Bismillahirrahmanirrahim
~idea akan melimpah
ruah disaat kita tak bersedia~
~teman yang setia,
teman yang menjaga peribadi kita~
Untuk kata2 pertama tu sebab masa mandi tadi rasa macam
banyak ja nak tulis dalam blog, nasib baik laptop ni bukan kalis air, kalau tak
diangkut sekali ke tandas… waktu2 mandi ni la macam2 idea untuk menulis tapi
bila dah depan laptop, terus blank…. Adoi
Hari ni nak mengingatkan diri tentang ALLAH teman yang setia
la… eh, teman setia? Kawan ke? Teman tak semestinya kawan sahaja, keluarga kita
pun teman kita, kekasih kita pun teman kita, teman bagi aku bermaksud orang
yang akan sentiasa disisi kita, itulah teman…
x kisah lah walaupun dia jauh mahupun dekat, tp kita sentiasa terasa dia
disisi, sentiasa mengingati…itulah definisiku terhadap perkataan teman…. Sooooooo
ALLAH semestinya teman kita, yang tidak
pernah meninggalkan kita walaupun nanosaat… kan?
“Tetapi aku xpernah melihat Allah… kawan2 yang lain walaupun
jauh aku pernah juga nmpak, kenal rupa nya, wajahnya”
Hehe semestinya lah…ALLAH itu teman special kita… walaupun
kita tak pernah nampak, xpernah jumpa tapi dialah yang akan menolong dan
bersama kita disaat suka dan duka.
“Mana ada…. Aku xnampak pun Allah tolong aku”
Haish!!! Segala pergerakan kita, nafas kita, apa yang kita
lakukan ini semuanya kerana pertolongan Allah.. kalau x, xmungkin kita seperti
kita yang sekarang, bahkan kita entah2 x
wujud pun.
Walaupun kita ada teman2 disisi kita, sebenarnya teman2 kita
itu dihantar Allah untuk menemani kita….
Sekiranya Allah tak benarkan mereka menemani kita, tak mungkin kita ada
teman2 disekeliling kita..
Kisahku…
Aku masih ingat lagi, waktu aku masuk sekolah rendah aku
selalu diam, sbb aku susah buat kawan, mulut asyik senyap je… macam ada kereta
audi dalam mulut… huhu tp Alhamdulillah masa darjah 2 mula berkenalan dengan
teman rapatku hailini, pastu smpai sekarang kitorang jadi kawan baik walaupun
kitorang berjauhan…sorang joho, sorang nilai… hurm…
Tapi aku sedar, dikala aku terasa kehilangan teman , Allah
akan hantarkan pengganti untuk diri ini… sehinggalah sekarang. Apabila teman
ini pergi, teman lain menemani.
Tidak kisahlah siapa yang bersama kita sekarang, tetapi
ingatlah mereka semua dihantar oleh Allah kepada kita supaya hidup kita tidak terasa
sunyi. Jadi, ingatlah pada Allah dikala
kita memandang mereka, ingatlah Allah dikala kita bersama mereka… kerana
Teman Setia kita sentiasa menjaga kita dari merasa kesunyian tanpa
teman.
Kepada teman 2 yang terbaca blog lapuk ini, ingin ku
nyatakan bahawa aku bersyukur mempunyai kamu2 di dalam kamus hidupku… sesungguh
kamu2 merupakan hadiah terindah dari Allah buatku.. jazzakallahukhairankathira..
No comments:
Post a Comment