assalamualaikum

Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

Friday, March 7, 2014

sehari bersama pes ledi qilah... ehehe


Bismillahirrahmanirrahim
~dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih~

# xguna kalau muka badan putih kalau last2 porak perandakan rumah tangga orang #

ok, kata2 puitis utk post kali ni memang berjiwa gossip gitu but thats the truth...  xguna muka cantik tp hati x cantik...x ngam bro...tapi kalau muka xcantik (kat depan manusia shallow) tapi hati cantik kompem ko terus nampak cantik...siyes...

Dua tiga minggu ni rasa macam pack ja schedule harianku, kelas, lab, kelas, lab.... T_T  Dulu masa semester 1 x pernah nak jejak lab, skang amik!!  pergi la sampai dah macam tempat lepak kedai kopi dah.. walaupun awkward sbb banyak laki dalam tu (most of the time la)... ingatkan hari jumaat ni leh rehat2 kat...dah rumateku ajak p hutan bandar pulak...dah la tgh sakit ni, tp sebab sayang kawan punya pasai wa pergi jugak lah....huhu



Morning

Sebab tgh xbrapa sihat kan, so aku bangun xde la awal mcm selalu... Pastu dah bangun, nak tak nak kene la pergi mandi bagai.... siap2 nak mengikut kehendak rakan2 tercinta nak gi 'joging' kat hutan bandar tu kan...  dalam hati Allah je tahu betapa reluctant nya aku nak pergi...huhu aku siap fikir lagi, "kalau ecah pergi, nak bagi alasan xnak pergi la"...sekali ecah pun ikut, ah sudah... rumateku zaf terus ckp naik kete...argh!!! xda idea nak ngelat...ingatkan nak suh ecah je bawa moto, leh la ecah naik ngan zaf, kak b ngan nana.... tapi seram sejuk gak aku nak tolak "kegembiraan" zaf yg nak gi hutan bandar ni.... nak xnak, pergi je la...

dah smpai tu ecah pulak kalut nak cari tandas, kemain kitorang jalan dah macam org jogging dah cari tandas kat situ... dah lepas dia abis tunai hajat dia, kitorang pun cari la geng lain...hilang la pulak...dalam hati aku dah mngamuk dah, biasala org sakit kan emo lebih...  dah tu mmg aku slalu ajak ecah rehat la setiap 50 langkah kitorang jalan...haha last2 tgh syok dok rehat nana call ckp diorang kat tasik, aku penat je describe aku kat mana sebagai hint "sila lah dtg ke tempat aku" tp selamba ja nana suh aku gi tasik... dalam hati "mangkuk la, aku xlarat la!!!" tapi gagah la jugak pi, sayang kawan punya pasai kan...ecah je la melayan karenah aku waktu tu...

tgh nak smpai tasik tu, aku tgk pehal byk bdk pompuan, amboi dah buat kawan rupanya depa ni... sekali makin dekat aku makin blur...laaaa....budak pompuan kelas aku la!!! dan2 kembang kecut hidung duk perasan diorang nak sambut bday aku la tu...hahaha perasan bak hang!!! hahaha ntah2 diorang nak berkelah je kan.... nasib baik la ada sticky note tulis "happy birthday aqilah" kalau x malu ja aku duk perasan sorang2 kan...biasa la syndrom 5 hari before n after tarikh bday katakan... hohoho



Afternoon

Pas penat2 "jogging" kat hutan bandar, kitorang pun balik la kolej menyucikan diri...ayat xleh blah... maksudnya membersihkan diri la, dah "penat jogging" katakan.... jogging sangat...  dah tu tiba2 ain lak ajak gi sesuatu tempat.. pergh... satu lagi aktiviti...disebabkan aku dah x sakit sgt aku pun ikut la apa lagi... berjam2 "bermain" ngan ain, kak b, nana n ecah... lewat petang baru balik kolej...hahaha apa aktiviti kitorang?? ha...itu nnt rujuk blog ain.. tu pun kalau dia cita...hahahaha  penat kot ber"aktiviti" ngan diorang...

Almost Sunset

Sebab xda keja kan, so teman la kak b gi azah... haha lama xnaik moto ngan kak b, nostalgia kot...lalala

30minutes after Sunset

Sekali lagi kuar ngan ain but now with aishah... ain nak gi isi minyak keta n sekali harung gi dinner... haha makan2 smpai lah kul 9... aku xtau kenapa, tapi ain asyik duk wat lawak je, ngan akak counter pump station la, ngan akak cashier mcD la... hahaha

Night

nasib baik aku igt malam ni ada "kupasan bersama Ustazah Fatimah Syarha"...pergh semangat aku...lama kot xpi majlis ilmu ni, bertandus gersang dah hati aku...finally!!! the day has come after sooo many days i've been waiting for...haaa...gitu ...emosi x? seriously BEST BANGAT la dengar ceramah ustazah tadi... walau pun tajuk typical kan .. "Cinta" tapi bak kata ustazah tadi ni la tajuk evergreen....sampai bila2 pun semua org akan bercakap tntg cinta..

Isi-isi perkongsian tadi


1. Berjiwa besar :  bermaksud kita janganlah berfikiran sempit...  contoh kalau nak target tu target besar2.. sebab tadi kan tajuk cinta so... daripada kita duk fikir nak dapatkan cinta ehem2 baik kita usaha nak dapatkan cinta Allah... insyaAllah kalau kita dapat cinta Allah, x mustahil kita akan dapat cinta ehem2 juga, sebab Allah yang pegang hati ehem2, bila2 masa ja Allah bleh bagi ehem2 kat kita kalau dia yang terbaik buat kita... jadi, berjiwa besar dengan mencintai Yang Maha Besar... 

2. niat dan matlamat : kita kne la selalu muhasabah... perlulah punya niat dan matlamat dalam kehidupan ini... sebelum buat sesuatu fikir apakah ia berguna utk matlamat kita di dunia kita nia...

3. Dapat Allah lebih menguntungkan : point ni nak sama ngan yang point number satu tadi la... kalau kita dahulukan Allah insyaAllah beruntung lah hidup kita...

4. cinta ibu bapa membawa pada cinta utama : ingatlah mak ayah kita yg bersusah payah besarkan kita...cinta kita pada mereka akan membawa cinta kita pada Allah...  hormatlah mereka no matter what...katakanlah parent kita xbrapa nak baik , tapi kalau kita xhormat mereka, takut2 nnt anak2 kita pula x hormat kita...jangan bagi ia berputar, we change ourselves so that the future will change tooo.... penting ni... 

5. bijak memilih : dalam bab cari jodoh ni kene la bijak memilih..cari yg betul2, jangan nnt silap cari terperangkap dalam penjara sensara... kalau laki tu asyik ngorat, pandai mengayat kita, semestinya dia bleh juga wat benda yg sama kat org lain...bahaya ni...

6. celikkan cinta yang buta : x brapa nak igt sgt untuk kongsi kat sini...aaaa... cmna nak cakap ha.. camnie la...  kalau kita bercinta cara haram, cinta itu haram, kalau kita bercinta cara halal, cinta itu halal... maksudnya, kalau duk bercinta mcm ala2 org putih gitu, dating2 kuar dua2, poya2, yang menghampiri zina baik elakkan, takut bawa ke haram... baik kalau dah suka propose...xpun guna la org tgh ka, org tepi ka.... biar cinta kita terpelihara skit... nnt insyaAllah perkahwinan kita pun terpelihara.... 

7. bergantunglah pada Allah, khudrat manusia terbatas : apa2 pun kita wat berdoa lah pada Allah, sebab last2 proposal kita kan kena dapatkan approval dari Allah juga kan...so 'berbaiklah' dengan Allah yer...  :)

dapat masa gi hutan bandar tadi...thank you Allah.. :)

Actually banyak lagi tapi x suma ditulis la... harap ilmu dikongsi ni bleh dimanfaatkan bersama...
 (^_^)


May Allah bless us all











Tuesday, January 1, 2013

Aku dan Usrah



Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang

~Jika hidup di dunia tanpa ibadah, tiada yang menggembirakan di dunia ini~

Tahun 2012 tahun masihi bakal melabuhkan tirai dan aku masih lagi begini, tiada langsung niat untuk berazam untuk sesuatu. Dah lama aku berhenti berazam dikala tahun baru akan menjelang. Entah lah, apa yang aku tahu, azam aku untuk sepanjang hayatku adalah mendapatkan rahmat Allah untukku, ibu bapaku serta saudara maraku hingga ke akhir hayat kami. Kerana dengan rahmatNya dapatlah kita kesyurgaNya kelak. Rahmat Allah itulah yang akan menyelamatkan kita di dalam kehidupan yang abadi nanti.


Baru sahaja balik dari dinner dengan kawan2 selepas usrah. Nampaknya xde rezeki untuk kami makan kerang bakar bila tukang amik order tu lupa untuk take note dengan order kami walaupun dia ada sebut “kerang yer”. Tak pa la, dah xda rezeki untuk makan kerang, kesian ain.hehe Nanti kita gi makan lagi yer, sebab nasi goreng dia memang sedap.


Hari ni nak citer tentang ‘semangat’ lah. Haha sejak dua menjak dan tiga menjak ni memang xda semangat la, entah mana encik semangat ni lari pun dah xtahu dah. Penat dah cari dia…huhu Dan semester ni punya study week ialah yang paling teruk sebab memang xda baca buku sangat macam sem2 lepas… apa nak jadi ni qilah oiiii….


Bangun pagi dapat mesej dari cik naqibah ajak usrah malam ni, ohoi…lama x usrah so bisikan syaitan “malas malas malas” mula menerjah… memang malas ja rasa tapi reply mesej “ok” siap smiley lagi.. :D


Entah la, selama join usrah ni aku pun xpaham dengan diri sendiri. Waktu matrik dulu nak la sgt join usrah sebab rasa mcm best jer tgk roommate gi usrah. Alhamdulillah kat u ni dpt join. Tapi agak ada xpuas dihati sebab usrah ni kadang2 input banyak dan kadang2 sikit. Ye la, akak naqibah tu bukannya ustaz yang hebat2 selalu dengar kat ceramah tu, mana boleh nak expect lebih2 kan.


“Gi usrah ni xbanyak input macam pergi ceramah”

“Selalu ckap benda yang sama je, itew dah tahu la!”

“Ni je la aktiviti usrah, ckap2 skit, pastu tengok video…haish”




Honestly, ini juga kata2 hati ku. TAPI!!!!

Dengan pergi usrah lah aku dapat menstabilkan balik semangat untuk menjadi hamba Allah yang beriman…

Dengan pergi usrah lah aku dapat memotivasikan diri waktu aku xder motivasi diri

Dengan pergi usrah lah aku bbelajar benda kecik2 yang aku xpernah tau, dan kadang2 aku tau tp malas amik tau.

Dengan pergi usrah aku belajar berhubung dengan saudara seislam

Dengan pergi usrah MACAM MACAM lagi aku pelajari tanpa aku sedari..sama ada dengan mendengar ceramah akak naqibah mahupun melalui video yang kak naqibah tu pasangkan. Memang waktu nak pergi tu macam2 feeling syaitan bisikkan dan Alhamdulillah masih lagi dapat wat dek kat bisikan itu. 

Memanglah usrah tu input dia xsehebat pergi dengar ceramah ustaz mutalib yang superb tu, tapi... atleast dengan pergi usrah aku dapat menginsafi diri dan kemas kini keimanan di hati... Selama ini kemalasan ini hanyalah kedengkian syaitan untuk bagi aku malas pergi usrah lantas menjauhkan lagi aku dari memperbaiki keimanan aku dikala aku terumbang ambing terkapai kapai di lautan kejahilan... T_T 

Semoga bakal menjelang tahun baru masihi ini, aku dapat lebih sabar, positif dan dapat mempertingkatkan lagi hubungan aku dengan Allah..



Huallahualam

Saturday, November 3, 2012

sehebat mereka...

Bismillahirrahmanirrahim.

~Kesakitan kepenatan di dunia biarlah berbaloi untuk di akhirat~

Hidup ni kalau sehari atau dua hari tanpa dilema tu memang bukan hidup la... selalunya mesti ja akan ada benda yang kita kena buat pilihan.. paling simple, pas bangun tido kita dah terbuka dengan pelbagai pilihan... nak bersyukur sbb masih hidup? terus lompat katil pergi tandas? sambung tido balik sbb tgh best2 mimpi? buka laptop ?  macam2 kan pilihan yang ada tapi semua keputusan di atas tangan kita. ya! memang Allah yang tentukan hidup kita tapi perlu ingat kita turut menentu hala hidup kita dengan approval dari Allah s.w.t.

Sejak dua menjak dan bermenjak-menjak ni macam2 bermain dikepala. hurm~ pelbagai pilihan perlu dibuat.. training silat pulak makin lebat, bukan sekadar weekend saja... petang malam suma dia sapu bersih... malam semalam training lagi, sebab malam esok dah nak demo... tapi masalahnya pagi tadi ada test... masyaAllah.... balik2 bilik malam tu penat sangat, baca notes kejap je pastu terus tido.. esok bangun pas subuh smbung baca balik... boleh pulak tengah baca boleh tertido.. =,= adoi la... tapi gagah baca gak sebab memang tak cover lagi suma subtopic tu kot... hati dah dup dap dup dap laju dah... sekali lagi, xda benda lain dah yang mampu nak buat, hanya pada Allah jua ku serahkan segalanya dengan penuh pengharapan.. sampai kelas sempat lagi refresh2 dgn kawan dan yang paling best waktu kawan explain direct je saya blur..  apa yang diorang cakap ni? aaaaaa dah lupa! tapi saya paksa diorang explain gak...selagi ada masa kan... pastu masuk kelas dan tengok soalan...subhanalllah... topik yang kuar kebanyakkannya yang saya sempat cover punya...ya Allah bersyukur x terkira... bukan nak cakap yang saya boleh dapat fullmark, tapi atleast boleh goreng jugak dari pada bagi balik blanksheet kat lecturer...huhu semoga markah nanti dapat membantuku kelak insyaAllah...apa2 pun pada Allah kita berharap...

Tapi tu citer test, masalahnya skang ni adoi...sakitnya badan... lama x turun training jatuh2 dengan hebat kan tiba2 asyik training je, mmg sakit la... sampai nak angkat tangan tinggi skit pun susah ya amat...huhu T_T gerak skit ja pun dah rasa...huhu hebat gak penangan training ni... kalau xnak training, tak boleh jugak... terasa diri ini bertanggungjawab menolong persatuan sendiri... sebelum nak decide masuk demo ni dah banyak kali consult dengan kawan sebab mmg dilema...

..............................................................................................................................................................
Aqilah :  a'ah, asyik tidoq lambat ja keja aku... adoi la... ni depa dok ajak masuk demo silat pulak, mmg la aku byk energy utk bersilat ptg2 pulak kan.... nak tolak kesian kat ketua skuad demo lak, dilemma nya punnnnnnnnn

Najat : qilah dear :) hehe. qilaah, u can say no if u want. apa2 pun dahulukan tarbiyyah diri sbb itu yg utama.. ask for His guidance <3 sabar tau qilaaaaah ..<3
 
Aqilah : huuuuuuu najat najat huuuuuuu nak tanya something? apakah aktiviti aku bersilat dan buat demo ini bagus? berguna x utk tolong aku di akhirat? aku blur sudah... kalau nak tnya niat aku berdemo, hurm... ntah la 
 
Najat :huhu susahny soalan tu>< ..sat aku susun ayat 
:p 
Aqilah :sila sila...aku nnak p asaq sat na.... 
 
Najat : ilmu ada dua jenis. ilmu dunia n ilmu akhirat. ilmu dunia utk kita jd khalifaNya. ilmu akhirat utk kita jd abidNya. dua2 perlu sbb itulah tujuan manusia diciptakan. specifically kita perlu ilmu dunia utk jlnkan tugas kita sbg khalifahNya (utk smpaikan ajaran Islam yg sbenar- sbb skrg ramai org Islam hnya pada nama). so kalau dgn join silat kita boleh tarik org pada ajaran Islam yg sbenar, why not. tp sejauh mana niat dan tindakan kita blajar ilmu dunia dan dimanfaatkan utk mencari redha Allah tu kita sendiri ja la boleh nilai. and biasala, utk menjd khalifah dan abid yg diredhaiNya memerlukan pengorbanan. so normally kalau hidup itu meletihkan, sbb rehat sebenar seorg muslim hanyalah di syurga..:)

Aqilah :huhu najat....... terima kasih atas kata2 hikmah anda... T_T insyaAllah aku harap silat ni ada beneft nya utk agama juga bagi yg niat belajar sbb Allah... :) tapi demo nnt? nak join ke x aaa? huhu blur lagi 

Hailini :Kesiannya cik qilahh 

Aqilah : kesian jugak kat cik qilah.... huhuhu 

Najat : kalau aurat,ikhtilat and hukum2 lain terjaga iAllah aku rasa ok ja. muslimah demo silat. terbaikla qilahh:D boleh mnunjukkan contoh khidupan muslimah kat org(dgn niat nak m'advertise islam). dah baca cerita Nusaibah bt Ka'ab??

 :DAqilah : x, xpernah dgr pun nama tu...huhu ce citer ce citer 

Najat : tp apa2 pun qilah, kena balance tugas abid dgn khalifah tu. kalau kita tlalu busy menyampaikan islam smpai hbgn kita dgn Allah kurang trjaga, kena muhasabah balik kita nak tarik org pada apa sbenarnya..




Aqilah : hurm betul2.... jadi cmna ni? aaaaaaa 

Najat : google aja dong :p nusaibah ni tkenal dgn smgt dia yg sgt terbaikla :D nusaibah ni join sekali dlm perang uhud utk mlindungi rasulullah..dia lwn pedang kot! mmg superb la. try baca blog mana2. dahla anak2 dia pun mujahid2 yg join perang. seriously hg kena baca cerita diaa^__^ 

Najat : qilah, demo tu nak demo kat sapa? seriously aku rasa ok ja kalau hg nak join. tp niat semua tu kena jagala.tu ja :) 

Aqilah : aku dah siap2 nak gi latihan dah ni .. doakan aku sentiasa dalam iman yg teguh pada Allah... dan korang jugak .. terima kasih kerana selalu bantu aku .. cinta anda suma kerana Allah....serious! 
 
Najat iAllah qilah, bila niat tu kerana Allah, bntuan Allah tu dekat ja:) "Hai orang-orang mu'min, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (MUhammad:7) selamat bermujahadah :D


.....................................................................................................................................................................



hurm~~~ insyaAllah sekiranya saya buat ini kerana Allah, segalanya akan baik2 sahaja. Tapi bayangkan baru training silat pun dah sakit2 badan, bayangkan para mujahid mujahidah kita dahulu berperang mempertahankan agama islam...subhanallah... hebatnya mereka... kalau takat sengal2 badan ini bukan satu masalah buat mereka... waktu nilah saya boleh muhasabah diri dan ingt kembali semangat perjuangan pejuang islam dahulu... walaupun dekat negara kita ni xda perang2 tapi jangan kita abaikan ilmu2 pertahankan diri ni..mana tau satu hari ia amat berguna untuk kita dikala terdesak... bersyukur lah kita hidup di negara Malaysia ni umat islam tidak ditindas sebagaimana di palestin dan syria terutamanya...

dikala anak2 gadis remaja di negara kita ingin berkahwin dengan lelaki impian mereka yang kononnya kaulah imamku bla bla bla, namun di sana mereka berkahwin bukan kerana nak bercintan cintun macam kita di sini, tapi mereka berkahwin untuk melahirkan para pejuang2 islam untuk dihantar ke jalan fisabillillah....subhanallah... cuba kita comparekan diri kita disini dan mereka disana....betapa hebatnya semangat mereka untuk memperjuangkan agama kita ini...selepas mengetahui sedikit sebanyak akan kisah nusaibah binti ka'ab, subhanallah hebatnya semangat muslimah dizaman Rasulullah... bersama2 turun membantu para pejuang islam berperang..



"  Ummu I’marah (Nusaibah) banyak ikut serta dalam menyaksikan Bai’at al-’Aqobah,Perang Uhud,Perang Hudaibiyyah,Perang Hunain dan Perang Yamamah.Dalam Perang Uhud,Ummu I’marah memberikan  minuman kepada pasukan Muslimin yang kehausan dan juga merawat mereka yang cedera.Ketika pasukan Muslimin melarikan diri dari medan peperangan dan hanya tinggal beberapa orang sahaja,beliau menghunus pedangnya dan memakai perisai serta melindungi Rasul SAW daripada musuh.Pernah Rasulullah SAW bersabda: ”Saya tidak menoleh ke kiri dan ke kanan kecuali aku melihat Ummu I’marah berperang di hadapanku”"

Lihatlah kehebatan Nusaibah yang sanggup berkorban demi Islam...kita? masih jauh lagi perjalanan untuk sehebatnya namun tidak mustahil kita boleh menjadi sehebatnya.  Ayat yang paling best untuk disematkan dalam hati dari srikandi Islam ini ialah “Aku tidak akan pernah mengeluh setiap musibah yang menimpa diriku di dunia”.  insyaAllah, banyak lagi yang perlu diperbaiki... ayuh marilah kita muhasabah diri... Tak kira berapa penat kita di sini, di dalam dunia ini...hadapilah sisa2 hidup kita  dengan keyakinan padaNya, bersabar dan berjuanglah dijalan Allah... insyaAllah... (^_^)9


huallahualam





Wednesday, October 24, 2012

aku perempuan la...

Bismillahirrahmanirrahim

Seandainya dapat ku letakkan diriku didalam penjara,
Aku lebih rela begitu,
Dari mengharungi dunia yang penuh pancaroba
Sebagai seorang wanita...

Menjadi seorang wanita, ok perempuan bukan mudah..bak kata2 yang dipetik dari Ustaz Kazim...

"Jadi perempuan ni bukan senang, nak tutup sana tutup sini, aurat kena jaga, pergaulan kena jaga semua kena jaga." (ada sedikit edit from me but the main idea is still the same)

hurm~~ ye la, kita perempuan ni special, berharga bahkan lebih berharga dari belian mahupun platinum... sebab tu kita dijaga elok2 oleh family... kalau satu family ada anak dara yang suka buat hal, kompem satu kampung tahu kan? kan? passtu satu family yang kena tanggung cemuhan....nampak tak bertapa kita perlu jaga diri agar x menjadi bualan mulut2 bak serombong kapal besar yang tak habis2 mengeluarkan asap mencemarkan udara.

namun aku? namun kita? namun mereka?

"dunia sekarang sudah berubah, perempuan dah seiringan denga lelaki... tiada diskriminasi"

"bersosial antara lelaki dan perempuan memang tak dapat dihalang"

"perempuan juga boleh buat kalau laki boleh buat"

ya, memang tak dinafikan yang dunia mula berubah..kalau zaman dolu-dolu perempuan duk rumah, blaja jadi surirumah, tapi perempuan zaman sekarang duk kat sekolah (tempat belajar), ntah2 tempoh duk kat tempat belajar lagi lama dari duk kat rumah.

bukan ingin mem'condemn' zaman sekarang, tapi kita (perempuan) terlalu banyak perbezaan dengan perempuan2 zaman dulu... ada yang perbezaan yang baik untuk kita, dan ada juga perbezaan yang buruk untuk kita.

sebagai seorang pelajar, saya memang tak lari dari berkomunikasi dengan pelajar lain jantina. Plus saya ni pula jenis tak ambil kisah sangat kan. Alhamdulillah masih lagi tahu batas2 pergaulan namun kadang2 rasa tak puas hati sebab bila once dah sembang dan kawan2 dengan mereka, hari2 yang seterusnya akan menjadi kebiasaan untuk bersembang lagi...dah macam kawan... friendship la kononnya...tapi memang saya pandang mereka sebagai kawan pun, kawan sekelas, kawan untuk minta tolong, kawan untuk beri pertolongan sampai kadang2 lupa pula oh! aku perempuan engkau lelaki... haish

tapi boleh ke elak benda2 ni kalau kita di zaman sekarang ini... kalau nak wat group untuk assignment pun lecturer akan syorkan untuk gabung laki perempuan dan pelbagai bangsa. Bagus dari segi idea yang akan diberi akan pelbagai, tapi tu lah... kadang nak wat kerja pun susah. Nak communicate tu kalau bak kata2 org2 yang hebat la konon, masa bercakap kita perlu eye-to-eye...huish!!! bahaya tu, dalam islam menyatakan kita kena tundukkan pandangan, ni nak ckp laki perempuan tanpa tabir dan eye-to-eye...  kalau takat blink2 je xper, kalau eye contact lama sgt takut lain jadinya..so lebih disyorkan eye down bila communicate with different gender unless you are superpower like me. jenis xder feeling...er... dengan yang mengetarkan hati je xleh pandang sbb takut membahayakan kesihatan hati....eh!

sekarang ni ada satu subject yang saya perlu wat group, part paling 'best' bila saya je perempuan yang lain laki... er... agak blur disitu... tu la bahana kolej asing dari yang lain, konon nak kolej yang banyak pokok la, tenang la, leh menikmati flora fauna la...haaaaaaa kan dah blur bila nak group. yang kolej ni satu group, kolej tu satu group..last2 group ngan budak laki dan ofcourse diorang kolej lain JUGAK. macam xder beza jer... tapi part yg best ialah group kitorang xder la meeting2 ni, suma maklumat discuss dlm fb, so slalu je misunderstand sana sini..haha tapi saya suka, senang skit xder meeting dengan sumanya laki pulak...

namun, kadang2 dalam kelas xleh lari dari duduk dalam group. Rasa janggal jugak walaupun luaran cool je mcm iceberg. Plus 2  member chinese kan, so memang tajam jer pandangan mata dengan pergerakan mereka. Ye la, bagi diorang tersentuh terpegang itu normal...tak sengaja lagipun... Tapi kena jaga, kita muslim ada guideline... jangan ambil senang kononnya ops! xsengaja tersentuh tapi dah kali ke-8... amboi... tu bukan xsengaja, tu gegeh. Tapi alhamdulillah member2 sy yg chinese ni faham. (^_^) Tak payah nak susah2 risau sangat tapi kena la risau gak..

Bila fikir2, saya ni perempuan dan walaupun saya x cantik macam J.lo, saya masih lagi perempuan. Perlu jaga harga diri. Kalau boleh nak jer duk rumah, tak payah keluar rumah pun tak pe, tv kan ada. eh! Tapi nak buat macam mana, zaman dah berubah, takkan nak konon2 jadi perempuan melayu terakhir pulak kan. Cuba bayangkan mujahidah2 kat palestin tu. Xder nyer duk rumah, blaja jadi suri rumah semata-mata. Siap ada yang sekali pergi berperang, even zaman Rasulullah S.A.W yang dicintai dulu pun ada kaum hawa yang ikut pergi berperang untuk membantu kaum adam untuk bertempur kan...

Tak pe la Qilah, selagi anda mampu menjaga diri insyaAllah Allah akan menjaga kamu dari perkara2 yang tak baik. Carilah ilmu, carilah kerja dan jangan lupa pada saudara2 muslim yang lain. Bantulah mereka sekiranya engkau mampu... Sebab tu kena belajar, cari ilmu, cari kerja, dapat gaji insyaAllah kalau ada extra2 boleh digunakan dijalan Allah. Sebab itu penting jugak untuk berimpian untuk menjadi kaya, supaya kita dapat bantu saudara2 kita, gunakan duit utk bangunkan umat2 islam... bukannya nak jadi kaya sebab nak bergaya, nampak hebat dimata manusia semata2...

InsyaAllah saya akan berusaha dengan sedaya upaya.. xkira la markah test macam apa pun, usaha dan usaha lagi !!!

huallahualam...

Wednesday, October 12, 2011

APAKAH TUJUAN KITA DI SINI?

Bismillahirrahmanirrahim,
Tertanya-tanya akan diri ini , what is the purpose of L I F E? Di lewat malam, keseorang sambil dengar lagu pengantin ( sebab dah termasuk dalam playlist, dgr je la) dan buat latihan math kejut, bila tengok ke arah dinding , ternampak  ayat

" What is the purpose of L I F E?" 

"MY LIFE?"

"YOUR LIFE?" 
.
.
.
.
.
.
.
“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia, melainkan supaya mereka menyembah-Ku. ( Az-Zariyat, 51: 56)

“Apakah manusia mengira, bahwa ia akan dibiarkan begitu saja (tanpa pertanggungan jawab)?”( Al-Qiyamah, 75: 36)

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: ”Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah dimuka bumi”. Mereka berkata: ”Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) dibumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman: ”Sesungguhnya Aku mengetahui
apa yang tidak kamu ketahui
.”
(Al-Baqarah:30).

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya
Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; diantara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.
(Ali Imran: 110).

Oleh itu ternyatalah apa tugas-tugas kita di muka bumi ini.

1. Beribadah menyembah Allah

2. Menjadi khalifah dimuka bumi 

3. Menyuruh pada yang makruf dan mencegah pada mungkar

Dan daripada tiga tugas umum ini terdapat tugas2 yang lebih detail untuk kita lakukan. Beribadah pada Allah pun sudah banyak cabangnya, terlalu banyak perkara yg boleh didefinisikan pada beribadah pada Allah.  Namun tak kesemuanya akan diketahui kita sekiranya kita tidak mencari ilmu Allah ( mencari ilmu yg baik2 pun ibadah juga :D ) . 


Allah s.w.t. telah melepaskan manusia di muka bumi yang terbentang luas ini supaya manusia itu mencari atau menerapkan sifat-sifat yang baik dan buruk menurut apa yang dianggap baik oleh manusia. Oleh sebab itulah manusia diberi kelebihan dari-Nya iaitu akal. Selain itu, otak yang diberikan Allah s.w.t. kepada manusia juga adalah kelengkapan yang utama sekali bagi manusia agar dapat menjadi khalifah Allah s.w.t. di muka bumi ini dengan bijaksana.

Dengan menggunakan otak (akal fikiran) juga kita perlu menyuruh pada yang makruf dan mencegah pada yang mungkar. Tugas ini nampak keberatan kerana tak semua orang berani menegur orang lain kerana merasakan diri kita masih lagi tidak sempurna, tapi sampai bila kita nak sempurna? 
Cara menegur juga punya pelbagai kaedah, jika tidak dengan  perkataan, apa kita kita guna perbuatan. Tunjukkan perbuatan yang baik-baik dihadapan mereka, insyaAllah mereka akan terdorong dengan perbuatan tersebut. Namun, saya juga kadang-kadang tewas dalam menyurh pada kebaikan dan mencegah yang mungkar ini kerana........ tidak yakin dengan diri sendiri.....

Namun sampai bila kita mahu begini, grab the chance before it went away... sebab.... nanti apa kita nak jawab dekat Allah s.w.t di akhirat nanti? Macam mana kalau kawan kita tuntut di akhirat nanti?

"Kenapa kau tidak menasihatkan aku untuk menjauh maksiat?"

"Kenapa kau tak nasihati aku untuk menutup aurat?"
 
"Kenapa kau tidak mengenalkan aku pada Islam?"

"Kenapa kau tidak membimbingku ke jalan Allah?"
okey, dah start risau kan? itu pun tak masuk dengan dosa-dosa kita lagi...... 

Oleh itu marilah kita renung-renungkan aktiviti kita di atas muka bumi ini.... muhasabah untuk diri yang penuh kelalaian.


m.a.f.a
wassalam



 

Tuesday, September 20, 2011

Apa itu cinta ?



Bismillahirahmanirrahim.....





Apa itu cinta? mari mendengar definisi cinta daripada ustaz Kazim..

"Cinta x semestinya ke jinjang pelamin"

sesungguhnya redha ibu dan bapa itu penting, jangan kerana terlalu ikutkan nafsu, ibu bapa kita derhaka. Siapa si dia yang kita hendak letakkan lebih tinggi dari ibu bapa kita? Dia kah yang menghabiskan duit, tenaga dan masa untuk membesarkan kita sampai sekarang?Wahai diri yang bergelumang dengan dosa, fikir-fikirkan lah....

Wassalam

Wednesday, September 14, 2011

cinta? couple?

Bismillahirahmanirrahim....


 Sebab banyak sangat tengok status di fb terutamanya wanita kecewa sebab cinta, terasa pelik pula....  Mengapa mengharapkan cinta yang tak pasti...



Benarlah cinta buta melalaikan
Tanpa memikirkan batas syariatnya
Semuanya itu hanya ujian didunia
Ia adalah mahar untuk kita ke syurga

(permaisuri hatiku-Hijjaz)




Tipulah kalau cakap manusia itu tak ada perasaan cinta pada manusia lain... Setiap manusia punya rasa cinta, tapi malangnya mereka tidak betul-betul menggunakan perasaan ini. Terutama remaja yang kian meningkat remaja, jika kita sebut cinta ja mesti ingat pada yang bukan muhrim. Memang menjadi lumrah, lelaki terpikat kepada perempuan , perempuan terpikat pada lelaki tetapi kita punya guideline dalam percintaan ini.


Pernah dengar kisah percintaan Saidina Ali dengan Fatimah r.a ??? Masa saya baca kisah mereka, wah...suci... sememangnya percintaan yang suci. Mari baca di sini. Saya yakin anda pasti kagum, inilah cinta yang sejati, dari hati ke hati tanpa bicara, keberanian hamba Allah yang yakin akan jodohnya. 


Kita (yang lelaki) sepatutnya mengambil contoh dari Saidina Ali ini, walaupun rasa cinta itu ada namun hebat perasaan ini terjaga dan dalam masa yang sama berusaha untuk memiliki sang pemanah hati namun dengan cara yang diredhai Allah. Macam selalu orang kata, kalau dah suka, masuk meminang. Tetapi masalahnya , bagaimana kalau si lelaki masih belajar, masih mengharapkan duit mak ayah? Sekali lagi ingin ditegaskan, kita kan ada guideline dalam setiap inci kehidupan kita, Al-Quran dah cukup lengkap menjawab persoalan kita. Berpuasalah jika tidak mampu ( kerana puasa itu kan mengawal nafsu, jangan puasa tahan lapar sahaja), yakin lah pada Allah, kalau ada jodoh tak kemana, atau pun bak kata kawan saya, kalau ada rezeki tak kemana. Yang pasti, banyakkan doa, solat hajat, dan berusahalah supaya kita meminang dan menjadikan dia isteri kita yang sah. 


Islam itu indah, mengapa kita nak ikut cara hidup orang-orang bukan islam? Bercouple...Berpegang-pegangan...Dating.... Bergayut.... dan yang menyedihkan, ada yang sudah melayan kekasih mereka seperti isteri mereka... Subhanallah... Yang malangnya wanita tu juga.


Oleh itu, kita (yang perempuan) perlulah betul2 fikirkan tindakan kita. Mahukah maruah kita dimurahkan begitu sekali? Tak salah jika ingin punyai rasa cinta, tapi contohi la puteri Rasulullah S.A.W. Walaupun suka, tapi hanya di hati, tak perlu dibicarakan. Kerana keyakinan 100% pada Cinta sejati. Tak perlu mengejar cinta ilusi, kejarlah Cinta Hakiki, nescaya cinta ilusi akan mengejarmu. (maaf yer, suka bermadah skit, harap anda paham yer).



Kalau pada yang dah couple tu, fikir lah. Apakah anda betul-betul mencintainya?



Kalau betul mencintainya kenapa perlu kita mendorongnya ke arah kemaksiatan? 


Tanda cintakah itu? 


Mahu kah kita orang yang dicintai di azab nanti? 


Dan kita juga turut sekali kerana bersekongkol dengan nya?


Cintakah dia pada kita jika dia mengajak kita ke arah kemaksiatan?


Bukankah bila kita mencintai seseorang itu kita akan usahakan semoga dia berbahagia dunia akhirat, tapi kenapa kita sendiri yang membawanya ke arah kesengsaraan?


Tidak sedarkah kita?


Cintakah itu?


Atau semata-mata nafsu???


Memang tak salah punyai rasa cinta pada si dia, tapi alangkah indahnya jika rasa cinta yan membuatkan kita merindui, angau ni di beri pada pencipta kita?? Bukankah Dia lebih layak daripada dia?


Siapa yang memberi kehidupan pada kita? Dia atau dia?


Siapa yang memberi rezeki pada kita? Dia atau dia?


Sesungguhnya cinta pada Allah itulah cinta sejati, nescaya kau takkan di khianati.


"Aku dah berusaha nak jadi orang baik, tapi macam Allah tak terima aku ja"


"Kenapa lah makin banyak masalah bila aku nak jadi baik?"


Jika di hati atau mulut kita ada mengatakan ini, jawapan untuk anda :


“Apakah manusia itu mengira, Kami membiarkan mereka berkata: Kami telah beriman, sedangkan mereka itu belum diuji?”
(Al-Ankabut:2)



"Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ehwalmu."
(Muhammad:31)



“Dan mintalah pertolongan daripada Tuhanmu dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk”
(Surah Al-Baqarah ayat 45)



Jadi jangan memanipulasikan hidup kita dengan alasan. Alasan tu mainan syaitan dan iblis supaya kita sentiasa terpesong dari jalan kebenaran. 


Sesungguhnya saya turut termasuk dalam orang yang excited lebih bila suka kat seseorang tu, tapi pandai pula tulis untuk menasihati orang. Tapi apa salahnya saling nasihat-menasihati kan? Ayuh, buang maksiat, ambil berkat!!! Masih belum lambat untuk bermujahadah, mari kita memberi sepenuh cinta pada Allah. Yakinlah pada ketetapannya, kerana pemberiannya yang terbaik. Berdoalah..... dan bersabarlah....








M.A.F.A
Wallahualam.