Pages

Thursday, September 1, 2011

movie2 zaman sekarang

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Waktu-waktu menjelang raya atau apa-apa saja perayaan, tv mesti dah lengkap dengan pelbagai cerita-cerita 'menarik'. Pelbagai genre cerita ditayangkan dari komedi hinggalah ke misteri.


Malangnya zaman sekarang ni kebanyakan penerbit ataupun pengarah filem cenderung memilih plot cerita yang menayangkan masalah sosial remaja zaman sekarang terutamanya cerita mat2 rempit. Tapi tu cerita tahun-tahun lepas la, tahun-tahun sekarang ni pulak cerita gangster-gangster.


Walaupun last-last sedikit kesedaran diselitkan namun pada pendapat aku sebagai penonton, banyak input2 negatif berbanding input2 positif.


Bukan aku nak condemn filem tempatan, tetapi cuba kita perhatikan....


PENGGUNAAN PERKATAAN YANG *tuttt*


Ye la, dah nak buat filem ganas-ganas, jadi ayat-ayat yang ganas tu confirm diperlukan untuk menghasilkan filem yang memang real ganas la. Takkan nak cakap saya awak pulak kalau watak gangster, mana masuk. NAMUN.... cuba tengok kat facebook la (senang skit, sbb skang suma org suka main fb) kalau ada ayat-ayat yang 'power' jer dalam filem, confirm ader jugak la page yang guna ayat-ayat tersebut. Ayat-ayat tu dah macam di "idola"kan oleh mereka-mereka termasuklah saya... T_T Masalahnya ayat-ayat maki tu turut di apply kan dalam kehidupan harian, sungguh xsedap telinga ini mendengar, macam kurang ajar jer. Padahal bukan ibu bapa yang kurang ajar, tapi filem-filem ni yang 'terlebih' ajar...


SCENE2 YANG MELAMPAU

memey ar... dah nama pun cerita ganas mesti la ada aksi ganas. Saya tak kisah kalau nak naik moto pelbagai aksi tetapi jangan la nak libatkan aksi-aksi yang menghairahkan.... astagfirullah al'azim... kita ni ada agama dan agama kita ni ada hukum2 nya untuk menjadikan kita ni manusia yang berguna... tetapi filem2 ni menayangkan aksi-aksi tu selamba ja.. Ye la, memang la diorang tak der la smpai "ehem2" tapi macam dah hampir jer saya tengok. Dah peluk2 dah pun, kan bersentuhan antara lelaki dan perempuan bukan muhrim tu haram, apakan pula peluk. Sampai aksi atas katil pun perlu ditayangkan. Jangan la gunakan modal murahan untuk meraih penonton, kalau kita wat cerita tanpa scene tu pun orang tengok la, asalkan ada jalan ceritanya.


PAKAIAN YANG MENJOLOK MATA

saya tengok pelakon perempuan ni berdressing.... aduhai... kain dah singkat sampai ke atas lutut... saya yang perempuan ni tengok pun rasa malu... ><" Dimanakah perasaan malu kita wahai kaum hawa.... kalau tak malu pada manusia pun malulah pada Allah... jangan kerana pengarah nak kita pakai baju camtu kita abaikan perintah Allah... astagfirullah al'azim


Actually banyak lagi pengaruh-pengaruh yang tak baik dari filem-filem sebegini.


Pada pendapat saya sebagai seorang muslim, apa kata kalau kita nak wat filem yang sebegini kita gunakan cartoon, tak perlulah guna pelakon-pelakon yang bernyawa, bahkan beragama. Takkan kita nak tengok pelakon-pelakon yang beragama islam terus hanyut begini, mereka mempunyai hak untuk dibawa pulang ke jalan Allah. Kita sebagai hamba allah yang diberi kesedaran dan ilmu oleh Allah semestinya menegur para pelakon-pelakon islam ini. Jangan dibutakan mata kita padahal perkara ini berlaku secara terang-terangan dihadapan kita. Apakah kita ingin tengok umat-umat islam hanyut begitu sahaja?


Bila saya baca respon para penonton, kebanyakan mereka mengutuk para pelakon ini. Apa gunanya kita kata belakang? Dah la dapat dosa, lepas tu tak ada effect apa-apa2 pun dekat pelakon-pelakon ini. Ya, memang sudah ada yang menegur, kalau tidak masakan ada pelakon yang kini kembali memahami ajaran Islam yang sebenar, namun teguran ini perlulah dari seseorang yang boleh mempengaruhi mereka-mereka ini.


Walau apapun, teguran yang mengandungi kebenaran tidak perlu disembunyikan. Tegurlah, walaupun kita dicaci, tegurlah walaupun kita dibenci. Asalkan usaha kita ini kerana Ilahi. Walaupun mereka tidak mahu menerima teguran kita, janganlah berputus asa, teruskan usaha melalui peribadi kita.Manusia ni kalau selalu tengok perkara yang baik, lambat laun insyaAllah mereka turut terdorong melakukan perkara yang baik.


Namun jangan kecewa jika kita tidak berjaya, kerana Allah saja yang boleh memberikan hidayah kepada sesiapa yang Dia kehendaki.


huallahualam...


M.A.F.A
wassalam











No comments:

Post a Comment