assalamualaikum

Monday, December 17, 2012

Projek memikat suami

                                                               Bismilahhirrahmanirrahhim

                ~kebahagian rumah tangga itu turut terletak pada kreativiti kita untuk memikat pasangan~

Akibat oversleep dan xmungkin akan turun training lewat akhirnya diri ini sedih lalu membawa diri ke bilik sahabat2 untuk menghiburkan hati yang celaru... Dulu waktu sekolah saya prefer ponteng sekolah dari pergi lewat, tapi bila masuk matrik dan universiti saya beralih arah dan berpegang pada prinsip baik lewat dari xpergi langsung, atleast ini menunjukkan bahawa saya tetap ada semangat untuk menimba ilmu...kan ? kan? nampak tak usaha itu ? namun malangnya ada sesetengah cikgu/pensyarah/tenaga pengajar/sesiapa sahaja yang mencemuh mereka2 yang datang lewat tanpa soal selidik... alang pelajar itu lambat ja terus dicop mohorkan yang pelajar itu malas, saja tunjuk otai dtg lewat... hey! memang benar tapi tak semuanya sengaja nak lewat tau... huhu okeh dah jadi sesi luah perasaan gitu...

ok ok , berbalik pada topic post pagi ini.... so masa melayan kesedihan di bilik sahabat ini mata terpandang pada novel " Projek Memikat Suami"... huiyo!!! apa ini? tajuk yang direct, bagus..... So belek2 la skit dan bila dah start baca terus nak baca smpai habis....huhu last2 pinjam bawa balik bilik dan sambung baca kat bilik.. ni baru abis baca ni... ha.... hebat x? kalau baca novel ni kalau boleh nak abiskan hari tu juga, on spot! tapi kalau baca quran, alahai....  gurp!!! *telah air liur sebaldi* tapi xpa la, sebab baca novel tu once or lama2 sekali ja tapi baca al-quran tiap2 hari kan? kan? jangan lupa sekali terjemahan, baru umph!! skit...hehe


So marilah kongsi2 ilmu yang telah dipelajari dari novel ini ; 

Tips Memikat Suami ;

  1. Bila dah dapat tilte isteri, so priority ketaatan dah berubah kepada suami, jadi perlu take note yer
  2.  Make-up cantik2 , pakai wangi-wangian kat umah
  3. Dressing yang menggembirakan suami eheh!
  4. Ambil tahu kegemaran suami, misalnya makanan kegemaran dia...
  5. Berusaha menghidupkan suasana ceria
  6. Mulut jangan laser tak bertempat
  7. Sediakan keperluan harian suami dari awal dia bangun sampai dia nak tidur
  8. Kalau ada masalah sila bawa berbincang, jangan assume2, bahaya tu
  9. Salam dan cium suami masa dia nak pergi dan masa dia balik kerja
  10. Sentiasa menjaga perut suami (makan minum)
  11. Jadi lah isteri yang ringan tulang, rajin
  12. Jangan cepat menuduh bukan2 pada suami
  13. Jangan puji melangit laki lain depan suami (tp kalau nak usik2 sbb dia puji pompuan lain bleh la kot...tp fikir pro n con dlu 
  14. Buat je lah apapun yangboleh menggembirakan suami asalkan tak bertentangan dengan syariat islam
ha...dah gaya macam tips kebahagian rumah tangga pulak...adoi.... Tapi siyes, sebab kita ni perempuan tak boleh pandang remeh pada sebuah perkahwinan....  Sebab laki yang kita nak kahwin ni akan berkuasa veto kat kita kelak, so pilih lah betul2. Memang tak semua orang perfect tapi takkan kita nak kahwin dengan lelaki yang akan membuatkan kita menangis 24jam sehari kot... kan? Tapi apa yang penting, carilah laki yang cintakan Allah, insyaAllah itu yang terbaik... Tapi bukan yang cinta Allah main2 la, ni yang mmg cinta pada Allah pure2 punya... Bila dia nak buat dosa dia akan seram sejuk pastu kembali kejalan Allah.... So mesti dia akan layan isteri dia baik2 sebab dia tahu Allah sedang memperhatikan tingkah lakunya terhadap isterinya....  "lelaki yang paling baik ialah lelaki yang baik pada isterinya"...kan ? kan?

Sampai disini saja tips2 yang ada untuk dibuat bekalan bila nak kahwin ni... er...  XD

Wallahualam

2 comments:

  1. hi awk..^^
    kite suke..kite suke^^..harap suatu hari nt..kita bakal mnjdi isteri y terbaik^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah nana akan jadi isteri dan ibu yang solehah kelak... XD

      Delete