assalamualaikum

Friday, September 21, 2012

harini emosi la... huhu

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Seandainya di hatiku wujudnya suis on dan off,
Seandainya mataku boleh tertutup pada saat itu,
Seandainya jiwa ni tiada nafsu dunia,
pastinya aku tidak kisah akan semua ni...

hehe permualaan yang agak jiwang kerana HARINI EMOSI LA.... T_T sediakan satu juta questionnaire dan sebarkanlah.... tanyakan satu soalan iaitu

"Pernahkah anda jatuh cinta pada seseorang hamba Allah ?"

saya yakin  hampir keseluruhan akan tick yes sekiranya mereka jujur.... cinta.... perkataan yang sering didengar tapi banyak sekali tafsirannya.... cinta.... boleh jadi cinta pada manusia, harta, ilmu dan pelbagai lagi tapi cinta yang mesti ada ialah cinta pada  ilahi...  (^_^)

harini nak cakap tentang cinta pada manusia...ewah... huk huk, batuk2 pula.... sejak semalam badan kebah2 nak demam, tekak sakit2 tapi alhamdulillah sempat selamatkan tekak sebelum melarat namun hidung masih berair.. sakit itu menggembirakan juga apabila kita tahu yang Allah nak kurangkan dosa2 kita... kan? kan? positive in thinking and you will definitely happy... ok berbalik pada topik asal....cinta pada manusia...ehem2...

ya sememangnya kita xlari dari mencintai manusia, hamba Allah.... eh jap!!! jangan fikir jauh2, cinta pada family pun dah ckup membuktikan wujudnya cinta pada manusia kan..tapi lagi best bila sebut cinta pada manusia, terus kita ingat pada Rasulullah s.a.w tercinta... insyaAllah, semoga kita sentiasa dalam mencintai kekasih Allah.... kerana cinta pada Rasulullah beerti cinta pada Allah... kan kan?

okeh sekarang kita cita bab cinta pada manusia yang mana bukan adik beradik, bukan family, bukan kawan2 sejantina.... ha... dah excited dah tu... remaja terutamanya memang cukup syok la gebang bab cintan cintun ni, tambah yg dah couple2... pakat dok cita abis tntg aktiviti  bersama pakwe/makwe.... suci ke cinta camtu?  yang x couple pula disebabkan pengaruh persekitaran selalu berharap nak couple....kenapa? sebab remaja tu ialah fasa ingin mencuba, tengok orang couple dia pun nak couple, tengok orang baca buku dia buat dek....eh!! pelik tapi benar...hehe
 
melalui 2 surah yang dipetik pap!! dari al-quran :

Dan Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagi kamu daripada isteri-isteri kamu itu anak-anak dan cucu-cucu dan memberikan rezeki kepada kamu dari yang baik-baik maka mengapakah mereka beriman kepada yang batil.
(Surah an-Nahl: ayat 72).

Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.
(surah An-Nisa' ayat 1)

 jadi normal la kan kalau kita ada feeeeeling2 kat seseorang tu kan kan? sememang perasaan itu semula jadi.... ternampak terus jatuh cinta, terdengar terus jatuh cinta, terbaca terus jatuh cinta....  cinta tu boleh datang bila2 masa ja... tapi betulkan cinta kita tu? sebab kalau nak bahagia baik kita mencintai seseorang kerana Allah, baru power cinta kita tu...special tuh.... islam bukan nya agama yang kejam...

"apa la, xleh couple2"

"apa la, nak dating pun xleh"

"apa la, kita kne kenal2 dlu baru  baru bleh kawin, nnt dah kawin menyesal pulak"

"apa la, nak pegang2 pun xleh, ada ke patut dia cakap baik pegang khinzir dari pegang anak dara org, apa ni.... mana best pegang binatnag... wek! "

haish.... kita kena paham, kita ni hanya lah hamba Allah yang hina, bukan kita yang atur putaran bumi ni, bukan kita yang handle urusan dunia akhirat ni.... Allah ada sebab kenapa ada certain perkara yang xleh dibuat tau.... sebab Allah yang cipta kita... macam kita cipta something la, mesti kita tau kelemahannya.... so kita ni product Allah, so Allah lebih mengetahui akan hamba2 nya yang ada sebahagiannya duk degil... sebab mereka bukan saja xpaham, tapi xmahu paham pun ada...  bahaya ni bahaya....

nafsu...haha a simple word with heavy definition... nafsu kita ni hebat ooo sebab banyak manusia kalah ngan nafsu mereka xkira la nafsu apa pun.... orang yang hebat ja boleh lawan /kawal nafsu mereka... sebab kita ada nafsu la yang kita xleh nak wat sebarangan....bukan nak cakap yang nafsu ni xbaik untuk kesihatan, ops, maksud saya x baik untuk kita... tapi biarlah nafsu itu bergerak selari dengan syarat2 nya...

"xkan nak kawin sebab nafsu je kot"

amboi.... ni la masalahnya... nak kawin sebab nafsu...memang la bagus sebab xda la kes zina bagai tp kita nak tgk family kita dibina berlandas satu sebab  iaitu nafsu?? oooiiii  ... bahaya gak tu... perkara ni boleh dikaitkan dengan mereka yang berkata "apa la, kita kne kenal2 dlu baru  baru bleh kawin, nnt dah kawin menyesal pulak"... sure ke yang kita kenal sebelum kawin ni exactly the same perangainya selepas kawin.... ?? sure ke? sure ke??

"pastu camna ni ,yang kenal sebelum kawin dapat pasangan xbest sbb waktu kenal dlu blakon je banyak, yang kenal lepas kawin pun ada yg pasangan xbest perangai...pastu camna ni? camna ni???""

ewah ewah nak pasangan perfect tu check dlu diri sendri, perfect sangat ke kita ni? kalau dah rasa kita perfect pun, kita lupa ka kita ni hamba Allah....?? xpernah dengan perkataan "ujian Allah" ke? ada orang yang baik diberi ujian melalui pasangan yang menguji mental dan fizilkal... contoh paling senang ialah Asiah, isteri firaun,,,,  dapat suami yang mengaku tuhan...tudia aih... egoistic sungguh.... keyakinan diri yang tinggi sungguh...  hebat x dugaan Asiah? so yang dapat suami/isteri xsedap perangai ni cuba lihat kebaikan dia dan cuba memperbaiki kekurangan mereka dengan teguran mesra....hehe mcm ada pengalaman pula...hehe apa2 pun segala kepayahan yang di terima anggaplah sebagai peningkat iman kita ye... sememangnya ujian melalui pasangan hidup ni sangat susah nak handle berbanding ujian melalui gagal dalam ujian matematik...hehe  ye la, kita punya la cintan cintun dengan pasangan kita, tup2 ada perkara yang kita tak suka pada dia, sakit hati gak kan? tapi jika seseorang itu bergantung hidupnya pada Allah, insyaAllah dia dapat mengharungi segala ujian xkisah dari pasangan ataupun masalah lain dengan jaya nya.... sebab dia dambakan cinta Allah melebihi cinta yg lain2.... sebab dia tahu dunia xkekal....

panjang pula tulis, sebenarnya nak luah perasaan ....

salahku mencintai seseorang kerana ku rasa dapat membina keluarga berteraskan agama dengannya....


ok tu ja...haha mencintai seseorang itu bukan lah satu kesalahan kerana itu  normal....  nabi adam pun terpikat pada hawa... tapi Allah dah sediakan garis panduan pada kita... jika masih belum bersedia, bersedialah... dan insyaAllah saya tengah mem'prepare'kan diri untuk menjadi isteri dan ibu yang hebat, bersama2 suami mendidik anak2 untuk dihantar kejalan fisabilillah...insyaAllah... insyaAllah... semoga termakbuk impian itu... oleh sebab itu lah aku terpikat pada seseorang yang for somehow aku yakin dapat bersama2 dengannya merealisasikan impian ku.... namun aku memilih untuk mendiamkan diri (tp rasanya perasaan ni hampir suma kawan dah tau.... =,= kantoi sungguh)  dan berdoa pada Allah untuk yang terbaik buat diriku.... aku xmahu terburu2 memilih sesuatu yang aku tak tahu samada bagus untuk ku atau pun tidak.... cuma satu sahaja yang aku risau, seandainya dia tahu perasaan ini...harap sangat perasaanku padanya tidak menganggu dirinya samada dia suka ataupun tidak... aku tidak menyalahkan diri sendiri kerana perasaan ini.... perasaan ini sesuatu yang berharga dari Allah.... dan juga satu ujian buat diriku agar sentiasa menjaga hati.... untuk pemilik cintaku yang sebenarnya selepas Allah dan Rasul....  kan kan?
 cinta itu perkara yang indah dari Allah.... cintailah mereka yang engkau cintai kerana Allah, hargailah cinta....

"Mencintai seseorang kerana Allah merupakan sebahagian dari proses meraih kenikmatan iman..Hiduplah di bawah naungan cinta dan saling mencintailah kerana keagunganNya, nescaya akan mendapat naungan Allah, yang pada hari itu tidak ada naungan selain naunganNya…"



wallahualam....  cintailah kerana Allah dan yakinlah dengan cinta Allah

 

No comments:

Post a Comment