Pages

Wednesday, August 10, 2011

luaran bukan dalaman, dalaman ialah luaran



Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...


"Penampilan seseorang tidak semesti mempengaruhi akhlak seseorang
tetapi
akhlak seseorang itu akan mempengaruhi penampilan seseorang itu"






Kekadang bila terbaca blog-blog yang mengungkit akan penampilan seseorang yang tak sealiran dengan perangainya membuatkan aku terfikir, "apa yang kau harapkan dari seseorang itu?"


mengapa kita perlu menghakimi seseorang hanya berlandaskan penampilannya?


mengapa kita perlu menghakimi seseorang hanya berlandaskan perangainya?


ok, kalau nak menghakimi berlandaskan perangai, itu normal. Tetapi kalau penampilan? Adakah baju atau kain yang membaluti tubuh itu perlu dipersalahkan hanya kerana pemakainya?


"Tudung ja labuh, mulut mengumpat orang"


"Pakai jer kopiah, tapi bila sembang bab politik mengata sana sini"


Ya, mengumpat itu berdosa, mengata pun berdosa... Tetapi jangan menyebabkan perangainya yang tidak baik itu menyebabkan orang lain yang berpakaian demikian turut dipersalahkan. Dan bukan orang yang bertudung labuh/berkopiah jer berperangai begitu, tetapi perangai ini turut berlaku pada orang yang berpakaian lain-lain jenis lagi.


Jangan jadikan ini alasan mengapa kita tak mahu berpakaian yang lebih lengkap, lebih2 lagi muslimah.


"Ala, orang yang pakai baju yang labuh2 besar2 tu bukannya baik sangat, ntah2 mulut lagi jahat dari kita"


Well, baik sangatkah kita yang nampak terang-terangan membuka aurat sana sini? Pastu kutuk pula orang yang berpakaian mengikut syariat islam? Baik sangatkah kita?


"Atleast kami jujur, tak berpura-pura nak pakai tutup sana tutup sini"


Well, jujurkah kita pada Allah kalau begitu? Kita tak berpura-pura pada Allah kah? Sedangkan dari alam rohani dah janji nak ikut segala perintah Allah.


Memang melakukan perubahan itu sukar, tambah-tambah lagi kalau persekitaran kita langsung tak membenarkan, dalam erti kata lain tak da orang nak support kita. Tapi jangan pula perubahan kita hanya hangat-hangat tahi ayam jer, tak berterusan, berhenti di tengah jalan. Bagi mengelakkan ini terjadi kita perlulah memantapkan dulu kerohanian kita, peribadi kita, akhlak kita, ibadah kita, etc.


Huish mungkin memakan masa yang lama ni. Katakanlah kita nak amik masa setahun untuk betul-betul memperolehi akhlak yang baik (walaupun tak la 100% baik), adakah kita nak biarkan penampilan kita khususnya wanita (sebab aurat kita ni banyak sikit berbanding laki) terus begitu, dibiarkan sedikit terdedah aurat sementara mendapatkan akhlak yang baik. Dalam setahun tu dah berapa banyak dosa kecil akan digandakan? Oleh itu, ada la sesetengah orang yang membuat keputusan menutup aurat sebaik mungkin walaupun keperibadiannya tidaklah begitu terperinci baiknya.


NAMUN, oleh kerana dia belum lagi mendapatkah keperibadian yang baik tetapi dah berpakaian mengikut syariat, dia di kutuk kerana berpakaian tidak segah peribadi.


Apa salah dia? Dia baru nak berubah, jangan ingat kalau seseorang itu sudah menyempurnakan sesuatu perkara, perkara lain turut sama sempurna. Huish, hebat la kalau camtu. Semua orang boleh berubah jadi baik sekelip mata la, dunia pun aman.... Mungkinkah?


Attitude, perangai, sifat.... Bukan senang nak ubah sikap kita. Tambah-tambah kalau dah memang sebati dengan jiwa raga. Setiap orang mempunyai sikap atau tabiat buruk yang memang susah dikikis. Bukan dia tak berusaha nak membuang jauh-jauh sifat buruk itu tetapi kadang-kadang tersasul juga. Mau taknya, setiap anak adam tu ada ja pengiring yang selalu mengajak ke arah kebatilan iaitu syaitan. Sebab dia dah janji nak bawa anak-anak adam masuk neraka sekali dengan dia, sebab tu dia berusaha nak menyesatkan kita semua, jadi kita kena la juga berusaha nak lawan dengan bisikan dia. Tapi bukan mudah nak lawan. dia ni datang dari arah depan, belakang, kiri dan kanan. Kalau tak berjaya pengaruhi bab yang ni, dia pengaruh bab yang lain. Hebat tu, jangan main-main.


Oleh itu, jangan la nak salahkan orang tu bila perangai dia tak beberapa nak elok, tapi tegur la dia dengan cara yang berhemah. Mudah-mudahan dan lambat laun insyaAllah perangai itu akan terhakis. Dan bila dah nampak kawan kita tu pakai baju mengikut syariat islam tapi perangai tak berapa nak baik, jangan lah tuduh melulu atau mengata dia, kebarangkalian dia dalam proses memperbaiki akhlaknya. Kita patut kagum sebab walaupun perangai dia tak berapa nak elok tapi dia tak lupa tuntutan syarak dalam dressing dia. Keikhlasan dia jangan dipertikaikan tapi pertikaikan hati kita ni, mengapa selalu berpandangan negatif pada orang lain? Sucikah hati kita apabila keburukan orang sahaja yang kita nampak?


Saya juga di dalam proses memperbaiki diri, dan saya pasti anda semua juga begitu. Oleh itu jangan sewenang-wenangnya mengatakan orang itu jahat kerana perangainya sedemikian tetapi dekati dan nasihatilah dia, jika kita tak buat demikian, kita pun jahat la sebab tak menariknya ke arah kebaikan. Jadi, kalau tak mampu nak tarik orang tu ke arah yang lebih baik, jangan la kutuk dia pula, tetapi berdoalah pada Allah supaya diberikan petunjuk pada dia dan juga diri kita ini.




Tak semua orang yang baik itu last2 masuk syurga, dan tak semua orang yang jahat itu last2 masuk neraka. Hidayah itu milik Allah, Dia boleh berikan pada hambanya yang Dia pilih dan kita tak tahu sapa calon-calonnya, so jangan suka2 tuding kat orang tetapi cerminlah diri sendiri dan berusaha la memperbaiki diri dan akhlak supaya memperolehi iman yang membawa kita menjadi salah satu kekasih Allah dan disamping itu marilah kita mengajak orang lain ke arah kebaikan juga.




Sesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa Yang Engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah Yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).
( Al Qashas : 56 )











"Dan janganlah kamu mencampurkan yang hak dengan yang batil, dan janganlah kamu sembunyikan kebenaran, sedangkan kamu mengetahui "
(al-Baqarah : 42 )




Pesanan untuk diri ini juga... (^_^)


M.A.F.A
wassalam



No comments:

Post a Comment