assalamualaikum

Wednesday, October 24, 2012

aku perempuan la...

Bismillahirrahmanirrahim

Seandainya dapat ku letakkan diriku didalam penjara,
Aku lebih rela begitu,
Dari mengharungi dunia yang penuh pancaroba
Sebagai seorang wanita...

Menjadi seorang wanita, ok perempuan bukan mudah..bak kata2 yang dipetik dari Ustaz Kazim...

"Jadi perempuan ni bukan senang, nak tutup sana tutup sini, aurat kena jaga, pergaulan kena jaga semua kena jaga." (ada sedikit edit from me but the main idea is still the same)

hurm~~ ye la, kita perempuan ni special, berharga bahkan lebih berharga dari belian mahupun platinum... sebab tu kita dijaga elok2 oleh family... kalau satu family ada anak dara yang suka buat hal, kompem satu kampung tahu kan? kan? passtu satu family yang kena tanggung cemuhan....nampak tak bertapa kita perlu jaga diri agar x menjadi bualan mulut2 bak serombong kapal besar yang tak habis2 mengeluarkan asap mencemarkan udara.

namun aku? namun kita? namun mereka?

"dunia sekarang sudah berubah, perempuan dah seiringan denga lelaki... tiada diskriminasi"

"bersosial antara lelaki dan perempuan memang tak dapat dihalang"

"perempuan juga boleh buat kalau laki boleh buat"

ya, memang tak dinafikan yang dunia mula berubah..kalau zaman dolu-dolu perempuan duk rumah, blaja jadi surirumah, tapi perempuan zaman sekarang duk kat sekolah (tempat belajar), ntah2 tempoh duk kat tempat belajar lagi lama dari duk kat rumah.

bukan ingin mem'condemn' zaman sekarang, tapi kita (perempuan) terlalu banyak perbezaan dengan perempuan2 zaman dulu... ada yang perbezaan yang baik untuk kita, dan ada juga perbezaan yang buruk untuk kita.

sebagai seorang pelajar, saya memang tak lari dari berkomunikasi dengan pelajar lain jantina. Plus saya ni pula jenis tak ambil kisah sangat kan. Alhamdulillah masih lagi tahu batas2 pergaulan namun kadang2 rasa tak puas hati sebab bila once dah sembang dan kawan2 dengan mereka, hari2 yang seterusnya akan menjadi kebiasaan untuk bersembang lagi...dah macam kawan... friendship la kononnya...tapi memang saya pandang mereka sebagai kawan pun, kawan sekelas, kawan untuk minta tolong, kawan untuk beri pertolongan sampai kadang2 lupa pula oh! aku perempuan engkau lelaki... haish

tapi boleh ke elak benda2 ni kalau kita di zaman sekarang ini... kalau nak wat group untuk assignment pun lecturer akan syorkan untuk gabung laki perempuan dan pelbagai bangsa. Bagus dari segi idea yang akan diberi akan pelbagai, tapi tu lah... kadang nak wat kerja pun susah. Nak communicate tu kalau bak kata2 org2 yang hebat la konon, masa bercakap kita perlu eye-to-eye...huish!!! bahaya tu, dalam islam menyatakan kita kena tundukkan pandangan, ni nak ckp laki perempuan tanpa tabir dan eye-to-eye...  kalau takat blink2 je xper, kalau eye contact lama sgt takut lain jadinya..so lebih disyorkan eye down bila communicate with different gender unless you are superpower like me. jenis xder feeling...er... dengan yang mengetarkan hati je xleh pandang sbb takut membahayakan kesihatan hati....eh!

sekarang ni ada satu subject yang saya perlu wat group, part paling 'best' bila saya je perempuan yang lain laki... er... agak blur disitu... tu la bahana kolej asing dari yang lain, konon nak kolej yang banyak pokok la, tenang la, leh menikmati flora fauna la...haaaaaaa kan dah blur bila nak group. yang kolej ni satu group, kolej tu satu group..last2 group ngan budak laki dan ofcourse diorang kolej lain JUGAK. macam xder beza jer... tapi part yg best ialah group kitorang xder la meeting2 ni, suma maklumat discuss dlm fb, so slalu je misunderstand sana sini..haha tapi saya suka, senang skit xder meeting dengan sumanya laki pulak...

namun, kadang2 dalam kelas xleh lari dari duduk dalam group. Rasa janggal jugak walaupun luaran cool je mcm iceberg. Plus 2  member chinese kan, so memang tajam jer pandangan mata dengan pergerakan mereka. Ye la, bagi diorang tersentuh terpegang itu normal...tak sengaja lagipun... Tapi kena jaga, kita muslim ada guideline... jangan ambil senang kononnya ops! xsengaja tersentuh tapi dah kali ke-8... amboi... tu bukan xsengaja, tu gegeh. Tapi alhamdulillah member2 sy yg chinese ni faham. (^_^) Tak payah nak susah2 risau sangat tapi kena la risau gak..

Bila fikir2, saya ni perempuan dan walaupun saya x cantik macam J.lo, saya masih lagi perempuan. Perlu jaga harga diri. Kalau boleh nak jer duk rumah, tak payah keluar rumah pun tak pe, tv kan ada. eh! Tapi nak buat macam mana, zaman dah berubah, takkan nak konon2 jadi perempuan melayu terakhir pulak kan. Cuba bayangkan mujahidah2 kat palestin tu. Xder nyer duk rumah, blaja jadi suri rumah semata-mata. Siap ada yang sekali pergi berperang, even zaman Rasulullah S.A.W yang dicintai dulu pun ada kaum hawa yang ikut pergi berperang untuk membantu kaum adam untuk bertempur kan...

Tak pe la Qilah, selagi anda mampu menjaga diri insyaAllah Allah akan menjaga kamu dari perkara2 yang tak baik. Carilah ilmu, carilah kerja dan jangan lupa pada saudara2 muslim yang lain. Bantulah mereka sekiranya engkau mampu... Sebab tu kena belajar, cari ilmu, cari kerja, dapat gaji insyaAllah kalau ada extra2 boleh digunakan dijalan Allah. Sebab itu penting jugak untuk berimpian untuk menjadi kaya, supaya kita dapat bantu saudara2 kita, gunakan duit utk bangunkan umat2 islam... bukannya nak jadi kaya sebab nak bergaya, nampak hebat dimata manusia semata2...

InsyaAllah saya akan berusaha dengan sedaya upaya.. xkira la markah test macam apa pun, usaha dan usaha lagi !!!

huallahualam...

Thursday, October 18, 2012

Teruskan... (^_^)9


Bismillahirrahmanirahim.....


Teruskan, teruskan , teruskan selagi kita masih diberi peluang hidup di atas bumiNya,

biarlah segala halangan datang, biarlah segala dugaan menyerang,

teruskan berjalan.....teruskan kehidupan..

biarlah dihiris kesakitan, biarlah air mata bercucuran,

teruskan senyuman, teruskan berlawan....

kerana kita seorang pahlawan....yang berjuang untuk mendapatkan keredhaan Allah, tuhan semesta alam....




Semalam dah bertempur  dengan test statistic, entah macam mana... minda blank bila tengok soalan, ekspresi senyuman sinis ditonjolkan... soalan ke apa ni? dah rasa macam exam emt, numerical dan seangkatan yang lain yang telah berjaya menarik kemas pointerku kebawah... hurm... terasa diri seperti tewas di perjuangan....

E'EH!!

seandainya ujian didunia ni pun susah macam ni, agak nya ujian  yang kita nak jawab di akhirat cmner yer? memang soalan dah bocor, tapi kita sure ke mampu jawab kelak? sure? agak-agaknya kalau kita hafal mcam nak mati pun, kita boleh jawab ke? sure? dengan ibadah kita sekarang? agak2 cukup x? atas urat? bawah urat? tepi urat? tiada urat?  (-_-) sayu sekali....

aku yakin dengan Allah, aku yakin dengan rezeki Allah...seandainya aku tak boleh grad dengan pointer yang memberi ekspresi kembang kempis hidung pun, aku yakin sekiranya aku berusaha insyaAllah ada rezeki dari Allah dari haluan yang mungkin kita pun tak pernah terfikir... mungkin menjadi seorang isteri, mama dan surirumah yang berjaya dalam mewujudkan institusi keluarga yang menitik beratkan soal agama? (dah start dah, dah start dah.....) maaf, saya hanyalah seorang wanita yang bercita2 lebih kearah sebuah kekeluargaan...huhu

tak kisah la apa2 pun, keyakinan itu penting, tapi iringkan keyakinan itu dengan usaha.... insyaAllah, dengan perisa tawakal kita akan berjaya, jika tidak didunia pun, insyaAllah kita akan berjaya di akhirat...  ikhlaskan segala amalan hanya pada Allah.......


~mendidik jiwa itu bukan mudah, jadi teruskan usaha untuk sentiasa dijalan Allah~

wallahualam....




Saturday, October 13, 2012

telan mati ikan, buang mati arnab


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم



Buat salah, tak buat salah...
Cakap salah, tak cakap salah....
Tanya salah, tak tanya salah....

Fuh kalau nak ikut kan hati mati ni, nak ikutkan rasa binasa....betul ker?

Dalam hidup bermasyarakat ni, pendapat orang kadang-kadang kena amik kira jugak...tapi kalau dah banyak sangat pendapat cmner yer? huhuhu

Nak jaga hati orang ni, hati orang tu terguris...
Nak jaga hati orang tu, hati orang ni terguris....

haha pada hemah cik Qilah yang selfish ni....

"Baik aku jaga apa yang terbaik untuk hubungan aku dengan Allah daripada duk kira pandangan orang lain, nak jaga hati orang smpai kita mati pun tak habis-habis lagi, biarlah...asalkan apa yang kita buat tu betul dipandangan Allah.. "

*tapi pandangan suami yg tak bertentangan dengan hukum agama mesti di utama*

haha tiba2 ja...

huallualam...

Friday, October 12, 2012

kalut kalut



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Bagiku family ini satu aset yang paling penting... *kecuali family yg 'bermasalah' la, itu panjang skit citer*.... alhamdulillah dikurniakan family yang tak gaduh sampai putus2 hubungan, takat gaduh-gaduh tinju takpe, asalkan pastu gi minum float kat a&w sama2 balik...hehe bw student card dpt diskaun air ... tu pun kalau cashier tu tak banyak songeh...haha

okeh balik pada topik asal, mula2 masuk blajar kat universiti ni relax je, xder banyak aktiviti sgt. So kadang2 kalau kakak call pun boleh sembang 2-3 jam cool jer smpai telinga tukar warna merah hijau kuning biru dan pelbagai warna pelangi lagi.... terasa best je sembang..gossip2 family skit...bleh la wat lepas rindu kan...

tapi sejak dua menjak ni termasuk la sem sem lepas....fuh!! mula-mula tak terasa sangat tapi tadi...

kring kring!!! (ok tipu je, sbenarnya ringtone handphone lagu hijjaz-rindu)

akak : assalamualaikum qilah, hang dok buat apa?

saya : waalaikumussalam yan, aku ada program silat ni...

akak : bila aku call ja mesti ang busy...hurm xpa la, bye bye... salam....

saya : .....waalaikumussalam.... *muka stress*

sebenarnya sejak sem sem lepas lagi kadang2 bila tengah busy je, waktu tu la diorang nak call, waktu duk relax goyang kaki xder pulak nak call...huhu sedihnya pun

pastu waktu program tu berjalan, tgk phone jap ada 2 miss call dari abah...pastu mesej masuk dari kak yang lagi sorang pulak, 3 mesej dari dia yg x berbalas....huhu siyes....rasa macam dah abaikan family ja...siyes stress...siyes rasa nak lari dari buat semua tugas ni...

bukannya nak cakap yang sy terlalu busy, tapi apabila waktu nak sembang2 ngan family clash ngan busy  kerjaya sebagai student yang ada sedikit jawatan yg walopun biasa ja ni, terasa stress yg amat tegang di sini.... kadang2 stress sbb rasa banyak masa abis dan kadang2 smpai xsempat nak wat revision sebelum kelas.... kuar ptg balik malam xyah cita. masa naik tangga nak masuk bilik tadi tiba2 ja mulut sebut " anak dara apa la keluar siang balik tengah2 malam" huhuhuhuhu sedih nyer..... bayangkan selalu juga balik malam2, pastu nak study dah lewat malam pulak, pastu siang dah nak kul 7 baru nak terjaga...kelas kul 8pg... kalut kalut kalut..

bila nak nasihatkan diri sendiri, 'bersabarlah , penat didunia nanti di akhirat insyaAllah bleh senang2 skit" tapi........................ penat saya ni BERBALOI ke? bukannya keluar pergi berdakwah, mengajak orang lebih mengenali islam.... tapi penat berpersatuan? honestly i don't know is it worth in hereafter?  hati ni kalau boleh cenderung nak buat2 keje2 yg dapat tolong bila di akhirat nanti...tapi sekarang? what am i doing right now? ok obviously im writing which is actually typing tapiiiiiiiiiiiiii dimanakah peranan aku sebagai hamba Allah? takkan nak jadi hamba yang buat basic je, solat 5 waktu, puasa dibulan ramadhan, cari ilmu yg most of them ilmu dunia... huhu sedih ar fikir benda ni...siyes sedih....

tapi xkan nak sedih je kot...i must do something...i need to...must to.... xkisah la kalau nak busy persatuan ka apa ka, tapi siyes jangan ketepikan agama.... kalau tak habis...hancur!! konfem rasa apa yang kita buat semuanya x seindah mana, kalau indah pun xberkekalan....  pasnie sudah la kerja2 yang tak berkaitan....

mungkin perlu dapatkan rujukan ustaz2 & ustazah2 tentang masalah ni.... kalau tiba2 nak letak jawatan pastu blah sambil lambai tangan ala2 queen elizabeth mmg xleh kan... tu x bertanggung jawab namanya... menyusahkan orang... kalau semua yang saya penat lelah ni berbaloi kelak alhamdulillah, takut xberbaloi je.... entah.... kalau kita boleh tau markah dosa pahala kita tak pa, ni sebab kita xtau.... ilmu pun sikit.... T_T sedihnya pun....

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya;

" Ia (kepimpinan) adalah amanah dan di akhirat ia menjadi kehinaan dan penyesalan kecuali mereka yang mengambilnya dengan hak dan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan di dalamnya. (H.R. Muslim)

Mungkin diri ini terlalu lemah hingga merungut apabila susah (busy) sikit.... selalu saja mengadu keletihan padahal bukannya pergi berperang di medan perang pun.... mungkin ada hikmah disebalik perkara2 ini...
Jawatan itu satu amanah buat diri ini, so jagalah amanah itu...Mungkin dari kesibukan ini ada mengajar sesuatu yang akan saya sedar suatu hari nanti...  hurm, lemah jugak diri ini kerana mudah mengeluh dengan sedikit dugaan.... T_T


Monday, October 1, 2012

bergaya waktu dating

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Apa perasaan anda apabila nak pergi dating?

"Excited nyer punnnn !!!"

"Nervous nervous....fuh nak pengsan jap "

"oh my, oh my...nak pakai baju apa ni...alamak ada jerawat pulak...aiseyman...cmna nak cover jerawat nih...waktu ni jugak la nak naik....aaaaaaaaaaa"

Hahaha pelbagai orang dengan pelbagai ragam...tapi yang dah lama dating...sampai tiap2 hari berjumpa....adakah masih ada ke'nervous'an itu? adakah masih ada ke'excited'an itu? ha....xkan dah cemuih kot....kata cinta...apa ni???

hahaha (eh, suka pulak gelak...)

Pada hemah cik Qilah yang pemalu lagi tersipu-sipu taktala jumpa orang yg disukai....dating itu memang satu perkara yang amat mendebarkan...walaupun xpernah pun couple ngan mana2 laki.....er.....xkawin lg, bleh couple2 dating2 ngan "pasangan" kita tu ke? tp knape banyak je nmpak couple2 dating tapi x nikah lg....er....  er.... tut.....  saya hanya mampu membenci perkara mungkar itu, tp bukan orang yang melaksanakanya, kerana itu salah saya juga kerana tidak menegur mereka dek kerana keberanian yg di tahap beginner...  sbb tu kne blajar silat, kalau2 dia nak blasah kita bleh la kita pertahankan diri....jom silat !! daftarlah silat cekak ustaz hanafi.... 99% menangkis serangan , 1% serang.... eh! promote silat pulak...er...





balik pada topik dating...lalala~~~ *mood gembira berlari2 ditepi pantai dikala angin sempoi2 bahasa* walaupun saya xpernah couple tp saya dating tiap2 hari kot...ahahaha jeles x? jeles la jeles la...  kalau dulu waktu sebelum bleh berfikiran matang sematang padi kuning, saya dating cam xder perasaan je... janji pergi dating and thats all...kadang2 terlambat pergi...dan kadang xpergi... er....kejamnya saya terhadap diri sendiri.... oh ya sebelum makin serabai kepala nak memahami text ini...dating yang dimaksudkan ialah solat.... dating yang paling best sekali diatas muka bumi ni....

camna leh terbit perkataan dating ni yer? hurm...xder la pulak dengar dari mana2...just bila kita tahu kita kena mencintai Allah terus solat tu pun dah jadi sepenting dating...ye la...manusiakan suka sangat benda2 yang cintan cintun ni kan, so dating ialah perkara yang best bg pasangan yang hangat bercintun ni....ceh....

berasalkan budak yang haram x ambil peduli hal ehwal agama....eh! kasar sungguh bahasa awk yer.... bukan haram x ambil tahu, just tak titik berat sgt hal2 agama....padahal amik pelajaran agama islam dari tadika smpai sekolah menengah.... tp.... knapa masih bleh jadi begitu.... nak salahkan kementerian pelajaran? erk....nak salahkan ustaz ustazah? er....nak salahkan parents? er.....  xpayah nak tuding2 sangat....tuding jari kat diri sendiri.... memang hidayah itu milik Allah tapi kalau kita xcari xkan Allah senang2 nak bagi... kan? apa yang penting jangan mudah salahkan orang lain...

alam persekolahan saya mmg rocks!!! la... hahaha gangster kot, tp skang pun gangster gak.... tp xder la gangster yg pelik2 tu, xder la gaduh tumbuk2 bagai...hanya jiwa remaja yang cool jer...masih lagi pelajar yang baik dalam kelas... hormat guru lagi.... xder la cam budak2 zaman sekarang, dengan cikgu2 pun diorang x hormat...apa la nak jadi...hurm.... 

baju lengan pendek + tudung sempang + seluar panjang + selipar = ok siap, dah boleh jalan2.....

hebat an.... dalam hati, "dah tutup aurat dah ni..bagus2...alhamdulillah" ohoi....  apa la yg saya blajar pasal aurat kat sekolah pun saya xtau... aiseyman...  mmg la gaya pemakaian tu cool tapi xcool la utk seorang muslimah.... aiseyman.... dalam menghadapi pergelutan jiwa remaja dengan hati yang ingin bercintun ,xclear tntg aurat, solat yg kurang dititik berat merupakan major problem utk saya...  nak salahkan parent? ha?? sapa berani salahkan parent saya, meh sini berhadapan...nak smack down skit...oooo suka hati je salahkan parent saya....itu suma bukan salah mereka tapi salah saya sbb tidak menggunakan akal.... mak saya siap bawa gi dengan ceramah agama tiap2 minggu kot.... cuma kadang2 hati ni susah nak buka kan....so lambat skit proses healing nih....  adoi

tapi alhamdulillah masa form 4, form 5 camtu la...tiba2 hati ni tertarik nak dalami ilmu agama, memahami dan mengaplikasi....tp masih ditahap paling bawah lg... disebabkan waktu tu jiwa remaja riang gembira heh! so hati terasa ingin diisi oleh jejaka berwajah pan asian....hahaha  tp alhamdulillah Allah masih reserve sy sebaik mungkin...alhamdulillah.... nasib baik sy ni xcantik sgt dimata manusia (mungkin cantik pada sesetengah org, perhaps? er... ) so xder la laki2 yg kurang kesabaran nak ajak2 couple bagai...  takat ajak dalam mesej mmg kompem kene delete, ceh xgentleman...kenal pun tidak...sorry ar, sy xpercaya kalau nak bercinta tapi berkenalan dlm internet or telefon bagai...excuse me....hahaha dah la xlaku, pastu jual mahal...haha terbaik dari ladang...

so hidup terasa sepi...sepi itu membunuhku...cewah... ayat xboleh blah... disebabkan kesepian inilah sy lebih rapat kepada pencipta kita semua....  bermula dengan doa hinggalah terasa gembira melihat alamnya yang selama ini sy xpernah amik kisah pun dengan alam yang diciptakannya...  saya selalu berdoa agar biarlah saya cukup mencintai Allah dengan ikhlas dan 100% pure barulah temukan saya dengan cinta manusia.... so skang ni xder orang minang lagi so maknanya kne polish kaw2 lagi la cinta terhadap Allah...hoho tp hati manusia kan....sekukuh mana kita bina tembok pasti akan cuba diruntuhkan oleh pihak musuh gak kan....  so tergoncang hati ini tp alhamdulillah insyaAllah saya masih tidak lalai dari mencintai Allah...  dugaan mesti dihadapi dengan keimanan baru best..yeah!

so dengan rasa bercinta dengan Allah itulah yang menimbulkan perkataan dating, sbb kadang kawan2 tanya nak gi mana...xkan nak jawab gi solat, kalau solat fardhu xper la, tp kalau solat sunat dikala tengah rajin ni, lancar je mulut jawab "gi dating jap"..... dan it continuous like that...alang2 nak solat je mesti ckp nak gi dating....hehe terasa percintaan itu.... sweet jer...

pastu sejak dtg utm ni ramai je sy tgk solat xpayah nak pkai telekung solat...hurm satu pendedahan yang baru...betullah statement ini ;

"kalau nak test kita dah fully tutup aurat ke tak, cuba kita bawa solat pakaian yang kita pakai sekarang, xpayah nak pakai telekung solat yg selalu org dok pkai tu"

hurm...betul la tu.... so makin lama saya pun makin menyempurnakan tutup aurat, supaya pergi dating xpayah nak poyo berlakon .... tunjukkan diri kita yang sebenar.... barulah cinta tu menjadi...apabila kita ikhlas dengan kekasih kita... ni depan lain , belakang lain...mana best...  walaupun cuak kadang2 disebabkan cucukan syaitan yang asyik bg kita fikir apa org kata kan....syaitan ni pandai, dia inject kita dengan perkataan seperti

"ko ni pelik la solat pkai cmni jer...tgk org lain suma pkai kain semayang"

"org tu duk usha ko tu...eeeiiii pelik ar ko ni"

kalau nak fikir apa yang orang fikir tntg kita, sampai ke mati pun x aman la...kan... ish ish... sekarang ni kadang2 bila solat pkai baju yang biasa pkai gi jalan terasa lebih indah berbanding pakai kain semayang tu... dalam hati terdetik

 "cantik x baju ni ya Allah ? "

 terasa benar kegembiraan dating itu.... masih ingat lagi waktu raya aidilfitiri baru2 ini, masa ziarah kubur tok dan tokwan, dah masuk zohor pulak...so nak solat... kain solat xbawa, saja je xbawa sbb insyaAllah yakin dengan pemakaian sendiri...so solatlah dengan baju raya itu dgn hati girang sekali.... berwarna -warni baju utk dibawa solat.... entah lah kenapa, tapi rasa sungguh bergaya...cewah...bukan didepan manusia, tetapi didepan yang paling dicinta.... mungkin orang akan ckp, nak solat pun nak bergaya ker? eh!!! waktu solat la kene bergaya.... tu nasib baik xpakai kerongsang yang terjuntai2 macam fesyen skang ni...er.... siyes.... maaf la saya ni old skool dan xsuka ikut fesyen semasa...saya lebih suka cipta my own fesyen.... and i'll definitely present it in front of my love, to show how i appreciate what i have today... still breathing....still living.... untuk beribadah padaNya... so ayuh lah bergaya waktu dating...dan jgn lupa kusyuk...kang dek kilauan baju terus megah ujub riak takbur smpai solat pun x kusyuk...eh bahaya pulak.....er.... so berpada2 dalam permakaiann dan pastikan dapat cop sirim dalam pemakaian kita tu.... yeay.....


huallahualam....