assalamualaikum

Friday, November 16, 2012

kita yang lalai.. :'(

Bismillahirrahmanirrahim

" Jangan terlalu bersenang-senang, carilah kesusahan untuk disenangkan lagi"

Hari ni penuh dengan rasa terkejut, terkilan, sedih.... pagi2 lagi hp dan buzz, mesej masuk... memberi informasi tentang serangan terhadap saudara kita di palastine... ya Allah...  diri yang tgh sedap2 sarapn nasi lemak terasa betapa lupanya diri ini terhadap saudara yang tertindas di sana...  tapi suapan masih diteruskan.. =,=

Bila log in fb pula, wah! banyaknya news tentang kekejaman zionis terhadap saudara kita di palestine... aduh... makin scroll ke bawah makin banyak informasi yang diterima....

RECENT NEWS: Kedengaran letupan di timur bandar Rafah, selatan Semenanjung Gaza. Pesawat zionis mengebom sebuah tanah lapang. Tiada kecederaan berlaku.
●●●► Bad News from Gaza , I just received SMS from my Admin Colleague who is under the siege of Gaza strip (Ahmed Nigim) told me that the electricity is cut off in most Gaza Strip, and the Israeli attacks continue till the moment, and he asks us to stay with him :(
we all with u Gaza ,,, we all with people of Gaza ... We all with u Ahmed Nigim
we all pray for Gaza :(
(Mu'az Masri )
 
 
 
 Sehingga kini dilaporkan di pihak Israel,
angka korban di pihak Israel mencecah 5 orang dan 70 yang cedera.

Di pihak Palestin(Gaza) untuk hari ini, korban mencecah 15 orang dan 150 kecederaan,

Sementara itu jurucakap tentera Israel menyatakan mereka memberikan jaminan tempoh bertenang kepada Gaza, namun Hamas menyifatkan ia sebagai satu helah bohong Israel.

Di Tel Aviv, dilaporkan hampir 2.5 juta rakyat Tel Aviv sedang berlindung di bawah tanah dan di dalam terowong-terowong keselamatan berlindung daripada serangan balas roket-roket pejuang Israel.

Gaza ketika ini baru sahaja memasuki waktu Isyak, semoga doa-doa kalian dikabulkan Allah. di siangnya tadi dilaporkan roket-roket Israel banyak disasarkan ke tempat tanah kosong, disasarkan atau terpesong semoga ia kuasa Allah sebagai rahmat kepada hambanya.
 
 
Berita Terbaru: Jurucakap HAMAS, Sami Abu Zuhri berkata, 'permintaan Israel untuk gencatan senjata di Gaza hanyalah muslihat'.
 
BERITA TERKINI: Tentera Zionis melepaskan bedilan meriam ke arah rumah penduduk di timur bandar Gaza. Setakat ini tidak mengakibatkan sebarang kecederaan.
 
Tentera rejim zionis mengumumkan hari ini bahawa sejak bermula serangan, pihaknya telah menyerang lebih 200 sasaran dari udara, darat, dan laut di Semenanjung Gaza.
 

dan banyak lagi update2 tentang kekejaman zionis ini...ya Allah...namun apa yang lagi menyedihkan hati apabila membaca status anak2 remaja Muslim kita di Malaysia penuh dengan emosi cinta... dah tu status tu bagaikan tempat melepaskan perasaan terhadap 'seseorang' tetapi yang membacanya orang2.. hurm....  putus cinta dengan pakwe la, bahagia dengan pakwe la, bergaduh dengan pakwe la... adakah remaja islam di palestine sempat memikirkan perkara ini??? tak, malah mereka sedang bersiap sedia untuk mempertahankan Cinta yang lebih agung lagi...xperlu nak update2 status nak emo2 dekat fb, mereka update terus status direct pada ilahi... aduh!!!  apa nak jadi dengan kita anak remaja Islam di malaysia??? 

perkara2 ini seperti kekejaman zionis ini sepatutnya lebih membangkitkan semangat kita anak2 remaja supaya lebih berusaha... mungkn kita xboleh nak pergi berperang di sana, tapi kita boleh berperang disini denga berjuang dalam pelajaran, dapatkan pekerjaan yang elok, dapatkan gaji yang halal dan gunakannya dijalan Allah dengan menyumbang pada mereka disana. mungkin ada anak2 remaja yang berkata

"aku nak p palestine la, berjihad dan mati syahid disana"

bukan ingin menghalang, silakan ... tapi kan lebih best kalau kita boleh belajar dan hebat dalam bidang yang kita pelajari dan aplikasikannya dalam membantu saudara kita disana...  sekarang ni berperang bukan sahaja guna kekuatan fizikal, tapi turut juga kekuatan mental... kalau yang genius2 tu, ciptalah sesuatu yang boleh membantu saudara kira di sana... sepertimana orang yahudi mencipta senjata api, kita pun boleh!!! sekiranya kita betul2 berusaha... malangnya, kebanyakkan remaja zaman sekarang tidak clear akan perkara ini..begitu juga diri ini... cakap itu mudah, mengaplikasi itu susah tapi possible jika dicurahkan usaha dan tabah.  

namun sekirany kita x diberi akal yang superb, harta yang banyak, jangan lupa kita masih  boleh berdoa untuk mereka.....

huallahualam

 

 
 
 

No comments:

Post a Comment