Bismillahirrahmanirrahim
Seandainya dapat ku letakkan diriku didalam penjara,
Aku lebih rela begitu,
Dari mengharungi dunia yang penuh pancaroba
Sebagai seorang wanita...
Menjadi seorang wanita, ok perempuan bukan mudah..bak kata2 yang dipetik dari Ustaz Kazim...
"Jadi perempuan ni bukan senang, nak tutup sana tutup sini, aurat kena jaga, pergaulan kena jaga semua kena jaga." (ada sedikit edit from me but the main idea is still the same)
hurm~~ ye la, kita perempuan ni special, berharga bahkan lebih berharga dari belian mahupun platinum... sebab tu kita dijaga elok2 oleh family... kalau satu family ada anak dara yang suka buat hal, kompem satu kampung tahu kan? kan? passtu satu family yang kena tanggung cemuhan....nampak tak bertapa kita perlu jaga diri agar x menjadi bualan mulut2 bak serombong kapal besar yang tak habis2 mengeluarkan asap mencemarkan udara.
namun aku? namun kita? namun mereka?
"dunia sekarang sudah berubah, perempuan dah seiringan denga lelaki... tiada diskriminasi"
"bersosial antara lelaki dan perempuan memang tak dapat dihalang"
"perempuan juga boleh buat kalau laki boleh buat"
ya, memang tak dinafikan yang dunia mula berubah..kalau zaman dolu-dolu perempuan duk rumah, blaja jadi surirumah, tapi perempuan zaman sekarang duk kat sekolah (tempat belajar), ntah2 tempoh duk kat tempat belajar lagi lama dari duk kat rumah.
bukan ingin mem'condemn' zaman sekarang, tapi kita (perempuan) terlalu banyak perbezaan dengan perempuan2 zaman dulu... ada yang perbezaan yang baik untuk kita, dan ada juga perbezaan yang buruk untuk kita.
sebagai seorang pelajar, saya memang tak lari dari berkomunikasi dengan pelajar lain jantina. Plus saya ni pula jenis tak ambil kisah sangat kan. Alhamdulillah masih lagi tahu batas2 pergaulan namun kadang2 rasa tak puas hati sebab bila once dah sembang dan kawan2 dengan mereka, hari2 yang seterusnya akan menjadi kebiasaan untuk bersembang lagi...dah macam kawan... friendship la kononnya...tapi memang saya pandang mereka sebagai kawan pun, kawan sekelas, kawan untuk minta tolong, kawan untuk beri pertolongan sampai kadang2 lupa pula oh! aku perempuan engkau lelaki... haish
tapi boleh ke elak benda2 ni kalau kita di zaman sekarang ini... kalau nak wat group untuk assignment pun lecturer akan syorkan untuk gabung laki perempuan dan pelbagai bangsa. Bagus dari segi idea yang akan diberi akan pelbagai, tapi tu lah... kadang nak wat kerja pun susah. Nak communicate tu kalau bak kata2 org2 yang hebat la konon, masa bercakap kita perlu eye-to-eye...huish!!! bahaya tu, dalam islam menyatakan kita kena tundukkan pandangan, ni nak ckp laki perempuan tanpa tabir dan eye-to-eye... kalau takat blink2 je xper, kalau eye contact lama sgt takut lain jadinya..so lebih disyorkan eye down bila communicate with different gender unless you are superpower like me. jenis xder feeling...er... dengan yang mengetarkan hati je xleh pandang sbb takut membahayakan kesihatan hati....eh!
sekarang ni ada satu subject yang saya perlu wat group, part paling 'best' bila saya je perempuan yang lain laki... er... agak blur disitu... tu la bahana kolej asing dari yang lain, konon nak kolej yang banyak pokok la, tenang la, leh menikmati flora fauna la...haaaaaaa kan dah blur bila nak group. yang kolej ni satu group, kolej tu satu group..last2 group ngan budak laki dan ofcourse diorang kolej lain JUGAK. macam xder beza jer... tapi part yg best ialah group kitorang xder la meeting2 ni, suma maklumat discuss dlm fb, so slalu je misunderstand sana sini..haha tapi saya suka, senang skit xder meeting dengan sumanya laki pulak...
namun, kadang2 dalam kelas xleh lari dari duduk dalam group. Rasa janggal jugak walaupun luaran cool je mcm iceberg. Plus 2 member chinese kan, so memang tajam jer pandangan mata dengan pergerakan mereka. Ye la, bagi diorang tersentuh terpegang itu normal...tak sengaja lagipun... Tapi kena jaga, kita muslim ada guideline... jangan ambil senang kononnya ops! xsengaja tersentuh tapi dah kali ke-8... amboi... tu bukan xsengaja, tu gegeh. Tapi alhamdulillah member2 sy yg chinese ni faham. (^_^) Tak payah nak susah2 risau sangat tapi kena la risau gak..
Bila fikir2, saya ni perempuan dan walaupun saya x cantik macam J.lo, saya masih lagi perempuan. Perlu jaga harga diri. Kalau boleh nak jer duk rumah, tak payah keluar rumah pun tak pe, tv kan ada. eh! Tapi nak buat macam mana, zaman dah berubah, takkan nak konon2 jadi perempuan melayu terakhir pulak kan. Cuba bayangkan mujahidah2 kat palestin tu. Xder nyer duk rumah, blaja jadi suri rumah semata-mata. Siap ada yang sekali pergi berperang, even zaman Rasulullah S.A.W yang dicintai dulu pun ada kaum hawa yang ikut pergi berperang untuk membantu kaum adam untuk bertempur kan...
Tak pe la Qilah, selagi anda mampu menjaga diri insyaAllah Allah akan menjaga kamu dari perkara2 yang tak baik. Carilah ilmu, carilah kerja dan jangan lupa pada saudara2 muslim yang lain. Bantulah mereka sekiranya engkau mampu... Sebab tu kena belajar, cari ilmu, cari kerja, dapat gaji insyaAllah kalau ada extra2 boleh digunakan dijalan Allah. Sebab itu penting jugak untuk berimpian untuk menjadi kaya, supaya kita dapat bantu saudara2 kita, gunakan duit utk bangunkan umat2 islam... bukannya nak jadi kaya sebab nak bergaya, nampak hebat dimata manusia semata2...
InsyaAllah saya akan berusaha dengan sedaya upaya.. xkira la markah test macam apa pun, usaha dan usaha lagi !!!
huallahualam...