بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang
Alhamdulillah masih lagi berkesempatan untuk menghembuskan nafas untuk beribadah padaNya, mudah-mudahan. Esok ada test physiology yang memerlukan banyak pembacaan dan juga memorizing. sweet~~~ dan yang paling best ialah apabila kita tak sempat atau kekekangan masa untuk membaca nota sebab ada banyak lagi aktiviti yang memerlukan badan dan otak ini. (tapi sempat la pulak nak tulis kat sini =,=)
ok abaikan test dan juga segala masalah. Sebenar nak tulis tentang benda lain yang mudah-mudahan dengan izin Allah akan dapat mengingatkan diri ini kelak apabila baca balik post2 dalam blog ini. How Syaitan or Iblis work to make what we have seen halal? cewah.tajuk mau bahasa english. haha.
tengah mata memandang sayu nota physio, tiba-tiba kawanku sayang bagi link through skype. Dengan hati yang blur, tekan la link tu and tada! Ada lagu, sedap. Lirik menusuk kalbu gitu. Namun malangnya penyanyi nya perempuan. Ok disebabkan diri ini jahil, so selalu la dengar ceramah online sebab kat joho tak da ustaz kazim dan ustaz Azhar mahupun ustaz Mutalib. Nak pergi masjib yang berdekatan ada ja alasan yang disuntik syaitan. So inisiatif terakhir untuk cari ilmu ialah menggunakan youtube, search segala ceramah yang tajuk-tajuknya memang akan bagi diri ini seram sejuk jer dengar.
Ok back to the main point. Penyanyinya perempuan, sedap suaranya. subhanallah. Tapi video tu tulis lirik ja, tak de muka dia. So macam ok skit ar kan, tapi sekali tengok kat link2 video lain. Ops! Ada juga rupanya, the same person but with different song where the video reveal her in person. Alamak! macam mana ni. Nyanyi.... Suara yang dilunakkan tu aurat dah satu point dah, pastu ditambah dengan rupamu pula. Owh wanita, bukan saya jeles sebab dirimu cantik dan suaramu sedap, tapi saya cuma membayangkan. Akan adakah lelaki-lelaki di luar sana yang akan membayangimu nanti. Mudah-mudahan dirimu dilindungi Allah dari menjadi mangsa dalam fikiran-fikiran lelaki nakal.
Cerita ini diambil sebagai contoh bagaimana syaitan membuatkan perkara haram nampak halal sedikit demi sedikit.
".........Tetapi manusia adalah memang paling banyak membantah." [ 18; 54]
A'ah, betullah firman Allah (memang betul pun segala firman Allah), manusia paling banyak suka membantah. Allah suruh buat ni dia tak mau, suruh buat tu dia tak mau, tapi bila syaitan suruh buat, dengan rela hari dia buat. Tak payah cakap orang, kita sendiri pun kadang susah la nak buat perkara baik tapi kalau perkara yang sia-sia suka pula.
"Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada dimuka bumi sebagai perhiasan baginya, untuk Kami menguji mereka, siapakah diantaranya yang terbaik perbuatannya" [18;7]
Allah pun dah firman banyak kali yang dunia ni hanya perhiasan semata-mata. Tapi kita dengar cakap syaitan untuk mejadikan dunia ni tujuan pertama kita hidup. Aduh hebatnya syaitan mengaburi mata kita. Mata saya.
- laki tu xpandang la kaki kau tu wanita. xpayah la pakai stokin, panas. aurat apanya kaki tu. xdernyer laki tu mahu tgk kaki kau
-pergi la bergembira ngan kawan kau lepas test tu sekali sekala, karaoke ada, wayang ada, pergi pergi, xpa sekali sekala
- tengok kawan kau tu, cantik jer pakai tudung tu (tudung yang singkat)..... ada manik-manik indah, baru senang cari pakwe. ni pakai macam nak pergi buang sampah jer, pergi la melawa skit
- make up tu penting, baru nampak muka kau bercahaya, segar, cantik.
- cuba ko cerita tentang minah tu kat kawan kau, baru kawan kau tu sedar yang minah tu suka kutuk2 kawan kau. kau x salah, ni bukan fitnah mahupun mengumpat, kau hanya menjalankan tugas sebagai kawan yang baik
dan juga banyak lagi yang saya xmampu nak fikir sebab otak dah panggil untuk baca physio. Just nak highlight kat sini bahawa sentiasa la berhati-hati dengan taktik licik syaitan ni. Berdoalah pada Allah setiap kali nak buat sesuatu agar dilindungi dari bisikan halus ala-ala Jlo dari pada syaitan ni. hihi
huallahualam.