiba2 diorang suh slipkan sekali salinan passport…halamak!! Mana pernah ada passport!!, yang pergi Thailand tu pun curi2 masuk sebab sempadan je pun…ayoyoyoyo…. So plan utk wat passport hari ni..

Dimulai dengan bangun tidur yang lewat, hidup masih diteruskan…pergi lab dari kul 8-11pagi, kelas 11-12pagi dan briefing untuk g kl 12-12.30 tgh hari…. Pastu gi makan, solat zohor dan finally!! Pinjam kete nisha dan vroom!!! Aku ngan kak b telah start buat rancangan running man sendiri versi johor…huhuhuhu dimulakan dengan xder peta langsung untuk pergi jabatan imigresen kulai, cabaran tetap di hadapi…

dah la banyak kali pusing sana sini, siap termasuk simpang senai… dah siap nmpk airport senai lagi, nasib baik xda passport, kalau tak terus beli tiket naik flight gi luar Negara terus abis citer…huh… pastu u turn balik pergi kea rah kulai smpailah ke kulai jaya… pastu pergi kat jabatan pendaftaran Negara…biasalah org kampong mana nak tahu selok belok pentadbiran nikan…. So nmpk pelik je, kompem diorang xwat passport, ada kaunter nikah cerai, ic, surat beranak ngan mati…aaahhh sudah! Terus Tanya pakcik yg duduk relax smbil tersenyum, nasib baik dia gitau arah ke tmpt wat passport tu, kitorang pun bergegas la ke situ…smpai la pulak ke satu mall ni… ingt kan kat dlm mall tu, sekali masuk naik dan tnya kat kaunter information tup tup dia ckp kat dlm banggunan mydin…adoi! Terus gi mydin pulak…finally!! Smpai!!
Dan disambut dengan senyuman pakcik rela sambil berkata

“maaf, nombor dah abis dik”

Aku : “apa!!! Alamak dah abis!!! Macam mana ni!!!” #dengan nada yg kuat, hilang sudah sifat malu seorang wanita sejati#

T__________________________T

Inilah kehidupan… tp jgn putus asa… berlegar2 kat depan tu pastu terus call mama… terus gitau mama yg tmpt tu abis nombor… nasib baik Allah bg idea so plan nak wat esok sbb esok free tgh hari smpai malam kat kl, bleh gi wat ngan kak…tgh sembang2 dengan stressya…tiba tiba…………………..

adik laki yg muka mcm gangster pun ada approach kitorang….jeng jeng jeng…. Dia tnya nak wat passport ke… pastu dia offer number dia… O_O ha!!! Terkejut ya allah…. Dia ckp dia pun org bg nombor tu, so dia bg kat kitorang…. Tp aku mcm was2, ye la, muka dia siyes mcm gangster mana tah, pastu dia gi masuk dlm kat kaunter amik nombor tu, entah apa dia ckp kat kak tu…pastu dia minta salinan ic , gmbar ngan ic… cuak gak aku…

Aku siap Tanya nak wat apa ngan ic tu… rupa2nya dia nak tolong clip sekali suma tu…malunyer pun… kak b ckp dia gi kaunter sbb nak amik clip tu…huhu touching kot.. walopun rupamu x ensem dan bak gangster mana tah, tp hati mu tetap ku respect…cayalah!!! Moga Allah balas kebaikan mu itu… huhu

tu la, ini meyakinkan lagi keyakinan ku terhadap Allah, kalau benda tu memang nak jadi, dia akan jadi… hanya perlu bersabar dengan ujian ilahi….
Sedihnya…rasa mcm nak sujud syukur je waktu dpt nombor tu…huhu dan abislah satu show running man vesi QB (qilah n kak B) yang penuh dengan seribu satu pengajaran dari ilahi… kalau nak citer versi kak b, sila ke blog beliau…hihi

p/s : apa2 pun yang kita buat yakin pada Allah....Dia yang pegang jalan cerita kita, walaupun bg kita semuanya samar2 tp dengan adanya keyakinan padaNya segalanya akan baik2... :)

wallahualam...

Wednesday, February 27, 2013

:O

Bismillahirramnirrahim
-dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih-


~terangi hati dengan kalam ilahi~

Subhanallah, dah lama tak tulis diary maya ku ini. Terlalu banyak cerita suka duka luka tapi tak sempat dikarang sebagai memori sampingan di sini.

Semester ini dimulakan dengan kekalutan, keletihan dan nampaknya perkara2 ini akan berlarutan agaknya. Dengan jemputan assigment, project lecturer2 yang berkaliber dan berdedikasi untuk membuatkan pelajarnya berjaya...owh... bahagianya.... =_=

Entah la, segala masalah dapat dileraikan satu persatu...alhamdulillah... tapi risau juga... sekiranya kita selalu dilimpahkan kesenangan, itu juga satu ujian dari segi kelalaian...dan aku sudah pun setapak ke alam kelalaian itu... mujurlah aku belum ditarik terus ke alam tersebut, mujurlah masih ada cebis2 iman untuk mencuit-cuit hati ini agar kembali mensyukuri nikmat yang diberi...alhamdulillah...

Semester ini nampaknya tough, aku harap aku serta sahabat2 ku dapat berjaya mengharungi semester ini dengan penuh semangat untuk berjaya di masa depan... Semoga Allah permudahkan urusan kami semua umat islam dunia akhirat... hidup ini terlalu banya rahsia... kita punyalah berusaha hari ini utk dunia, tiba2 esoknya kita sudah dihambat dunia...owh alangkah ruginya... aku harap aku dihalau dunia disaat akhirat membuka pintu2 kebahagian menjemputku... risaunya... kerisauan ini sudah melambangkan betapa belum bersedianya iman aku untuk menemui kekasih abadi... astagfirullah al'azim.. sedihnya...

Kadang2 kita cuba dan cuba untuk berubah tp kadang2 kita tersungkur.... aku takut aku xmampu untuk bangun semula... tap walaubagaimanapun aku nak juga bangun semula dan teruskan perjalanan menemui kekasih abadiku...xkisah la kalau aku perlu pasang impant  ke apa ke...aku mesti berusaha...mesti!!!

oh dunia, lepaskan hasutanmu padaku... sesungguhnya aku tersangatlah lemah... Banyak lagi perlu diusahakan.... berusaha!!!
 


Wallahualam...

Wednesday, January 30, 2013

berakit-rakit dahulu... bercruise-cruise kemudian..

Bismillahirahmanirrahim
^_dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang_^

~Usaha, usaha dan usaha ...manisnya akan datang jua~

Haa...kata-kata untuk post hari ini ialah hasil cilok kata-kata orang lain sebab malas nak fikir kata-kata lain la..sbb yang ni pun dah cukup memberi semangat kan? minta maaf kat tuan punya kata-kata kalau guna tanpa izin... lalala~~~

kalau berdasarkan dulu2 punya post ada satu tu post tentang makanan waktu cuti kan, masa tu saya serious down sih, buat chocolate tak sedap sgt pun, buat dadih rasa keras mcm agar2, xckup dgn tu siap rasa pedas kot...  aaaaaaaa stress, terus xmau masak dah!! majuk majuk gedik bak kata orang kedah... hahaha

Semalam tengok rancangan tv ni, dia buat pudding caramel... mama yg sgt excited persis kipas-susah-mati pudding caramel terus menculik diriku lantas pergi ke supermarket yang serious dekat rumah untuk beli bahan2 resepi...aaaaa... so kami pun start la buat, siap gaduh2 dalam dapur lagi... sorang kata A, sorang kata B...haha adoi lawak jugak... mama pun perangai macam budak2 jugak, so mmg bising la dapur kami ptg tu...

Alhamdulillah walaupun terlebih manis tapi jadi jugak..yeay!!! nasib baik x jadi mcm kes dadih aritu...huhu..

Dah lama dah ngidak nak wat lasagna, and finally hari ni ialah hari yang dinanti-nantikan... bahan dah beli, pow duit abah beli cheese yang mahal bapak nyer pun...fuh!! sambil online kat dapur, sambil chat ngan ain dlm fb, sambil scroll resipi lasagna dan sambil masak...haaa hebat kan... nasib baik x jadi apa2 kat dapur, kang mati kena ketuk ngan hammer sbb rosakkan dapur mama...hihi dan lasagna ini sedap la...pergh!! puji diri sendiri sih!! suma dah ok cuma lain kali kena celur lasagna tu lama skit bagi lagi lembut..  sambil makan sambil rasa puas... dlam hati berkata-kata "aku xla teruk sangat masak smpai semua xjadi"... hihi 

gambar xder untuk dipertontonkan pada sahabat2 supa anda terliur, xsempat nak bergambar mulut dah ngap dah pown...lalala lagipun malas la nak amik gambar macam hebat sgt masak tapi xsedap macam haritu...cis!!  dari sini sy mendapat satu lagi kata2 hebat

~masak dengan jujur untuk perut lebih sedap dari masak untuk menunjuk~

tapi, saya tgh menceritakan masakan saya disini, adakah ini menunjuk...aaaaaaaa... haha menunjuk apanya, suka hati la nak tulis apa pun, ini blog haku nyer pun...lalala~~~ terasa diri ini mcm hampeh...lalala~~ 

apa-apa pun point untuk hari ini ialah....

once kita down sebab gagal, jangan terus putus asa...berusaha lah lagi, mana tahu on our second trial kita akan berjaya, atau mungkin kita akan berjaya on our third , forth atau fifth.... teruskan usaha... tp kalau org yang cerdik, dia xla tunggu smpai ke peringkat tenth untuk berusaha tp dia tukar ke plan lain...jgn la lurus bendul sangat, kalau dengan plan A kita usaha,usaha tp xberjaya tukar la ke plan lain yang lebih menjamin masa depan...xgitu...

ok, dah xckup masa nak mengarang... apa2 pun...feeling sekarang ialah, nak kawin org jepun n duk kat jepun leh x? aaaaa....

p/s : post yg terabur isi... maaf... kihkihkih

wallahualam...

Monday, January 14, 2013

.:.::.:::.::.:.

Bismillahhirramanirrahim

~ darah dosa mula mengalir dengan banyak di dalam badan ini ~

kadangkala , walau sejauh mana kita nak bertahan akhirnya akan tak tertahan juga... semakin hari semakin dalam luka sehingga tidak mampuku sembunyikan lagi titik2 darah yang mula mengalir keluar...

akan ada satu situasi dimana kita terpaksa melepaskan atau menahan dahulu perkara yang kita cintai, sayangi supaya kita tak terlepas sesuatu lagi yang turut kita cintai... walaupun perit, namun sebelum kedua-duanya kelak dibenci pula , lebih baik kita berhenti..

kadangkala, akan muncul pula sesuatu perkara yang akan mempengaruhi kita untuk membenci apa yang kita sayangi... bagaimana mampu aku membencinya? keransa sedikit perasaan yang dibisik syaitan? apakah aku sudah tidak berdaya lagi melawan bisikan2 syaitan ini? adakah aku perlu memilih jalan lain supaya tidak perlu lagi aku mendengar bisikan2 ini? aku pun sudah menemui jalan buntu...  fikiran yang waras digesa untuk membuat keputusan, tidak kisah lah sekiranya aku terlepas sesuatu demi menjaga sesuatu yang bagiku lebih berharga...

dengki....sesuatu sifat yang amat busuk, yang amat sekali ingin aku hindari....namun aku kalah...kalah dengan hebat sekali.... selama ini aku menahan diri, demi ilahi yang menciptaku, demi syurgaNya yang untuk mereka2 yang memiliki hati yang suci, mana mungkin aku ingin menjadikan dengki menghuni di hati ini....tapi mengapa? kenapa dengan hanya sesuatu perkara yang kecil sahaja perasaan ini mula menghuni hampir seluruh hati ku?? sehinggap mula menarik-narik gerak kerja ku?

kalah...hari ni aku kalah lagi.... kerna nafsu bodoh ku aku turutkan juga kata2 bisikan syaitan...walhal aku sudah tahu akan kebenaran... dengan sedikit bisikan mengatakan tidak mengapa, aku mula alpa...

banyak sekali perkara2 yang yang tidak sepatut aku lakukan, dilakukan... mungkin adakah ini sebagai satu pengajaran? aku pun xsure lagi, sbb adakah aku akan mengambil ini sebagai pengajaran? adakah aku akan berusaha untuk stop semua ini?

tertinggallah sesuatu persoalan...

wallahualam

Thursday, January 3, 2013

ada apa dengan 21 safar?

Bismillahirahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih

~semoga kita dapat memanfaatkan sisa2 hidup kita dengan mengejar rahmatNya~

Tengah sedap2 landing atas katil sambil menelaah buku english memandangkan esok ada paper english, tiba2 dapat mesej dari sahabat tercinta... tanya online ke x? pelik pula dengan soalan tu. tiba2 dia excited dengan tarikh 21 safar.... Terus lompat dari katil dengan gaya zero point terus ngadap laptop...aaaa lembab pulak wifi... mmg la, skang ni kan peak hour, so kene sabar banyak2 dengan internet...huhu

Berjaya bukan site fb lepas loading smpai berjanggut...aaaaaaaaaa rupa2 nya

Happy Birthday DIBO's Girlfriend...hahahahaha



hahaha ok nak gelak byk2 skit...adoi....

(^,^) semoga sahabat2 saya xkira la birthday girl ke birthday girl to-be ke, belated birthday girl ke....

Semoga kita dapat memanfaat hidup kita, sekarang ni, kita ni dah umat akhir zaman, kadang2 risau pulak sebab tanda2 kecil kiamat dah suma ada...kita dah kat zone bahaya dah ni...tunggu masa nak meletup je bak kata pepatah...tapi siyes susah kan nak resist temptation kan? huhu kita dah terbiasa dengan hidup 'zaman sekarang' ni...huhu kadang2 sedar tgh melakukan perkara yang lagha tapi tu la... semoga kita dapatkan kuat diri...huhu semoga kita dapat saling mengingati walaupun itu perkara yang sukar sebab takut nnt saling mengguris hati ....tapi xper la, jangan segan silu mengguris hati mumi sekarang supaya nnt dipadang masyar mumi dah x terguris hati...huhu dah makin tua kan kita ni...semoga kita dapat beribadah cara org tua juga la...lebih matang dalam menjaga hubungan dengan Allah...

p/s : cakap itu senang, buat itu susah...owh pedasnya kata2 ini pada diriku.. T_T

Tuesday, January 1, 2013

Aku dan Usrah



Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang

~Jika hidup di dunia tanpa ibadah, tiada yang menggembirakan di dunia ini~

Tahun 2012 tahun masihi bakal melabuhkan tirai dan aku masih lagi begini, tiada langsung niat untuk berazam untuk sesuatu. Dah lama aku berhenti berazam dikala tahun baru akan menjelang. Entah lah, apa yang aku tahu, azam aku untuk sepanjang hayatku adalah mendapatkan rahmat Allah untukku, ibu bapaku serta saudara maraku hingga ke akhir hayat kami. Kerana dengan rahmatNya dapatlah kita kesyurgaNya kelak. Rahmat Allah itulah yang akan menyelamatkan kita di dalam kehidupan yang abadi nanti.


Baru sahaja balik dari dinner dengan kawan2 selepas usrah. Nampaknya xde rezeki untuk kami makan kerang bakar bila tukang amik order tu lupa untuk take note dengan order kami walaupun dia ada sebut “kerang yer”. Tak pa la, dah xda rezeki untuk makan kerang, kesian ain.hehe Nanti kita gi makan lagi yer, sebab nasi goreng dia memang sedap.


Hari ni nak citer tentang ‘semangat’ lah. Haha sejak dua menjak dan tiga menjak ni memang xda semangat la, entah mana encik semangat ni lari pun dah xtahu dah. Penat dah cari dia…huhu Dan semester ni punya study week ialah yang paling teruk sebab memang xda baca buku sangat macam sem2 lepas… apa nak jadi ni qilah oiiii….


Bangun pagi dapat mesej dari cik naqibah ajak usrah malam ni, ohoi…lama x usrah so bisikan syaitan “malas malas malas” mula menerjah… memang malas ja rasa tapi reply mesej “ok” siap smiley lagi.. :D


Entah la, selama join usrah ni aku pun xpaham dengan diri sendiri. Waktu matrik dulu nak la sgt join usrah sebab rasa mcm best jer tgk roommate gi usrah. Alhamdulillah kat u ni dpt join. Tapi agak ada xpuas dihati sebab usrah ni kadang2 input banyak dan kadang2 sikit. Ye la, akak naqibah tu bukannya ustaz yang hebat2 selalu dengar kat ceramah tu, mana boleh nak expect lebih2 kan.


“Gi usrah ni xbanyak input macam pergi ceramah”

“Selalu ckap benda yang sama je, itew dah tahu la!”

“Ni je la aktiviti usrah, ckap2 skit, pastu tengok video…haish”




Honestly, ini juga kata2 hati ku. TAPI!!!!

Dengan pergi usrah lah aku dapat menstabilkan balik semangat untuk menjadi hamba Allah yang beriman…

Dengan pergi usrah lah aku dapat memotivasikan diri waktu aku xder motivasi diri

Dengan pergi usrah lah aku bbelajar benda kecik2 yang aku xpernah tau, dan kadang2 aku tau tp malas amik tau.

Dengan pergi usrah aku belajar berhubung dengan saudara seislam

Dengan pergi usrah MACAM MACAM lagi aku pelajari tanpa aku sedari..sama ada dengan mendengar ceramah akak naqibah mahupun melalui video yang kak naqibah tu pasangkan. Memang waktu nak pergi tu macam2 feeling syaitan bisikkan dan Alhamdulillah masih lagi dapat wat dek kat bisikan itu. 

Memanglah usrah tu input dia xsehebat pergi dengar ceramah ustaz mutalib yang superb tu, tapi... atleast dengan pergi usrah aku dapat menginsafi diri dan kemas kini keimanan di hati... Selama ini kemalasan ini hanyalah kedengkian syaitan untuk bagi aku malas pergi usrah lantas menjauhkan lagi aku dari memperbaiki keimanan aku dikala aku terumbang ambing terkapai kapai di lautan kejahilan... T_T 

Semoga bakal menjelang tahun baru masihi ini, aku dapat lebih sabar, positif dan dapat mempertingkatkan lagi hubungan aku dengan Allah..



Huallahualam