Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang
~Jika hidup di dunia tanpa ibadah, tiada yang menggembirakan
di dunia ini~
Tahun 2012 tahun masihi bakal melabuhkan tirai dan aku masih
lagi begini, tiada langsung niat untuk berazam untuk sesuatu. Dah lama aku
berhenti berazam dikala tahun baru akan menjelang. Entah lah, apa yang aku
tahu, azam aku untuk sepanjang hayatku adalah mendapatkan rahmat Allah untukku,
ibu bapaku serta saudara maraku hingga ke akhir hayat kami. Kerana dengan
rahmatNya dapatlah kita kesyurgaNya kelak. Rahmat Allah itulah yang akan
menyelamatkan kita di dalam kehidupan yang abadi nanti.
Baru sahaja balik dari dinner dengan kawan2 selepas usrah.
Nampaknya xde rezeki untuk kami makan kerang bakar bila tukang amik order tu
lupa untuk take note dengan order kami walaupun dia ada sebut “kerang yer”. Tak
pa la, dah xda rezeki untuk makan kerang, kesian ain.hehe Nanti kita gi makan
lagi yer, sebab nasi goreng dia memang sedap.
Hari ni nak citer tentang ‘semangat’ lah. Haha sejak dua
menjak dan tiga menjak ni memang xda semangat la, entah mana encik semangat ni
lari pun dah xtahu dah. Penat dah cari dia…huhu Dan semester ni punya study
week ialah yang paling teruk sebab memang xda baca buku sangat macam sem2 lepas…
apa nak jadi ni qilah oiiii….
Bangun pagi dapat mesej dari cik naqibah ajak usrah malam
ni, ohoi…lama x usrah so bisikan syaitan “malas malas malas” mula menerjah…
memang malas ja rasa tapi reply mesej “ok” siap smiley lagi.. :D
Entah la, selama join usrah ni aku pun xpaham dengan diri
sendiri. Waktu matrik dulu nak la sgt join usrah sebab rasa mcm best jer tgk roommate
gi usrah. Alhamdulillah kat u ni dpt join. Tapi agak ada xpuas dihati sebab
usrah ni kadang2 input banyak dan kadang2 sikit. Ye la, akak naqibah tu
bukannya ustaz yang hebat2 selalu dengar kat ceramah tu, mana boleh nak expect
lebih2 kan.
“Gi usrah ni xbanyak input macam pergi ceramah”
“Selalu ckap benda yang sama je, itew dah tahu la!”
“Ni je la aktiviti usrah, ckap2 skit, pastu tengok video…haish”
Honestly, ini juga kata2 hati ku. TAPI!!!!
Dengan pergi usrah lah aku dapat menstabilkan balik semangat untuk menjadi hamba Allah yang beriman…
Dengan pergi usrah lah aku dapat menstabilkan balik semangat untuk menjadi hamba Allah yang beriman…
Dengan pergi usrah lah aku dapat memotivasikan diri waktu
aku xder motivasi diri
Dengan pergi usrah lah aku bbelajar benda kecik2 yang aku
xpernah tau, dan kadang2 aku tau tp malas amik tau.
Dengan pergi usrah aku belajar berhubung dengan saudara
seislam
Dengan pergi usrah MACAM MACAM lagi aku pelajari tanpa aku sedari..sama ada dengan mendengar ceramah akak naqibah mahupun melalui video yang kak naqibah tu pasangkan. Memang waktu nak pergi tu macam2 feeling syaitan bisikkan dan Alhamdulillah masih lagi dapat wat dek kat bisikan itu.
Dengan pergi usrah MACAM MACAM lagi aku pelajari tanpa aku sedari..sama ada dengan mendengar ceramah akak naqibah mahupun melalui video yang kak naqibah tu pasangkan. Memang waktu nak pergi tu macam2 feeling syaitan bisikkan dan Alhamdulillah masih lagi dapat wat dek kat bisikan itu.
Memanglah usrah tu input dia xsehebat pergi dengar ceramah ustaz mutalib yang superb tu, tapi... atleast dengan pergi usrah aku dapat menginsafi diri dan kemas kini keimanan di hati... Selama ini kemalasan ini hanyalah kedengkian syaitan untuk bagi aku malas pergi usrah lantas menjauhkan lagi aku dari memperbaiki keimanan aku dikala aku terumbang ambing terkapai kapai di lautan kejahilan... T_T
Semoga bakal menjelang tahun baru masihi ini, aku dapat lebih sabar, positif dan dapat mempertingkatkan lagi hubungan aku dengan Allah..
Huallahualam
No comments:
Post a Comment