assalamualaikum

Wednesday, February 27, 2013

:O

Bismillahirramnirrahim
-dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih-


~terangi hati dengan kalam ilahi~

Subhanallah, dah lama tak tulis diary maya ku ini. Terlalu banyak cerita suka duka luka tapi tak sempat dikarang sebagai memori sampingan di sini.

Semester ini dimulakan dengan kekalutan, keletihan dan nampaknya perkara2 ini akan berlarutan agaknya. Dengan jemputan assigment, project lecturer2 yang berkaliber dan berdedikasi untuk membuatkan pelajarnya berjaya...owh... bahagianya.... =_=

Entah la, segala masalah dapat dileraikan satu persatu...alhamdulillah... tapi risau juga... sekiranya kita selalu dilimpahkan kesenangan, itu juga satu ujian dari segi kelalaian...dan aku sudah pun setapak ke alam kelalaian itu... mujurlah aku belum ditarik terus ke alam tersebut, mujurlah masih ada cebis2 iman untuk mencuit-cuit hati ini agar kembali mensyukuri nikmat yang diberi...alhamdulillah...

Semester ini nampaknya tough, aku harap aku serta sahabat2 ku dapat berjaya mengharungi semester ini dengan penuh semangat untuk berjaya di masa depan... Semoga Allah permudahkan urusan kami semua umat islam dunia akhirat... hidup ini terlalu banya rahsia... kita punyalah berusaha hari ini utk dunia, tiba2 esoknya kita sudah dihambat dunia...owh alangkah ruginya... aku harap aku dihalau dunia disaat akhirat membuka pintu2 kebahagian menjemputku... risaunya... kerisauan ini sudah melambangkan betapa belum bersedianya iman aku untuk menemui kekasih abadi... astagfirullah al'azim.. sedihnya...

Kadang2 kita cuba dan cuba untuk berubah tp kadang2 kita tersungkur.... aku takut aku xmampu untuk bangun semula... tap walaubagaimanapun aku nak juga bangun semula dan teruskan perjalanan menemui kekasih abadiku...xkisah la kalau aku perlu pasang impant  ke apa ke...aku mesti berusaha...mesti!!!

oh dunia, lepaskan hasutanmu padaku... sesungguhnya aku tersangatlah lemah... Banyak lagi perlu diusahakan.... berusaha!!!
 


Wallahualam...

1 comment:

  1. tough kn sem nih.. kdg kala tym mcm nih la plbagai cubaan n ujian kita akn hadapi.. semoga kita ley survive n ukhwah makin kukuh kerana Allah SWT^^ XOXO

    ReplyDelete