assalamualaikum

Friday, June 28, 2013

masak2 yeehaa

Bismillahirrahmanirrahim
~masakan itu satu keunikan yg kita coraki~

Assalamualaikum diary mayaku, dah lama x taip2 kat sini.. Semenjak duk kat sini pergh rajin memasak... Tp ketua chef kita chef razlin la... saya ni mc rancangan masakan je, asalnyer model tp wat part time jadi pengacara rancangan masakan untuk meluaskan lagi pengalaman untuk memasak kelak. *dah start merapu dah*

so meh kita imbas kembali resepi2 masakan kita hari tu yer..

NASI AYAM ILMENAU

bahan2
-bawang
-kicap
-minyak
-ayam
-carrot
-kobis
-garam
-nasi
-butter
-air of coz sbb nak masak nasi kan....
-rempah sup 

1. rebus ayam dalam rice cooker, dah 80% ayam masak, angkat. air rebusan simpan.
2.  masak nasi guna air rebusan ayam, jangan lupa simpan skit air rebusan utk sup kita nnt..dan campur skali ngan butter secukup rasa dalam nasi.
3. siapkan ayam, gaul dengan kicap ala2 perap gitu, then goreng, dah masak angkat
4. untuk sup, kita tumis bawang bagi wangi macam lavender, then masukkan air rebusan ayam, rempah sup, kaco2, then masukkan kubis dan carrot, masak badi dia lembut sbb nanti tercabut gigi palsu jemah kang...
5. agak2 dah masakk sup tu, jangan lupa letak garam yer, nnt tawar pula..pastu angkat
6. hidangkan semuanya...nasi, ayam goreng kicap, sup sayuran, dan letak sepiring sos tomato...siyes sedap!!

BAKED MACARONI ILMENAU
bahan2
-macaroni
-sambal mama (refer previous pot)
-rempah sos tomato yg slalu guna untk wat pasta
-ayam dipotong dadu
-minyak
-bawang putih n besar
-garam
-carrot dipotong dadu
-cheese

1. rendam ayam bagi lembut dan potong isi bentuk dadu atau heart
2. masak macaroni smpai agak2 lembut bleh makan
3. tumis bawang putih, bawang besar dengan minyak
4. dah sedap bau, masukkan ayam...then dah masak skit masukkan sambal mama
5. tambah air kalau nampak pekat, then masukkan rempah sos tomato dan carrot.
6. toskan macaroni, then letak dalam tempat bakar yg bersesuaian, then masukkan kuah kita tadi tu..
7. carik2 kan cheese dan letakkan atas acuan kita tu byk mana yg kita nak
8. bakar dalam oven smpai kita rasa mcm dah cari cheese tu... tada!!

ini saja resepi yg sy ingat, maafkan saya.. insyaAllah bertemu lagi diwaktu yang sama, dan hari yang sama dalam rancangaaaaan "masak2 dengan i yang cantik, pewit!"

M.A.B.U.A


1 comment: