assalamualaikum

Tuesday, January 1, 2013

Aku dan Usrah



Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang

~Jika hidup di dunia tanpa ibadah, tiada yang menggembirakan di dunia ini~

Tahun 2012 tahun masihi bakal melabuhkan tirai dan aku masih lagi begini, tiada langsung niat untuk berazam untuk sesuatu. Dah lama aku berhenti berazam dikala tahun baru akan menjelang. Entah lah, apa yang aku tahu, azam aku untuk sepanjang hayatku adalah mendapatkan rahmat Allah untukku, ibu bapaku serta saudara maraku hingga ke akhir hayat kami. Kerana dengan rahmatNya dapatlah kita kesyurgaNya kelak. Rahmat Allah itulah yang akan menyelamatkan kita di dalam kehidupan yang abadi nanti.


Baru sahaja balik dari dinner dengan kawan2 selepas usrah. Nampaknya xde rezeki untuk kami makan kerang bakar bila tukang amik order tu lupa untuk take note dengan order kami walaupun dia ada sebut “kerang yer”. Tak pa la, dah xda rezeki untuk makan kerang, kesian ain.hehe Nanti kita gi makan lagi yer, sebab nasi goreng dia memang sedap.


Hari ni nak citer tentang ‘semangat’ lah. Haha sejak dua menjak dan tiga menjak ni memang xda semangat la, entah mana encik semangat ni lari pun dah xtahu dah. Penat dah cari dia…huhu Dan semester ni punya study week ialah yang paling teruk sebab memang xda baca buku sangat macam sem2 lepas… apa nak jadi ni qilah oiiii….


Bangun pagi dapat mesej dari cik naqibah ajak usrah malam ni, ohoi…lama x usrah so bisikan syaitan “malas malas malas” mula menerjah… memang malas ja rasa tapi reply mesej “ok” siap smiley lagi.. :D


Entah la, selama join usrah ni aku pun xpaham dengan diri sendiri. Waktu matrik dulu nak la sgt join usrah sebab rasa mcm best jer tgk roommate gi usrah. Alhamdulillah kat u ni dpt join. Tapi agak ada xpuas dihati sebab usrah ni kadang2 input banyak dan kadang2 sikit. Ye la, akak naqibah tu bukannya ustaz yang hebat2 selalu dengar kat ceramah tu, mana boleh nak expect lebih2 kan.


“Gi usrah ni xbanyak input macam pergi ceramah”

“Selalu ckap benda yang sama je, itew dah tahu la!”

“Ni je la aktiviti usrah, ckap2 skit, pastu tengok video…haish”




Honestly, ini juga kata2 hati ku. TAPI!!!!

Dengan pergi usrah lah aku dapat menstabilkan balik semangat untuk menjadi hamba Allah yang beriman…

Dengan pergi usrah lah aku dapat memotivasikan diri waktu aku xder motivasi diri

Dengan pergi usrah lah aku bbelajar benda kecik2 yang aku xpernah tau, dan kadang2 aku tau tp malas amik tau.

Dengan pergi usrah aku belajar berhubung dengan saudara seislam

Dengan pergi usrah MACAM MACAM lagi aku pelajari tanpa aku sedari..sama ada dengan mendengar ceramah akak naqibah mahupun melalui video yang kak naqibah tu pasangkan. Memang waktu nak pergi tu macam2 feeling syaitan bisikkan dan Alhamdulillah masih lagi dapat wat dek kat bisikan itu. 

Memanglah usrah tu input dia xsehebat pergi dengar ceramah ustaz mutalib yang superb tu, tapi... atleast dengan pergi usrah aku dapat menginsafi diri dan kemas kini keimanan di hati... Selama ini kemalasan ini hanyalah kedengkian syaitan untuk bagi aku malas pergi usrah lantas menjauhkan lagi aku dari memperbaiki keimanan aku dikala aku terumbang ambing terkapai kapai di lautan kejahilan... T_T 

Semoga bakal menjelang tahun baru masihi ini, aku dapat lebih sabar, positif dan dapat mempertingkatkan lagi hubungan aku dengan Allah..



Huallahualam

No comments:

Post a Comment