assalamualaikum

Sunday, May 27, 2012

bagaimana 'cerebrum'mu dikaburi.....

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang

 

 Alhamdulillah masih lagi berkesempatan untuk menghembuskan nafas untuk beribadah padaNya, mudah-mudahan.  Esok ada test physiology yang memerlukan banyak pembacaan dan juga memorizing. sweet~~~  dan yang paling best ialah apabila kita tak sempat atau kekekangan masa untuk membaca nota sebab ada banyak lagi aktiviti yang memerlukan badan dan otak ini. (tapi sempat la pulak nak tulis kat sini =,=)

ok abaikan test dan juga segala masalah. Sebenar nak tulis tentang benda lain yang mudah-mudahan dengan izin Allah akan dapat mengingatkan diri ini kelak apabila baca balik post2 dalam blog ini.  How Syaitan or Iblis work to make what we have seen halal? cewah.tajuk mau bahasa english. haha. 

 

tengah mata memandang sayu nota physio, tiba-tiba kawanku sayang bagi link through skype. Dengan hati yang blur, tekan la link tu and tada! Ada lagu, sedap. Lirik menusuk kalbu gitu. Namun malangnya penyanyi nya perempuan. Ok disebabkan diri ini jahil, so selalu la dengar ceramah online sebab kat joho tak da ustaz kazim dan ustaz Azhar mahupun ustaz Mutalib. Nak pergi masjib yang berdekatan ada ja alasan yang disuntik syaitan. So inisiatif terakhir untuk cari ilmu ialah menggunakan youtube, search segala ceramah yang tajuk-tajuknya memang akan bagi diri ini seram sejuk jer dengar. 

 

Ok back to the main point. Penyanyinya perempuan, sedap suaranya. subhanallah. Tapi video tu tulis lirik ja, tak de muka dia. So macam ok skit ar kan, tapi sekali tengok kat link2 video lain. Ops! Ada juga rupanya, the same person but with different song where the video reveal her in person. Alamak! macam mana ni. Nyanyi.... Suara yang dilunakkan tu aurat dah satu point dah, pastu ditambah dengan rupamu pula. Owh wanita, bukan saya jeles sebab dirimu cantik dan suaramu sedap, tapi saya cuma membayangkan. Akan adakah lelaki-lelaki di luar sana yang akan membayangimu nanti. Mudah-mudahan dirimu dilindungi Allah dari menjadi mangsa dalam fikiran-fikiran lelaki nakal. 

 

Cerita ini diambil sebagai contoh bagaimana syaitan membuatkan perkara haram nampak halal sedikit demi sedikit.

 

".........Tetapi manusia adalah memang paling banyak membantah." [ 18; 54]

 

A'ah, betullah firman Allah (memang betul pun segala firman Allah), manusia paling banyak suka membantah. Allah suruh buat ni dia tak mau, suruh buat tu dia tak mau, tapi bila syaitan suruh buat, dengan rela hari dia buat.  Tak payah cakap orang, kita sendiri pun kadang susah la nak buat perkara baik tapi kalau perkara yang sia-sia suka pula. 

 

"Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada dimuka bumi sebagai perhiasan baginya, untuk Kami menguji mereka, siapakah diantaranya yang terbaik perbuatannya" [18;7]

 

Allah pun dah firman banyak kali yang dunia ni hanya perhiasan semata-mata. Tapi kita dengar cakap syaitan untuk mejadikan dunia ni tujuan pertama kita hidup. Aduh hebatnya syaitan mengaburi mata kita. Mata saya.

 

- laki tu xpandang la kaki kau tu wanita. xpayah la pakai stokin, panas. aurat apanya kaki tu. xdernyer laki tu mahu tgk kaki kau

 

-pergi la bergembira ngan kawan kau lepas test tu sekali sekala, karaoke ada, wayang ada, pergi pergi, xpa sekali sekala

 

- tengok kawan kau tu, cantik jer pakai tudung tu (tudung yang singkat)..... ada manik-manik indah, baru senang cari pakwe. ni pakai macam nak pergi buang sampah jer, pergi la melawa skit

 

- make up tu penting, baru nampak muka kau bercahaya, segar, cantik.

 

- cuba ko cerita tentang minah tu kat kawan kau, baru kawan kau tu sedar yang minah tu suka kutuk2 kawan kau. kau x salah, ni bukan fitnah mahupun mengumpat, kau hanya menjalankan tugas sebagai kawan yang baik

 

dan juga banyak lagi yang saya xmampu nak fikir sebab otak dah panggil untuk baca physio. Just nak highlight kat sini bahawa sentiasa la berhati-hati dengan taktik licik syaitan ni. Berdoalah pada Allah setiap kali nak buat sesuatu agar dilindungi dari bisikan halus ala-ala Jlo dari pada syaitan ni. hihi

huallahualam.

Saturday, April 14, 2012

Hari Belia Negara...

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 

dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang

 

Seperti biasa, online mesti lah check inbox kot2 ada new important mail tp surprisingly dapat e-mail dari ippbm...ntah la apa tu tp related to gov la... owh....ajak pergi Hari Belia Negara 2012...ok gak, so scroll down skit pastu terkejut jap...er.... cer tgk....  

 

ok tu memang ok cuma tak berapa sedap nak tengok bila baca BERPULUH PENTAS DISEDIAKAN untuk persembahan....uuuuu.... banyak tu, pastu sebab nak lariskan lagi program ini agaknya turut dijemput kumpulan k-pop..... huish.... hari belia negara.... sy skang tak faham apakah tujuan sebenar hari ini...owh mungkin untuk informasi dan hiburan pada belia-belia malaysia... tapi.... apakah hiburan itu perlu sehingga menjemput band dari luar negara yang kita sendiri tersedia maklum how they dress up kan? bukan nak condemn fashion mereka tapi tak takutkah kita perkara ini, budaya2 mereka ini memperngaruhi anak2 muda kita....tak cukup dengan 'kehebatan' internet yang berjaya mendedahkan anak2 muda kita dengan budaya kuning hijau merah etc nak tambah dengan menjemput mereka kemari?? 

apabila terpandang k-pop... maksud nya gov sudah sedia maklum dengan fenomena ini, dimana remaja2 malaysia memang banyak la yang kipas-susah-mati (guna ayat dlm majalah gempakz jap ) dengan hiburan korea ni.... 

ok jap2, hold on... kita tak sedarkah yang masalah sosial dikalangan anak muda makin meningkat? kalau baca karangan budak-budak pmr dan spm memang confirm la mereka akan masukkan pengaruh media sebagai faktor masalah sosial dikalangan remaja....  

pengaruh media = hiburan = artis= budaya warna warni = artis antara bangsa....

 hurm....macam bersangkut paut kan? tapi tiada sekelumit hati2 yang handle program untuk belia2 ni sedar ke? apakah dengan membawa masuk artis-artis luar dapat membaik pulih  masalah celia kita? apakah hari belia ini dianjur untuk hiburan semata2? 

ya...memang ada dinyatakan bahawa program modal insan turut diselitkan, tapi lepas penat-penat ceramah pum pam pum pam, kita bagi hiburan? whats the point? bagai mencurah air ke daun keladi pun ada.... hiburan itu luas definisinya...tp jangan lah diselit hiburan berupa nyanyian yang melalaikan, yang penyanyinya memakai pakaian menjolok mata dan iman....  tak cukup dengan segelintir artis malaysia yang seksi , nak tambah pula dengan artis luar negara.... 

kan kita baru ja lepas merasai gegaran eartquake skala 8.9? 8.7? hurm?? adakah itu tak cukup sebagai amaran supaya stop benda2 nonsense ni....? nak tunggu amaran yang macam mana lagi? ntah la...kadang-kadang bingung memikirkan kenapa orang2 atasan bagaikan tidak kisah dengan penyakit yang menular belia2 kita? apakah mereka menginginkan peneraju negara yang akhlaknya berlandaskan hiburan? di manakah program2 ilmiah yang dikendali oleh gov? oh, mungkin sy yang terlepas pandang, tapi diharapkan program-program ilmiah berasaskan agama dapat dibanyakkan dan di uar-uarkan sehebat program hari belia ini.... semoga dapat diselamatkan balik belia2 yang yang terherot landasannya itu.....insyaAllah....wallahualam.. 

May Allah have mercy on us all


Monday, March 12, 2012

kesabaran?? bolehkah diteruskan??

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 

dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang

 

Sememangnya impian setiap hamba Allah untuk mendekatkan diri padaNya serta diselitkan lagi kebangkitan iman dan takwa di dalam diri... Aku? Saya? Ana? Aqilah? ya.... saya juga ingin sekali menjadikan diri ini terbaik di pandanganNya...namun....

Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji? [Surah al-Ankabut ; ayat 2-3]

ya, kadang-kadang bila kita rasa kita dah makin meningkat kebaikan di dalam diri, tiba-tiba ada saja yang serba tak kena... dugaan tiba-tiba sahaja datang dari pelbagai arah, kalau boleh 360 degree keliling kita tu dugaan datang tanpa delay... fuh!! dan bila kita berjaya tepis satu , lagi satu datang, kita tepis datang lagi...

sampai bila nak tepis ni? kadang-kadang terdetik di hati tapi alhamdulillah kesabaran masih lagi bertahan di barisan hadapan memegang bendera perjuangan... berperang dan terus berperang.... kerana ku tahu kemenangan akan tiba juga selagi ku berpaksikan agama Allah... 

namun, tak disangka-sangka tiba-tiba dugaan itu menimpa keluarga... rumah dimasuki pencuri...saya disini, mereka disana...oh alangkah berasa diri ini serba tak berguna... 

" ni dugaan Allah bagi , sabarlah"

" Allah mungkin tarik yang ni tapi mana nak tau dimasa hadapan kita dapat lagi hebat lagi dari apa yang kita hilang"

"Kalau nak jadi, akan jadi juga..."

macam-macam ayat dikatakan pada family tapi lebih senang berkata-kata berbanding orang yang mengalami.... terdetik lagi di hati " hebatnya dugaanMu ya Allah". Ye la, siapa yang tak gelabah kalau barang kemas, wang, barang berharga hilang... memanglah itu semua harta dunia, tapi kita ni manusia... untuk merasai apa yang dirasai mama pada ketika ni, sayan membayangkan kalaulah moto saya hilang......................................

 .

.

.

.

.

.

.

.

okey, agak kecewa, stress, tak tau apa nak jawab kat abah mama.... blur (semestinya)... hurm...  waktu ni la encik kesabaran amat diperlukan.... dan akal fikiran juga diperlukan.... sebelum apa-apa terjadi kita semestinya berhati-hati.... berdoa, berusaha dan bertawakal...

berdoa- supaya Allah jauhkan bala dan dugaan yang tak termampu ditanggung...

berusaha- berusaha untuk simpan, jaga elok-elok barang kita

bertawakal- yakin dan serahkan pada Allah setiap ketentuan kerana Dia tahu apa yang terbaik pada kita... 

 

hurm.... insyaAllah semoga diri ini, keluarga dan seluruh umat nabi Muhammad s.a.w dapat menghadapi dugaan yang menimpa dengan kecekalan dan kemantapan iman... (^,^)

 

May Allah have mercy on Me...

wassalam....

Thursday, February 2, 2012

Biodata Ringkas Rasulullah S.A.W (1)

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 

dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang


Sempena bakal menjelang 12 Rabiulawal tarikh lahir idola muslim2 seluruh dunia, apa kata kita me'refresh' kembali akan biodata insan yang bakal menolong kita di akhirat kelak dengan syafaat baginda S.A.W.

Nama : 

Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutallib bin Hashim

Tarikh lahir :

12 Rabiulawal (tahun gajah) bersamaan 20 April    571masihi, subuh hari isnin

Tempat lahir :

Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukkaramah

Nama bapa :

Abdullah bin Abdul Mutallib bin Hashim

Nama ibu : 

Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf

Pengasuh pertama : 

Barakah Al-Habsyiyyah (digelar ummu aiman. hamba perempuan bapa rasulullah s.a.w)

Ibu susu pertama : 

Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)

Ibu susu kedua : 

Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (Halimah As-Saadiah, Suaminya bernama Abu Kabsyah)


Pada usia 5 tahun

Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hati manusia.

Pada usia 6 tahun

Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah). Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman dan dibiayai oleh datuknya Abdul Mutallib.

Usia 8 tahun

Datuknya meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudarannya, Abu Talib.

Usia 9 tahun

( sesetengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun)

Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua2 rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi dalam kalangan bangsa arab yang lahir pada masa itu.

Usia 20 tahun

Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam 'Sirah', jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. Menyaksikan 'perjanjian Al-Fudhul; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah

Usia 25 tahun

Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan. Kali ini Nabi Muhammad SAW mengambil upah menjual barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. Ketika dalam perjalanan ke Syam, Nabi Muhammad SAW ditemani oleh Maisarah, lelaki suruhan Khadijah. 

Khadijah ketika itu seorang janda kaya, berpengaruh dan dikenali ramai dikalangan masyarakat Arab Quraisy.

Baginda SAW bersama-sama Abu talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk memenuhi dan membalas peminangan Khadijah yang telah berusia 40 tahun. Mas kahwin baginda kepada Khadijah ialah sebanyak 500 dirham.

Usia 35 tahun

Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah. Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan Hajarul Aswad ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

Usia 40 tahun

Menerima wahyu di gua Hira' sebagai tanda perlantikan baginda sebagai Nabi dan Rasul akhir zaman.

Usia 53 tahun

Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622Masihi

Usia 63 tahun

Kewafatan baginda di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11 Hijrah/ 8 Jun 632Masihi.

 

 

p/s : setakat ini dahulu biodata baginda Rasulullah SAW, insyaAllah akan disambung pada masa hadapan... 

rujukan : diari islamiyah pemberian ibu (^_^)

wassalam
M.A.F.A

 



Saturday, January 28, 2012

bila nak betul2 berubah ni?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 


dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang

 

Imam Al Ghazali: Setiap kali ilmu ku bertambah , aku bertambah kenal akan kebodohan ku .  

 

begitulah kata2 yang amat bermakna jika kita hendak menambah ilmu pengetahuan... kerana setiap kali kita mempelajari sesuatu perkara barulah kita sedar kita masih kekurang ilmu tentang perkara itu... dan apa yang lebih baik ialah kita akan terus berusaha dan berusaha untuk menambah ilmu pengetahuan kita tidak kira ilmu dunia mahupun ilmu akkhirat kerana kedua-duanya sama penting... 

time2 cuti ni la baru kita (actually saya) dapat menilai balik tahap ke'terer'an iman dihati, kenapa? kerana waktu di kolej dugaan untuk beribadah tak sebanyak di rumah... di kolej kita diamanahkan oleh ibu bapa untuk mencari ilmu, bahkan makan minum pun hanya main tunjuk2...ok la, minum tu boleh bancuh sendiri tp makan? beli kat cafe jer kan, xder nak masak2....baju pun basuh baju sendiri jer, xder nak basuh baju roommate ataupun 'floormate'... tv takde so lagi senang nak tumpu study.... apa sangatlah kerja kita kat tmpt belajar tu, bangun-mandi-pergi kelas-makan-riadah (ataupun tido)-study skit-basuh baju skit-tido....xbanyak sangat kan? so bleh peruntuk banyak masa utk beribadah... 

 

cuba tanya orang yg dah berumah tangga dan berkerja, mereka akan cakap waktubelajar la paling best, kerana waktu ni banyak masa kosong sebenarnya....

"assignment banyak la"

"aktiviti kelab banyak la"

"mana ada masa, busy study"

ececece...jangan nak beralasan, saya pun student n i know how student spent their free time mostly.... 

"ko dah tgk citer ni best oooo"

"aku ada sedut byk citer dari kawan aku, ko nak tgk?"

"tolong download citer ni utk aku"

honestly, saya rasa kebanyakkan student2 ni suka guna internet yang disediakan untuk download cerita...including me....haish....  tapi inilah kebenaran, xperlu nak wat survey sbb dah terbukti....dan waktu free digunakan untuk menonton pulak....so thats how time flies.... without us knowing it.... sedih x? 

peruntukan waktu untuk duniawi lebih banyak dari untuk bekalan akhirat

 sedihnya hati ini....bila nak berubah ni? susahkan nak berubah, saya pun terbabas gak.... sebelum ini tak layan sangat dah cerita2 ni except merlin sebab once a week kan cita dia, so layan la kejap...and finally dah abis cita tu lega..... xpayah dok kalut nak tgk dah....tp tiba2 ada plak cita baru, rancangan running man, ada dalam hard disk smpai 75 episode tu....huish...tgk skali ...mak oii....ketagih rupanya...ada unsur humour n games...and a little bit facts...tapi lama2 xleh jadi, sbb it make me addicted and waste my time....so tadi baru ja delete perabis walaupun xabis tgk...huish smpai 75 episode....xmungkin aku nak habiskan masa aku utk menda ni.... adik siap ckp "awat ang delete?" hahaha i just smile and empty the recycle bin....sayonara hiburan terlampau...

back to the topic...bila nak betul2 berubah ni?

tadi baru pas baca "Jahilliah seorang da'ie"...hurm... dan juga lepas tgk ceramah ustaz don yang menyentap hati ini....

from blog Jahiliah seorang da'ie tu, menonton movie bagi menggunakan masa free....aduhai...terkena batang hidung... memang la x tgk cerita yang 'pelik2' tapi still kan lebih manis guna masa itu untuk mendalami ilmu akhirat, beribadah, berzikir, baca al-quran dan terjemahan, tolong mak masak kat dapur, tolong abah type kerja office, tolong adik wat keja sekolah dan macam2 lagi yang boleh menyumbang pahala pada kita... aduhai....rugi juga masa aku ini... 

berchatting kat fb....ini pun satu masalah juga, kalau chat ngan kawan sejantina no prob...ni chat ngan berlainan jantina....oooohhhh....sedar x sedar, adakah kita menjaga batas2 pergaulan? kalau kat luar, malu, xpernah sembang, tapi kat alam maya? terserlah keperibadian sebenar...aduhai... ini pun perlu dititik beratkan... jangan biar syaitan mengaburi pandangan kita hingga yang dosa dianggap biasa...bukan xboleh nak chat, tapi kalau chat yang bukan2 tu yg xbagus... kalau ada motif dan tujuan takpa...contohnya nak bincang tentang program atau apa2 yang berkenaan kerja so thats ok.... so perhatikanlan tingkah laku kita di alam maya juga....

menjaga pandangan mata...ya...kita semua sedia maklum, bukan laki ja kena jaga pandangan mata, tapi perempuan sama.... so mata yang disayangi tolonglah jaga pandangan mata, memang la xpandang orang lain dah sbb di hati ada orang yang berjaya memanah hati ini tapi still jangan pulak 

"aku xpandang laki lain la, aku pandang dia ja..."

oh no, xleh2.... xkisah la dia ka apa ka...jaga pandangan mata.... sbb dari mata turun ke hati, takut2 turun ke nafsu lak...rindu berlebihan....oh Ya Allah, biarlah hati ini merinduiMu lebih dari segalanya... memang susah nak jaga pandangan mata tambah2 kalau dah ada 'target' tapi apa salahnya kita jaga skit selagi dia bukan sah untuk kita... walaupun susah tapi apa salahnya berusaha sedikit untuk Allah??? (^_^)V selabuh mana tudungmu tapi kalau mata meliar...alahai....  peringatan yang berat untuk diri ini...lain kali jaga pandangan mata ya, janga usha sangat sang pewira itu...cewah ayat...hahaha

memang cinta itu fitrah, tapi jaga2, kena pandai bezakan cinta nafsu dengan cinta yang suci.... kalau hati dah tersangkut tapi kalau ada jodoh ada la, xda jodoh xda juga....yang penting doa dan serahkan pada ilahi...sesungguhnya aku impikan jodoh yang dipilih oleh Allah untukku kerana itu yang paling BEST la....

dalam banyak2, tiga2 ni perlu diberi perhatian kerana diri ini masih lagi lemah dalam 3 perkara ini.... so ayuh bersama2 saya kita berusaha untuk Allah

refresh balik point

1.  kurang tgk movie atau menghabiskan masa pada yang melalaikan, perbanyakkan aktiviti yang dapat pahala

2. jangan terlalu bersosial dengan laki2 ajnabi walaupun di alam cyber

3. jaga pandangan mata....kesian kat suami kalau kita xjaga pandangan mata....huhu maafkan saya encik suami...hee~~~ i'll try my best in achieving Allah's love n also ur love la... romantiknyer saya....

 

konklusi untuk hari ini ialah, mari perhebatkan lagi hidup kita, berubah lah kearah kebaikan selagi malaikat maut xdatang mejemput, jangan tangguh dan jangan biarkan nafsu buatkan apa yg berdosa nampak biasa....

M.A.F.A

wassalam 

Saturday, December 10, 2011

wahai keindahan

Bismillahirrahmanirrahim,

-dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang-

~keindahan cahaya bulan menerangi kegelapan malam, membius pergi serpihan hitam, mengembalikan pandangan suram yang lama kelamaan kian terang, begitulah jua kuharapkan hati ku, biarlah keindahan cahaya iman menghambat pergi kekotoran hati ini~

hari ni   15 muharam 1433.... mendongak aku ke atas, subhanallah...indahnya ciptaanMu ya Allah.....

sebelum ni hatiku gusar, namun Allah mengubatinya dengan keindahan bulan yg sempurna.... subhanallah.....alhamdulillah....

m.a.f.a
wassalam

Wednesday, December 7, 2011

dah ada pakwe???

Bismillahirrahmanirahim....
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha penyayang...

(= = ')

kenapa dua tiga menjak ni kalo call family, sembang ngan family, soalan first ialah

"Hang dah ada pakwe ka?"

"Awat stress, gaduh ngan pakwe ka?"

adoiyai nya punnnnnnnnnnn




macam mana nak jawab ni, memandangkan abang kakak atas semua dah kahwin.... adakah mereka mengharapkan aku kahwin as soon as possible juga? (= =') huhu ceq dok blajaq lagi la, mmg la kadang2 gatai mulut cakap nak kawin, tp sebenaqnya ceq cakap ja....huhu tu la, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.... xmau cakap nak kawin depan depa lagi la.... haddoi...

pakwe?? terfikir juga, umur dah 20 tahun, tapi pakwe x pernah ada....

pakwe?? hahaha xmau kot....dlu kalo waktu sekolah2 bleh la gatai terpikir nak ada sekor, ops!! sorang pakwe.... tp skang ni ... pakwe?? hahaha please....


pakwe? semoga Allah lindungi aku dan wanita2 lain dari perkataan dan perkara ini....


pakwe? tiada istilah dalam Islam...


pakwe? sudah menjadi kebiasaan remaja muslim....

pakwe? kalau xda pakwe , ada yang ckp ko ni nnt jadi andartu....


pakwe? hahaha cakap la apa pun, ada aku kisah, apapun i say NO to pakwe


suami??? hee....malu nak comment....


apa pun, walaupun keadaan sekitar kita banyak influence kita untuk couple, ada pakwe, bercanda....


TAK PAYAH !!!!!!


kalau nak berkasih sayang, be prepare, antar wakil tanya dah berpunya belum, then proceed ngan preparation untuk kawin....sweet~~

"tapi saya tak seimbang kewangan lagi"




"saya masih belajar lagi"





"tak bersedia untuk kahwin lagi, bercinta nak la"


kalau x bersedia...dok diam.... jangan nak kalut bercinta mcm pasangan kekasih kalau x bersedia nak kahwin...  fokus cinta kat Allah tu dulu.... nescaya akan dapat cinta yang halal untuk kita...kewangan? jangan risau, kalau dah smpai waktu untuk bercinta, insyaAllah tak kan ada masalah kewangan.... 




~~smile~~

M.A.F.A
wassalam