assalamualaikum

Thursday, November 10, 2011

berubah? sebab apa?

Bismillahirahmanirrahim... Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.....

‘Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri yang mengubahnya’.Surah Ar-Ra’d ayat 11.

berubah? mengapa mesti berubah? tidak cukupkah kita begini?

ya, kita perlu berubah, setiap minit, setiap saat, setiap ketika..dan sememangnya kita berubah, cuma kita sahaja yang tidak sedar.... apa yang berubah? sikap? rupa? keimanan???

jika sikap kita berubah... baguslah sekiranya berubah ke arah yang lebih baik....

dari seorang yang over-talkative kepada talkative, dari seorang talkative kepada ckp bla perlu jer....  

dari seorang yang suka membenci kepada seorang yang neutral dan berpegang pada prinsip "benci pada apa yang Allah benci"

dari seorang yang mata meliar mencari pemanah hati kepada seorang yang menundukkan pandangan supaya tidak terus merosakkan hati....

dari seorang yang mementingkan diri kepada seorang yang pemurah dan peramah
dari seorang yang selalu bermasam muka kepada seorang yang pemurah dengan senyuman

dari seorang yang pemalas kepada seorang yang rajin
dari seorang yang dlu sedikit ilmunya kepada seorang yang gigih memperbanyakkan ilmunya

dari seorang yang hodoh kepada seorang yang cantik (??) hehe dihadapan Allah, kekasih abadi

dari seorang yang pemarah kepada seorang yang penyabar....

banyak lagi perubahan yang boleh kita lakukan, tapi KERANA APA KITA BERUBAH? MENGAPA KITA BERUBAH?

adakah betul kerana ALLAH? betul ker 100% kerana Allah....

tersentap kecewa hati ini apabila..........

ada yang berkata aku berubah kerana seseorang....
Ya Allah, betulkah ini semua? aku berubah kerana hambaMu kah? bukan keranaMu kah?

ya, mungkin...tapi bukan 100% kerana dia aku berubah....aku yakin kerana Allah...aku yakin..
mungkin dia dtg pada masanya...untuk menjadi pendorong, tapi dia bukan penyebab... aku tak mungkin biarkan dia menjadi penyebab kerana aku mahu berubah kerana Allah, semata-mata kerana Allah....

biarlah Allah penentu segala sesuatu urusanku di sini.... 

jika mereka fikir kita berubah kerana seseorang, biarlah....

sebab jika aku betul2 berubah kerana seseorang, aku yakin perubahan aku tidak akan kekal...so let us see what will happen next...

bagi aku kau hanyalah pendorong tp bukan penyebab...terima kasih....

segala-galanya kerana Allah, itu yang aku mahu....biarlah perlahan asalkan constant... marilah berdoa supaya masih terbuka pintu hati ini utk berubah dan menuju jalan Allah

 

M.A.F.A
wassalam


1 comment:

  1. Asalamu alaikum thank you for sharing your wise words with everyone, pop over and have a look at my new bloglet "See My Swords And My Arms" Feel free to leave a comment or 2.

    ReplyDelete