Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat.” (Hadith riwayat Ahmad dan Tirmizi)
Kadang-kala kita tak perasan bahawa apa yang kita lakukan itu kemungkinan akan mencalarkan maruah orang lain tidak kira sahabat handai mahu pun keluarga. Mencemarkan orang = mengaibkan orang itu
Apakah kita suka jika maruah kita dipermainkan, aib kita di uar-uarkan?
Terdapat pelbagai cara yang menyebabkan maruah seseorang itu tercalar dek perbuatan kita samada kita sedar mahupun tidak
PERKATAAN
"amboi minah, kau ni asyik pakai baju ni jer. dah tak der baju lain sangat ker?"
ok, nampak biasakan ayat kita, TAPI pernah kita tahu apa perasaan minah masa tu. Kalau dia jenir chill jer, relax jer tak pa la, but what if dia terasa hati.
"hina sangat ker aku pakai baju ni ulang-ulang. bukannya aku tak basuh, aku basuh jer, tiap-tiap hari lak tu" - mungkin ni la isi hati minah.
ok la kalau minah ni jenis penyabar, kalau minah ni jenis berang, confirm bertikam lidah la mereka.
Kadang-kadang kita tidak sedar apa yang kita katakan itu akan menyakiti orang lain lantas memalukannya jika kita dan dia berada di khalayak ramai.
TULISAN
Perkara selalu berlaku dalam blog, surat khabar, flyers etc (diari termasuk x? haha fikir2kan). Dan tulisan ni pun sama kes dengan perkataan la, cuma yang ni kita tak cakap tapi kita luahkan melalui penulisan. Selalu boleh tengok dalam fabebook la, yang wall post atau pun comment2 di antara mereka. Kadang kat situ pun boleh gaduh, tuduh sana tuduh sini...
Ada juga yang tak gaduh-gaduh tapi sembang-sembang dengan kawan jer... tapi sembang pedas-pedas, lebih pedas dari cili padi n cabai melaka. Pakat mengeluarkan statement-statement yang memalukan sesama sendiri, luaran nampak ok, tapi dalam hati masing-masing bertambah caci maki. Kan tak bagus tu, kau cakap aku, aku balas, aku cakap kau balik, kau balas........ Last-last dua-dua masam muka, pastu ego pula tak boleh tahan, tinggi melangit, tak da yang nak wat first move untuk minta maaf. Kan makin teruk tu? Mula dengan hanya jenaka, last-last syaitan yang ketawa, kita yang binasa.
Tips untuk yang selalu lepas cakap, kalau dalam kes ni, terlepas tulis : segerakan meminta maaf.. kalau yang tulis tu sila tekan backspace lama-lama skit. Kalau kat fb tu , just click button x belah hujung comment tu la. Bukan susah pun, daripada bertengkar sampai comment cecah 100++.
GAMBAR
Ni pula kes upload gambar kat internet la, letak gambar kat papan notis la, dalam surat khabar la, mms gambar la. Kalau gambar yang baik-baik dan memanfaatkan memang bagus, tapi kalau gambar yang mengaibkan? Lagi-lagi kalau tuan punya gambar tu tak tahu menahu. Dah boleh masuk kes naya orang dah ni.
Kita diberi akal oleh Allah s.w.t untuk berfikir, so bila tengok gambar tu, fikir-fikirkan lah gambar tu boleh mengaibkan orang itu ataupun tidak. Ni tak, siap upload dalam fb, kasi tag lagi, amik kau. Yang tuan punya badan dalam gambar tu pula jarang buka fb, sementara dia nak remove tag tu, sempat la kawan-kawan dia view gambar tu. Kesian kan?
"La....gambar yang aku upload tu ok jer pown.... mana ader aibnyer"
"Gambar tu tak namapka muka dier la, relax ar"
Ni la orang yang tak paham bahasa... kalau gambar yang di upload tu aurat tutup x abis pun dia kata ok. Suka-suka upload gambar orang. Walaupun orang tu contohnya tak bertudung, so kita upload gambar dia tak bertudung, dalam hati cakap
"Dia memang jenis free hair, dia tak kisah punya la aku upload gambar dia free hair"
ha...cantik la. Tambahkan lagi dosa kawan kita tu, biar satu dunia tengok aurat dia. Share dosa ramai-ramai, kau berdosa tak tutup aurat, aku berdosa pi tunjuk aurat kau kat orang lain. Bukan nak cakap banyak tapi i did found people like this. People who thought everything they done is ok, but the truth is IT ISN'T !
Banyak gambar yang orang ingat ok kalau nak upload and let the world see padahal gambar tu tak memenuhi syarat-syarat pelepasan untuk di upload.
- gambar yang tak fully cover aurat (ingin di tegaskan lagi, kaki (untuk perempuan) tu pun aurat yer, sebab ramai buat tak ambil kisah, walaupun ada orang akan cakap " ala, kaki jer pun, tak der laki nak nengok nyer ha", yang tu sila argue dengan maha pencipta, tak perlu nak argue dengan manusia biasa kerana kita manusia bukannya pencipta, akal kita tak mungkin dapat menandingi kebijasanaan Allah, so kalau nak argue jugak, silakan di padang masyar nanti, tu pun kalau anda boleh berbuat demikian.)
- gambar yang mempunyai pose yang mengghairahkan ( walaupun kita ingat buat muka cute tu normal ar, tapi kalau dah lebih-lebih sampai laki yang tangok boleh renung lama-lama, better tak payah la nak upload. Sebab sebahagian perempuan, kalau boleh memang nak mempamerkan kecantikan mereka, so banyak la pose-pose dibuat untuk menarik minat orang yang tengok tu, nak melawa tu tak apa, tapi bukankah tak berbaloi bagi laki-laki ajnabi tengok kecantikan kita, sebab pandangan laki ni 'advance' ooo, software komputer yang edit-edit gambar pun tak seadvance mereka (hebatkan?). Tapi bukan semua laki la, ada laki jenis wat dek jer sebab dia punya iman yang tahap lebih tinggi sikit berbanding laki-laki yang suka superimpose gambar dalam otak diorang ni. So kita sebagai perempuan jangan la nak menggalakkan laki-laki berbuat dosa yer. Tak kasihan ker kat mereka, mereka dengan kita tak sama pemikiran, bukan mereka tuabnormal ataupun gatal tapi dah kita yang GATAL tangan upload gambar-gambar yang 'pelik' ni kenapa? Kalau kita tak upload, mereka pun tak perlu susah hati. Dosa pun tak bercambah.
Maka, kita perlulah berhati-hati dalam setiap tindak-tanduk kita. Nak cakap/tulis fikir dulu apakah apa yang akan kita sampaikan itu akan mencemar maruah seseorang itu?
Maruah ni bukan benda yang boleh buat main-main, sebab kalau seseorang itu di malukan, satu family dia pun akan malu juga sebab akan ada pula mulut-mulut yang suka menjadi facebook bergerak untuk menuar-uarkan lagi keaiban itu.
"Anak sapa la ni" - yang ni memang selalu dengar kan, tak kena mengena mak dia pun dibabitkan sekali.
Dari al-Mughirah r.a, dari nabi s.a.w baginda bersabda: “Allah telah melarang keras (mengharamkan) kamu menderhakai ibu, melarang membuat kikir dan mengubur anak perempuan. Tuhan benci kamu jika kamu terlalu banyak berbicara begitu begini, terlalu banyak bertanya serta membuang-buang harta tidak pada tempatnya.” (Bukhari)
Dan untuk orang yang mendengar/membaca/melihat perkara-perkara yang mengaibkan orang tu pula, tak perlu la nak hebah-hebahkan lagi. Berdoa agar orang itu berubah dan di beri petunjuk ilahi.
M.A.F.A
Wassalam
No comments:
Post a Comment