assalamualaikum

Tuesday, August 2, 2011

merdeka?

Bismillahirrahmanirrahim





Tadi masa menonton berita di TV1 ada la berita tentang sambutan kemerdekaan oleh remaja dengan aktiviti yang tak bermoral. Dan ada la juga pendapat dari masyarakat tapi tak der pula yang cakap punca-punca berlakunya perkara ini.


Sebenarnya apakah masalah remaja ini kerana kebanyakannya yang selalu kita lihat di kaca tv yang selalu buat hal ni bangsa melayu juga yang kalau di Malaysia mengikut perlembagaan semestinya beragama islam! Ya, memang kalau melayu tak semestinya islam tapi rasanya kalau kita check ic sensorang rasanya 8/10 islam kot. xpun 10/10. ntah la tapi Malaysia sekarang ni menghadapi penyakit orang yang ic tulis islam tapi tak semuanya sedar akan perkataan itu. Dan sejujurnya aku pun tak perasan sangat, sebab macam tak da keja jer nak check ic tetiba. haha


So sekarang meh kita senaraikan kenapa perkara ni berlaku, kenapa remaja (mostly yang beragama islam) sekarang dah banyak 'terpesong' lantas melakukan aktiviti 'xbaik' dalam sambutan merdeka


1. Tak cukup didikan agama dan tiada pihak yang cuba dedahkan mereka dalam hal perihal agama tak kira la keluarga mahu pun masyarakat.


2. Terpengaruh dengan media massa yang banyak menyiarkan perkara-perkara yang tidak berfaedah dan boleh mempengaruhi remaja untuk melakukan perkara yang 'x elok'.


3. Masyarakat yang x jaga tepi kain orang lain. Memang la tak bagus asyik jaga tepi kain orang tapi kalau sampai tahap remaja semakin teruk tak kan nak wat dek jer kot.


4. Peranan kerajaan yang tak cukup. Sebagai remaja (aku muda lagi kot) aku xnmpk la aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan akhlak remaja-remaja Malaysia, kalau nak harapkan realiti tv tu xpayah la. Lagi merosakkan remaja ada la kot. Tapi ada la realiti tv yang bagus seperti imam muda tu. Mostly yang dekat tv9 la. alhamdulillah, ada juga yang mengambil peranan melalui rancangan realiti tv ni. Tapi rancangan yang merosakkan atau dalam kata lembut rancangan yang lagha lagi banyak la kat tv ni.


Sebenarnya ada banyak lagi punca tapi bila kita check akan berbalik pada isu akidah, di mana remaja itu meletakkan status islamnya. (sebenarnya ngantuk nak tido dah ni :D) Tapi sebelum diakhiri post tntg tajuk merdeka ni, sy nak la cakap keTIDAKPUAS hati ini. Banyak persoalan bermain difikiran dan diharapkan sangat pihak tertentu tolong la renung-renungkan


1. Kenapa perlu ada konsert kalau nak sambut merdeka?


2. Kenapa xbuat jer ceramah agama ker, ceramah motivasi ker untuk ganti konsert yang x berfaedah tu?



3. Bunga api tu rasannya menelan kos yang mahal gak, apa kata guna duit tu untuk bantu orang2 miskin tepi jalan tu, xpun guna wat sponsor pelajar ke. Nak bakar bunga api dua tiga dah la.


4. Kalau peringkat sekolah tu, kenapa kena baca utusan2 yang panjang berjela dan sumpah pelajar2 tu tak dengar pun. Ganti dengan ceramah agama ataupun motivasi, lebih baik dan meaningful. Xpayah nak habis suara cikgu baca, pelajar buat dek je kat belakang.





ok, dah nak masuk pukul 12. Really need to go, ikut hati banyak lagi nak diadukan tapi xper la, biarlah diri ini beradu dlu. Esok nak sahur lagi, kalau bangun awal lagi bleh la add on qiamulail skit. Tu pun kalau berjaya menghalau en.malas. hoho Bila la diri ni nak constant. Apapun, selamat berpuasa hari ke-3 dan selamat beribadah. :D


M.A.F.A
wassalam.

No comments:

Post a Comment