Bismillahirrahmanirrahim.....
Kelemahan diri yang mudah ternodai dengan bisikan syaitan dan iblis.......... sesungguhnya aku hamba yang lemah, namun takkanku senantiasa lemah....
Sesungguhnya dugaan Allah itu pelbagai rupa, walaupun nampak remeh luaran, namun dalam begitu menghiris hati.... sakit, terseksa, derita.....
kenapa?
kerana kita tidak yakin dengan seyakin-yakinnya pada Kekasih Sejati kita....
alhamdulillah, hari ini diberi petunjuk dan ubat untuk menggembirakan hati : surah al-hadid ayat 22-23
مَا أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي أَنفُسِكُمْ إِلَّا فِي كِتَابٍ مِّن قَبْلِ أَن نَّبْرَأَهَا إِنَّ ذَلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ
Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.
لِكَيْلَا تَأْسَوْا عَلَى مَا فَاتَكُمْ وَلَا تَفْرَحُوا بِمَا آتَاكُمْ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ
(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.
(^_^) ku kembali ceria.... terima kasih dengan jawapunMu ya Allah, sesungguhnya hatiku kini lapang kembali....walaupun baru beberapa minit lepas hati ini kembali sedih tapi kerana mengingati kembali jawapanMu itu, tiada apa yg mampu dibuat selain terus bersabar dan bersyukur padaMu..... kerana aku yakin, setiap yang berlaku ada keindahannya tersendiri.....
dan sekarang, istiqamah..... itulah target selepas ini, beristiqamah untuk senantiasa bersyukur padaMu dan terus beribadah padaMu.... kerana kau Kekasihku yang abadi...
wahai ketenangan,
datanglah padaku,
wahai angan2,
terbanglah dariku,
datanglah padaku,
wahai angan2,
terbanglah dariku,
wahai jiwa yang lara,
kembalilah mencintai tuhanmu,
wahai kelalaian,
usahlah kau menganggu ku,
wahai lelaki idaman,
jauhlah dari pandanganku,
wahai keinginan,
lambatkanlah langkahmu menujuku,
wahai jiwa yang suci,
bergabunglah denganku,
wahai diri,
YAKINLAH PADA ALLAH....
akan datangnya ia dengan sendiri apabila kau relakan ia pergi ........
akan datangnya ia dengan sendiri apabila kau relakan ia pergi ........
M.A.F.A
wassalam...
No comments:
Post a Comment