assalamualaikum

Wednesday, November 16, 2011

wanita, jangan berpemergian sendirian

Bismillahirrahmanirrahim.....

Untuk kononnya mencari ketenangan, diri ini sahaja berpemergian keseorangan membeli barang-barang keperluan di kolej... tidak pernah lagi keluar shopping sorang2 tp sahaja ingin mencuba....sebenarnya tahu bahawa haram seorang wanita keluar tanpa mahramnya tapi kenapalah hari ini diri ini sungguh degil...

sebaik sahaja smpai ke jusco, pergi ATM withdraw duit, perkara biasa sebelum shopping... disebabkan kalau masuk jusco nanti confirm tangan akan penuh bawa beg plastik, so diri ini pun decide untuk pergi MPH dulu, mencari sesuatu yang tak pasti...

lama juga membelek-belek buku kat situ...orang masuk keluar tapi diri ini masih kaku di situ... and at last dapat jua membebaskan sebuah buku dari kedai itu.... (^_^) namun, semasa tgh bergembira membelek-belek buku, ada buku ni, dosa-dosa yang tidak diambil kisah....(camtu la) dan di dalamnya mengandungi teng teng teng

Dari Abdullah bin Abbas radhiallahu anhuma bahwa dia mendengar Nabi shallallahu alaihi wasallam bersabda:

لا تُسَافِر المَرأَةُ إِلا مَعَ ذِي مَحرَمٍ، وَلا يَدخُلُ عَلَيهَا رَجُلٌ إِلا وَمَعَهَا مَحرَمٌ. فَقَالَ رَجُلٌ: يَا رَسُولَ اللهِ إِنِّي أُرِيدُ أَن أَخرُجَ في جَيشِ كَذَا وَكَذَا، وَامرَأَتِي تُرِيدُ الحَجَّ؟ فَقَالَ: اخرُج مَعَهَا

“Janganlah wanita melakukan safar kecuali dengan mahramnya dan tidak boleh seorang lelakipun yang masuk menemuinya kecuali ada mahram bersamanya.” Maka ada seorang lelaki yang bertanya, “Wahai Rasulullah, saya akan keluar bersama pasukan perang ini sementara istri saya ingin menunaikan haji?” beliau menjawab, “Temanilah istrimu.” (HR. Al-Bukhari no. 1862 dan Muslim no. 1341)
  

TADA!!!! padan muka cik aqilah!!! hehe kan dah ckp jangan keluar sorang2, xnak juga...nak cari ketenangan la apa la...ha...Allah tunjuk dah depan2 tu...

ada lagi ni lepas did some research



Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu dia berkata: Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:

لا يَحِلُّ لامرَأَةٍ تُؤمِنُ بِاللهِ وَاليَومِ الآخِرِ أَن تُسَافِرَ مَسِيرَةَ يَومٍ وَلَيلَةٍ لَيسَ مَعَهَا حُرمَةٌ

“Tidak halal bagi wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhir, dia mengadakan perjalanan sehari semalam tanpa disertai mahram bersamanya.” (HR. Al-Bukhari no. 1088 dan Muslim no. 2355) 




Dari Abdullah bin Umar radhiallahu anhuma dia berkata: Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:

لا تُسَافِرُ المَرأَةُ ثلاثًا إِلاَّ مَعَ ذِي مَحرَمٍ

“Seorang wanita tidak boleh melakukan safar -beliau mengulanginya sebanyak tiga kali- kecuali disertai mahramnya.” (HR. Al-Bukhari no. 1087 dan Muslim no. 1338) 




Dari Abu Said Al-Khudri radhiallahu anhu dari Rasulullah shallallahu alaihi wasallam beliau bersabda:

لا تُسَافِرَ امرَأَةٌ مَسِيرَةَ يَومَينِ لَيسَ مَعَهَا زَوجُهَا أَو ذُو مَحرَمٍ

“Seorang wanita tidak boleh melakukan perjalanan safar yang perjalanannya selama dua hari kecuali ikut bersamanya suaminya atau mahramnya.” (HR. Al-Bukhari no. 1864 dan Muslim: 2/976 -Syarh An-Nawawi-)



ok...dah puas cik aqilah? lain kali jangan diikutkan sangat kata hati.... tp sebab tadi rasa x sedap duduk so ganggu ustaz puhad kejap... (sy : Q.....ustaz : U)

Q : perempuan yg kluar sorang2 tu haram ker?
U : keluar utk apa yer..dgn sbb syarie ok jer..kalo saje2 jer...erm
Q : utk gi beli brg keperluan kat jusco
U : sebaiknya secara berkumpulan..nak elakan dr fitnah....fitnah tu gangguan dsbg
Q : ooo..terima kasih ustaz
U : pergilah...ajak kwn same..pastu belanja dia mkn..hehe

lepas tu bru la lega hati ini....harap x buat lagi dah....carilah ketenangan utk melihat suasana luar dengan cara lain....  hurm....

so conclusionnya :
cara2 nak elak dari berlaku lagi....

1. kahwin...so bleh dating ngan suami kalau stress2 ni.... (mana la nak cari suami pulak ni ==', ok next!)
2. ajak kawan yg kita senangi utk teman kita (kalo dia xleh? next!)
3. ...........tunggu sampai kwn yg kita senangi tu free.... haha
4. jenguk diluar tingkap dan lihatlah keindahan langit yg menenangkan....
5. istigfar byk2....kalao dah xleh nak tgk kedamaian di luar sgt dah....
6. walaupun dah baca, keep on baca lagi al-quran dan jgn lupa terjemahan sekali...baru best
7. baca buku2 motivasi
8. knapa mcm lari topik ni? ni tips mencari ketenangan bukan tips elak keluar keseorangan...xpa, teruskan....
9. call parents yg dicintai!!! mesti best dgr suara diorang...
10. no idea.... conclusion dier, jgn kuar sorang....
11. utk yg tinggal dengan family bleh suh family member temankan.... bersyukurlah kerana masih dekat dgn family...hargailah waktu bersama....


going to sleep....may Allah bless us through our life.... nite...assalamualaikum...
M.A.F.A
wassalam

Saturday, November 12, 2011

ia kabur

Bismillahirahmanirahim...

hari ni bulan sedikir kabur dipandangan...mungkin kerana tadi hujan dari zohor sampai magrib kot? berkaitan ker? sebab tu la bulan itu kabur...supaya manusia dapat memikirkan sebab2 nya, bukan senang2 je cakap ini kejadian Allah....memang ini kejadian Allah, tapi Allah ada menyimpan rahsia dalam setiap kejadianNya supaya manusia dapat memikirkan dan bersyukur dengan kejadianNya....

begitu jualah kehidupan kita.... setiap yang berlaku pada kita, jangan menyerah dan berkata " Dah ditentukan Allah aku gagal utk ini" tetapi  "Aku yakin ada hikmah disebalik kegagalanku, dan aku tahu Allah mahu aku terus berusaha...berusaha demiNya....berusaha untukNya...aku yakin aku akan berjaya....!!!"

hidup ini indah, jika kita katakan hidup ini sedih, bermakna belum cukup keyakinan kita padaNya...

pesanan pada diri yang sering kecewa....i know i can, i know i can, i know i can

~hari yang sedih, dan sedih ini yang akan menguatkan aku~

M.A.F.A
wassalam

niat ....

Bismillahrirahmanirrahim....
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....

songplayer tiba2 mendendangkan lagu Buatmu Ibu- Aeman

teringat masa pergi satu program tu....program biasa2 untuk ice breaking sesama classmate... seperti setiap kem, program ini juga menyelitkan slot malam kebudayaan.... saya dan team member pun memikirkan apa la yang patut kami buat sebab bila menyebut tentang malam kebudayaan, ofcourse selalunya tarian, nyanyian, ataupun lakonan... ok, saya dah mula blur, i won't dance and i won't sing!!! never infront of people.... jadi lakonan la yang terbaik....

dalam mencari jalan cerita utk lakonan kami, satu drpd team member memberi pendapat ;

"Kita kalau boleh, nak buat lakonan yang boleh memberi kesan la. sebab kat sini semua orang gembira2 kan, so kita nak buat bagi diorang insaf skit, bagi down to earth balik..." (ok, not 100% same as what yg dier ckp, x igt la, dah lama dah, tp mcm ni la point dier)

Bagus, dier mempunyai niat yang baik...niat untuk bagi semua peserta program untuk duduk dan memikirkan kembali sesuatu yang boleh mendekatkan diri pada Allah, mengingat kembali segala pemberian Allah... dan dier mencadangkan kami melakonkan drama mengenai anak yang tak kenang budi, setelah berada di universiti, ibunya dilupakan....

jadi kami pun buat lakonan berlatarkan lagu Buatmu Ibu- Aeman dan diselitkan 2 3 perenggan sajak....walaupun audience nampak gembira dan xder riak2 teringat kat ibu diorang pun waktu tu, tp saya puas.... insyaAllah mungkin ada terkesan sedikit di hati mereka untuk kembali mengingat ibu bapa mereka di rumah yang bertungkus lumus membanting tulang untuk memastikan kita cukup keperluan hidup....  Ya Allah, mulianya pengorbanan ayah dan ibu...


sesungguhnya hidup kita berlandaskan niat.... dalam setiap saat, marilah memasang niat yang baik2, niat yang akan lebih mendekatkan lagi kita pada Allah. (^_^)

M.A.F.A
wassalam

Thursday, November 10, 2011

berubah? sebab apa?

Bismillahirahmanirrahim... Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.....

‘Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri yang mengubahnya’.Surah Ar-Ra’d ayat 11.

berubah? mengapa mesti berubah? tidak cukupkah kita begini?

ya, kita perlu berubah, setiap minit, setiap saat, setiap ketika..dan sememangnya kita berubah, cuma kita sahaja yang tidak sedar.... apa yang berubah? sikap? rupa? keimanan???

jika sikap kita berubah... baguslah sekiranya berubah ke arah yang lebih baik....

dari seorang yang over-talkative kepada talkative, dari seorang talkative kepada ckp bla perlu jer....  

dari seorang yang suka membenci kepada seorang yang neutral dan berpegang pada prinsip "benci pada apa yang Allah benci"

dari seorang yang mata meliar mencari pemanah hati kepada seorang yang menundukkan pandangan supaya tidak terus merosakkan hati....

dari seorang yang mementingkan diri kepada seorang yang pemurah dan peramah
dari seorang yang selalu bermasam muka kepada seorang yang pemurah dengan senyuman

dari seorang yang pemalas kepada seorang yang rajin
dari seorang yang dlu sedikit ilmunya kepada seorang yang gigih memperbanyakkan ilmunya

dari seorang yang hodoh kepada seorang yang cantik (??) hehe dihadapan Allah, kekasih abadi

dari seorang yang pemarah kepada seorang yang penyabar....

banyak lagi perubahan yang boleh kita lakukan, tapi KERANA APA KITA BERUBAH? MENGAPA KITA BERUBAH?

adakah betul kerana ALLAH? betul ker 100% kerana Allah....

tersentap kecewa hati ini apabila..........

ada yang berkata aku berubah kerana seseorang....
Ya Allah, betulkah ini semua? aku berubah kerana hambaMu kah? bukan keranaMu kah?

ya, mungkin...tapi bukan 100% kerana dia aku berubah....aku yakin kerana Allah...aku yakin..
mungkin dia dtg pada masanya...untuk menjadi pendorong, tapi dia bukan penyebab... aku tak mungkin biarkan dia menjadi penyebab kerana aku mahu berubah kerana Allah, semata-mata kerana Allah....

biarlah Allah penentu segala sesuatu urusanku di sini.... 

jika mereka fikir kita berubah kerana seseorang, biarlah....

sebab jika aku betul2 berubah kerana seseorang, aku yakin perubahan aku tidak akan kekal...so let us see what will happen next...

bagi aku kau hanyalah pendorong tp bukan penyebab...terima kasih....

segala-galanya kerana Allah, itu yang aku mahu....biarlah perlahan asalkan constant... marilah berdoa supaya masih terbuka pintu hati ini utk berubah dan menuju jalan Allah

 

M.A.F.A
wassalam


Friday, November 4, 2011

Apabila Allah menjawab setiap persoalanKu

Bismillahirrahmanirrahim....

Masalah itu biasa, dugaan pun biasa...kerana semua orang tidak terkecuali dari perkataan ini....namun bagaimana kita menghadapinya sahaja yang berbeza....bersyukurlah dan ucapkanlah Alhamdulillah sekira kita menangani masalah kita dengan keimanan dan kesabaran pada Allah.....kerana InsyaAllah kita masih lagi dilaluanNya....

Ya Allah, recently ni byk sungguh masalah melanda..... dan berturut-turut sy menerima pertolongan dari Allah....

contohnya tadi , hati buat masalah sangat2, nasib baik tergerak hati nak baca al-Quran...dan segala jawapan dan ayat2 ketenangan tersergam di depan mata..... subhanallah.... Allahuakhbar.... mungkin kerana sy masih muda so hati ni sangatlah bermasalah, risau tentang masa depan, pelajaran, percintaan.... kadang-kadang rasa sedih dengan masalah...kadang2 sedih kerana tak mampu constant dalam bermujahadah ke jalan Allah.... dan paling sedih apabila hati ini sering kacau-bilau....kalo boleh nak je saya kerat hati ni tukar dengan yang baru...... Alhamdulillah setakat ni saya masih lagi menjaga diri daripada melarikan diri dari masalah dengan cara yang dimurkai Allah.... Alhamdulillah kerana masih lagi diri ini mengharapkan Allah dan masih lagi mengadu padaNya untuk memohon petunjuknya...... dan hari ini Allah menjawab persoalan saya....di dalam surah an-najm ayat ke 43, 45, dan 48 yang begitu menyentuh hati....

وَأَنَّهُ هُوَ أَضْحَكَ وَأَبْكَى
Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa, dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis;
وَأَنَّهُ خَلَقَ الزَّوْجَيْنِ الذَّكَرَ وَالْأُنثَى
Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menciptakan pasangan - lelaki dan perempuan, -
وَأَنَّهُ هُوَ أَغْنَى وَأَقْنَى
Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang memberikan (sesiapa yang dikehendakiNya) apa yang diperlukannya dan memberikannya tambahan yang boleh disimpan;  
tapi bukan hari ini sahaja allah menjawab soalan saya, sebelum ni dah banyak kali saya menerima jawapan dari Allah melalui al-Quran..... dan betullah kata2 "untuk bercakap dengan Allah, kita kena solat, untuk Allah cakap dengan kita, baca Al-Quran" .....   (^_^) 

marilah membaca al-Quran setiap hari dengan mengharapkan keredhaanNya.... dan jangan lupa baca terjemahannya sekali.... :)

Tuesday, November 1, 2011

blackout dunia vs blackout hati

Bismillahirrahmanirrahim.....

Alhamdulillah masih lagi  diberi nyawa untuk meniti hari-hari untuk beribadah padaNya walaupun ibadah yang dibuat hanyalah sekecil hama.....

Tiba-tiba ja kolej blackout, fuh.... gelap.... tangan meraba2 mencari handphone, nasib baik handphone ada function torchlight.... masa mencari tu, terfikir " Macam ni ke dalam kubur?" gurlp.... ==' risau pula.... tapi kalau dalam kubur lagi hebat, bukan hanya blackout ja, macam2 ada, mengikut amalan kita semasa di dunia....

sambil tengok-tengok kiri kanan "gelapnya... segelap hatiku kah?" huhu apa sangat la blackout dunia ni berbanding blackout di hati ni.... kalau hati dah blackout, habisla..... ya Allah.....

walaupun iman itu tak dapat diukur, tp sesungguhnya kita dapat mengukur iman kita.....betullah, iman itu turun naik....kalau tak digilap, makin menurunlah iman kita.... jadi marilah bersama-sama menaikkan iman kita...biar sikit2 tapi kekal daripada banyak2 tapi sementara...

wassalam,
M.A.F.A