assalamualaikum

Showing posts with label sakit hati. Show all posts
Showing posts with label sakit hati. Show all posts

Wednesday, April 2, 2014

gemuk

Bismillahirrahmanirrahim
-dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih-

~sometimes one word can kill thousands souls~

yaaa!!!!!!!!!! geramnya!!!!!!!!!!!

ok fine, masa balik dari lab tadi memang aku dah angan2 nak luah perasaan kat sini......eeeeeeeeeeeeeeeeeiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii geramnya!!

pagi tadi aku gi lab cam biasa selepas berhuha huha cuti sakan kan, finally aku kembali menapak buat keja final year project...sobs sobs... tak pa, setiap penat lelah akan ada ganjarannya...tapi itu bukan masalah sekarang...............arghhh

tadi akak student sv aku (kot? entah la...tp student aku rasa) datang bawa anak dia yang bernama Aqilah...ok the second time aku jumpa budak tu kat lab. sebelum ni aku tgk dari jauh je, malas nak lebih2 kang diorang ckp aku nak menunjuk sifat keibuan bagai pulak (bapak bajet diri ini)...

tapi hari ni fazhar ada, so semangat memanggil nama aqilah yang aku tahu memang tuju kat aku pun sbb bila aku kalih tgk diorang baru la dia brenti panggil...sambil muka kenyih2 macam kerang busuk.. masa tu hakim tgh pegang baby aqilah tu, so bila aku tgk budak tu dah makin dekat ngan aku , apa lagi

'nak pegang jugak!!'

so hakim pun pass baby qilah kat aku...yeay!!! huish....tembam pipi macam aku dulu, entah2 aku kalah...(saja nak perasan)... hahaha so masa aku pegang tu main2, aziz masuk lab, ok fine dia acah2 baby tu so aku relax je...dia acah normal je...

tiba2 masuk si paan ni, macam biasala baby kan sangat attractive, so dia pun nak acah gak la baby tu...main2 pipi bagai, pegang sana sini...nak ja aku rasa pass kat dia pulak...

TAPI acah saja xpa, ni SIAP MULUT PUN NAK MENGACAH JUGAK

"alalala comeinya" - ok ni normal la, aku pun rasa budak tu comei

"tembamnya pipi, nak cubit2"- ini pun normal

"gemuknnya"

?????????????????????????????????????????????????????????????????

aku terus "WOI, nak perli ka apa?"

pastu duk gelak2 , nasib baik gelak normal, kalau gelak sakan memang dah lama aku sumbat pampers baby tu dalam mulut dia...haaaaa

kalau baby tu nama sarabanon ka, samsiah ka, nora danish ka, fatimah ka, i don't care sangat....

ni nama dia AQILAH tau x, kalau dia sebut baby xpa juga, dah la panggil nama

'aqilah...aqilah...'

pastu xyah nak tambah ayat pujian berupa 'gemuk' kat blakang....!!!

xpernah aku dengar org puji baby sebut gemuk,kalau tembam dan debab tu xpala, masih normal....

terus darah aku turun naik, nasib baik x mengamuk je...

bukan nak deny yang aku ni gemuk , tapi pada2 la...eeeiiiiiiiiii terus x stabil mood aku hari ni

.......................................................................................................................................................

balik terus aku mengadu domba kat sapa2 yang ada kat kolej....siap plan nak pancitkan tayar moto dia, letak lipan dalam kasut dia...baru tahu...

bukan sebab aku xleh terima hakikat org ckp aku gemuk tapi ..................... xboleh jugak!!!!!!!

kawan2 rapat xpa la jugak, tu pun kadang2 aku bidas balik ayat power, amik ko mulut macam xda integriti...ni dah la ber'gender' laki... pantang aku laki ckp pompuan gemuk...  pompuan2 yang gemuk ni jugak la dengan izin Allah akan melahirkan manusia2 tau x... emosi tau x, tengah emosi ni!!! dah la mmg time2 camni hormon x stabil....ishhhh

satu malam zaf dengar aku sebut gemuk gemuk gemuk.... sakit hati punya pasal....

..............................................................................................................................................

ok fine column belah kanan kat fb tulis bday paan.... nasib baik bday dia, kalau x memang pancitkan juga tayar moto dia... so xpa la bday boy, aku maafkan kalau dia mmg saja2 nak perli aku............eeeeeeeeeeeeeiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

...............................................................................................................................................

last but not least, ni la gambar budak bambam tu...comei...haha sila abaikan aqilah gemuk tu...huh!!!



May Allah Forgive Us All...

Monday, March 3, 2014

baru nak cari aku ke?


Bismillahirrahmanirrahim
-dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih-

-mungkin sudah sampai masa nya aku bertegas-


Tadi pagi terkejut dapat pm kat fb dari ex-president persatuan yg aku pernah join dlu. But di sebabkan numbers of personal problem, aku dah lama tinggalkan kelab tu. Bukan sbb aku dah bosan, sejujurnya aku suka bila aku beraktiviti ptg2 weekend walaupun penat cam apa lg tp itulah masa aku rasa gembira beraktiviti presatuan. Namun disebabkan 2 3 makhluk Allah yang x sensitif akan perasaan orang lain last2 aku angkat kaki blah. dalam hati "ada aku kisah?"

tapi...sebenarnya aku kisah, sbb aku geram kalau lah m*ngkuk2 ni x cakap ikut sedap mulut dan perangai mcm h*prak, dah lama aku leh tamat, amik ujian SRP dan beraksi ngan zu n the rest of member yg baik ngan aku. Tapi nak buat cmna, apa2 pun ni salah aku sbb aku sendiri yg x sabar... semuanya salah aku... :( andai aku boleh pekakkan lagi telinga aku ,bertahan sedikit lagi, mungkin aku dah boleh gembira? ye ker?

betul ke KALAU aku xbrenti join club tu aku akan gembira sekarang n future? or apakah mungkin aku akan lebih merana? apakah aku akan lebih sakit hati? stress? gila? so i pegang pada apa yang berlaku... aku xkan menyesal dengan apa yang berlaku...aku hanya perlu lakarkan masa depan, bukannya cuba mencari jalan memadamkan masa silam...

back to the beginning of this post, panjang benor lari topic... ex-press aku tiba2 ja ajak aku turun balik training... katanya dah xda org kat kelas tamat... aku blur, aku bukan apa tp aku pun dah lama x gerak badan havoc2 ni, aku xnak pula nnt aku mcm org bodoh pula kat situ...dah la aku makin xkenal member kelab skang ni, takat 5 org ja aku kenal, tu pun zu ja yg sembang ngan aku (sbb dia classmate aku kan, kalau x smbang ngan aku mmg dah lama aku lekuk dia) , but the rest...kot2 nak tegur x pulak.. malu? oh man!!! pleasee!!!

bagi aku , kalau korang nak jaga member korang (for high position punya member la), you must atleast have respect for them...  tegur la skit

"assalamualaikum, lama x jumpa..."
"yo, wa...best la ko da balik ,meriah skit"
"alhamdulillah, tambah balik member club kita, jom2 duduk"

or kalau x pun SENYUM laaaa... ni masa aku gi meeting dlu (after about 2 semester i left the club) diorang wat dek je even the girls...that i've known before... kecik hati aku,, dah la badan aku besar, pastu kalau hati aku mengecik abis la! x compatible la ngan badan aku nnt!!! aaa kan dah marah..

pastu sibuk member kurang la apa la, skill utk jaga hati org xda, jangan harap la org nak stay... kalau member biasa or junior xkenal aku xpa la, ni yg dlu slalu jmpa waktu meeting, traning demo smpai tgh2 malam sama2 wat x kenal, ITU KEJAM !!

aku tau la aku ni bukan jenis yg kalau pandang sekali igt terus smpai nak mati....

aku tau la aku ni xda personaliti yang suma org suka sbb aku mmg slalu diam n wat dek je dlm meeting

aku tau la aku x cantik kat pandangan manusia yg shallow , superficial...

tapi aku BUKANNYA tuhan yang boleh aku suka hati design muka badan aku mengikut cita rasa manusia2 dangkal ini...  ya aku mengaku aku pun tgk kehenseman org tp kalau muka hensem perangai mcm mangkuk tingkat pun x laku, apatah lagi kalau muka xseberapa pastu perangai x seberapa (macam aku hhohoho)....

tapi apa aku boleh buat, manusia sudah disuapkan dengan definisi cantik yang beerti ko perlu putih, muka ko perlu flawless xda jerawat xda parut xda mark pelik2, ko perlu slim, ko perlu kurus, ko perlu mcm ni , ko perlu mcm tu...kalau ko xda perkara2 ni ko x cantik... oh...kasihannya...

sampai kadang2 aku stress, aku bertanya pada Allah, kenapa aku begini? aku aku x cantik? berdosanya aku...bukankah sudah dinyatakan setiap ciptaan Allah itu sempurna? kalau dia buta pun dia masih sempurna...kalau dia bisu pun dia masih sempurna.... kenapa? kerana di akhir perjalanan kita bukan kecantikan, kecukup kaki tangan kita yang akan di nilai Allah, tapi ibadah kita, keikhlasan kita dalam beribadah padaNya...

sedihkan...sbb walau mcm mana pun kita bersyukur dgn diri kita, akan ada mulut2 berbisa yg akan buat kita down ngan diri kita...tapi igt lah jgn kisah apa org cakap, kisah apa Allah cakap... :) and smile

p/s : tp kalau kita duk syok sendiri ckp diri sempurna cantik smpai xmandi, xjaga badan lansung tu pun guna juga... bak kata pepatah sentiasalah mencantikkan diri, kan Allah suka benda yang cantik...Allah dah bagi badan muka tangan kaki semua bagai, jaga la elok2... :) aku pun sedang berusaha nak jaga... kalau xkurus juga nak wat cmnakan, janji sihat...tp kalau xsihat? hahhaa itulh takdir... tapi apa2 pun USAHA itu perlu..

May Allah Bless Us All

Friday, December 14, 2012

Kembali

Bismillahirahmanirahim

~apa salah saya ? ~

hihi virus video hasilan seorang budak di youtube amat terkesan untuk membuatkan org bahankan kata2 dia.. contohnya ayat "apa salah saya? " di atas ni... haha.. *speechless dengan remaja2 zaman sekarang...*

Rasa diri ni terlalu lain, lain sekali... somehow i miss my old self... T_T serius manusia memang boleh berubah... contohnya ialah org yg tgh menulis ni... huu~~~~ Rasa sgt entah apa2, suma benda xkena, dan yg paling xbest memang rasa la kejauhan dari Kekasih Abadi... T___T itu yang paling2 sedih..

ya, memang kita sering di duga dengan pelbagai dugaan, tp kali ni dugaan itu halus tp mendalam hirisannya... dugaan di mana luaran tiada kelihatan tetapi di dalam oh tuhan..... ngilu jer....  hingga terasa tiada lagi perasaan... dan the problem is benda ni affect abis kehidupanku...  effect yg baik dan juga xbaik... yg baik xper la, yg xbaik tu...alahai.... masalah yg dlu kecil terus dibesarkan, sbb nak cover masalah ini.. haish... tabahlah Aqilah, kalau xnak tabah pun xper, tp please..... Kembali lah pada aqilah yg dlu , ataupun jadilah Aqilah yang lebih baik... ok? boleh?

fuh!! terasa diri ini memang cepat putus asa.... segalanya nak putus asa...... contoh yang paling best, training silat la mangsa...memang rasa xda feeling nak pergi... memang smpai pernah fikir nak berhenti terus dari dunia persilatan... abis cerita...walhal sebenarnya bermasalah dlm perkara lain, tp perkara lain yang dihukum... hurm~~ apa nak jadi ni... tp actually mmg ada benda yg xbest wktu pergi training silat..tp itu xleh didedahkan... bukan sebab silat, tp sebab member2 silat yg agak tidak menyenangkan hati... tp bukan salah diorang, mungkin tnpa diorang sedari diorang mengguris hati ini...tp kita cool je la kan... hidup xsemestinya indah...kita pun ada perangai yg org xsuka...so 0-0 la kan..hihi walaubagai manapun silat cekak hanafi memang best!! (promote jap).... insyaAllahakan berusaha untuk meneruskan menimba ilmu persilatan ini hingga badan dikandung tanah...insyaAllah sekira itu yang terbaik...

So conclusion... bersangka baik dlm segalanya, jgn mudah berputus asa... JADILAH HAMBA ALLAH YANG KUAT...

Pernah hatiku luka pedih
Kerana dicalari cinta penuh duri
Lemas aku dalam dilema
Kata janji manis sungguh tak bermakna

Mencarimu kasih bagai mencari mutiara putih
Walau ke dasar lautan sanggup ku selami
Namun tak percaya apa yang telah aku terjumpa
Kau sebutir pasir tak berharga

Demi cinta yang suci
Ku rela korbankan kepentingan diri
Demi sinar bahagia
Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa

Baru kini ku rasai nikmatnya cinta yang suci
Tiada terbanding dengan cinta yang kau beri
Ranjau yang berduri akan aku tabah menempuhnya
Menyubur iman di dalam jiwa

Demi cinta yang suci
Ku rela korbankan kepentingan diri
Demi sinar bahagia
Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa
Demi cinta hakiki
Ku sanggup redahi apa yang terjadi

Apalah erti cinta suci
Andai janji-janji sering dimungkiri
Apalah erti cinta murni
Andai kata-kata sering didustai

wallahualam

Sunday, November 25, 2012

kerana seseorang....


Bismillahirrahmanirrahim

" aku gembira, aku sedih, aku tabah, aku sabar,  aku sayang, aku benci kerana seseorang.... 
tetapi aku hidup untuk yang mencipta seseorang itu"

Andai dapat ku undur masa lalu, akan ku jaga semua itu... kerana seseorang,  aku ragui hari-hari yang mendatang.... ok sangat poetic sungguh malam ni...cewah... (hidung yg sedia kembang bertambah kembang jap) hehe

Tanggapan

Kadang-kadang kerana seseorang telah membuatkan hidup kita rasa miserable, kita akan assume orang lain akan turut menyusahkan hidup kita.. JANGAN!!

Masa browse2 scroll2 FB tadi ada org share gambar ni
.
.
.
.
.
.
.

ok fine, dia dia dah delete sbb terima kata2 pedas bak cili padi  dari saya tadi...ops!!
jap nak recall balik apa tah gambar tu tulis..
.
.
.
.

lelaki yang tak merokok,
lelaki yang tak keluar malam,
lelaki yang tak curang,
lelaki yang tak ....

ok fine lupa... tetapi benda2 yang negatif la...

dan ayat last dia ialah




TAK WUJUD!!!

.
.
.
.
.

amboi....  sebab saya tahu sedikit sejarah silam my friend ni, so i guess maybe she post this picture  because of her experience with that kind of man but...i can't agree with the last statement... tak wujud?? eh!!! kalau macam tu are you accusing our prophet have one of those charecter? are you?



Keluar malam... eh... oh sorry, mungkin Rasulullah ada keluar malam, even waktu nak keluar dari kota mekah untuk  berhijrah ke madinah pun waktu malam, tapi dalam ayat2 di atas, keluar malam bermaksud keluar berfoya2 dan membuat aktiviti yg xder manfaat... and that are not applicable on our beloved Rasulullah....!!! not at all!!! (maaf, saya perlu marah yer tapi xder la smpai nak tumbuk2 muka anda2)

You need to think before your write something, writing in internet isn't like writing in our diary, once u publish it ...... tada!! everyone can read and comment it either in positive or negative way... depend on your words...


berbalik pada post entah apa2 tadi, mesti org yg buat pic yg tulis ayat2 ntah apa2 ni juga mempunyai pengalaman pahit dengan kaum lelaki lantas  menganggap lelaki lain pun sama... dush dush!!


jangan kerana seseorang itu............orang lain yang tak bersalah turut disamakan...


saya bukan lah lelaki (kan?) tetapi honestly saya terasa dengan ayat2 itu.. kenapa nak katakan lelaki sebegitu tak wujud kerana kita sering jumpa lelaki yg pelik2... saya yakin seyakinnya lelaki sebegitu wujud!!!  selagi agama Islam bertapak dibumi malaysia, selagi itu saya tahu ada lelaki yang sebegitu di sini...di hati ini...eh....maaf... XD

ok ok serious skit qilah.... so main point untuk post ini ialah, jangan kerana seseorang kita nak condemn orang lain....

honestly saya pun pernah merasai perasaan itu, 


"ah, mereka semua serupa"

tapi sebenarnya tidak, ini kerana kita hidup di dalam kalangan mereka, sebab itu kita assume semuanya begitu....cuba kita berkawan dengan pelbagai jenis orang, dari situ baru kita dapat mengenali pelbagai manusia dengan pelbagai ragam... ada yang nak je sy bg side kick, ada yang nak je sy pergi minang, ada yang saya respect, ada yang saya gembira dengannya, ada yang saya kadang2 bleh get along kadang2 please get lost.... macam2 lah manusia ni...termasuklah saya...am i in " nak bagi side kick" punya group? huhuhu

So jangan lah paranoid sgt.... tak baik tuduh orang lain sedangkan yang bersalah tu orang lain....

Sebab itu lah bila kita nak bersahabat, bercinta mestilah kerana Allah...bila kita apply concept ini insyaAllah kita kan bahagia walaupun kawan/pasangan kita tu kadang2 ada juga mengguris hati kita...tapi dek kerana kita sayangkan dia kerana Allah, kita pasti akan cari jalan untuk memperbaiki dirinya kan? kan? bukankah apabila kita bersahabat dan bercinta kerana Allah itu bermaksud kita nak bersama2 mereka di syurga kelak....?




wallahualam....







Friday, November 16, 2012

kita yang lalai.. :'(

Bismillahirrahmanirrahim

" Jangan terlalu bersenang-senang, carilah kesusahan untuk disenangkan lagi"

Hari ni penuh dengan rasa terkejut, terkilan, sedih.... pagi2 lagi hp dan buzz, mesej masuk... memberi informasi tentang serangan terhadap saudara kita di palastine... ya Allah...  diri yang tgh sedap2 sarapn nasi lemak terasa betapa lupanya diri ini terhadap saudara yang tertindas di sana...  tapi suapan masih diteruskan.. =,=

Bila log in fb pula, wah! banyaknya news tentang kekejaman zionis terhadap saudara kita di palestine... aduh... makin scroll ke bawah makin banyak informasi yang diterima....

RECENT NEWS: Kedengaran letupan di timur bandar Rafah, selatan Semenanjung Gaza. Pesawat zionis mengebom sebuah tanah lapang. Tiada kecederaan berlaku.
●●●► Bad News from Gaza , I just received SMS from my Admin Colleague who is under the siege of Gaza strip (Ahmed Nigim) told me that the electricity is cut off in most Gaza Strip, and the Israeli attacks continue till the moment, and he asks us to stay with him :(
we all with u Gaza ,,, we all with people of Gaza ... We all with u Ahmed Nigim
we all pray for Gaza :(
(Mu'az Masri )
 
 
 
 Sehingga kini dilaporkan di pihak Israel,
angka korban di pihak Israel mencecah 5 orang dan 70 yang cedera.

Di pihak Palestin(Gaza) untuk hari ini, korban mencecah 15 orang dan 150 kecederaan,

Sementara itu jurucakap tentera Israel menyatakan mereka memberikan jaminan tempoh bertenang kepada Gaza, namun Hamas menyifatkan ia sebagai satu helah bohong Israel.

Di Tel Aviv, dilaporkan hampir 2.5 juta rakyat Tel Aviv sedang berlindung di bawah tanah dan di dalam terowong-terowong keselamatan berlindung daripada serangan balas roket-roket pejuang Israel.

Gaza ketika ini baru sahaja memasuki waktu Isyak, semoga doa-doa kalian dikabulkan Allah. di siangnya tadi dilaporkan roket-roket Israel banyak disasarkan ke tempat tanah kosong, disasarkan atau terpesong semoga ia kuasa Allah sebagai rahmat kepada hambanya.
 
 
Berita Terbaru: Jurucakap HAMAS, Sami Abu Zuhri berkata, 'permintaan Israel untuk gencatan senjata di Gaza hanyalah muslihat'.
 
BERITA TERKINI: Tentera Zionis melepaskan bedilan meriam ke arah rumah penduduk di timur bandar Gaza. Setakat ini tidak mengakibatkan sebarang kecederaan.
 
Tentera rejim zionis mengumumkan hari ini bahawa sejak bermula serangan, pihaknya telah menyerang lebih 200 sasaran dari udara, darat, dan laut di Semenanjung Gaza.
 

dan banyak lagi update2 tentang kekejaman zionis ini...ya Allah...namun apa yang lagi menyedihkan hati apabila membaca status anak2 remaja Muslim kita di Malaysia penuh dengan emosi cinta... dah tu status tu bagaikan tempat melepaskan perasaan terhadap 'seseorang' tetapi yang membacanya orang2.. hurm....  putus cinta dengan pakwe la, bahagia dengan pakwe la, bergaduh dengan pakwe la... adakah remaja islam di palestine sempat memikirkan perkara ini??? tak, malah mereka sedang bersiap sedia untuk mempertahankan Cinta yang lebih agung lagi...xperlu nak update2 status nak emo2 dekat fb, mereka update terus status direct pada ilahi... aduh!!!  apa nak jadi dengan kita anak remaja Islam di malaysia??? 

perkara2 ini seperti kekejaman zionis ini sepatutnya lebih membangkitkan semangat kita anak2 remaja supaya lebih berusaha... mungkn kita xboleh nak pergi berperang di sana, tapi kita boleh berperang disini denga berjuang dalam pelajaran, dapatkan pekerjaan yang elok, dapatkan gaji yang halal dan gunakannya dijalan Allah dengan menyumbang pada mereka disana. mungkin ada anak2 remaja yang berkata

"aku nak p palestine la, berjihad dan mati syahid disana"

bukan ingin menghalang, silakan ... tapi kan lebih best kalau kita boleh belajar dan hebat dalam bidang yang kita pelajari dan aplikasikannya dalam membantu saudara kita disana...  sekarang ni berperang bukan sahaja guna kekuatan fizikal, tapi turut juga kekuatan mental... kalau yang genius2 tu, ciptalah sesuatu yang boleh membantu saudara kira di sana... sepertimana orang yahudi mencipta senjata api, kita pun boleh!!! sekiranya kita betul2 berusaha... malangnya, kebanyakkan remaja zaman sekarang tidak clear akan perkara ini..begitu juga diri ini... cakap itu mudah, mengaplikasi itu susah tapi possible jika dicurahkan usaha dan tabah.  

namun sekirany kita x diberi akal yang superb, harta yang banyak, jangan lupa kita masih  boleh berdoa untuk mereka.....

huallahualam

 

 
 
 

Monday, October 10, 2011

hati yang tercalar

Bismillahirrahmanirahim....


Sakitkan hati manusia lain......... Apakah itu merupakan tindakan yang menggembirakan bila kita dapat membuatkan orang lain sakit hati, menderita? Jangan terkejut jika saya katakan memang wujud orang sedemikian, dan jangan terkejut kalau saya katakan kita juga tergolong dalam golongan ini...


Cuba ingatkan kembali, bila kali terakhir kita sakitkan hati seorang insan? secara sengaja atau tidak sengaja? 


Normal la kalau tidak sengaja sebab tidak semua orang boleh mengawal tutur bicara mereka.... tetapi jika ia dilakukan dengan sengaja?? bagaimana pula dengan masalah ini?


Sejujurnya, saya juga pernah sengaja menyakiti hati orang lain dan perkara ini amatlah tidak baik. Semoga saya diberi keampunan Allah.


Apakah penyebab / punca2 kita menyakiti hati seseorang itu?
-dengki?
-balas dendam?
-saja main2 ?


hurm.... hati ini pelbagai, ada yang kental ada yang rapuh....  Jika kita sakit hati, kita mesti akan dendam kan? dan last2 kita sakitkan hari insan tersebut pula. Berapa lama perbuatan ini akan berterusan? hurm....


Kita dijadikan didunia ini untuk bersatu padu dan saling tolong-menolong, bukan untuk menyakiti orang lain mahupun berbalah. Apa yang akan kita peroleh dengan menyakiti hati insan lain??? Sedarkah kita kelak di akhirat kita akan disiasat dan ditanya secara detail dan sangatlah terperinci tentang apa yang kita lakukan dimuka bumi ini. 


Pengajarannya, setiap apa yang kita hendak lakukan mestilah berlandaskan syariat islam supaya kelak kita akan dihisab dengan senang dan cepat tanpa masalah. 


Ayuh, hindari diri kita dari menyakiti hati insan lain....




wassalam