assalamualaikum

Showing posts with label pakaian. Show all posts
Showing posts with label pakaian. Show all posts

Sunday, October 30, 2011

tadi subuh yang terakhir....

Bismillahirrahmanirrahim,

andai tadi subuh yang terakhir, adakah diri kita sudah bersedia???
andai hari ini hari terakhir kita, adakah kita sudah bersedia???

andai esok takkan hadir....hurm.......bersediakah saya???

pagi tadi nak keluar pergi explorace di tasik UTM.. tiba2 berniat nak naik moto.... so pergilah ke tempat parking moto.... ruang parking moto berbumbung agak sempit so macam susah juga nak keluarkan moto. Dengan kehendak Allah bagi menguji diri ini, ditakdirkan saya pun terjatuh dari moto kerana tayar moto tu berlanggar dengan divider jalan yang memisahkan jalan dengan curam bukit. So terpalantinglah badan ini dari moto dan bergolek2 terus jatuh bukit tu.... haha masa tengah pelanting tu bleh pula fikir, "huish, aku bergolek2 turun bukit!" so mengelakkan dari terus bergolek2 kebawah dan melanggar tiang konkrit kat bawah tu, terus badan ni reflex dan cuba menggenggam tanah-tanah dan rumput-rumput yang ada....alhamdulillah, boleh la berhenti kat tengah2 bukit kecil tu...

masa tu kawan datang nak turun selamatkan saya, tp apa yang saya cakap
"Jangan turun, tengok janda, ada rosak x??" (Janda tu nama moto, sbb plat moto tu JND) hahaha

kenapa nak risaukan moto sedangkan saya yang terpelanting, nyawa tu .... sebab, moto tu abah beli, amanah..... risau gak kalo rosak....huhu Alhamdulillah, Allah selamatkan diri ini dan juga moto yang menjadi amanah.... (^_^)

waktu tu, berfikir....tanda2 tak perlu pergi explorace ni ker? tapi kawan sy persuade suh pergi gak, so sy naik atas tukar habis baju seluar sbb memang dah kotor ngan tanah2.... huhu



masa tu, berfikir, apakah hikmah saya jatuh ni??? untuk merasai kesakitan? dah jatuh, memang akan rasa sakit.... mesti ada benda lain nih, so fikiran pun ligat memikir balik... oh baru-baru ni sy suka sangat dengar nasyid "subuh yang terakhir" dari kumpulan rabbani.... mungkin Allah hendak sedarkan diri ni untuk banyakkan lagi ibadah sebelum mendapat subuh yang terakhir.... terfikir juga, andai sememangnya tadi subuh yang terakhir, cukupkah amalanku untuk dibawa  bersama??? ya Allah, terima kasih kerana memberi aku peluang untuk lebih mendekatkan diri pada Mu....sesungguhnya saya rasa seperti mati hidup semula....sebab rasa macam hebat juga jatuh tadi tapi, Allah maha berkuasa, tiada satu luka yang berdarah pun, hanya sengal2 badan saja.... alhamdulillah.... tak terbayang betapa bersyukurnya diri ini .....


selain itu, sy terfikir juga mungkin baju yg sy pkai ni xsesuai kot....walaupun labuh tapi sedikit menampakkan bentuk pinggul sbb seluar yang sy pakai tu pun berkain tebal, so baju tu jadi ketat di pinggul (plus dengan ke'berisi'an tubuh badan an). so waktu pkai tu hati berbicara, "cam ketat je baju ni,pakai je la, xsempat nak tukar dah" so pastu segalanya terjadi.....baju kotor abis la, so mau xmau, kena gi tukar baju dengan seluar gak.. (^_^) and Allah help me to choose my attire today.... although the way i fell looked so extreme yet Alhamdulillah, i have Him to protect me.... T_T not even a scratch laid on my skin....subhanallah.... betapa hebatnya perkara yang berlaku pada hari ini....

because we have Allah with us........


dan pagi ini diteruskan dengan explorace ilmiah yang hampir sy give up untuk pergi.....  terasa indahnya pagi ini.....kerana dapatku rasai Kekuasaan Allah yang sudah lama aku aku abaikan kerana kelalaian diri.... indahnya hidup jika selalu bersyukur walaupun sewaktu menimpa musibah....bak kata2 yang slalu sy katakan pada diri sendiri : "Dugaan itu indah" ~~~~

lesson for today :

1. YAKIN PADA ALLAH

2. JANGAN MAIN TIBAI JA PAKAI BAJU, FIKIR DULU LAIN KALI SESUAI KE TAK.

3.JANGAN MUDAH MENGALAH DAN BERPUTUS ASA 

(^_^)V

always be strong because Allah always with us....
M.A.F.A
wassalam

Wednesday, August 10, 2011

luaran bukan dalaman, dalaman ialah luaran



Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...


"Penampilan seseorang tidak semesti mempengaruhi akhlak seseorang
tetapi
akhlak seseorang itu akan mempengaruhi penampilan seseorang itu"






Kekadang bila terbaca blog-blog yang mengungkit akan penampilan seseorang yang tak sealiran dengan perangainya membuatkan aku terfikir, "apa yang kau harapkan dari seseorang itu?"


mengapa kita perlu menghakimi seseorang hanya berlandaskan penampilannya?


mengapa kita perlu menghakimi seseorang hanya berlandaskan perangainya?


ok, kalau nak menghakimi berlandaskan perangai, itu normal. Tetapi kalau penampilan? Adakah baju atau kain yang membaluti tubuh itu perlu dipersalahkan hanya kerana pemakainya?


"Tudung ja labuh, mulut mengumpat orang"


"Pakai jer kopiah, tapi bila sembang bab politik mengata sana sini"


Ya, mengumpat itu berdosa, mengata pun berdosa... Tetapi jangan menyebabkan perangainya yang tidak baik itu menyebabkan orang lain yang berpakaian demikian turut dipersalahkan. Dan bukan orang yang bertudung labuh/berkopiah jer berperangai begitu, tetapi perangai ini turut berlaku pada orang yang berpakaian lain-lain jenis lagi.


Jangan jadikan ini alasan mengapa kita tak mahu berpakaian yang lebih lengkap, lebih2 lagi muslimah.


"Ala, orang yang pakai baju yang labuh2 besar2 tu bukannya baik sangat, ntah2 mulut lagi jahat dari kita"


Well, baik sangatkah kita yang nampak terang-terangan membuka aurat sana sini? Pastu kutuk pula orang yang berpakaian mengikut syariat islam? Baik sangatkah kita?


"Atleast kami jujur, tak berpura-pura nak pakai tutup sana tutup sini"


Well, jujurkah kita pada Allah kalau begitu? Kita tak berpura-pura pada Allah kah? Sedangkan dari alam rohani dah janji nak ikut segala perintah Allah.


Memang melakukan perubahan itu sukar, tambah-tambah lagi kalau persekitaran kita langsung tak membenarkan, dalam erti kata lain tak da orang nak support kita. Tapi jangan pula perubahan kita hanya hangat-hangat tahi ayam jer, tak berterusan, berhenti di tengah jalan. Bagi mengelakkan ini terjadi kita perlulah memantapkan dulu kerohanian kita, peribadi kita, akhlak kita, ibadah kita, etc.


Huish mungkin memakan masa yang lama ni. Katakanlah kita nak amik masa setahun untuk betul-betul memperolehi akhlak yang baik (walaupun tak la 100% baik), adakah kita nak biarkan penampilan kita khususnya wanita (sebab aurat kita ni banyak sikit berbanding laki) terus begitu, dibiarkan sedikit terdedah aurat sementara mendapatkan akhlak yang baik. Dalam setahun tu dah berapa banyak dosa kecil akan digandakan? Oleh itu, ada la sesetengah orang yang membuat keputusan menutup aurat sebaik mungkin walaupun keperibadiannya tidaklah begitu terperinci baiknya.


NAMUN, oleh kerana dia belum lagi mendapatkah keperibadian yang baik tetapi dah berpakaian mengikut syariat, dia di kutuk kerana berpakaian tidak segah peribadi.


Apa salah dia? Dia baru nak berubah, jangan ingat kalau seseorang itu sudah menyempurnakan sesuatu perkara, perkara lain turut sama sempurna. Huish, hebat la kalau camtu. Semua orang boleh berubah jadi baik sekelip mata la, dunia pun aman.... Mungkinkah?


Attitude, perangai, sifat.... Bukan senang nak ubah sikap kita. Tambah-tambah kalau dah memang sebati dengan jiwa raga. Setiap orang mempunyai sikap atau tabiat buruk yang memang susah dikikis. Bukan dia tak berusaha nak membuang jauh-jauh sifat buruk itu tetapi kadang-kadang tersasul juga. Mau taknya, setiap anak adam tu ada ja pengiring yang selalu mengajak ke arah kebatilan iaitu syaitan. Sebab dia dah janji nak bawa anak-anak adam masuk neraka sekali dengan dia, sebab tu dia berusaha nak menyesatkan kita semua, jadi kita kena la juga berusaha nak lawan dengan bisikan dia. Tapi bukan mudah nak lawan. dia ni datang dari arah depan, belakang, kiri dan kanan. Kalau tak berjaya pengaruhi bab yang ni, dia pengaruh bab yang lain. Hebat tu, jangan main-main.


Oleh itu, jangan la nak salahkan orang tu bila perangai dia tak beberapa nak elok, tapi tegur la dia dengan cara yang berhemah. Mudah-mudahan dan lambat laun insyaAllah perangai itu akan terhakis. Dan bila dah nampak kawan kita tu pakai baju mengikut syariat islam tapi perangai tak berapa nak baik, jangan lah tuduh melulu atau mengata dia, kebarangkalian dia dalam proses memperbaiki akhlaknya. Kita patut kagum sebab walaupun perangai dia tak berapa nak elok tapi dia tak lupa tuntutan syarak dalam dressing dia. Keikhlasan dia jangan dipertikaikan tapi pertikaikan hati kita ni, mengapa selalu berpandangan negatif pada orang lain? Sucikah hati kita apabila keburukan orang sahaja yang kita nampak?


Saya juga di dalam proses memperbaiki diri, dan saya pasti anda semua juga begitu. Oleh itu jangan sewenang-wenangnya mengatakan orang itu jahat kerana perangainya sedemikian tetapi dekati dan nasihatilah dia, jika kita tak buat demikian, kita pun jahat la sebab tak menariknya ke arah kebaikan. Jadi, kalau tak mampu nak tarik orang tu ke arah yang lebih baik, jangan la kutuk dia pula, tetapi berdoalah pada Allah supaya diberikan petunjuk pada dia dan juga diri kita ini.




Tak semua orang yang baik itu last2 masuk syurga, dan tak semua orang yang jahat itu last2 masuk neraka. Hidayah itu milik Allah, Dia boleh berikan pada hambanya yang Dia pilih dan kita tak tahu sapa calon-calonnya, so jangan suka2 tuding kat orang tetapi cerminlah diri sendiri dan berusaha la memperbaiki diri dan akhlak supaya memperolehi iman yang membawa kita menjadi salah satu kekasih Allah dan disamping itu marilah kita mengajak orang lain ke arah kebaikan juga.




Sesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa Yang Engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah Yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).
( Al Qashas : 56 )











"Dan janganlah kamu mencampurkan yang hak dengan yang batil, dan janganlah kamu sembunyikan kebenaran, sedangkan kamu mengetahui "
(al-Baqarah : 42 )




Pesanan untuk diri ini juga... (^_^)


M.A.F.A
wassalam