assalamualaikum

Thursday, November 29, 2012

B_zi

Bismillahirrahmanirrahim

~ Hari2 yang dihadapi biarlah berbeza dan mencabar untuk mengecapi kepuasan dan erti hidup sebenar~

Alhamdulillah Allah masih lagi reserve diri ini di atas muka bumi ini agar dapatlah diri mengutip pahala2 untuk di bawa menghadap yang Maha Esa Maha Berkuasa...

Masih lagi di dalam telangkup yang sama, oh perit nya hari2 yang dilalui.... SIBUK... owh, perkataan ini sudah secukup sebati sekali dengan diri ini... Jika ada sehari yang tiada panggilan2, terus dimanfaatkan sebaiknya utk berehat...

MASA.... sudah semakin mahal buatku...  sudah terasa keperitan mengejar masa.... kesana kesini berlari2... dan yang paling best selepas satu perkara, perkara lain pula datang membeli masa2 ku...aduhai..

Jika hendak dikarang aktiviti2 yang menguji jiwa ini, waaaahhh.... xlarat nak menaip rasanya...

.
.
.
.
.
"sedangkan mereka diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta.
....Surah Al-Ankabut ayat 2-3
.
.
.
.
.
" Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagi mu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui,"
.....Surah Al-Baqarah ayat 216.
.
.
.
.
.
" ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya,"
.....Surah Al-Baqarah ayat 286
.
.
.
.
.
" Jangan kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjat-darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman,"
.....Surah Al-Imran ayat 139
.
.
.
.
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu ( menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkan kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan ),dan bersedialah ( dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan)serta bertaqwalah kamu kepada ALLAH supaya, kamu berjaya ( mencapai kemenangan)."
.....Surah Al-Imran ayat 200
.
.
.
.
.
"Cukuplah ALLAH bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya.Hanya kepada-Nya aku bertawakal."
.....Surah At-Taubah ayat 129
.
.
.
.
.
".....dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat ALLAH. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat ALLAH melainkan kaum yang kafir."
.....Surah Yusuf ayat 12 

.
.
.

ingatlah mereka yang lebih hebat ujiannya...  bantulah saudara kita disana....


(^_^)9 sesungguhnya penat lelah di atas dunia  xkan lama sekiranya kita sentiasa yakin pada Pencipta kita.... senang mahupun susah, sedih mahupun gembira, lapang mahupun sibuk, senantiasa sematkan ingatan pada Allah di dalam hati dan akal kita....  :)

wallahualam

Sunday, November 25, 2012

kerana seseorang....


Bismillahirrahmanirrahim

" aku gembira, aku sedih, aku tabah, aku sabar,  aku sayang, aku benci kerana seseorang.... 
tetapi aku hidup untuk yang mencipta seseorang itu"

Andai dapat ku undur masa lalu, akan ku jaga semua itu... kerana seseorang,  aku ragui hari-hari yang mendatang.... ok sangat poetic sungguh malam ni...cewah... (hidung yg sedia kembang bertambah kembang jap) hehe

Tanggapan

Kadang-kadang kerana seseorang telah membuatkan hidup kita rasa miserable, kita akan assume orang lain akan turut menyusahkan hidup kita.. JANGAN!!

Masa browse2 scroll2 FB tadi ada org share gambar ni
.
.
.
.
.
.
.

ok fine, dia dia dah delete sbb terima kata2 pedas bak cili padi  dari saya tadi...ops!!
jap nak recall balik apa tah gambar tu tulis..
.
.
.
.

lelaki yang tak merokok,
lelaki yang tak keluar malam,
lelaki yang tak curang,
lelaki yang tak ....

ok fine lupa... tetapi benda2 yang negatif la...

dan ayat last dia ialah




TAK WUJUD!!!

.
.
.
.
.

amboi....  sebab saya tahu sedikit sejarah silam my friend ni, so i guess maybe she post this picture  because of her experience with that kind of man but...i can't agree with the last statement... tak wujud?? eh!!! kalau macam tu are you accusing our prophet have one of those charecter? are you?



Keluar malam... eh... oh sorry, mungkin Rasulullah ada keluar malam, even waktu nak keluar dari kota mekah untuk  berhijrah ke madinah pun waktu malam, tapi dalam ayat2 di atas, keluar malam bermaksud keluar berfoya2 dan membuat aktiviti yg xder manfaat... and that are not applicable on our beloved Rasulullah....!!! not at all!!! (maaf, saya perlu marah yer tapi xder la smpai nak tumbuk2 muka anda2)

You need to think before your write something, writing in internet isn't like writing in our diary, once u publish it ...... tada!! everyone can read and comment it either in positive or negative way... depend on your words...


berbalik pada post entah apa2 tadi, mesti org yg buat pic yg tulis ayat2 ntah apa2 ni juga mempunyai pengalaman pahit dengan kaum lelaki lantas  menganggap lelaki lain pun sama... dush dush!!


jangan kerana seseorang itu............orang lain yang tak bersalah turut disamakan...


saya bukan lah lelaki (kan?) tetapi honestly saya terasa dengan ayat2 itu.. kenapa nak katakan lelaki sebegitu tak wujud kerana kita sering jumpa lelaki yg pelik2... saya yakin seyakinnya lelaki sebegitu wujud!!!  selagi agama Islam bertapak dibumi malaysia, selagi itu saya tahu ada lelaki yang sebegitu di sini...di hati ini...eh....maaf... XD

ok ok serious skit qilah.... so main point untuk post ini ialah, jangan kerana seseorang kita nak condemn orang lain....

honestly saya pun pernah merasai perasaan itu, 


"ah, mereka semua serupa"

tapi sebenarnya tidak, ini kerana kita hidup di dalam kalangan mereka, sebab itu kita assume semuanya begitu....cuba kita berkawan dengan pelbagai jenis orang, dari situ baru kita dapat mengenali pelbagai manusia dengan pelbagai ragam... ada yang nak je sy bg side kick, ada yang nak je sy pergi minang, ada yang saya respect, ada yang saya gembira dengannya, ada yang saya kadang2 bleh get along kadang2 please get lost.... macam2 lah manusia ni...termasuklah saya...am i in " nak bagi side kick" punya group? huhuhu

So jangan lah paranoid sgt.... tak baik tuduh orang lain sedangkan yang bersalah tu orang lain....

Sebab itu lah bila kita nak bersahabat, bercinta mestilah kerana Allah...bila kita apply concept ini insyaAllah kita kan bahagia walaupun kawan/pasangan kita tu kadang2 ada juga mengguris hati kita...tapi dek kerana kita sayangkan dia kerana Allah, kita pasti akan cari jalan untuk memperbaiki dirinya kan? kan? bukankah apabila kita bersahabat dan bercinta kerana Allah itu bermaksud kita nak bersama2 mereka di syurga kelak....?




wallahualam....







Friday, November 16, 2012

kita yang lalai.. :'(

Bismillahirrahmanirrahim

" Jangan terlalu bersenang-senang, carilah kesusahan untuk disenangkan lagi"

Hari ni penuh dengan rasa terkejut, terkilan, sedih.... pagi2 lagi hp dan buzz, mesej masuk... memberi informasi tentang serangan terhadap saudara kita di palastine... ya Allah...  diri yang tgh sedap2 sarapn nasi lemak terasa betapa lupanya diri ini terhadap saudara yang tertindas di sana...  tapi suapan masih diteruskan.. =,=

Bila log in fb pula, wah! banyaknya news tentang kekejaman zionis terhadap saudara kita di palestine... aduh... makin scroll ke bawah makin banyak informasi yang diterima....

RECENT NEWS: Kedengaran letupan di timur bandar Rafah, selatan Semenanjung Gaza. Pesawat zionis mengebom sebuah tanah lapang. Tiada kecederaan berlaku.
●●●► Bad News from Gaza , I just received SMS from my Admin Colleague who is under the siege of Gaza strip (Ahmed Nigim) told me that the electricity is cut off in most Gaza Strip, and the Israeli attacks continue till the moment, and he asks us to stay with him :(
we all with u Gaza ,,, we all with people of Gaza ... We all with u Ahmed Nigim
we all pray for Gaza :(
(Mu'az Masri )
 
 
 
 Sehingga kini dilaporkan di pihak Israel,
angka korban di pihak Israel mencecah 5 orang dan 70 yang cedera.

Di pihak Palestin(Gaza) untuk hari ini, korban mencecah 15 orang dan 150 kecederaan,

Sementara itu jurucakap tentera Israel menyatakan mereka memberikan jaminan tempoh bertenang kepada Gaza, namun Hamas menyifatkan ia sebagai satu helah bohong Israel.

Di Tel Aviv, dilaporkan hampir 2.5 juta rakyat Tel Aviv sedang berlindung di bawah tanah dan di dalam terowong-terowong keselamatan berlindung daripada serangan balas roket-roket pejuang Israel.

Gaza ketika ini baru sahaja memasuki waktu Isyak, semoga doa-doa kalian dikabulkan Allah. di siangnya tadi dilaporkan roket-roket Israel banyak disasarkan ke tempat tanah kosong, disasarkan atau terpesong semoga ia kuasa Allah sebagai rahmat kepada hambanya.
 
 
Berita Terbaru: Jurucakap HAMAS, Sami Abu Zuhri berkata, 'permintaan Israel untuk gencatan senjata di Gaza hanyalah muslihat'.
 
BERITA TERKINI: Tentera Zionis melepaskan bedilan meriam ke arah rumah penduduk di timur bandar Gaza. Setakat ini tidak mengakibatkan sebarang kecederaan.
 
Tentera rejim zionis mengumumkan hari ini bahawa sejak bermula serangan, pihaknya telah menyerang lebih 200 sasaran dari udara, darat, dan laut di Semenanjung Gaza.
 

dan banyak lagi update2 tentang kekejaman zionis ini...ya Allah...namun apa yang lagi menyedihkan hati apabila membaca status anak2 remaja Muslim kita di Malaysia penuh dengan emosi cinta... dah tu status tu bagaikan tempat melepaskan perasaan terhadap 'seseorang' tetapi yang membacanya orang2.. hurm....  putus cinta dengan pakwe la, bahagia dengan pakwe la, bergaduh dengan pakwe la... adakah remaja islam di palestine sempat memikirkan perkara ini??? tak, malah mereka sedang bersiap sedia untuk mempertahankan Cinta yang lebih agung lagi...xperlu nak update2 status nak emo2 dekat fb, mereka update terus status direct pada ilahi... aduh!!!  apa nak jadi dengan kita anak remaja Islam di malaysia??? 

perkara2 ini seperti kekejaman zionis ini sepatutnya lebih membangkitkan semangat kita anak2 remaja supaya lebih berusaha... mungkn kita xboleh nak pergi berperang di sana, tapi kita boleh berperang disini denga berjuang dalam pelajaran, dapatkan pekerjaan yang elok, dapatkan gaji yang halal dan gunakannya dijalan Allah dengan menyumbang pada mereka disana. mungkin ada anak2 remaja yang berkata

"aku nak p palestine la, berjihad dan mati syahid disana"

bukan ingin menghalang, silakan ... tapi kan lebih best kalau kita boleh belajar dan hebat dalam bidang yang kita pelajari dan aplikasikannya dalam membantu saudara kita disana...  sekarang ni berperang bukan sahaja guna kekuatan fizikal, tapi turut juga kekuatan mental... kalau yang genius2 tu, ciptalah sesuatu yang boleh membantu saudara kira di sana... sepertimana orang yahudi mencipta senjata api, kita pun boleh!!! sekiranya kita betul2 berusaha... malangnya, kebanyakkan remaja zaman sekarang tidak clear akan perkara ini..begitu juga diri ini... cakap itu mudah, mengaplikasi itu susah tapi possible jika dicurahkan usaha dan tabah.  

namun sekirany kita x diberi akal yang superb, harta yang banyak, jangan lupa kita masih  boleh berdoa untuk mereka.....

huallahualam

 

 
 
 

Friday, November 9, 2012

ujian :O

Bismillahirrahmanirrahim


Kecapilah kesenangan di dalam kesusahan... :)

Ujian, musibah, dugaan merupakan perkara2 yang akan selalu mendekati kita tak kira masa dan tempat. Dengan merekalah kita boleh menjadi lebih hebat, dan juga dengan merekalah kita dapat menjadi lebih teruk lantas terjunam di dalam gaung yg dalam sambil menjerit aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

Kadang2 benda atau perkara yang kecil pun boleh menjadi isu yang besar terhadap diri seseorang lantas membingungkan dia beberapa seketika. Dan kadang2 ada juga mereka2 yang langsung merasakan mereka tidak di uji lalu menganggap hidup mereka sudah sempurna.

"ala, kiter relax je x ikut sgt perintah Allah, xder pun dapat benda buruk2..eleh"

Sabda Rasulullah SAW: "Demi Allah, bukanlah kemiskinan yang aku khuatirkan atas kamu, akan tetapi aku khuatir sekiranya kemewahan dunia yang kamu dapat sebagaimana yang telah diberikan kepada orang sebelum kamu, lalu kamu bergelumang dalam kemewahan itu hingga binasa, sebagaimana bergelumang dan binasanya umat terdahulu." (HR Bukhari)

Ujian hidup bukan dari segi kesusahan sahaja, bah kan apabila menerima terlalu banyak kesenangan dan kemewahan juga merupakan satu ujian dari Allah kepada kita.

Namun musibah hidup yang diterima lebih di anggap sebagai ujian berbanding kesenangan. hurm~~~ bercakap tentang kesusahan, kita akan sentiasa akan diuji terutamanya apabila kita semakin ingin meng'improve'kan diri kita. Pelbagai kisah sy dengar mengenai hamba2 Allah yang ingin berlari ke cahaya ilahi namun tidak sempat dan akhirnya terserap ke dalam kegelapan yang sedih. Kenapa itu terjadi?

Mungkin kerana faktor sekeliling. contohnya waktu di matrikulasi kawan2 semua pakai tudung, alhamdulillah dia juga try2 pakai tudung. Namun selepas setahun di matrikulasi, selepas kembali ke pangkuan kawan2 lama, tiada lagi tudung dan tiadala lagi definisi aurat di dalam kamus hidupnya. Kenapa ini terjadi?

Dengan sedikit tarbiyah, dia berjaya menjadikan dirinya lebih banyak melakukan ibadah kepada Allah. Namun tak sampai seminggu ibadah semakin berkurangan. Malas mula menerjah, bisikan mula rancak dan akhirnya perjuangan terkandas di tengah jalan. Kenapa ini terjadi?

Sesungguhnya ibadah yang disukai Allah ialah yang walaupun x banyak tapi constant. Xperlu nak kejar semua ibadah2 sunat tapi akhirnya tak sampai seminggu dah termengah2 dan akhirnya berhenti. Seperti nak hebat berjogging, seseorang mestilah bermula dengan berjalan, berjalan laju, jogging perlahan dan akhirnya jogging laju dengan stamina yg hebat. Setiap perkara kena ada step2 nya.

Ikhlas, sekiranya kita ikhlas kita akan lebih senang melakukan sesuatu tanpa rasa malas. oleh itu ikhlaskan diri dalam beribadah padaNya...

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3).

  "Dan sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi itu sebagai perhiasan, agar kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang terbaik amal perbuatannya." (QS Al-Kahfi:7-8)

"Dan kami akan uji kalian dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu akan kembali." (QS al-Anbiya:35).

Hidup kita ini ialah seperti sedang menjawab peperiksaan, nnt selepas mati kita akan dibangkitkan semula utk mark aktiviti2 kita atas muka bumi ini,  pastu tengoklah result kita, pass or fail. errrr.... scary gak yer... nervous2...

Bercakap tentang ujian, teringat pulak petang tadi ada berkenalan dengan seorang wanita dari pakistan bersama anak lelakinya yang berumur 2 tahun. Wanita itu sedang mencari kereta untuk memudahkan pergerakannya sbb dia tinggal jauh dari universiti. Part yang bestnya dia ada di Malaysia hanya dengan anaknya seorang tu sahaja, suaminya di pakistan. Demi mengejar ilmu, dia sanggup berjauhan dengan family, bersusah di negara orang. For me, hebatnya dia. Bukan senang nak hidup di negara orang, tambah2 lagi bawa anak yang masih kecil. Alhamdulillah Allah hantar seorang pakcik (jiran dia) yang banyak membantu dia. :)

kalau Allah bagi ujian, Allah mesti akan bagi pertolongan , cuma kita sahaja yang melebihkan ujian itu hingga kita terlupa hendak bersyukur dengan pertolongan Allah... selalulah bersangka baik dan yakin pada Allah. Dan perbaikilah hubungan kita dengan Allah supaya kita berada di dalam rahmatnya senantiasa. paham x cik qilah???  :P


huallahualam

Monday, November 5, 2012

Cicak oh Cicak

Bismillahirrahmanirrahim

Er... Allah menciptakan bermacam macam makhluk di atas muka bumi ini. Ada manusia, jin, haiwan, tumbuh-tumbuhan, angin , udara, matahari, bulan yg comei,  awan, langit dan tersangatlah banyak... 

 
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, perselisihan malam dan siang, dan bahtera yang berlayar di laut dengan memberi manfaat kepada manusia, dan apa-apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air Dia dihidupkan bumi sesudah mati (kering)nya, dan di bumi itu Dia menyebarkan segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dengan bumi; sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi golongan yang berakal.”
(al-Baqarah 2:164)


Tadi balik bilik, aaaaaaaaaaaaaaaa ada cicak dalam cawan... Sebab tu la kena telangkup cawan kalau nak tinggal... Hari tu masa telangkup cawan pas basuh kak marah, dia tanya kenapa telangkup, biarlah ltak macam biasa ja... ha! ni la jawapan dia! untuk mengelakkan minatang-minatang yang aaaaaaaaaaaaa menggelikan untuk bermain cuk cak cuk cak dalam cawan tu. haaaa kan dah padah... terkejut bila nampak cawan goyang... masa bila pulak dalam bilik ni ada jin pandai2 mengusik, rupa-rupanya encik cicak yang aaaaamaattt menggelikan ada dlm tu... dia xleh keluar, nampak lak gergasi berupa manusia approaching, lagi la dia kalut nak keluar, malangnya...hahaha dia x berjaya... ni gelas la bukan cawan yang pendek tu, amik! nak main sgt dalam gelas org...tu la padahnya...

tapi...masalahnya sy pun geli geleman ngan minatang ni...eeeeeeeeeeeeeeeeeeeiiiiiiiiiiiiiii........... ni kira situation both win la sebab dia takut, saya pun takut walaupun kami berlainan size... er... badan je besar tp takut cicak... bukan takut la, geli...eeeeiiiii .... x boleh teringat, nnt badan automatik mcm kena shock current....eeeiiii.... 

cicak tu usaha la punya usaha nak keluar, tapi tak berjaya... saya pun blur jap, fikir camna la nak buang binatang ni, nak pergi dekat gelas tu pun geli...  last2 decide nak baling gelas tu kuar tingkap, sanggup  buang tu... tapi waktu nak approach tu ya Allah, gelinya..... last2 saja2 nak acah cicak tu, amik botol ketuk gelas tu, tiba2 cicak tu berjaya pulak keluar dari gelas tu, terus lari sambil gaya tangan kaki mendepa macam tupai terbang... wah! live depan mata nmpk cicak terbang.... waaaa.... subhanallah...

pengajaran :

1) ketakutan boleh membuatkan kita lebih berani sebab dah xda choice lain dah

2) jangan berhenti berusaha... tengok cicak tu akhirnya berusaha keluar sebelum kene lempar keluar tingkap sekali dgn gelas tu...

3) lain kali telangkup cawan/gelas tuh!

hihi cicak oh cicak...teringat pula time FYE hari tu, aishah kene berlakon jadi cicak tersepit kat pintu kene minta tolong orang kampung... XDD

*mencari gmbar cicak dengan perasaan geli teramat sgt, last2 gmbr ni je mampu.... huhu*

huallahualam...


Saturday, November 3, 2012

sehebat mereka...

Bismillahirrahmanirrahim.

~Kesakitan kepenatan di dunia biarlah berbaloi untuk di akhirat~

Hidup ni kalau sehari atau dua hari tanpa dilema tu memang bukan hidup la... selalunya mesti ja akan ada benda yang kita kena buat pilihan.. paling simple, pas bangun tido kita dah terbuka dengan pelbagai pilihan... nak bersyukur sbb masih hidup? terus lompat katil pergi tandas? sambung tido balik sbb tgh best2 mimpi? buka laptop ?  macam2 kan pilihan yang ada tapi semua keputusan di atas tangan kita. ya! memang Allah yang tentukan hidup kita tapi perlu ingat kita turut menentu hala hidup kita dengan approval dari Allah s.w.t.

Sejak dua menjak dan bermenjak-menjak ni macam2 bermain dikepala. hurm~ pelbagai pilihan perlu dibuat.. training silat pulak makin lebat, bukan sekadar weekend saja... petang malam suma dia sapu bersih... malam semalam training lagi, sebab malam esok dah nak demo... tapi masalahnya pagi tadi ada test... masyaAllah.... balik2 bilik malam tu penat sangat, baca notes kejap je pastu terus tido.. esok bangun pas subuh smbung baca balik... boleh pulak tengah baca boleh tertido.. =,= adoi la... tapi gagah baca gak sebab memang tak cover lagi suma subtopic tu kot... hati dah dup dap dup dap laju dah... sekali lagi, xda benda lain dah yang mampu nak buat, hanya pada Allah jua ku serahkan segalanya dengan penuh pengharapan.. sampai kelas sempat lagi refresh2 dgn kawan dan yang paling best waktu kawan explain direct je saya blur..  apa yang diorang cakap ni? aaaaaa dah lupa! tapi saya paksa diorang explain gak...selagi ada masa kan... pastu masuk kelas dan tengok soalan...subhanalllah... topik yang kuar kebanyakkannya yang saya sempat cover punya...ya Allah bersyukur x terkira... bukan nak cakap yang saya boleh dapat fullmark, tapi atleast boleh goreng jugak dari pada bagi balik blanksheet kat lecturer...huhu semoga markah nanti dapat membantuku kelak insyaAllah...apa2 pun pada Allah kita berharap...

Tapi tu citer test, masalahnya skang ni adoi...sakitnya badan... lama x turun training jatuh2 dengan hebat kan tiba2 asyik training je, mmg sakit la... sampai nak angkat tangan tinggi skit pun susah ya amat...huhu T_T gerak skit ja pun dah rasa...huhu hebat gak penangan training ni... kalau xnak training, tak boleh jugak... terasa diri ini bertanggungjawab menolong persatuan sendiri... sebelum nak decide masuk demo ni dah banyak kali consult dengan kawan sebab mmg dilema...

..............................................................................................................................................................
Aqilah :  a'ah, asyik tidoq lambat ja keja aku... adoi la... ni depa dok ajak masuk demo silat pulak, mmg la aku byk energy utk bersilat ptg2 pulak kan.... nak tolak kesian kat ketua skuad demo lak, dilemma nya punnnnnnnnn

Najat : qilah dear :) hehe. qilaah, u can say no if u want. apa2 pun dahulukan tarbiyyah diri sbb itu yg utama.. ask for His guidance <3 sabar tau qilaaaaah ..<3
 
Aqilah : huuuuuuu najat najat huuuuuuu nak tanya something? apakah aktiviti aku bersilat dan buat demo ini bagus? berguna x utk tolong aku di akhirat? aku blur sudah... kalau nak tnya niat aku berdemo, hurm... ntah la 
 
Najat :huhu susahny soalan tu>< ..sat aku susun ayat 
:p 
Aqilah :sila sila...aku nnak p asaq sat na.... 
 
Najat : ilmu ada dua jenis. ilmu dunia n ilmu akhirat. ilmu dunia utk kita jd khalifaNya. ilmu akhirat utk kita jd abidNya. dua2 perlu sbb itulah tujuan manusia diciptakan. specifically kita perlu ilmu dunia utk jlnkan tugas kita sbg khalifahNya (utk smpaikan ajaran Islam yg sbenar- sbb skrg ramai org Islam hnya pada nama). so kalau dgn join silat kita boleh tarik org pada ajaran Islam yg sbenar, why not. tp sejauh mana niat dan tindakan kita blajar ilmu dunia dan dimanfaatkan utk mencari redha Allah tu kita sendiri ja la boleh nilai. and biasala, utk menjd khalifah dan abid yg diredhaiNya memerlukan pengorbanan. so normally kalau hidup itu meletihkan, sbb rehat sebenar seorg muslim hanyalah di syurga..:)

Aqilah :huhu najat....... terima kasih atas kata2 hikmah anda... T_T insyaAllah aku harap silat ni ada beneft nya utk agama juga bagi yg niat belajar sbb Allah... :) tapi demo nnt? nak join ke x aaa? huhu blur lagi 

Hailini :Kesiannya cik qilahh 

Aqilah : kesian jugak kat cik qilah.... huhuhu 

Najat : kalau aurat,ikhtilat and hukum2 lain terjaga iAllah aku rasa ok ja. muslimah demo silat. terbaikla qilahh:D boleh mnunjukkan contoh khidupan muslimah kat org(dgn niat nak m'advertise islam). dah baca cerita Nusaibah bt Ka'ab??

 :DAqilah : x, xpernah dgr pun nama tu...huhu ce citer ce citer 

Najat : tp apa2 pun qilah, kena balance tugas abid dgn khalifah tu. kalau kita tlalu busy menyampaikan islam smpai hbgn kita dgn Allah kurang trjaga, kena muhasabah balik kita nak tarik org pada apa sbenarnya..




Aqilah : hurm betul2.... jadi cmna ni? aaaaaaa 

Najat : google aja dong :p nusaibah ni tkenal dgn smgt dia yg sgt terbaikla :D nusaibah ni join sekali dlm perang uhud utk mlindungi rasulullah..dia lwn pedang kot! mmg superb la. try baca blog mana2. dahla anak2 dia pun mujahid2 yg join perang. seriously hg kena baca cerita diaa^__^ 

Najat : qilah, demo tu nak demo kat sapa? seriously aku rasa ok ja kalau hg nak join. tp niat semua tu kena jagala.tu ja :) 

Aqilah : aku dah siap2 nak gi latihan dah ni .. doakan aku sentiasa dalam iman yg teguh pada Allah... dan korang jugak .. terima kasih kerana selalu bantu aku .. cinta anda suma kerana Allah....serious! 
 
Najat iAllah qilah, bila niat tu kerana Allah, bntuan Allah tu dekat ja:) "Hai orang-orang mu'min, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (MUhammad:7) selamat bermujahadah :D


.....................................................................................................................................................................



hurm~~~ insyaAllah sekiranya saya buat ini kerana Allah, segalanya akan baik2 sahaja. Tapi bayangkan baru training silat pun dah sakit2 badan, bayangkan para mujahid mujahidah kita dahulu berperang mempertahankan agama islam...subhanallah... hebatnya mereka... kalau takat sengal2 badan ini bukan satu masalah buat mereka... waktu nilah saya boleh muhasabah diri dan ingt kembali semangat perjuangan pejuang islam dahulu... walaupun dekat negara kita ni xda perang2 tapi jangan kita abaikan ilmu2 pertahankan diri ni..mana tau satu hari ia amat berguna untuk kita dikala terdesak... bersyukur lah kita hidup di negara Malaysia ni umat islam tidak ditindas sebagaimana di palestin dan syria terutamanya...

dikala anak2 gadis remaja di negara kita ingin berkahwin dengan lelaki impian mereka yang kononnya kaulah imamku bla bla bla, namun di sana mereka berkahwin bukan kerana nak bercintan cintun macam kita di sini, tapi mereka berkahwin untuk melahirkan para pejuang2 islam untuk dihantar ke jalan fisabillillah....subhanallah... cuba kita comparekan diri kita disini dan mereka disana....betapa hebatnya semangat mereka untuk memperjuangkan agama kita ini...selepas mengetahui sedikit sebanyak akan kisah nusaibah binti ka'ab, subhanallah hebatnya semangat muslimah dizaman Rasulullah... bersama2 turun membantu para pejuang islam berperang..



"  Ummu I’marah (Nusaibah) banyak ikut serta dalam menyaksikan Bai’at al-’Aqobah,Perang Uhud,Perang Hudaibiyyah,Perang Hunain dan Perang Yamamah.Dalam Perang Uhud,Ummu I’marah memberikan  minuman kepada pasukan Muslimin yang kehausan dan juga merawat mereka yang cedera.Ketika pasukan Muslimin melarikan diri dari medan peperangan dan hanya tinggal beberapa orang sahaja,beliau menghunus pedangnya dan memakai perisai serta melindungi Rasul SAW daripada musuh.Pernah Rasulullah SAW bersabda: ”Saya tidak menoleh ke kiri dan ke kanan kecuali aku melihat Ummu I’marah berperang di hadapanku”"

Lihatlah kehebatan Nusaibah yang sanggup berkorban demi Islam...kita? masih jauh lagi perjalanan untuk sehebatnya namun tidak mustahil kita boleh menjadi sehebatnya.  Ayat yang paling best untuk disematkan dalam hati dari srikandi Islam ini ialah “Aku tidak akan pernah mengeluh setiap musibah yang menimpa diriku di dunia”.  insyaAllah, banyak lagi yang perlu diperbaiki... ayuh marilah kita muhasabah diri... Tak kira berapa penat kita di sini, di dalam dunia ini...hadapilah sisa2 hidup kita  dengan keyakinan padaNya, bersabar dan berjuanglah dijalan Allah... insyaAllah... (^_^)9


huallahualam





Friday, November 2, 2012

Kerlipan Cinta

Bismillahirrahmanirahim

Kerlipan Cinta - Rabbani

Hidayah .. Kerlipan Cipta Cintaku
Harum Rembulan Mawar
Dingin Dihakis Keseorangan ....

Aku masih menghitung diri ..
Kesiangan yang panjang
Ingin mengisi hati

Padamu kasih
satukan aku
Dengan rahmatmu
Dengan Kalimah
Malam Siangku
Berliku liku
Duri Dugaan
Siratan Cinta

Biar di jemala mentari
Biar di bahu gunung berapi
pasrahku abadi untukmu ..untukmu

Ku kembara setia disisinya ...
Ku inginkan Bahagia abadi
ku impikan sentosa dibawaha naungannya
selamanya

*hidup ni kita x lepas dari dugaan hidup.... tapi sebagaimana susah peritnya hidup, janganlah cuba lari dari Allah kerna kita xbisa lari dariNya...walaupun kita rasa kita sudah hilang dari Allah tapi sebenarnya tidak! bahkan kita makin dekat pula pada azabnya...  janganlah sombongkan diri sekiranya hidup kita sentiasa berjaya, ambillah pengajaran dari kisah qarun, firaun....  segala kesenangan dari Allah, sejauh mana kau usaha jika Allah xbagi, xmungkin kita peroleh kesenangan itu... dekatkan lah diri kita pada Allah xkira sewaktu senang mahupun susah...waktu tersenym mahupun menangis.... kerna kita hidup untuk Allah...jangan lupa itu....*