assalamualaikum
Saturday, April 14, 2012
Monday, March 12, 2012
kesabaran?? bolehkah diteruskan??
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang
Sememangnya impian setiap hamba Allah untuk mendekatkan diri padaNya serta diselitkan lagi kebangkitan iman dan takwa di dalam diri... Aku? Saya? Ana? Aqilah? ya.... saya juga ingin sekali menjadikan diri ini terbaik di pandanganNya...namun....
Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji? [Surah al-Ankabut ; ayat 2-3]
ya, kadang-kadang bila kita rasa kita dah makin meningkat kebaikan di dalam diri, tiba-tiba ada saja yang serba tak kena... dugaan tiba-tiba sahaja datang dari pelbagai arah, kalau boleh 360 degree keliling kita tu dugaan datang tanpa delay... fuh!! dan bila kita berjaya tepis satu , lagi satu datang, kita tepis datang lagi...
sampai bila nak tepis ni? kadang-kadang terdetik di hati tapi alhamdulillah kesabaran masih lagi bertahan di barisan hadapan memegang bendera perjuangan... berperang dan terus berperang.... kerana ku tahu kemenangan akan tiba juga selagi ku berpaksikan agama Allah...
namun, tak disangka-sangka tiba-tiba dugaan itu menimpa keluarga... rumah dimasuki pencuri...saya disini, mereka disana...oh alangkah berasa diri ini serba tak berguna...
" ni dugaan Allah bagi , sabarlah"
" Allah mungkin tarik yang ni tapi mana nak tau dimasa hadapan kita dapat lagi hebat lagi dari apa yang kita hilang"
"Kalau nak jadi, akan jadi juga..."
macam-macam ayat dikatakan pada family tapi lebih senang berkata-kata berbanding orang yang mengalami.... terdetik lagi di hati " hebatnya dugaanMu ya Allah". Ye la, siapa yang tak gelabah kalau barang kemas, wang, barang berharga hilang... memanglah itu semua harta dunia, tapi kita ni manusia... untuk merasai apa yang dirasai mama pada ketika ni, sayan membayangkan kalaulah moto saya hilang......................................
.
.
.
.
.
.
.
.
okey, agak kecewa, stress, tak tau apa nak jawab kat abah mama.... blur (semestinya)... hurm... waktu ni la encik kesabaran amat diperlukan.... dan akal fikiran juga diperlukan.... sebelum apa-apa terjadi kita semestinya berhati-hati.... berdoa, berusaha dan bertawakal...
berdoa- supaya Allah jauhkan bala dan dugaan yang tak termampu ditanggung...
berusaha- berusaha untuk simpan, jaga elok-elok barang kita
bertawakal- yakin dan serahkan pada Allah setiap ketentuan kerana Dia tahu apa yang terbaik pada kita...
hurm.... insyaAllah semoga diri ini, keluarga dan seluruh umat nabi Muhammad s.a.w dapat menghadapi dugaan yang menimpa dengan kecekalan dan kemantapan iman... (^,^)
May Allah have mercy on Me...
wassalam....
Thursday, February 2, 2012
Biodata Ringkas Rasulullah S.A.W (1)
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang
Sempena bakal menjelang 12 Rabiulawal tarikh lahir idola muslim2 seluruh dunia, apa kata kita me'refresh' kembali akan biodata insan yang bakal menolong kita di akhirat kelak dengan syafaat baginda S.A.W.
Nama :
Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutallib bin Hashim
Tarikh lahir :
12 Rabiulawal (tahun gajah) bersamaan 20 April 571masihi, subuh hari isnin
Tempat lahir :
Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukkaramah
Nama bapa :
Abdullah bin Abdul Mutallib bin Hashim
Nama ibu :
Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf
Pengasuh pertama :
Barakah Al-Habsyiyyah (digelar ummu aiman. hamba perempuan bapa rasulullah s.a.w)
Ibu susu pertama :
Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
Ibu susu kedua :
Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (Halimah As-Saadiah, Suaminya bernama Abu Kabsyah)
Pada usia 5 tahun
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hati manusia.
Pada usia 6 tahun
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah). Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman dan dibiayai oleh datuknya Abdul Mutallib.
Usia 8 tahun
Datuknya meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudarannya, Abu Talib.
Usia 9 tahun
( sesetengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun)
Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua2 rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi dalam kalangan bangsa arab yang lahir pada masa itu.
Usia 20 tahun
Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam 'Sirah', jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. Menyaksikan 'perjanjian Al-Fudhul; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah
Usia 25 tahun
Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan. Kali ini Nabi Muhammad SAW mengambil upah menjual barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. Ketika dalam perjalanan ke Syam, Nabi Muhammad SAW ditemani oleh Maisarah, lelaki suruhan Khadijah.
Khadijah ketika itu seorang janda kaya, berpengaruh dan dikenali ramai dikalangan masyarakat Arab Quraisy.
Baginda SAW bersama-sama Abu talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk memenuhi dan membalas peminangan Khadijah yang telah berusia 40 tahun. Mas kahwin baginda kepada Khadijah ialah sebanyak 500 dirham.
Usia 35 tahun
Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah. Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan Hajarul Aswad ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
Usia 40 tahun
Menerima wahyu di gua Hira' sebagai tanda perlantikan baginda sebagai Nabi dan Rasul akhir zaman.
Usia 53 tahun
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622Masihi
Usia 63 tahun
Kewafatan baginda di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11 Hijrah/ 8 Jun 632Masihi.
p/s : setakat ini dahulu biodata baginda Rasulullah SAW, insyaAllah akan disambung pada masa hadapan...
rujukan : diari islamiyah pemberian ibu (^_^)
wassalam
M.A.F.A
Saturday, January 28, 2012
bila nak betul2 berubah ni?
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang
Imam Al Ghazali: Setiap kali ilmu ku bertambah , aku bertambah kenal akan kebodohan ku .
begitulah kata2 yang amat bermakna jika kita hendak menambah ilmu pengetahuan... kerana setiap kali kita mempelajari sesuatu perkara barulah kita sedar kita masih kekurang ilmu tentang perkara itu... dan apa yang lebih baik ialah kita akan terus berusaha dan berusaha untuk menambah ilmu pengetahuan kita tidak kira ilmu dunia mahupun ilmu akkhirat kerana kedua-duanya sama penting...
time2 cuti ni la baru kita (actually saya) dapat menilai balik tahap ke'terer'an iman dihati, kenapa? kerana waktu di kolej dugaan untuk beribadah tak sebanyak di rumah... di kolej kita diamanahkan oleh ibu bapa untuk mencari ilmu, bahkan makan minum pun hanya main tunjuk2...ok la, minum tu boleh bancuh sendiri tp makan? beli kat cafe jer kan, xder nak masak2....baju pun basuh baju sendiri jer, xder nak basuh baju roommate ataupun 'floormate'... tv takde so lagi senang nak tumpu study.... apa sangatlah kerja kita kat tmpt belajar tu, bangun-mandi-pergi kelas-makan-riadah (ataupun tido)-study skit-basuh baju skit-tido....xbanyak sangat kan? so bleh peruntuk banyak masa utk beribadah...
cuba tanya orang yg dah berumah tangga dan berkerja, mereka akan cakap waktubelajar la paling best, kerana waktu ni banyak masa kosong sebenarnya....
"assignment banyak la"
"aktiviti kelab banyak la"
"mana ada masa, busy study"
ececece...jangan nak beralasan, saya pun student n i know how student spent their free time mostly....
"ko dah tgk citer ni best oooo"
"aku ada sedut byk citer dari kawan aku, ko nak tgk?"
"tolong download citer ni utk aku"
honestly, saya rasa kebanyakkan student2 ni suka guna internet yang disediakan untuk download cerita...including me....haish.... tapi inilah kebenaran, xperlu nak wat survey sbb dah terbukti....dan waktu free digunakan untuk menonton pulak....so thats how time flies.... without us knowing it.... sedih x?
peruntukan waktu untuk duniawi lebih banyak dari untuk bekalan akhirat
sedihnya hati ini....bila nak berubah ni? susahkan nak berubah, saya pun terbabas gak.... sebelum ini tak layan sangat dah cerita2 ni except merlin sebab once a week kan cita dia, so layan la kejap...and finally dah abis cita tu lega..... xpayah dok kalut nak tgk dah....tp tiba2 ada plak cita baru, rancangan running man, ada dalam hard disk smpai 75 episode tu....huish...tgk skali ...mak oii....ketagih rupanya...ada unsur humour n games...and a little bit facts...tapi lama2 xleh jadi, sbb it make me addicted and waste my time....so tadi baru ja delete perabis walaupun xabis tgk...huish smpai 75 episode....xmungkin aku nak habiskan masa aku utk menda ni.... adik siap ckp "awat ang delete?" hahaha i just smile and empty the recycle bin....sayonara hiburan terlampau...
back to the topic...bila nak betul2 berubah ni?
tadi baru pas baca "Jahilliah seorang da'ie"...hurm... dan juga lepas tgk ceramah ustaz don yang menyentap hati ini....
from blog Jahiliah seorang da'ie tu, menonton movie bagi menggunakan masa free....aduhai...terkena batang hidung... memang la x tgk cerita yang 'pelik2' tapi still kan lebih manis guna masa itu untuk mendalami ilmu akhirat, beribadah, berzikir, baca al-quran dan terjemahan, tolong mak masak kat dapur, tolong abah type kerja office, tolong adik wat keja sekolah dan macam2 lagi yang boleh menyumbang pahala pada kita... aduhai....rugi juga masa aku ini...
berchatting kat fb....ini pun satu masalah juga, kalau chat ngan kawan sejantina no prob...ni chat ngan berlainan jantina....oooohhhh....sedar x sedar, adakah kita menjaga batas2 pergaulan? kalau kat luar, malu, xpernah sembang, tapi kat alam maya? terserlah keperibadian sebenar...aduhai... ini pun perlu dititik beratkan... jangan biar syaitan mengaburi pandangan kita hingga yang dosa dianggap biasa...bukan xboleh nak chat, tapi kalau chat yang bukan2 tu yg xbagus... kalau ada motif dan tujuan takpa...contohnya nak bincang tentang program atau apa2 yang berkenaan kerja so thats ok.... so perhatikanlan tingkah laku kita di alam maya juga....
menjaga pandangan mata...ya...kita semua sedia maklum, bukan laki ja kena jaga pandangan mata, tapi perempuan sama.... so mata yang disayangi tolonglah jaga pandangan mata, memang la xpandang orang lain dah sbb di hati ada orang yang berjaya memanah hati ini tapi still jangan pulak
"aku xpandang laki lain la, aku pandang dia ja..."
oh no, xleh2.... xkisah la dia ka apa ka...jaga pandangan mata.... sbb dari mata turun ke hati, takut2 turun ke nafsu lak...rindu berlebihan....oh Ya Allah, biarlah hati ini merinduiMu lebih dari segalanya... memang susah nak jaga pandangan mata tambah2 kalau dah ada 'target' tapi apa salahnya kita jaga skit selagi dia bukan sah untuk kita... walaupun susah tapi apa salahnya berusaha sedikit untuk Allah??? (^_^)V selabuh mana tudungmu tapi kalau mata meliar...alahai.... peringatan yang berat untuk diri ini...lain kali jaga pandangan mata ya, janga usha sangat sang pewira itu...cewah ayat...hahaha
memang cinta itu fitrah, tapi jaga2, kena pandai bezakan cinta nafsu dengan cinta yang suci.... kalau hati dah tersangkut tapi kalau ada jodoh ada la, xda jodoh xda juga....yang penting doa dan serahkan pada ilahi...sesungguhnya aku impikan jodoh yang dipilih oleh Allah untukku kerana itu yang paling BEST la....
dalam banyak2, tiga2 ni perlu diberi perhatian kerana diri ini masih lagi lemah dalam 3 perkara ini.... so ayuh bersama2 saya kita berusaha untuk Allah
refresh balik point
1. kurang tgk movie atau menghabiskan masa pada yang melalaikan, perbanyakkan aktiviti yang dapat pahala
2. jangan terlalu bersosial dengan laki2 ajnabi walaupun di alam cyber
3. jaga pandangan mata....kesian kat suami kalau kita xjaga pandangan mata....huhu maafkan saya encik suami...hee~~~ i'll try my best in achieving Allah's love n also ur love la... romantiknyer saya....
konklusi untuk hari ini ialah, mari perhebatkan lagi hidup kita, berubah lah kearah kebaikan selagi malaikat maut xdatang mejemput, jangan tangguh dan jangan biarkan nafsu buatkan apa yg berdosa nampak biasa....
M.A.F.A
wassalam
Saturday, December 10, 2011
wahai keindahan
Bismillahirrahmanirrahim,
-dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang-
~keindahan cahaya bulan menerangi kegelapan malam, membius pergi serpihan hitam, mengembalikan pandangan suram yang lama kelamaan kian terang, begitulah jua kuharapkan hati ku, biarlah keindahan cahaya iman menghambat pergi kekotoran hati ini~
hari ni 15 muharam 1433.... mendongak aku ke atas, subhanallah...indahnya ciptaanMu ya Allah.....
sebelum ni hatiku gusar, namun Allah mengubatinya dengan keindahan bulan yg sempurna.... subhanallah.....alhamdulillah....
m.a.f.a

Wednesday, December 7, 2011
dah ada pakwe???
Bismillahirrahmanirahim....
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha penyayang...
(= = ')
kenapa dua tiga menjak ni kalo call family, sembang ngan family, soalan first ialah
"Hang dah ada pakwe ka?"
"Awat stress, gaduh ngan pakwe ka?"
adoiyai nya punnnnnnnnnnn
macam mana nak jawab ni, memandangkan abang kakak atas semua dah kahwin.... adakah mereka mengharapkan aku kahwin as soon as possible juga? (= =') huhu ceq dok blajaq lagi la, mmg la kadang2 gatai mulut cakap nak kawin, tp sebenaqnya ceq cakap ja....huhu tu la, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.... xmau cakap nak kawin depan depa lagi la.... haddoi...
pakwe?? terfikir juga, umur dah 20 tahun, tapi pakwe x pernah ada....
pakwe?? hahaha xmau kot....dlu kalo waktu sekolah2 bleh la gatai terpikir nak ada sekor, ops!! sorang pakwe.... tp skang ni ... pakwe?? hahaha please....
pakwe? semoga Allah lindungi aku dan wanita2 lain dari perkataan dan perkara ini....
pakwe? tiada istilah dalam Islam...
pakwe? sudah menjadi kebiasaan remaja muslim....
pakwe? kalau xda pakwe , ada yang ckp ko ni nnt jadi andartu....
pakwe? hahaha cakap la apa pun, ada aku kisah, apapun i say NO to pakwe
suami??? hee....malu nak comment....
apa pun, walaupun keadaan sekitar kita banyak influence kita untuk couple, ada pakwe, bercanda....
TAK PAYAH !!!!!!
kalau nak berkasih sayang, be prepare, antar wakil tanya dah berpunya belum, then proceed ngan preparation untuk kawin....sweet~~
"tapi saya tak seimbang kewangan lagi"
"saya masih belajar lagi"
"tak bersedia untuk kahwin lagi, bercinta nak la"
kalau x bersedia...dok diam.... jangan nak kalut bercinta mcm pasangan kekasih kalau x bersedia nak kahwin... fokus cinta kat Allah tu dulu.... nescaya akan dapat cinta yang halal untuk kita...kewangan? jangan risau, kalau dah smpai waktu untuk bercinta, insyaAllah tak kan ada masalah kewangan....
~~smile~~

Saturday, December 3, 2011
busy
Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Honestly, tu la yang diri ini rasai semalam, siangnya kelas, malamnya ada program dan pada malam yang sama kak dari jauh datang nak ambik tido kat hotel dengan dia pula, pas rasa program tu dah sipi2 nak habis terus lari balik kolej and ikut kak pula.
Dalam hati : ok , ada test math kejut yang x fully cover lagi, basic electronic lagi la xcover, test lab?? electrotechnic?? adoi... presentation nak kena memorize....yang Allah, apalah dugaan ini....
so masa pergi hotel tu , bawa la buku matk kejut in case ada waktu free but no way la...anak sedara dua2 orang nak main, pastu ingat kan nak stay up malam tu but no way, tertido sebab penat ...hurm.... esoknya pula kak bawa gi jalan2 kat johor bahru, gi satu mall tu, hebat jugak...ntah la nama apa...jalan2 n jalan2...hebat la, nak test bleh jalan2....haha tp dalam hati tu, risau ja memanjang....pastu singgah MPH ja.... terbaca satu kata2 ni masa belek2 buku Terapi Patah Hati nukilan Salahudin Abdul Razak & Rusydi Ramli Al-Jauhari...
Alhamdulillah, bersyukurnya pada Allah dengan penerangan itu.... mana best hidup kalau senang ja memanjang.... hurm.... ok, dah lama menaip, nak gi revise untuk test...
Semoga Allah permudahkan hidup kita dunia dan akhirat, biarlah ujian yang menimpa menambah keimanan dan ketaqwaan kita padaNya....
M.A.F.A
wassalam
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Pernah satu masa " Ya Allah, pack nya hari ni, dari siang sampai malam!! Esok pun busy jugak!! Test pulak ada tiga minggu depan yang hanya akan masuk 2 hari lagi ja, tu tak cakap tentang presentation untuk subject *tut* lagi tu" ??? mungkin x kot tp hampir sama ada kot, kan?? (^_^)
Honestly, tu la yang diri ini rasai semalam, siangnya kelas, malamnya ada program dan pada malam yang sama kak dari jauh datang nak ambik tido kat hotel dengan dia pula, pas rasa program tu dah sipi2 nak habis terus lari balik kolej and ikut kak pula.
Dalam hati : ok , ada test math kejut yang x fully cover lagi, basic electronic lagi la xcover, test lab?? electrotechnic?? adoi... presentation nak kena memorize....yang Allah, apalah dugaan ini....
so masa pergi hotel tu , bawa la buku matk kejut in case ada waktu free but no way la...anak sedara dua2 orang nak main, pastu ingat kan nak stay up malam tu but no way, tertido sebab penat ...hurm.... esoknya pula kak bawa gi jalan2 kat johor bahru, gi satu mall tu, hebat jugak...ntah la nama apa...jalan2 n jalan2...hebat la, nak test bleh jalan2....haha tp dalam hati tu, risau ja memanjang....pastu singgah MPH ja.... terbaca satu kata2 ni masa belek2 buku Terapi Patah Hati nukilan Salahudin Abdul Razak & Rusydi Ramli Al-Jauhari...
Ujian adalah tanda sayang Allah SWT [page 102]
T_T.... terus hilang sedikit gundah gulana di hati. Hanya fikir positive je, "insyaAllah aku boleh buat" sepanjang jalan....
Ingat lagi beberapa hari lepas pergi usrah kak tu cakap, kalau kita tergerak hati nak baca Al-Quran, maknanya Allah sudi berbicara dengan kita melalui kitab suci itu...
Tiba-tiba malam ni turn surah al-Balad pula, and terjemahannya sungguh menyentuh hati terutamanya
لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ فِي كَبَدٍ
Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya) [90:4]Alhamdulillah, bersyukurnya pada Allah dengan penerangan itu.... mana best hidup kalau senang ja memanjang.... hurm.... ok, dah lama menaip, nak gi revise untuk test...
Semoga Allah permudahkan hidup kita dunia dan akhirat, biarlah ujian yang menimpa menambah keimanan dan ketaqwaan kita padaNya....
M.A.F.A
wassalam
Subscribe to:
Comments (Atom)