assalamualaikum

Showing posts with label sedih. Show all posts
Showing posts with label sedih. Show all posts

Wednesday, April 2, 2014

gemuk

Bismillahirrahmanirrahim
-dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih-

~sometimes one word can kill thousands souls~

yaaa!!!!!!!!!! geramnya!!!!!!!!!!!

ok fine, masa balik dari lab tadi memang aku dah angan2 nak luah perasaan kat sini......eeeeeeeeeeeeeeeeeiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii geramnya!!

pagi tadi aku gi lab cam biasa selepas berhuha huha cuti sakan kan, finally aku kembali menapak buat keja final year project...sobs sobs... tak pa, setiap penat lelah akan ada ganjarannya...tapi itu bukan masalah sekarang...............arghhh

tadi akak student sv aku (kot? entah la...tp student aku rasa) datang bawa anak dia yang bernama Aqilah...ok the second time aku jumpa budak tu kat lab. sebelum ni aku tgk dari jauh je, malas nak lebih2 kang diorang ckp aku nak menunjuk sifat keibuan bagai pulak (bapak bajet diri ini)...

tapi hari ni fazhar ada, so semangat memanggil nama aqilah yang aku tahu memang tuju kat aku pun sbb bila aku kalih tgk diorang baru la dia brenti panggil...sambil muka kenyih2 macam kerang busuk.. masa tu hakim tgh pegang baby aqilah tu, so bila aku tgk budak tu dah makin dekat ngan aku , apa lagi

'nak pegang jugak!!'

so hakim pun pass baby qilah kat aku...yeay!!! huish....tembam pipi macam aku dulu, entah2 aku kalah...(saja nak perasan)... hahaha so masa aku pegang tu main2, aziz masuk lab, ok fine dia acah2 baby tu so aku relax je...dia acah normal je...

tiba2 masuk si paan ni, macam biasala baby kan sangat attractive, so dia pun nak acah gak la baby tu...main2 pipi bagai, pegang sana sini...nak ja aku rasa pass kat dia pulak...

TAPI acah saja xpa, ni SIAP MULUT PUN NAK MENGACAH JUGAK

"alalala comeinya" - ok ni normal la, aku pun rasa budak tu comei

"tembamnya pipi, nak cubit2"- ini pun normal

"gemuknnya"

?????????????????????????????????????????????????????????????????

aku terus "WOI, nak perli ka apa?"

pastu duk gelak2 , nasib baik gelak normal, kalau gelak sakan memang dah lama aku sumbat pampers baby tu dalam mulut dia...haaaaa

kalau baby tu nama sarabanon ka, samsiah ka, nora danish ka, fatimah ka, i don't care sangat....

ni nama dia AQILAH tau x, kalau dia sebut baby xpa juga, dah la panggil nama

'aqilah...aqilah...'

pastu xyah nak tambah ayat pujian berupa 'gemuk' kat blakang....!!!

xpernah aku dengar org puji baby sebut gemuk,kalau tembam dan debab tu xpala, masih normal....

terus darah aku turun naik, nasib baik x mengamuk je...

bukan nak deny yang aku ni gemuk , tapi pada2 la...eeeiiiiiiiiii terus x stabil mood aku hari ni

.......................................................................................................................................................

balik terus aku mengadu domba kat sapa2 yang ada kat kolej....siap plan nak pancitkan tayar moto dia, letak lipan dalam kasut dia...baru tahu...

bukan sebab aku xleh terima hakikat org ckp aku gemuk tapi ..................... xboleh jugak!!!!!!!

kawan2 rapat xpa la jugak, tu pun kadang2 aku bidas balik ayat power, amik ko mulut macam xda integriti...ni dah la ber'gender' laki... pantang aku laki ckp pompuan gemuk...  pompuan2 yang gemuk ni jugak la dengan izin Allah akan melahirkan manusia2 tau x... emosi tau x, tengah emosi ni!!! dah la mmg time2 camni hormon x stabil....ishhhh

satu malam zaf dengar aku sebut gemuk gemuk gemuk.... sakit hati punya pasal....

..............................................................................................................................................

ok fine column belah kanan kat fb tulis bday paan.... nasib baik bday dia, kalau x memang pancitkan juga tayar moto dia... so xpa la bday boy, aku maafkan kalau dia mmg saja2 nak perli aku............eeeeeeeeeeeeeiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

...............................................................................................................................................

last but not least, ni la gambar budak bambam tu...comei...haha sila abaikan aqilah gemuk tu...huh!!!



May Allah Forgive Us All...

Sunday, March 23, 2014

Serabut Serabai


Bismillahirrahmanirrahim
-dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih-

~teh ais teh ais~

Wuaarrgghhh!!!! (menguap) mengantuknya... mengidamnya nak minum teh ais...sabar yer qilah, esok esok...insyaAllah kalau masih Allah panjangkan umur awak kita minum teh ais kay... huhu

Sebulan dua bulan lepas aku ada apply pinjaman mara untuk further study obersea gitu...masa pes pes apply memang semangat gitu pastu masa searching2 segala unibersiti terus down....amboi requirement....mantop habaq hang... bulat mata besar mcm kapal selam xleh selam gitu... =,=

memang terus malas la nak wat, sekali dapat pulak mara ajak wat test psychometric ngan interbiu...halamak... aku pun kembali ragu2 garu2 kepala dan bahu...huhu amcam ni... pastu terus kalut nak apply u sana sini tp sofar aku apply dua ja...yg lain demand lebih sgt...malas aku nak karang essay kat depa...aku amik u yg xdemand sudah...ceh!!

tapi sekali lagi aku ragu2 garu2 kepala dan bahu sebab 

-aku ni study utk degree pun terhangguk-hangguk boleh ke aku nak wat master? obersea pulak tu!! (ni in case kalau aku berjaya dengan jayanya la)

argh!!! stressshhhh.... ni interbiu pun belum, tawaran apakan pula dah nak stress lebih2...aku pang satgi baru tau... yg playlist nyanyi lagu dafi ni pahal pulak...next2 ok lagu aizat pulak...moga nana jgn  jeyes... sedap pulak lagu dia fikirlah ni...wah wah nak kurus mcm dia jugak la...

ok back to the topic... 

so insyaAllah khamis MINGGU NI aku ada interbiu mara...woi!!! nerbes ya amat!!! aku dlu pernah interbiu skali ja, lepas spm sbb konon nak wat part time kat celcom, skali ada interbiu mcm nak jadi manager...cis!! ni suma abg ipaq aku punya pasal la, saja nak pekena aku la tu... dah tu dia ckp dia nak permanent punya pekerja pulak (full time)... sabar je la... last2 aku jadi pengasuh anak sedara aku, abis cita... huhu

aku x pasan yg mara suh bawa surat pengesahan final year utm, dah tadi baru gedik nak wat... skali kat borang ckp minta 3 hari sebelum...hari ni dah ahad, selasa malam aku dah naik bus balik sp (tata johor)... aku harap sempat la dapat...alahai...apakah ini pertanda aku xyah gi interbiu....tapi aku dah canang2 kat mak aku, pastu mak aku dah canang2 kat bapak aku...depa suh aku pi...padan muka aku!! huhuhu T_T

-May Allah Bless Us All-






Monday, March 3, 2014

baru nak cari aku ke?


Bismillahirrahmanirrahim
-dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih-

-mungkin sudah sampai masa nya aku bertegas-


Tadi pagi terkejut dapat pm kat fb dari ex-president persatuan yg aku pernah join dlu. But di sebabkan numbers of personal problem, aku dah lama tinggalkan kelab tu. Bukan sbb aku dah bosan, sejujurnya aku suka bila aku beraktiviti ptg2 weekend walaupun penat cam apa lg tp itulah masa aku rasa gembira beraktiviti presatuan. Namun disebabkan 2 3 makhluk Allah yang x sensitif akan perasaan orang lain last2 aku angkat kaki blah. dalam hati "ada aku kisah?"

tapi...sebenarnya aku kisah, sbb aku geram kalau lah m*ngkuk2 ni x cakap ikut sedap mulut dan perangai mcm h*prak, dah lama aku leh tamat, amik ujian SRP dan beraksi ngan zu n the rest of member yg baik ngan aku. Tapi nak buat cmna, apa2 pun ni salah aku sbb aku sendiri yg x sabar... semuanya salah aku... :( andai aku boleh pekakkan lagi telinga aku ,bertahan sedikit lagi, mungkin aku dah boleh gembira? ye ker?

betul ke KALAU aku xbrenti join club tu aku akan gembira sekarang n future? or apakah mungkin aku akan lebih merana? apakah aku akan lebih sakit hati? stress? gila? so i pegang pada apa yang berlaku... aku xkan menyesal dengan apa yang berlaku...aku hanya perlu lakarkan masa depan, bukannya cuba mencari jalan memadamkan masa silam...

back to the beginning of this post, panjang benor lari topic... ex-press aku tiba2 ja ajak aku turun balik training... katanya dah xda org kat kelas tamat... aku blur, aku bukan apa tp aku pun dah lama x gerak badan havoc2 ni, aku xnak pula nnt aku mcm org bodoh pula kat situ...dah la aku makin xkenal member kelab skang ni, takat 5 org ja aku kenal, tu pun zu ja yg sembang ngan aku (sbb dia classmate aku kan, kalau x smbang ngan aku mmg dah lama aku lekuk dia) , but the rest...kot2 nak tegur x pulak.. malu? oh man!!! pleasee!!!

bagi aku , kalau korang nak jaga member korang (for high position punya member la), you must atleast have respect for them...  tegur la skit

"assalamualaikum, lama x jumpa..."
"yo, wa...best la ko da balik ,meriah skit"
"alhamdulillah, tambah balik member club kita, jom2 duduk"

or kalau x pun SENYUM laaaa... ni masa aku gi meeting dlu (after about 2 semester i left the club) diorang wat dek je even the girls...that i've known before... kecik hati aku,, dah la badan aku besar, pastu kalau hati aku mengecik abis la! x compatible la ngan badan aku nnt!!! aaa kan dah marah..

pastu sibuk member kurang la apa la, skill utk jaga hati org xda, jangan harap la org nak stay... kalau member biasa or junior xkenal aku xpa la, ni yg dlu slalu jmpa waktu meeting, traning demo smpai tgh2 malam sama2 wat x kenal, ITU KEJAM !!

aku tau la aku ni bukan jenis yg kalau pandang sekali igt terus smpai nak mati....

aku tau la aku ni xda personaliti yang suma org suka sbb aku mmg slalu diam n wat dek je dlm meeting

aku tau la aku x cantik kat pandangan manusia yg shallow , superficial...

tapi aku BUKANNYA tuhan yang boleh aku suka hati design muka badan aku mengikut cita rasa manusia2 dangkal ini...  ya aku mengaku aku pun tgk kehenseman org tp kalau muka hensem perangai mcm mangkuk tingkat pun x laku, apatah lagi kalau muka xseberapa pastu perangai x seberapa (macam aku hhohoho)....

tapi apa aku boleh buat, manusia sudah disuapkan dengan definisi cantik yang beerti ko perlu putih, muka ko perlu flawless xda jerawat xda parut xda mark pelik2, ko perlu slim, ko perlu kurus, ko perlu mcm ni , ko perlu mcm tu...kalau ko xda perkara2 ni ko x cantik... oh...kasihannya...

sampai kadang2 aku stress, aku bertanya pada Allah, kenapa aku begini? aku aku x cantik? berdosanya aku...bukankah sudah dinyatakan setiap ciptaan Allah itu sempurna? kalau dia buta pun dia masih sempurna...kalau dia bisu pun dia masih sempurna.... kenapa? kerana di akhir perjalanan kita bukan kecantikan, kecukup kaki tangan kita yang akan di nilai Allah, tapi ibadah kita, keikhlasan kita dalam beribadah padaNya...

sedihkan...sbb walau mcm mana pun kita bersyukur dgn diri kita, akan ada mulut2 berbisa yg akan buat kita down ngan diri kita...tapi igt lah jgn kisah apa org cakap, kisah apa Allah cakap... :) and smile

p/s : tp kalau kita duk syok sendiri ckp diri sempurna cantik smpai xmandi, xjaga badan lansung tu pun guna juga... bak kata pepatah sentiasalah mencantikkan diri, kan Allah suka benda yang cantik...Allah dah bagi badan muka tangan kaki semua bagai, jaga la elok2... :) aku pun sedang berusaha nak jaga... kalau xkurus juga nak wat cmnakan, janji sihat...tp kalau xsihat? hahhaa itulh takdir... tapi apa2 pun USAHA itu perlu..

May Allah Bless Us All

Friday, December 14, 2012

Kembali

Bismillahirahmanirahim

~apa salah saya ? ~

hihi virus video hasilan seorang budak di youtube amat terkesan untuk membuatkan org bahankan kata2 dia.. contohnya ayat "apa salah saya? " di atas ni... haha.. *speechless dengan remaja2 zaman sekarang...*

Rasa diri ni terlalu lain, lain sekali... somehow i miss my old self... T_T serius manusia memang boleh berubah... contohnya ialah org yg tgh menulis ni... huu~~~~ Rasa sgt entah apa2, suma benda xkena, dan yg paling xbest memang rasa la kejauhan dari Kekasih Abadi... T___T itu yang paling2 sedih..

ya, memang kita sering di duga dengan pelbagai dugaan, tp kali ni dugaan itu halus tp mendalam hirisannya... dugaan di mana luaran tiada kelihatan tetapi di dalam oh tuhan..... ngilu jer....  hingga terasa tiada lagi perasaan... dan the problem is benda ni affect abis kehidupanku...  effect yg baik dan juga xbaik... yg baik xper la, yg xbaik tu...alahai.... masalah yg dlu kecil terus dibesarkan, sbb nak cover masalah ini.. haish... tabahlah Aqilah, kalau xnak tabah pun xper, tp please..... Kembali lah pada aqilah yg dlu , ataupun jadilah Aqilah yang lebih baik... ok? boleh?

fuh!! terasa diri ini memang cepat putus asa.... segalanya nak putus asa...... contoh yang paling best, training silat la mangsa...memang rasa xda feeling nak pergi... memang smpai pernah fikir nak berhenti terus dari dunia persilatan... abis cerita...walhal sebenarnya bermasalah dlm perkara lain, tp perkara lain yang dihukum... hurm~~ apa nak jadi ni... tp actually mmg ada benda yg xbest wktu pergi training silat..tp itu xleh didedahkan... bukan sebab silat, tp sebab member2 silat yg agak tidak menyenangkan hati... tp bukan salah diorang, mungkin tnpa diorang sedari diorang mengguris hati ini...tp kita cool je la kan... hidup xsemestinya indah...kita pun ada perangai yg org xsuka...so 0-0 la kan..hihi walaubagai manapun silat cekak hanafi memang best!! (promote jap).... insyaAllahakan berusaha untuk meneruskan menimba ilmu persilatan ini hingga badan dikandung tanah...insyaAllah sekira itu yang terbaik...

So conclusion... bersangka baik dlm segalanya, jgn mudah berputus asa... JADILAH HAMBA ALLAH YANG KUAT...

Pernah hatiku luka pedih
Kerana dicalari cinta penuh duri
Lemas aku dalam dilema
Kata janji manis sungguh tak bermakna

Mencarimu kasih bagai mencari mutiara putih
Walau ke dasar lautan sanggup ku selami
Namun tak percaya apa yang telah aku terjumpa
Kau sebutir pasir tak berharga

Demi cinta yang suci
Ku rela korbankan kepentingan diri
Demi sinar bahagia
Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa

Baru kini ku rasai nikmatnya cinta yang suci
Tiada terbanding dengan cinta yang kau beri
Ranjau yang berduri akan aku tabah menempuhnya
Menyubur iman di dalam jiwa

Demi cinta yang suci
Ku rela korbankan kepentingan diri
Demi sinar bahagia
Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa
Demi cinta hakiki
Ku sanggup redahi apa yang terjadi

Apalah erti cinta suci
Andai janji-janji sering dimungkiri
Apalah erti cinta murni
Andai kata-kata sering didustai

wallahualam

Saturday, December 8, 2012

sahabat

Bismillahirrahmanirrahim

~seorang pergi seribu menemani~

hehe ayat mau power je... minggu ni dan minggu sebelum2 nya amatlah tough buat diriku yang umpama sembilu biru... ok jgn merepek sgt, nnt jadi kerepek.. :O haha

Alhamdulillah kesyukuran pada Allah s.w.t. Walaupun saya menerima quite a huge dugaan (bad news) tapi Allah sertakan motivator terpilih untuk mendampingi saya. huhu touching nih... Tiba2 sahaja hari2 dipenuhi dengan pelbagai task yang membolehkan saya lupa akan perkara yang agak menyedihkan saya. hurm..

Sahabat... sejak dua menjak ini saya makin rapat pula rasanya dengan sahabat2 saya, bukan bermaksud sebelum ni x rapat, cuma semakin rapat...  saling 'lepak'ing sama2, 'makan'ing sama2, walopun sebenarnya kolej2 kitorang jauh, tapi jarak dah x terasa sebab perasaan rindu tu mengaburi segalanya.... sekali lagi ayat mau power kan...haha

Entah la, terasa gembira bersama (tp xsure la diorang rasa gembira ke x? hahaha tiba2 jadi rajin melawat org pula..huhu ).

Manusia mana mungkin dapat hidup bersendirian... :) so carilah kawan yang suka duka bersama...dan yg paling penting saling mencintai kerana Allah.. !! XD

thanks sahabat2 yang banyak memberi kata2 semangat pada saya, melayan karenah saya, menasihati saya agar x jadi pelik sgt....hahaha korang suma best la!! kawan yg jauh pula siap call and smbg kat fb utk perkembangan.... Alhamdulillah Allah berikan sahabat2 yang mampu membuatkan saya menitis air mata kesyukuran... T_T

Saya cinta kamu semua kerana Allah... marilah kita bersama2 berjalan keriangan berpegangan tangan menuju ke syurgaNya... nasihati lah saya sekira saya terbelok simpang kiri dan kanan belum pada simpangnya... (sekali lagi ayat mau power) haahaha

Alhamdulillah....


Thursday, November 29, 2012

B_zi

Bismillahirrahmanirrahim

~ Hari2 yang dihadapi biarlah berbeza dan mencabar untuk mengecapi kepuasan dan erti hidup sebenar~

Alhamdulillah Allah masih lagi reserve diri ini di atas muka bumi ini agar dapatlah diri mengutip pahala2 untuk di bawa menghadap yang Maha Esa Maha Berkuasa...

Masih lagi di dalam telangkup yang sama, oh perit nya hari2 yang dilalui.... SIBUK... owh, perkataan ini sudah secukup sebati sekali dengan diri ini... Jika ada sehari yang tiada panggilan2, terus dimanfaatkan sebaiknya utk berehat...

MASA.... sudah semakin mahal buatku...  sudah terasa keperitan mengejar masa.... kesana kesini berlari2... dan yang paling best selepas satu perkara, perkara lain pula datang membeli masa2 ku...aduhai..

Jika hendak dikarang aktiviti2 yang menguji jiwa ini, waaaahhh.... xlarat nak menaip rasanya...

.
.
.
.
.
"sedangkan mereka diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta.
....Surah Al-Ankabut ayat 2-3
.
.
.
.
.
" Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagi mu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui,"
.....Surah Al-Baqarah ayat 216.
.
.
.
.
.
" ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya,"
.....Surah Al-Baqarah ayat 286
.
.
.
.
.
" Jangan kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjat-darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman,"
.....Surah Al-Imran ayat 139
.
.
.
.
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu ( menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkan kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan ),dan bersedialah ( dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan)serta bertaqwalah kamu kepada ALLAH supaya, kamu berjaya ( mencapai kemenangan)."
.....Surah Al-Imran ayat 200
.
.
.
.
.
"Cukuplah ALLAH bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya.Hanya kepada-Nya aku bertawakal."
.....Surah At-Taubah ayat 129
.
.
.
.
.
".....dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat ALLAH. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat ALLAH melainkan kaum yang kafir."
.....Surah Yusuf ayat 12 

.
.
.

ingatlah mereka yang lebih hebat ujiannya...  bantulah saudara kita disana....


(^_^)9 sesungguhnya penat lelah di atas dunia  xkan lama sekiranya kita sentiasa yakin pada Pencipta kita.... senang mahupun susah, sedih mahupun gembira, lapang mahupun sibuk, senantiasa sematkan ingatan pada Allah di dalam hati dan akal kita....  :)

wallahualam

Sunday, November 25, 2012

kerana seseorang....


Bismillahirrahmanirrahim

" aku gembira, aku sedih, aku tabah, aku sabar,  aku sayang, aku benci kerana seseorang.... 
tetapi aku hidup untuk yang mencipta seseorang itu"

Andai dapat ku undur masa lalu, akan ku jaga semua itu... kerana seseorang,  aku ragui hari-hari yang mendatang.... ok sangat poetic sungguh malam ni...cewah... (hidung yg sedia kembang bertambah kembang jap) hehe

Tanggapan

Kadang-kadang kerana seseorang telah membuatkan hidup kita rasa miserable, kita akan assume orang lain akan turut menyusahkan hidup kita.. JANGAN!!

Masa browse2 scroll2 FB tadi ada org share gambar ni
.
.
.
.
.
.
.

ok fine, dia dia dah delete sbb terima kata2 pedas bak cili padi  dari saya tadi...ops!!
jap nak recall balik apa tah gambar tu tulis..
.
.
.
.

lelaki yang tak merokok,
lelaki yang tak keluar malam,
lelaki yang tak curang,
lelaki yang tak ....

ok fine lupa... tetapi benda2 yang negatif la...

dan ayat last dia ialah




TAK WUJUD!!!

.
.
.
.
.

amboi....  sebab saya tahu sedikit sejarah silam my friend ni, so i guess maybe she post this picture  because of her experience with that kind of man but...i can't agree with the last statement... tak wujud?? eh!!! kalau macam tu are you accusing our prophet have one of those charecter? are you?



Keluar malam... eh... oh sorry, mungkin Rasulullah ada keluar malam, even waktu nak keluar dari kota mekah untuk  berhijrah ke madinah pun waktu malam, tapi dalam ayat2 di atas, keluar malam bermaksud keluar berfoya2 dan membuat aktiviti yg xder manfaat... and that are not applicable on our beloved Rasulullah....!!! not at all!!! (maaf, saya perlu marah yer tapi xder la smpai nak tumbuk2 muka anda2)

You need to think before your write something, writing in internet isn't like writing in our diary, once u publish it ...... tada!! everyone can read and comment it either in positive or negative way... depend on your words...


berbalik pada post entah apa2 tadi, mesti org yg buat pic yg tulis ayat2 ntah apa2 ni juga mempunyai pengalaman pahit dengan kaum lelaki lantas  menganggap lelaki lain pun sama... dush dush!!


jangan kerana seseorang itu............orang lain yang tak bersalah turut disamakan...


saya bukan lah lelaki (kan?) tetapi honestly saya terasa dengan ayat2 itu.. kenapa nak katakan lelaki sebegitu tak wujud kerana kita sering jumpa lelaki yg pelik2... saya yakin seyakinnya lelaki sebegitu wujud!!!  selagi agama Islam bertapak dibumi malaysia, selagi itu saya tahu ada lelaki yang sebegitu di sini...di hati ini...eh....maaf... XD

ok ok serious skit qilah.... so main point untuk post ini ialah, jangan kerana seseorang kita nak condemn orang lain....

honestly saya pun pernah merasai perasaan itu, 


"ah, mereka semua serupa"

tapi sebenarnya tidak, ini kerana kita hidup di dalam kalangan mereka, sebab itu kita assume semuanya begitu....cuba kita berkawan dengan pelbagai jenis orang, dari situ baru kita dapat mengenali pelbagai manusia dengan pelbagai ragam... ada yang nak je sy bg side kick, ada yang nak je sy pergi minang, ada yang saya respect, ada yang saya gembira dengannya, ada yang saya kadang2 bleh get along kadang2 please get lost.... macam2 lah manusia ni...termasuklah saya...am i in " nak bagi side kick" punya group? huhuhu

So jangan lah paranoid sgt.... tak baik tuduh orang lain sedangkan yang bersalah tu orang lain....

Sebab itu lah bila kita nak bersahabat, bercinta mestilah kerana Allah...bila kita apply concept ini insyaAllah kita kan bahagia walaupun kawan/pasangan kita tu kadang2 ada juga mengguris hati kita...tapi dek kerana kita sayangkan dia kerana Allah, kita pasti akan cari jalan untuk memperbaiki dirinya kan? kan? bukankah apabila kita bersahabat dan bercinta kerana Allah itu bermaksud kita nak bersama2 mereka di syurga kelak....?




wallahualam....







Friday, November 16, 2012

kita yang lalai.. :'(

Bismillahirrahmanirrahim

" Jangan terlalu bersenang-senang, carilah kesusahan untuk disenangkan lagi"

Hari ni penuh dengan rasa terkejut, terkilan, sedih.... pagi2 lagi hp dan buzz, mesej masuk... memberi informasi tentang serangan terhadap saudara kita di palastine... ya Allah...  diri yang tgh sedap2 sarapn nasi lemak terasa betapa lupanya diri ini terhadap saudara yang tertindas di sana...  tapi suapan masih diteruskan.. =,=

Bila log in fb pula, wah! banyaknya news tentang kekejaman zionis terhadap saudara kita di palestine... aduh... makin scroll ke bawah makin banyak informasi yang diterima....

RECENT NEWS: Kedengaran letupan di timur bandar Rafah, selatan Semenanjung Gaza. Pesawat zionis mengebom sebuah tanah lapang. Tiada kecederaan berlaku.
●●●► Bad News from Gaza , I just received SMS from my Admin Colleague who is under the siege of Gaza strip (Ahmed Nigim) told me that the electricity is cut off in most Gaza Strip, and the Israeli attacks continue till the moment, and he asks us to stay with him :(
we all with u Gaza ,,, we all with people of Gaza ... We all with u Ahmed Nigim
we all pray for Gaza :(
(Mu'az Masri )
 
 
 
 Sehingga kini dilaporkan di pihak Israel,
angka korban di pihak Israel mencecah 5 orang dan 70 yang cedera.

Di pihak Palestin(Gaza) untuk hari ini, korban mencecah 15 orang dan 150 kecederaan,

Sementara itu jurucakap tentera Israel menyatakan mereka memberikan jaminan tempoh bertenang kepada Gaza, namun Hamas menyifatkan ia sebagai satu helah bohong Israel.

Di Tel Aviv, dilaporkan hampir 2.5 juta rakyat Tel Aviv sedang berlindung di bawah tanah dan di dalam terowong-terowong keselamatan berlindung daripada serangan balas roket-roket pejuang Israel.

Gaza ketika ini baru sahaja memasuki waktu Isyak, semoga doa-doa kalian dikabulkan Allah. di siangnya tadi dilaporkan roket-roket Israel banyak disasarkan ke tempat tanah kosong, disasarkan atau terpesong semoga ia kuasa Allah sebagai rahmat kepada hambanya.
 
 
Berita Terbaru: Jurucakap HAMAS, Sami Abu Zuhri berkata, 'permintaan Israel untuk gencatan senjata di Gaza hanyalah muslihat'.
 
BERITA TERKINI: Tentera Zionis melepaskan bedilan meriam ke arah rumah penduduk di timur bandar Gaza. Setakat ini tidak mengakibatkan sebarang kecederaan.
 
Tentera rejim zionis mengumumkan hari ini bahawa sejak bermula serangan, pihaknya telah menyerang lebih 200 sasaran dari udara, darat, dan laut di Semenanjung Gaza.
 

dan banyak lagi update2 tentang kekejaman zionis ini...ya Allah...namun apa yang lagi menyedihkan hati apabila membaca status anak2 remaja Muslim kita di Malaysia penuh dengan emosi cinta... dah tu status tu bagaikan tempat melepaskan perasaan terhadap 'seseorang' tetapi yang membacanya orang2.. hurm....  putus cinta dengan pakwe la, bahagia dengan pakwe la, bergaduh dengan pakwe la... adakah remaja islam di palestine sempat memikirkan perkara ini??? tak, malah mereka sedang bersiap sedia untuk mempertahankan Cinta yang lebih agung lagi...xperlu nak update2 status nak emo2 dekat fb, mereka update terus status direct pada ilahi... aduh!!!  apa nak jadi dengan kita anak remaja Islam di malaysia??? 

perkara2 ini seperti kekejaman zionis ini sepatutnya lebih membangkitkan semangat kita anak2 remaja supaya lebih berusaha... mungkn kita xboleh nak pergi berperang di sana, tapi kita boleh berperang disini denga berjuang dalam pelajaran, dapatkan pekerjaan yang elok, dapatkan gaji yang halal dan gunakannya dijalan Allah dengan menyumbang pada mereka disana. mungkin ada anak2 remaja yang berkata

"aku nak p palestine la, berjihad dan mati syahid disana"

bukan ingin menghalang, silakan ... tapi kan lebih best kalau kita boleh belajar dan hebat dalam bidang yang kita pelajari dan aplikasikannya dalam membantu saudara kita disana...  sekarang ni berperang bukan sahaja guna kekuatan fizikal, tapi turut juga kekuatan mental... kalau yang genius2 tu, ciptalah sesuatu yang boleh membantu saudara kira di sana... sepertimana orang yahudi mencipta senjata api, kita pun boleh!!! sekiranya kita betul2 berusaha... malangnya, kebanyakkan remaja zaman sekarang tidak clear akan perkara ini..begitu juga diri ini... cakap itu mudah, mengaplikasi itu susah tapi possible jika dicurahkan usaha dan tabah.  

namun sekirany kita x diberi akal yang superb, harta yang banyak, jangan lupa kita masih  boleh berdoa untuk mereka.....

huallahualam

 

 
 
 

Friday, October 12, 2012

kalut kalut



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ اارَّØ­ِيم


Bagiku family ini satu aset yang paling penting... *kecuali family yg 'bermasalah' la, itu panjang skit citer*.... alhamdulillah dikurniakan family yang tak gaduh sampai putus2 hubungan, takat gaduh-gaduh tinju takpe, asalkan pastu gi minum float kat a&w sama2 balik...hehe bw student card dpt diskaun air ... tu pun kalau cashier tu tak banyak songeh...haha

okeh balik pada topik asal, mula2 masuk blajar kat universiti ni relax je, xder banyak aktiviti sgt. So kadang2 kalau kakak call pun boleh sembang 2-3 jam cool jer smpai telinga tukar warna merah hijau kuning biru dan pelbagai warna pelangi lagi.... terasa best je sembang..gossip2 family skit...bleh la wat lepas rindu kan...

tapi sejak dua menjak ni termasuk la sem sem lepas....fuh!! mula-mula tak terasa sangat tapi tadi...

kring kring!!! (ok tipu je, sbenarnya ringtone handphone lagu hijjaz-rindu)

akak : assalamualaikum qilah, hang dok buat apa?

saya : waalaikumussalam yan, aku ada program silat ni...

akak : bila aku call ja mesti ang busy...hurm xpa la, bye bye... salam....

saya : .....waalaikumussalam.... *muka stress*

sebenarnya sejak sem sem lepas lagi kadang2 bila tengah busy je, waktu tu la diorang nak call, waktu duk relax goyang kaki xder pulak nak call...huhu sedihnya pun

pastu waktu program tu berjalan, tgk phone jap ada 2 miss call dari abah...pastu mesej masuk dari kak yang lagi sorang pulak, 3 mesej dari dia yg x berbalas....huhu siyes....rasa macam dah abaikan family ja...siyes stress...siyes rasa nak lari dari buat semua tugas ni...

bukannya nak cakap yang sy terlalu busy, tapi apabila waktu nak sembang2 ngan family clash ngan busy  kerjaya sebagai student yang ada sedikit jawatan yg walopun biasa ja ni, terasa stress yg amat tegang di sini.... kadang2 stress sbb rasa banyak masa abis dan kadang2 smpai xsempat nak wat revision sebelum kelas.... kuar ptg balik malam xyah cita. masa naik tangga nak masuk bilik tadi tiba2 ja mulut sebut " anak dara apa la keluar siang balik tengah2 malam" huhuhuhuhu sedih nyer..... bayangkan selalu juga balik malam2, pastu nak study dah lewat malam pulak, pastu siang dah nak kul 7 baru nak terjaga...kelas kul 8pg... kalut kalut kalut..

bila nak nasihatkan diri sendiri, 'bersabarlah , penat didunia nanti di akhirat insyaAllah bleh senang2 skit" tapi........................ penat saya ni BERBALOI ke? bukannya keluar pergi berdakwah, mengajak orang lebih mengenali islam.... tapi penat berpersatuan? honestly i don't know is it worth in hereafter?  hati ni kalau boleh cenderung nak buat2 keje2 yg dapat tolong bila di akhirat nanti...tapi sekarang? what am i doing right now? ok obviously im writing which is actually typing tapiiiiiiiiiiiiii dimanakah peranan aku sebagai hamba Allah? takkan nak jadi hamba yang buat basic je, solat 5 waktu, puasa dibulan ramadhan, cari ilmu yg most of them ilmu dunia... huhu sedih ar fikir benda ni...siyes sedih....

tapi xkan nak sedih je kot...i must do something...i need to...must to.... xkisah la kalau nak busy persatuan ka apa ka, tapi siyes jangan ketepikan agama.... kalau tak habis...hancur!! konfem rasa apa yang kita buat semuanya x seindah mana, kalau indah pun xberkekalan....  pasnie sudah la kerja2 yang tak berkaitan....

mungkin perlu dapatkan rujukan ustaz2 & ustazah2 tentang masalah ni.... kalau tiba2 nak letak jawatan pastu blah sambil lambai tangan ala2 queen elizabeth mmg xleh kan... tu x bertanggung jawab namanya... menyusahkan orang... kalau semua yang saya penat lelah ni berbaloi kelak alhamdulillah, takut xberbaloi je.... entah.... kalau kita boleh tau markah dosa pahala kita tak pa, ni sebab kita xtau.... ilmu pun sikit.... T_T sedihnya pun....

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya;

" Ia (kepimpinan) adalah amanah dan di akhirat ia menjadi kehinaan dan penyesalan kecuali mereka yang mengambilnya dengan hak dan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan di dalamnya. (H.R. Muslim)

Mungkin diri ini terlalu lemah hingga merungut apabila susah (busy) sikit.... selalu saja mengadu keletihan padahal bukannya pergi berperang di medan perang pun.... mungkin ada hikmah disebalik perkara2 ini...
Jawatan itu satu amanah buat diri ini, so jagalah amanah itu...Mungkin dari kesibukan ini ada mengajar sesuatu yang akan saya sedar suatu hari nanti...  hurm, lemah jugak diri ini kerana mudah mengeluh dengan sedikit dugaan.... T_T


Wednesday, September 19, 2012

susah ke?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ اارَّØ­ِيم


Jika dalam previous post ckp tentang banyak diterima sehingga takut terlalai dari mensyukuri nikmatNya... tapi dalam ini post, kesensaraan pula...ayat mau power...hehe xder la, mana ada sensara, just sekelumit dugaan untuk menguji keimanan yg kian menurun (?) hurm....

ya, kita tak mungkin dapat lari dari cubaan, dugaan, halangan , dan macam2 lagi lah perkara yang might melemahkan kita kalau kita tak kuat dan tak yakin pada Allah S.W.T. kan kan??

Masa nak masuk amik kunci kolej hari tu, masyaAllah.... banyak tragedi september.... sebab sabtu tu nak teman mama cantik pergi kenduri besfren dia, mmg kamceng sejak kecik la...so mesti la nak pi kenduri anak besfren kawin... anak ok...bukan makcik itu... hehe padahal ahad tu kena balik johor... ok ok... jom berimaginasi.... bayangkan.... sabtu tu kena ada di kedah, in the same day kena balik kuala lumpur, ahad tu smpai kl sbb bertolak mlm, rehat jap umah kak then amik bus balik melaka, smpai kul 12 tgh hari camtu, terus rushing2 pack2 barang, pastu nak pergi johor....tada....!!! penat tuh............... tu tak masuk konflik perjalanan sebelum balik kedah lagi....tapi sy xkisah penat ke x... cuma mama cantik la.... mesti penat.... sian mama.... kalau boleh la bertukar badan, mahu dirasai kepenatan mama cantik...huhu i'll make her happy... ah, lupa pulak, i'll also make my dad happy....hehe jgn terlupa, tanpa keduanya, xda kita... Allah dah bagi anugerah terindah, kena jaga elok2 ni...huhu jadi anak yg baik yer qilah!!! :O boleh bayang camna abah rempit ngan keta supaya 'selamat' sampai joho sebelum ofis kolej tutup...sebab satu bentuk kunci, kami satu family rushing2....huhu

tu baru satu, pastu dah check in penginapan baru nih, nak kena pergi jemput janda pulak (janda = moto yang berjasa)...dah 2 bulan tinggalkan dia kat joho...huhu masa pergi jemput dia, amboi merajuk kemain kawan ni.... 2 jam masa digunakan untuk pujuk dia... huish....  siap blur lagi, tak tau nak buat camna nak pujuk dia suh start enjin...huhu terseksa jiwa melihat janda meragam camtu... tapi ... :) alhamdulillah, Allah hantar 2 org sahabat untuk membantu dan mereka SANGAT BANYAK  membantu....sampailah janda kembali tersenyum gembira...  alhamdulillah, pertolongan Allah itu senantiasa,  cuma kita ja x nampak.... masa duk pujuk janda tu, angin satu badan, muka pun dah xcantik dah.... hehe tp nasib baik sahabat2 ni pandai bermain kata suh sabar, senyum...  hehe  smile yer cik Qilah....  jangan majuk dengan janda, sian dia... dah la kene tinggal 2 bulan, kene hujan panas smpai badan karat2... huhu hargai jasanya... nasib baik Allah hantar janda untuk memudah sy bergerak, walaupun tidak berbumbung tp atleast x perlu penat2 jalan (adakah sbb itu badan xkurus2? hehehe)

pastu dah start masuk belajar pula, amboi, assignment tak sempat2..... (tapi sempat plak tulis blog ni kan? hehe)  kat kolej baru ni line slow skit, alhamdulillah Allah permudahkan dengan broadband.... boleh la takat nak cari maklumat kan (sambil berfacebook...hoho) . kalau assignment ja tak pa lagi, ni dengan meeting persatuan pulak, kerja sebagai ajk persatuan lagi, nak baca buku utk quiz yg tiba2 ja ada, nak tukar subject sbb xngam, nak kena bina stamina, nak kena turun training pula, nak kena basuh baju, nak kena basuh janda...eh........ sebab tak biasa kalut2 kan, so kepala dah serabut...huhu nasib baik sem lepas pun kalut macam ni jugak, so dah terbiasa, tapi stress itu masih ada...  then only one thing je yang saya buat untuk handle semua itu, spend time with them and enjoy it.... tadi turun training, ya Allah penat nya  sebab suh lari pi balik2, kalau lari ja xpa, ni nak lari mengiring la, lari belakang la, mau nya jatuh x ker malu.... eeeiii geram sungguh.....  tu pun xpuas hati lagi, suh push up la, apa la...yg memang susah nak buat utk org yang badan berisi...terbaik la... perasaan putus asa tu memang ada, rasa mcm nak tarik diri ja dari training ni, tp i try to enjoy all those activities and finally i smiled... ya saya senyum sambil mulut berkumat kumit sumpah seranah...hahaha apa2 pun, penat tapi boleh la nak kata gembira tu (yeker?) ...  entah la, silat ni berguna untuk waktu petang dan menghilangkan stress walopun rasa stress lagi meningkat ja...hahaha  tp the main poit here ialah enjoy ja masalah kita, dan kita pasti ok dengan nya... sebab apa? sebab Allah xkan beban hambanya dengan perkara yang hambanya tak berdaya... lupa surah n ayat mana tapi dalam Quran Allah ada sebut, go back n check..hihi  masih dlm memahami isi al-quran tp x la hafal  which ayat telling which part....haha yang next step insyaAllah... slow slow tapi continuous okeh...insyaAllah...

sem lepas nak la sangat ambik koQ memanah tapi masa meeting pertama tu... amboih.... kena bina stamina (sama la dgn kes silat nih), kena bina muscle tricep tu... huish..... lemak ada la...muscle xkembang2 lagi... rasa putus asa sangat siap fikir nak pergi tukar subject, amik katering ke, etika ke, pertanian ke, menjahit ke...ada ke menjahit...? huhu  tp last2 xtukar... sbb waktu tu pusat koQ punyalah ramai hamba Allah.... so xpa la, i told myself, let us flow with it...  macam2 la perangai cik qilah ni kan.... manja sangat, biar kali ni badan tu letih sikit...

taapiiii kan, satu benda ja yang menganggu fikiran bila bercakap tentang penat badan....adakah saya penat  dalam redhaNya... ??? huhu bukannya penat pergi berdakwah pun.. ni semua aktiviti yg mcm keduniaan jugak kan?? kan?? so apa lagi, siapkan diri dan tambah lagi aktiviti yang insyaAllah dapat menolong anda di akhirat kelak yer cik Qilah...huhu




Adakala ku hanyut
Adakala ku lupa
Adakala ku leka dan adakala ku alpa
Kerana ku manusia
Lemah dan tak berdaya
Seringkali terlupa nikmat yang kau kurnia
Ku bersyukur ya tuhan
Segala pemberian
Walau luas lautan
Bukanlah perbandingan
Ku tingkat keimanan
Ku gilap ketaqwaan
Sebagai perlambangan
Terima kasih ku tuhan


wallahualam... (^_^) smile as Allah still gives us chances to fix your life and find the right path.. hee



Wednesday, July 4, 2012

bersatu kerana Yang Satu

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ اارَّØ­ِيم 

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang


owh ya...alhamdulillah berkesempatan lagi untuk convert oxygen into carbon dioxide sempena malam nisfu sya'aban tahun ini.... buku baru buku baru *mood excited* sambil berangan-angan "this time, buku saya mesti osem punya la, nak bagi jadi yang terbaik la, siap warna warni pelangi, tulisan cantik2, kalau ada yang kena prove the formula, kompem panjang berjela saya karang dan semestinya proven formula tersebut!" betapa excitednya nak jadi hamba Allah yang lebih baik la katakan....

tapi... bagaimana buku lamaku....oohhoooo..... agak2 buku tu ok x, adakah ia terkoyak rabah dek kekejaman diriku sendiri? adakah tulisan dalam tu pun cakar ayam....? alamak!!! semoga buku2 sebelum ini tak lah teruk sangat *walaupun sy tahu memang teruk pun ==' * huhu

ya...sepatutnya pada malam ini hamba2 allah perlu lebih banyak beribadah tapi saya...bernukilan pula...aiseyman....  kne rushing2 tulis nih, pasni kne rajinkan diri utk banyakkan amalan insyaAllah (jangan tido pula yer cik Qilah, yoyoooo jer nak beribadah le apa le, tup tup baik punya kroh kroh atas tilam, aisey.....) huk huk huk 




hari ni 4/7/2012.... kalau ikut perancangan hati yang itchy itchy ni...hehe nak nikah tarikh ni...oohooo....  malu le.. hik hik... malangnya en. bakal suami belum lagi masuk meminang bahkan saya pun x tahu siapakah gerangan en. bakal suami so terpaksa lah ditunda tarikh penikahan itu.... huhu  awalan tarikhnya dan awalan tarikh ku.... ooohoooo....  itchy itchy nyer hati saya ni !!! xleh xleh... apa la cik Qilah ni.... jangan la itchy itchy sangat, bahaya la....bahaya untuk hati anda.... jangan mengharap pada yang tak pasti, berapa kali perlu di tekankan perkara ini sampai cik Qilah nak mengerti ha???

so disebabkan tarikh sedang berlalu and me still solo.... *nada agak sedih di sini yer*... xpa la, Allah tahu yang terbaik buat cik Qilah.... kalau ikut selepas SPM pun kalau boleh nak kawen tapi still lagi solo... ye la, hati nak kawen tapi calon xpernah ada... nak kawen apanya...hoho mungkin cik Qilah belum bersedia nih... ya, hati cik Qilah cakap bersedia tapi Allah tahu u r not ready... sabo yob, sabo....  huhu

malangnya, waktu check2 FB nmpk status and komen2 satu pasangan ini...ewah....

bla bla bla
suami   : lalala
isteri    : sedap ni kalau masak lala
suami  : masak lala la nanti, beli lala kat pasar
isteri    : xleh pergi , keje
suami  : xper , nanti abang beli

haha... sweetnyer... xpernah pula dengar suami nak volunteer pergi pasar kan.... tapi si suami ni memang baik jugak orangnya, sayang isteri jugak.. macam pasangan bahagia jugak la....  ooohooo... nak cari suami yang camnie jugak, kalau ya pun en. bakal suami...silalah jadi suami yang considerate yer...hukhuk... xperlu muka en.suami ensem macam johnny depp janji akhlak en.suami osem.... bolehlah en.bakal suami bimbing cik Qilah yang ntah apa2 ni... huk huk.... *maaf saya jahat*.. xperlulah en.bakal suami tu sehebat ustaz kazim, ustaz mutalib, mahupun ustaz azhar tapi cukuplah en. bakal suami berusaha untuk menjadi sehebat mereka... usaha itu yang penting...  terdapat perbezaan bagi yang berusaha dan yang berangan-angan... yang berusaha tu en. bakal suami, yang berangan-angan tu cik Qilah.... huk huk....  wah.... berdebar-debar pula bila fikir sapa la en. bakal suami cik Qilah nanti.... scary nyer perasaan ini...  berharap sangat tidak diuji seperti srikandi yang hebat Asiah (isteri firaun)... Asiah, ketua wanita di syurga bagi golongan yang mendapat suami kejam (something like that la.... samar2 difikiran saya).... 

extra info : 
terdapat 4 ketua wanita di syurga... 

siti khadijah ketua bagi golongan yang taat pada suami, 

fatimah ketua bagi golongan wanita yang taat pada ibu bapa, 

maryam ketua bagi golongan wanita yang solo 

dan Asiah ketua golongan wanita yang dapat suami kejam....

 hehe encem x kalao en. bakal suami macam ni? wah wah cik Qilah ni... itchy itchy lagi... backhand kang baru tau... huhuhu xpa cik Qilah, nak suami baik, perbaiki dirimu er... xpayah nak itchy2 sangat.... kan pilihan Allah itu lebih baik.... kalau cik Qilah pilih nanti tersilap pulak...kang kecewa pulak.... bagi Allah handle yang tu, cik Qilah baiki diri lagi yer.... bersatu kerana Yang Satu.... bercintanya cik Qilah dengan en. suami kerana cinta Cik Qilah dan en. suami kepada Allah.... yeah~~~ like like

biarlah sedih mendengar lagu 'penantian suatu penyiksaan' asalkan penantian cik Qilah berbaloi...x gitu... lalala~~

huallahualam....

Tuesday, October 18, 2011

i cried enough but i learnt nothing

Bismillahhirrahmanirrahim,


"i cried enough but i learnt nothing"....


ayat yang muncul dalam kepala apabila saya merasakan saya tak pernah menyesal dengan tindakan saya yang telah 'melukakan'  hati.....untuk lebih mudah difahami analoginya :


kita kahwin ngan A, pastu selalu kena belasah, tapi tak pernah minta cerai... atau pun


kita kahwin ngan B, still kena blasah, pastu bercerai, tapi lepas kena pujuk , kahwin balik, pastu kena blasah balik, pastu berulang2 la kes ni.....


tapi ini analogi je la, untuk senang difahami...sejauh mana saya dilukai tapi.....tak pernah nak berhenti.... hurm....


bukan tak nak berhenti, tapi x terdaya nak berhenti....

terasa seperti diuji dengan hebat sekali walaupun tak sehebat penduduk palestin diuji.....

kerana diri/hati ini bukan dilukai oleh orang lain, tetapi dilukai oleh diri sendiri juga....musykil.... inner problem....


.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
bukan tidak pernah bertekad untuk menyelesaikan masalah ini, tetapi dalam setiap jalan yang diambil, seringkali diuji dan akhirnya tewas lagi....

kenapa? saya pun tak pasti....segalanya samar.... berkabus......berasap....pandangan akalku tak dapat mencari punca2 itu....

wahai hati yang lalai, mengapa disaat ini kau menganggu perjuangan ku dengan hal yang remeh temeh namun berjaya menggegar hidupku......

namun, walau apa pun masalah yang datang, ku berharap akidah aku tidak akn bergetar walaupun sedikit, biarlah hati ini bergetar tetapi bukan akidah dan iman ku pada Allah.....

akan ku terima masalah ini untuk membuktikan tanda penghambaanku padaMu ya Allah....

aku yakin, setiap ujianMu ada kebaikannya untukku.... aku yakin denganMu ya Allah.....





M.A.F.A
wassalam

Monday, October 3, 2011

badan yang tak bernyawa

Bismillahirrahmanirahim....

Opick - Rapuh
detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu
;
;
;
;
;
;
;

bagai badan yang tak bernyawa,
bagai tiram yg tiada mutiara bersinar,
bagai botol tiada terisi air,
bagai belon tanpa udara,
bagai buku nota yg tiada tulisan,
bagai dompet tidak berduit,
.
.
.
.
.
segalanya kosong tanpaMu ya Allah.... namun hati ini kadang rapuh, terkesan dengan gangguan duniawi....hurm..... inilah diriku....kosong..... namun akan ku gagahi untuk diisi dengan iman dan takwa kerana cintaku padaMu ya Allah.....

wassalam