Bismillahirrahmanirrahim
Masa tengah check wall sendiri kat fb nampak banyak sangat link video ke arah ke-korea-an... bermaksud suma tentang koreala, artis korea, penyanyi korea, citer korea...huhuhu aku ni dah la dlu suka benor2 ngan menda2 ni so apabila pop out segala news or entertainment dari "friend yang sgt berguna ni " agak mempengaruhi mental aku gak la. Ye la, sebagai seseorang yang tak seberapa hebat ilmu agama di dada ni, agak merbahaya jugak la bila post diorang ni naik kat wall aku. Kalau aku block nnt susah lak kalo ada update2 yg beneficial untuk aku, so mau xmau biar je la. Masalahnya sekarang kalau smpai tiap2 hari ada jer post camtu mau tak stress aku, Bukan aku nak condemn orang yg post tu tp tolong la, nak enjoy sorang2 sudah la, xyah nak involve orang lain dalam menda2 lagha ni. Bukan nak ckp kat org sbb aku pun sama kalo ada benda best tu nak SANGAT kongsi ngan kengkawan tp atleast let the news or posts are beneficial for u n ur friend... jangan la post tu sampai totally lagha and xda input2 yg mencana minda langsung.
Dulu pernah gak ar aku (sedap sungguh kata ganti nama pertama ni, xsopan langsung...hahaha) post note betapa xmau nya aku dengan hiburan korea ni tapi xla smpai publish kat wall sbb takut ada pihak yang termakan hati amat dalam, so note tu kebarangkalian sudah bersarang tanpa pengunjung lantas tak memberi apa2 makna dalam kamus hidupku (sukanya aku berfalsafah). kalau nak baca note tu bleh la gak. Note tentang betapa aku dah xsuka kat industri hiburan korea ni.
YA... Memang x salah kalau nak berhibur tapi jangan terlebih-lebih. (ok, aku bleh la ckp banyak kan, dah aku skang agak 'insaf' skit) Tapi it is not a big deal untuk click button unlike dalam diri kita tentang hiburan korea ni. Senang aku cakap sebab aku pnya pengalaman tentang ini semua. Sampai kekadang aku lebih advance dari korang , tapi tak la advance tentang latest news or latest song/drama/movie sebab skang aku dah tak amik kisah sangat, lagipun aku rasa lagu2/movie2 korean skang dah xbest (sebab aku xlayan). Aku dlu fanatic BigBang especially member dier yg nama choi seung hyun aka top tu. Suka gila la, google everything about him sampai satu tahap it was like i know everything about him. Tudia, hebat x aku sebagai stalker yang berjaya. hahaha Tapi aku x kagum itu semua, bah kan aku sedih sebab bila mai salasilah biodata Rasulullah S.A.W aku gagap. Apakah aku umat yang baik sekiranya biodata kekasih yang patut disanjungi pun aku tak tau sangat tapi bila datang bab artis yang x ada apa-apa kesan pada aku di akhirat kelak aku hebat plak. Kejam nya aku pada diri sendiri.
Aku mula stop benda ni semua pun bila masuk matrik, alhamdulillah la walaupun aku x la join mana2 usrah mahupun kelab agama tapi Allah still tolong buka pintu hati aku untuk sedar akan jalan hidupku yang agak terpesong. Walaupun aku bukan la perempuan liar yang selalu keluar umah xkira waktu, ataupun perempuan yang asyik berkepit dengan bukan muhrim taktala cinta manusia di agungkan (aku bersyukur kerana dikurniakan fizikal yang x 100% menarik minat lelaki kerana dengan ini aku kompem x la menjerumuskan kaum lelaki ke lembah kehinaan apabila mata mereka buat diri ini bagaikan r&r ja. Kalau Allah bagi aku fizikal yang ala2 supermodel kompem aku ada chance untuk melakukan dosa sebab iman dihati ni bukan nya hebat sangat, selalu jer pikir nak couple la apa la, so skang ni sedar pun kenapa allah bagi aku camni, sebab Allah tau aku punya pemikiran aku. Ya mungkin ada yang risau sebab bila fizikal x lawa camna nak cari bakal suami, lupakan itu semua, aku yakin pada Allah, sekiranya tiada di dunia di akhirat aku pasti ada peneman yang mungkin jauh lebih baik dari di dunia....andainya aku wanita solehah) tapi kesalahan terlalu hanyut didalam hiburan sudah cukup membuatkan aku manusia yang tak berguna. Apa taknya? Hati ini hanya sekali sekala ja ingat kat Allah, tapi kalau idola2 tu selalu jer ingat, ni x masuk kes wallpaper handphone suma gambar artis2.
Kalau nak dikira kesalahan/dosa kira banyak gak kot. Lalai mengingati Allah, tidak menjaga pandangan mata (jangan asyik dok tengok jer artis tu menari2 kat video u tanpa feeling, sedarlah aurat diorang tu, memandangkan diorang non-muslim lagi la banyak aurat2 yang tak sepatutnya kita lihat gah terpampang, tu x masuk lagi tarian yang menghairahkan lagi. Toksah ckap la, "saya pompuan, artis tu pun pompuan, relax la" AHA!!! aku tgk mostly artis tu pkai short smpai sama taraf spen**r jer, malu aku nak taip but thats the truth!!! Jangan nak tipu la, walopun aku x layan menda2 tu tapi mata aku x la baik sgt smpai xmenjeling2 video di lappy org lain, pompuan2 baik punya menari ngan kain xckup, sebab tu ilmu susah nak masuk otak, dok tengok benda2 haram camtu. Memang la kita x tengok cita2 yg "direct buat" tapi vidoe clip ni pun sama taraf ja aku tgk) , habiskan masa dengan aktiviti xberfaedah, etc. Ya, memang la ada satu kisah dimana ada sahabat yang dia risau kerana bila dengan Rasulullah s.a.w ja dia selalu ingat pada Allah, tapi balik umah kekadang dia terlali dari mengingati Allah. Ni kisah dia.
Hanzalah bin Ar Rabi' adalah seorang juru tulis Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam, ia berkisah : "Aku bertemu dengan Abu Bakar", Hanzalah berkata : "Wahai Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam, Hanzalah telah menjadi seorang munafik! Rasulullah bersabda : "Kenapa?", Hanzalah berkata : "Wahai Rasulullah, "Ketika berada disisimu, engkau mengingatkan tentang surga dan neraka seolah-olah kami melihatnya, lalu ketika kami keluar dari hadapanmu, kami disibukkan oleh istri, anak-anak dan mencari nafkah, sehingga kami menjadi lupa peringatanmu. Rasulullah bersabda : "Demi yang jiwaku di tangan-Nya andai kalian tetap seperti kalian di sisiku dan terus berzikir niscaya para malaikat akan menjabat tangan kalian, sedang kalian berada di atas tempat tidur dan di jalan raya, akan tetapi wahai Hanzalah, ada waktumu (untuk beribadah) dan ada waktumu (untuk duniamu)".
Ini kerana dia disibukkan dengan hal keluarga pun dah rasa munafik, kita ni? Aha!! renung-renungkan!! Tak terasa apa ker waktu sedap tengok penari-penari tu dok terkinjal2 kat dalam video tu??
Ok aku dlu pun agak 'terseksa' la nak buang hiburan (xkira la korea or any hiburan la) dari hidup aku, mau taknya, dah macam sebati jer aku rasa hiburan ngan aku. Jap jap, pikir camna tah aku leh xsuka hiburan korea.... Aha!! disebabkan perangai aku yang tak suka bila benda yang aku suka orang lain suka!! Masa kat sekolah hiburan korea kat sekolah aku x la berleluasa sangat, and aku layan sensorang jer, xder plak nak kongsi2 ngan kawan (atleast tak la banyak orang nak tuntut kat akhirat kenapa aku bawa diorang ke arah menda lagha ni) so bila masuk matrik, astagfirullah al'azim, banyaknya tak terkira manusia yang minat hiburan korea ni, siap bila ada pesta ada la yang buat pertunjukan tarian ala2 vidoe clip korea, Haddoi, hebat sangat pengaruh dia. Walaupun sifat aku ni xbagus tapi aku bersyukur kerana sifat inilah yang membuatkan aku stop dengan hiburan ini. Pelikkan aku, sepatutnya aku gembira sebab ada kawan untuk kongsi-kongsi cerita TAPI AKU TAK SUKA LA. Sangat2 xsuka bila benda yang aku suka orang lain suka, jeles tahap apa pun aku xtau but bagus kan sifat ini. Dengan sekelip mata aku dah xlayan lagu2korea. Dan alhamdulillah aku mula berjinak-jinak dengan music bergenrekan islamik iaitu nasyid. (ntah la, tetiba ja ada folder nasyid dalam lappy aku, dari mana datang aku pun xtaum) so bila dengan lagu nasyid yang selalu mengingatkan kita pada Allah amatlah menenangkan. It is like dakwah melalui lagu yang terkesan pada jiwa ini.
Selain itu mungkin faktor kawan kot, ada la sorang roomate aku yang 'baik' dan aku suka tengok dia. Dia selalu hilang waktu petang tapi bukan tiap2 petang la, aku selalu pelik, mana la pi budak ni, dia ni bukan jenis couple so xkan pi dating kot, so aku yang curious abis ni pun tanya la, tapi dia macam tak nak jawab jer. Rupa-rupanya dia gi usrah, n sebab dia tak nak jawab sebab matrik aku ni ketat skit, diorang takut nanti termasuk ajaran sesat. Masa tu la aku mula kenal apa itu usrah, yang aku tak pernah dengar selama ini. Tapi waktu matrik aku tak join sebab first xda sapa ajak n second aku pun x tercari2 lagi.
Bila masuk alam universiti, masa minggu transformasi mahasiswa banyak aku dapat tawaran untuk join kelab2 islamik. Syahdunya, hebatnya senior-senior ini dalam berdakwah. Dan disini makin aku kenal akan agama aku yang telah aku anuti sejak lahir tapi disia-siakan hidupku tanpa mencari sinar nur Mu. Tapi apa-apa pun, thanks to mak aku yang selalu bawa aku adik beradik pi dengar ceramah agama dari kecik lagi. Aku ingat lagi waktu aku kecik2 selalu naik moto ngan mak aku ngan kawan mak aku (macam konvoi ar) pi dengar ceramah. Tapi bila dapat adik mak aku busy skit so aku dah lama tak pi majlis2 agama ni, kekadang jer pergi. Mungkin sebab itu masih ada lagi sinar harapan untuk aku berubah dengan lebih baik. Terima kasih mama!!! Walaupun mama xbleh nak bagi ilmu agama yang secukupnya buat kami, tapi mama da inisiatif sendiri untuk dekatkan kami pada hidayah Allah. And also thanks to abah yang selalu beli kaset ceramah ustaz mutalib yang dah mmg berlambak dlam almari, walaupun abah x dapat bawa kami ker majlis ilmu tu tapi abah beli juga cd ceramah supaya boleh kita dengar kat rumah.
So back to the topic, xkisah la hiburan korea or whatever tapi pastikan hiburan tu tak melebih-lebih sangat yer sampai obses tahap apa lagi. skit-skit sudah. Nak berhibur boleh tapi biarlah berlandaskan islam. Aku bukan apa, cuma risau nanti kat akhirat banyak nak kena jawab nanti. Even aku yang tengah taip ni pun akan disoal kenapa aku taip benda ini, apakah kebaikannya? jangan pandang remeh yer soal selidik akhirat ni, setiap yang kita lakukan akan ditanya der. Dan saya berharap kalo ada yang baca blog/post ni, diharapkan ia bermanfaat dan bukannya kelalaian semata-mata. Marilah bertransformasi ke arah kebaikan sempena di bulan mulia ini.
M.A.F.A
Wasalam
No comments:
Post a Comment