assalamualaikum

Wednesday, January 30, 2013

berakit-rakit dahulu... bercruise-cruise kemudian..

Bismillahirahmanirrahim
^_dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang_^

~Usaha, usaha dan usaha ...manisnya akan datang jua~

Haa...kata-kata untuk post hari ini ialah hasil cilok kata-kata orang lain sebab malas nak fikir kata-kata lain la..sbb yang ni pun dah cukup memberi semangat kan? minta maaf kat tuan punya kata-kata kalau guna tanpa izin... lalala~~~

kalau berdasarkan dulu2 punya post ada satu tu post tentang makanan waktu cuti kan, masa tu saya serious down sih, buat chocolate tak sedap sgt pun, buat dadih rasa keras mcm agar2, xckup dgn tu siap rasa pedas kot...  aaaaaaaa stress, terus xmau masak dah!! majuk majuk gedik bak kata orang kedah... hahaha

Semalam tengok rancangan tv ni, dia buat pudding caramel... mama yg sgt excited persis kipas-susah-mati pudding caramel terus menculik diriku lantas pergi ke supermarket yang serious dekat rumah untuk beli bahan2 resepi...aaaaa... so kami pun start la buat, siap gaduh2 dalam dapur lagi... sorang kata A, sorang kata B...haha adoi lawak jugak... mama pun perangai macam budak2 jugak, so mmg bising la dapur kami ptg tu...

Alhamdulillah walaupun terlebih manis tapi jadi jugak..yeay!!! nasib baik x jadi mcm kes dadih aritu...huhu..

Dah lama dah ngidak nak wat lasagna, and finally hari ni ialah hari yang dinanti-nantikan... bahan dah beli, pow duit abah beli cheese yang mahal bapak nyer pun...fuh!! sambil online kat dapur, sambil chat ngan ain dlm fb, sambil scroll resipi lasagna dan sambil masak...haaa hebat kan... nasib baik x jadi apa2 kat dapur, kang mati kena ketuk ngan hammer sbb rosakkan dapur mama...hihi dan lasagna ini sedap la...pergh!! puji diri sendiri sih!! suma dah ok cuma lain kali kena celur lasagna tu lama skit bagi lagi lembut..  sambil makan sambil rasa puas... dlam hati berkata-kata "aku xla teruk sangat masak smpai semua xjadi"... hihi 

gambar xder untuk dipertontonkan pada sahabat2 supa anda terliur, xsempat nak bergambar mulut dah ngap dah pown...lalala lagipun malas la nak amik gambar macam hebat sgt masak tapi xsedap macam haritu...cis!!  dari sini sy mendapat satu lagi kata2 hebat

~masak dengan jujur untuk perut lebih sedap dari masak untuk menunjuk~

tapi, saya tgh menceritakan masakan saya disini, adakah ini menunjuk...aaaaaaaa... haha menunjuk apanya, suka hati la nak tulis apa pun, ini blog haku nyer pun...lalala~~~ terasa diri ini mcm hampeh...lalala~~ 

apa-apa pun point untuk hari ini ialah....

once kita down sebab gagal, jangan terus putus asa...berusaha lah lagi, mana tahu on our second trial kita akan berjaya, atau mungkin kita akan berjaya on our third , forth atau fifth.... teruskan usaha... tp kalau org yang cerdik, dia xla tunggu smpai ke peringkat tenth untuk berusaha tp dia tukar ke plan lain...jgn la lurus bendul sangat, kalau dengan plan A kita usaha,usaha tp xberjaya tukar la ke plan lain yang lebih menjamin masa depan...xgitu...

ok, dah xckup masa nak mengarang... apa2 pun...feeling sekarang ialah, nak kawin org jepun n duk kat jepun leh x? aaaaa....

p/s : post yg terabur isi... maaf... kihkihkih

wallahualam...

Monday, January 14, 2013

.:.::.:::.::.:.

Bismillahhirramanirrahim

~ darah dosa mula mengalir dengan banyak di dalam badan ini ~

kadangkala , walau sejauh mana kita nak bertahan akhirnya akan tak tertahan juga... semakin hari semakin dalam luka sehingga tidak mampuku sembunyikan lagi titik2 darah yang mula mengalir keluar...

akan ada satu situasi dimana kita terpaksa melepaskan atau menahan dahulu perkara yang kita cintai, sayangi supaya kita tak terlepas sesuatu lagi yang turut kita cintai... walaupun perit, namun sebelum kedua-duanya kelak dibenci pula , lebih baik kita berhenti..

kadangkala, akan muncul pula sesuatu perkara yang akan mempengaruhi kita untuk membenci apa yang kita sayangi... bagaimana mampu aku membencinya? keransa sedikit perasaan yang dibisik syaitan? apakah aku sudah tidak berdaya lagi melawan bisikan2 syaitan ini? adakah aku perlu memilih jalan lain supaya tidak perlu lagi aku mendengar bisikan2 ini? aku pun sudah menemui jalan buntu...  fikiran yang waras digesa untuk membuat keputusan, tidak kisah lah sekiranya aku terlepas sesuatu demi menjaga sesuatu yang bagiku lebih berharga...

dengki....sesuatu sifat yang amat busuk, yang amat sekali ingin aku hindari....namun aku kalah...kalah dengan hebat sekali.... selama ini aku menahan diri, demi ilahi yang menciptaku, demi syurgaNya yang untuk mereka2 yang memiliki hati yang suci, mana mungkin aku ingin menjadikan dengki menghuni di hati ini....tapi mengapa? kenapa dengan hanya sesuatu perkara yang kecil sahaja perasaan ini mula menghuni hampir seluruh hati ku?? sehinggap mula menarik-narik gerak kerja ku?

kalah...hari ni aku kalah lagi.... kerna nafsu bodoh ku aku turutkan juga kata2 bisikan syaitan...walhal aku sudah tahu akan kebenaran... dengan sedikit bisikan mengatakan tidak mengapa, aku mula alpa...

banyak sekali perkara2 yang yang tidak sepatut aku lakukan, dilakukan... mungkin adakah ini sebagai satu pengajaran? aku pun xsure lagi, sbb adakah aku akan mengambil ini sebagai pengajaran? adakah aku akan berusaha untuk stop semua ini?

tertinggallah sesuatu persoalan...

wallahualam

Thursday, January 3, 2013

ada apa dengan 21 safar?

Bismillahirahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih

~semoga kita dapat memanfaatkan sisa2 hidup kita dengan mengejar rahmatNya~

Tengah sedap2 landing atas katil sambil menelaah buku english memandangkan esok ada paper english, tiba2 dapat mesej dari sahabat tercinta... tanya online ke x? pelik pula dengan soalan tu. tiba2 dia excited dengan tarikh 21 safar.... Terus lompat dari katil dengan gaya zero point terus ngadap laptop...aaaa lembab pulak wifi... mmg la, skang ni kan peak hour, so kene sabar banyak2 dengan internet...huhu

Berjaya bukan site fb lepas loading smpai berjanggut...aaaaaaaaaa rupa2 nya

Happy Birthday DIBO's Girlfriend...hahahahaha



hahaha ok nak gelak byk2 skit...adoi....

(^,^) semoga sahabat2 saya xkira la birthday girl ke birthday girl to-be ke, belated birthday girl ke....

Semoga kita dapat memanfaat hidup kita, sekarang ni, kita ni dah umat akhir zaman, kadang2 risau pulak sebab tanda2 kecil kiamat dah suma ada...kita dah kat zone bahaya dah ni...tunggu masa nak meletup je bak kata pepatah...tapi siyes susah kan nak resist temptation kan? huhu kita dah terbiasa dengan hidup 'zaman sekarang' ni...huhu kadang2 sedar tgh melakukan perkara yang lagha tapi tu la... semoga kita dapatkan kuat diri...huhu semoga kita dapat saling mengingati walaupun itu perkara yang sukar sebab takut nnt saling mengguris hati ....tapi xper la, jangan segan silu mengguris hati mumi sekarang supaya nnt dipadang masyar mumi dah x terguris hati...huhu dah makin tua kan kita ni...semoga kita dapat beribadah cara org tua juga la...lebih matang dalam menjaga hubungan dengan Allah...

p/s : cakap itu senang, buat itu susah...owh pedasnya kata2 ini pada diriku.. T_T

Tuesday, January 1, 2013

Aku dan Usrah



Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang

~Jika hidup di dunia tanpa ibadah, tiada yang menggembirakan di dunia ini~

Tahun 2012 tahun masihi bakal melabuhkan tirai dan aku masih lagi begini, tiada langsung niat untuk berazam untuk sesuatu. Dah lama aku berhenti berazam dikala tahun baru akan menjelang. Entah lah, apa yang aku tahu, azam aku untuk sepanjang hayatku adalah mendapatkan rahmat Allah untukku, ibu bapaku serta saudara maraku hingga ke akhir hayat kami. Kerana dengan rahmatNya dapatlah kita kesyurgaNya kelak. Rahmat Allah itulah yang akan menyelamatkan kita di dalam kehidupan yang abadi nanti.


Baru sahaja balik dari dinner dengan kawan2 selepas usrah. Nampaknya xde rezeki untuk kami makan kerang bakar bila tukang amik order tu lupa untuk take note dengan order kami walaupun dia ada sebut “kerang yer”. Tak pa la, dah xda rezeki untuk makan kerang, kesian ain.hehe Nanti kita gi makan lagi yer, sebab nasi goreng dia memang sedap.


Hari ni nak citer tentang ‘semangat’ lah. Haha sejak dua menjak dan tiga menjak ni memang xda semangat la, entah mana encik semangat ni lari pun dah xtahu dah. Penat dah cari dia…huhu Dan semester ni punya study week ialah yang paling teruk sebab memang xda baca buku sangat macam sem2 lepas… apa nak jadi ni qilah oiiii….


Bangun pagi dapat mesej dari cik naqibah ajak usrah malam ni, ohoi…lama x usrah so bisikan syaitan “malas malas malas” mula menerjah… memang malas ja rasa tapi reply mesej “ok” siap smiley lagi.. :D


Entah la, selama join usrah ni aku pun xpaham dengan diri sendiri. Waktu matrik dulu nak la sgt join usrah sebab rasa mcm best jer tgk roommate gi usrah. Alhamdulillah kat u ni dpt join. Tapi agak ada xpuas dihati sebab usrah ni kadang2 input banyak dan kadang2 sikit. Ye la, akak naqibah tu bukannya ustaz yang hebat2 selalu dengar kat ceramah tu, mana boleh nak expect lebih2 kan.


“Gi usrah ni xbanyak input macam pergi ceramah”

“Selalu ckap benda yang sama je, itew dah tahu la!”

“Ni je la aktiviti usrah, ckap2 skit, pastu tengok video…haish”




Honestly, ini juga kata2 hati ku. TAPI!!!!

Dengan pergi usrah lah aku dapat menstabilkan balik semangat untuk menjadi hamba Allah yang beriman…

Dengan pergi usrah lah aku dapat memotivasikan diri waktu aku xder motivasi diri

Dengan pergi usrah lah aku bbelajar benda kecik2 yang aku xpernah tau, dan kadang2 aku tau tp malas amik tau.

Dengan pergi usrah aku belajar berhubung dengan saudara seislam

Dengan pergi usrah MACAM MACAM lagi aku pelajari tanpa aku sedari..sama ada dengan mendengar ceramah akak naqibah mahupun melalui video yang kak naqibah tu pasangkan. Memang waktu nak pergi tu macam2 feeling syaitan bisikkan dan Alhamdulillah masih lagi dapat wat dek kat bisikan itu. 

Memanglah usrah tu input dia xsehebat pergi dengar ceramah ustaz mutalib yang superb tu, tapi... atleast dengan pergi usrah aku dapat menginsafi diri dan kemas kini keimanan di hati... Selama ini kemalasan ini hanyalah kedengkian syaitan untuk bagi aku malas pergi usrah lantas menjauhkan lagi aku dari memperbaiki keimanan aku dikala aku terumbang ambing terkapai kapai di lautan kejahilan... T_T 

Semoga bakal menjelang tahun baru masihi ini, aku dapat lebih sabar, positif dan dapat mempertingkatkan lagi hubungan aku dengan Allah..



Huallahualam