assalamualaikum

Sunday, November 25, 2012

kerana seseorang....


Bismillahirrahmanirrahim

" aku gembira, aku sedih, aku tabah, aku sabar,  aku sayang, aku benci kerana seseorang.... 
tetapi aku hidup untuk yang mencipta seseorang itu"

Andai dapat ku undur masa lalu, akan ku jaga semua itu... kerana seseorang,  aku ragui hari-hari yang mendatang.... ok sangat poetic sungguh malam ni...cewah... (hidung yg sedia kembang bertambah kembang jap) hehe

Tanggapan

Kadang-kadang kerana seseorang telah membuatkan hidup kita rasa miserable, kita akan assume orang lain akan turut menyusahkan hidup kita.. JANGAN!!

Masa browse2 scroll2 FB tadi ada org share gambar ni
.
.
.
.
.
.
.

ok fine, dia dia dah delete sbb terima kata2 pedas bak cili padi  dari saya tadi...ops!!
jap nak recall balik apa tah gambar tu tulis..
.
.
.
.

lelaki yang tak merokok,
lelaki yang tak keluar malam,
lelaki yang tak curang,
lelaki yang tak ....

ok fine lupa... tetapi benda2 yang negatif la...

dan ayat last dia ialah




TAK WUJUD!!!

.
.
.
.
.

amboi....  sebab saya tahu sedikit sejarah silam my friend ni, so i guess maybe she post this picture  because of her experience with that kind of man but...i can't agree with the last statement... tak wujud?? eh!!! kalau macam tu are you accusing our prophet have one of those charecter? are you?



Keluar malam... eh... oh sorry, mungkin Rasulullah ada keluar malam, even waktu nak keluar dari kota mekah untuk  berhijrah ke madinah pun waktu malam, tapi dalam ayat2 di atas, keluar malam bermaksud keluar berfoya2 dan membuat aktiviti yg xder manfaat... and that are not applicable on our beloved Rasulullah....!!! not at all!!! (maaf, saya perlu marah yer tapi xder la smpai nak tumbuk2 muka anda2)

You need to think before your write something, writing in internet isn't like writing in our diary, once u publish it ...... tada!! everyone can read and comment it either in positive or negative way... depend on your words...


berbalik pada post entah apa2 tadi, mesti org yg buat pic yg tulis ayat2 ntah apa2 ni juga mempunyai pengalaman pahit dengan kaum lelaki lantas  menganggap lelaki lain pun sama... dush dush!!


jangan kerana seseorang itu............orang lain yang tak bersalah turut disamakan...


saya bukan lah lelaki (kan?) tetapi honestly saya terasa dengan ayat2 itu.. kenapa nak katakan lelaki sebegitu tak wujud kerana kita sering jumpa lelaki yg pelik2... saya yakin seyakinnya lelaki sebegitu wujud!!!  selagi agama Islam bertapak dibumi malaysia, selagi itu saya tahu ada lelaki yang sebegitu di sini...di hati ini...eh....maaf... XD

ok ok serious skit qilah.... so main point untuk post ini ialah, jangan kerana seseorang kita nak condemn orang lain....

honestly saya pun pernah merasai perasaan itu, 


"ah, mereka semua serupa"

tapi sebenarnya tidak, ini kerana kita hidup di dalam kalangan mereka, sebab itu kita assume semuanya begitu....cuba kita berkawan dengan pelbagai jenis orang, dari situ baru kita dapat mengenali pelbagai manusia dengan pelbagai ragam... ada yang nak je sy bg side kick, ada yang nak je sy pergi minang, ada yang saya respect, ada yang saya gembira dengannya, ada yang saya kadang2 bleh get along kadang2 please get lost.... macam2 lah manusia ni...termasuklah saya...am i in " nak bagi side kick" punya group? huhuhu

So jangan lah paranoid sgt.... tak baik tuduh orang lain sedangkan yang bersalah tu orang lain....

Sebab itu lah bila kita nak bersahabat, bercinta mestilah kerana Allah...bila kita apply concept ini insyaAllah kita kan bahagia walaupun kawan/pasangan kita tu kadang2 ada juga mengguris hati kita...tapi dek kerana kita sayangkan dia kerana Allah, kita pasti akan cari jalan untuk memperbaiki dirinya kan? kan? bukankah apabila kita bersahabat dan bercinta kerana Allah itu bermaksud kita nak bersama2 mereka di syurga kelak....?




wallahualam....







2 comments:

  1. abang aku xmerokok..
    abang aku xkeluar malam..balik keje terus balik umah...
    abang aku xcurang...
    abang aku x....
    so...wujud lagi laki mcm tu....
    =_=

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak berkenalan dgn abang 'ini nama saya ' boleh?

      Delete