assalamualaikum

Friday, November 4, 2011

Apabila Allah menjawab setiap persoalanKu

Bismillahirrahmanirrahim....

Masalah itu biasa, dugaan pun biasa...kerana semua orang tidak terkecuali dari perkataan ini....namun bagaimana kita menghadapinya sahaja yang berbeza....bersyukurlah dan ucapkanlah Alhamdulillah sekira kita menangani masalah kita dengan keimanan dan kesabaran pada Allah.....kerana InsyaAllah kita masih lagi dilaluanNya....

Ya Allah, recently ni byk sungguh masalah melanda..... dan berturut-turut sy menerima pertolongan dari Allah....

contohnya tadi , hati buat masalah sangat2, nasib baik tergerak hati nak baca al-Quran...dan segala jawapan dan ayat2 ketenangan tersergam di depan mata..... subhanallah.... Allahuakhbar.... mungkin kerana sy masih muda so hati ni sangatlah bermasalah, risau tentang masa depan, pelajaran, percintaan.... kadang-kadang rasa sedih dengan masalah...kadang2 sedih kerana tak mampu constant dalam bermujahadah ke jalan Allah.... dan paling sedih apabila hati ini sering kacau-bilau....kalo boleh nak je saya kerat hati ni tukar dengan yang baru...... Alhamdulillah setakat ni saya masih lagi menjaga diri daripada melarikan diri dari masalah dengan cara yang dimurkai Allah.... Alhamdulillah kerana masih lagi diri ini mengharapkan Allah dan masih lagi mengadu padaNya untuk memohon petunjuknya...... dan hari ini Allah menjawab persoalan saya....di dalam surah an-najm ayat ke 43, 45, dan 48 yang begitu menyentuh hati....

وَأَنَّهُ هُوَ أَضْحَكَ وَأَبْكَى
Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa, dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis;
وَأَنَّهُ خَلَقَ الزَّوْجَيْنِ الذَّكَرَ وَالْأُنثَى
Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menciptakan pasangan - lelaki dan perempuan, -
وَأَنَّهُ هُوَ أَغْنَى وَأَقْنَى
Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang memberikan (sesiapa yang dikehendakiNya) apa yang diperlukannya dan memberikannya tambahan yang boleh disimpan;  
tapi bukan hari ini sahaja allah menjawab soalan saya, sebelum ni dah banyak kali saya menerima jawapan dari Allah melalui al-Quran..... dan betullah kata2 "untuk bercakap dengan Allah, kita kena solat, untuk Allah cakap dengan kita, baca Al-Quran" .....   (^_^) 

marilah membaca al-Quran setiap hari dengan mengharapkan keredhaanNya.... dan jangan lupa baca terjemahannya sekali.... :)

No comments:

Post a Comment