Pages

Friday, September 2, 2011

Adab-adab menuntut ilmu

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 

Alhamdulillah, kita (pelajar-pelajar universiti) bakal kembali ke tempat belajar masing-masing setelah berbulan-bulan bercuti. Semoga waktu-waktu cuti kita ini telah dimanfaatkan sebaiknya.




Oleh itu, sebelum kita semua memasuki kelas-kelas, apa kata kita refresh balik adab-adab yang perlu di praktikkan sewaktu menuntut ilmu. Sebagai orang yang menagihkan ilmu, kita perlulah menghormati guru-guru kita. Apalah sangat adab kita bagi menghormati mereka dengan ilmu yang bermanfaat yang dicurahkan oleh mereka, Adab orang belajar  ilmu ada 11 perkara seperti yang disebutkan oleh Imam al Ghazali rahimullah taala di dalam Bidayatul Hidayah :
  •  APABILA BERJUMPA DENGAN GURU MAKA HENDAKLAH KITA MENDAHULUI MEMBERI SALAM 
Ingat tak lagi waktu zaman sekolah-sekolah dulu, pantang nampak cikgu ja mesti kita akan bagi salam siap dengan smiley lagi. Kalau sepuluh cikgu lalu, sepuluh-sepuluh cikgu tu jugak kita bagi salam, tiada erti penat lelah memberi salam. Alangkah sucinya zaman kanak-kanak dulu. Bila makin meningkat usia, makin liat mulut kita nak memberi salam, senyuman apakah pula.
" Aku bagi salam pun, bukan cikgu nak jawab"
Jangan la berperasangka buruk, bukan kita seorang jer yang bagi salam kat cikgu tu. Mungkin cikgu tu jawab dalam hati. Siapa tahu. Yang penting kita ucapkan salam, bukan kena bayar pun kan, bahkan kita dibayar dengan pahala. Alangkah senangnya nak memperolehi pahala.
Malangnya apabila saya  masuk ke alam matrik dan juga universiti, dan makin berkurang bilangan pelajar-pelajar yang memberi salam pada guru-guru mereka. Apa sudah terjadi? Adakah kita makin sombong pada guru sendiri?
" Malu la aku nak bagi salam, orang lain tak bagi salam pun. Lagipun sekarang ni bukan dekat sekolah dah. Tak der orang nak marah-marah dekat perhimpunan sebab pelajar wat dek kat cikgu"
Ala... apa salahnya kita bagi salam walaupun sekarang dah bukan macam dekat sekolah dulu-dulu. Tak kira dimana kita berada, guru tetap guru, insan yang mencurahkan ilmu kepada kita.


  • JANGAN BANYAK BERKATA-KATA DI HADAPAN GURU
Kalau dulu di sekolah pelajar-pelajar takut cakap depan kelas sebab nanti kena berdiri atas kerusi, tetapi sekarang ni di kolej mahupun universiti mana sama. Pensyarah tak der la sampai suruh diri atas kerusi, paling hebat pun kena tegur je pun.  Eh...jangan begitu. Kan kurang ajar tu bercakap-cakap depan guru. Bayangkan kita ditempat guru itu, suka ker kalau masa kita penat-penat mengajar orang sembang di belakang? pikir-pikirkan. Walaupun kita nampak guru/pensyarah wat dek jer, tapi mampukah kita melihat menerusi hatinya? Tak baik buat guru sedih dengan kita, takut tak berkat ilmu tu nanti


  • JANGAN BERKATA-KATA PERKARA YANG TIADA DIIZIN OLEH GURU 
 Ni pun sama juga. Jika cikgu sedang mengajar dekat depan, kita jangan cakap-cakap lagi-lagi bercakap tentang perkara yang tidak disukai guru. Kalau guru kata diam, kita mestilah diam. Lagipun memang munasabah jika guru suruh diam sebab macam mana nak dapat ilmu kalau kita tak beri perhatian waktu guru mengajar
  
  • JANGAN BERTANYA AKAN GURU SEBELUM MEMINTA IZIN BELIAU  
Kalau guru tengah mengajar dekat depan, jangan la tiba-tiba tanya soalan. Paling elok pun tunggu la guru habiskan kata-katanya dulu. Bak kata orang kedah, jangan dok main serbu ja, biarlah beradab skit. hehe Lebih elok angkat tangan dulu, tanda kita ada perkara nak tanya.
  • JANGAN MENYANGKAL PERKATAAN-PERKATAAN GURU 
Walaupun apa yang diajar guru macam pelik ja, jangan pakat tibai bantah terang-terangan. (suka betul cakap kedah..haha) Biarlah berhemah. Mana tahu, mungkin apa yang guru ajar memang betul tapi kita anggap tak betul sebab kekurangan ilmu. Yang pasti, jagalah maruah guru kita. Jangan bongkak dan sombong seolah kita ni pandai daripada guru, siap bagi pandangan sinis lagi. People do make mistake right? so jangan la sebab guru salah sebut, atau salah tulis kita dah nak kutuk mereka. ish ish kejamnya...
  • JANGAN MEMBERI ISYARAT AKAN GURU DENGAN MENYALAHI AKAN BICARA GURUNYA
Ini pun sama la, kalau kita rasa guru tu kebarangkalian buat silap, jangan la kita buat muka atau pun gaya yang mengatakan dia silap. 
  • JANGAN BERBISIK-BISIK IA DENGAN ORANG YANG DUDUK BERSAMANYA DI HADAPAN GURU
er, yang ni tak perlu hurai pun boleh paham kan... Selalu ja pelajar-pelajar buat macam ni termasuk lah diri ini...T_T macam mana la ilmu nak berkat. Sama juga la bagi yang guru mengajar didepan, kita baik punya buat kerja lain kat belakang. main handphone la, baca buku subject lain la, tido la, dan macam-macam lagi.
  • JANGAN BERPALING KEKIRI DAN KEKANAN DI HADAPAN GURU
 Bermaksud berilah perhatian waktu guru mengajar.
  • JANGAN MEMPERBANYAKKAN PERTANYAAN PADA GURU TAKTALA GURU SEDANG LETIH
Kalau kita letih pun kita tak suka orang kacau kan. Jadi cuba memahami sikit bila nampak guru tu macam letih jer, tak perlula nak tanya beratus-ratus soalan. 
  • APABILA BERDIRI GURUNYA ATAU BAHARU DATANG GURUNYA ITU KEPADANYA MAKA HENDAKLAH IA BERDIRI KERANA MENTA'ZHIMKAN AKAN GURUNYA ITU, DAN SEMASA BERDIRI ITU JANGAN DIIKUTI DENGAN PERTANYAAN  DAN SOALAN. DAN JANGAN BERTANYA MASALAH PADA KETIKA IA BERJALAN HINGGA SAMPAI KETEMPAT DUDUKNYA ITU , MELAINKAN KERANA DHARURAT MAKA IA TIADA TERTEGAH BERTANYA KETIKA ITU
Ini la cara kita menghormati guru. Ala, macam selalu kalau function besar2, pastu orang besar2 masuk selalu kita kena bangun kan tanda hormat, begitu juga la kita perlu hormat pada guru kita. Tetapi perkara ini jarang berlaku di universiti rasanya.
  • JANGAN JAHAT SANGKA AKAN GURUNYA ITU PADA SEGALA PERBUATANNYA YANG ZAHIR YANG MENYALAHI I'TIQADNYA ATAU BERSALAHAN PERBUATAN GURUNYA ITU DENGAN PENGETAHUANNYA ATAU DENGAN ADATNYA KERANA GURU ITU TELEBIH DAHULU TAHU DENGAN SEGALA HUKUM SYARA' DAN SEGALA RAHSIA SEPERTI HIKAYAT NABI MUSA A.S  DENGAN NABI KHIDIR A.S
Gi google kiasah nabi musa dan nabi khidir ni kalau malas sangat nak membaca terjemahan surah al-kahfi. sebab dalam surah al-kahfi ni ada kisah nabi musa dengan nabi khidir pada ayat 60 hingga 78.  Selalu lah bersangka baik pada guru kita sebab mereka terlebih dahulu mengetahui ilmu-ilmu yang bakal dicurahkan pada kita,
 

Apa-apa pun, mari tanya diri kita. Untuk apakah kita mencari ilmu? Kalau bukan niat kerana Allah, alangkah sedihnya.... kerana apa saja yang kita lakukan di atas dunia ini perlulah kerana Allah, kerana inilah satu-satunya cara supaya kita tidak melakukan perkara yang diharamkan oleh Allah. Mana ada orang melakukan maksiat kerana Allah, mana ada orang buat dosa kerana Allah... 


Jika mahu ilmu yang kita dapat in bermanfaat, ikhlaskan niat untuk menuntut ilmu, bukan belajar untuk exam jer, kalau untuk exam jer confirm lepas tu kita akan lupa yang kita belajar..kan kan? Namun jangan sebab sebab saya kata begitu, kita nak ambil mudah exam pula..exam itu penting untuk measure betapa kita memahami sesuatu subject itu.



    No comments:

    Post a Comment