assalamualaikum

Saturday, November 3, 2012

sehebat mereka...

Bismillahirrahmanirrahim.

~Kesakitan kepenatan di dunia biarlah berbaloi untuk di akhirat~

Hidup ni kalau sehari atau dua hari tanpa dilema tu memang bukan hidup la... selalunya mesti ja akan ada benda yang kita kena buat pilihan.. paling simple, pas bangun tido kita dah terbuka dengan pelbagai pilihan... nak bersyukur sbb masih hidup? terus lompat katil pergi tandas? sambung tido balik sbb tgh best2 mimpi? buka laptop ?  macam2 kan pilihan yang ada tapi semua keputusan di atas tangan kita. ya! memang Allah yang tentukan hidup kita tapi perlu ingat kita turut menentu hala hidup kita dengan approval dari Allah s.w.t.

Sejak dua menjak dan bermenjak-menjak ni macam2 bermain dikepala. hurm~ pelbagai pilihan perlu dibuat.. training silat pulak makin lebat, bukan sekadar weekend saja... petang malam suma dia sapu bersih... malam semalam training lagi, sebab malam esok dah nak demo... tapi masalahnya pagi tadi ada test... masyaAllah.... balik2 bilik malam tu penat sangat, baca notes kejap je pastu terus tido.. esok bangun pas subuh smbung baca balik... boleh pulak tengah baca boleh tertido.. =,= adoi la... tapi gagah baca gak sebab memang tak cover lagi suma subtopic tu kot... hati dah dup dap dup dap laju dah... sekali lagi, xda benda lain dah yang mampu nak buat, hanya pada Allah jua ku serahkan segalanya dengan penuh pengharapan.. sampai kelas sempat lagi refresh2 dgn kawan dan yang paling best waktu kawan explain direct je saya blur..  apa yang diorang cakap ni? aaaaaa dah lupa! tapi saya paksa diorang explain gak...selagi ada masa kan... pastu masuk kelas dan tengok soalan...subhanalllah... topik yang kuar kebanyakkannya yang saya sempat cover punya...ya Allah bersyukur x terkira... bukan nak cakap yang saya boleh dapat fullmark, tapi atleast boleh goreng jugak dari pada bagi balik blanksheet kat lecturer...huhu semoga markah nanti dapat membantuku kelak insyaAllah...apa2 pun pada Allah kita berharap...

Tapi tu citer test, masalahnya skang ni adoi...sakitnya badan... lama x turun training jatuh2 dengan hebat kan tiba2 asyik training je, mmg sakit la... sampai nak angkat tangan tinggi skit pun susah ya amat...huhu T_T gerak skit ja pun dah rasa...huhu hebat gak penangan training ni... kalau xnak training, tak boleh jugak... terasa diri ini bertanggungjawab menolong persatuan sendiri... sebelum nak decide masuk demo ni dah banyak kali consult dengan kawan sebab mmg dilema...

..............................................................................................................................................................
Aqilah :  a'ah, asyik tidoq lambat ja keja aku... adoi la... ni depa dok ajak masuk demo silat pulak, mmg la aku byk energy utk bersilat ptg2 pulak kan.... nak tolak kesian kat ketua skuad demo lak, dilemma nya punnnnnnnnn

Najat : qilah dear :) hehe. qilaah, u can say no if u want. apa2 pun dahulukan tarbiyyah diri sbb itu yg utama.. ask for His guidance <3 sabar tau qilaaaaah ..<3
 
Aqilah : huuuuuuu najat najat huuuuuuu nak tanya something? apakah aktiviti aku bersilat dan buat demo ini bagus? berguna x utk tolong aku di akhirat? aku blur sudah... kalau nak tnya niat aku berdemo, hurm... ntah la 
 
Najat :huhu susahny soalan tu>< ..sat aku susun ayat 
:p 
Aqilah :sila sila...aku nnak p asaq sat na.... 
 
Najat : ilmu ada dua jenis. ilmu dunia n ilmu akhirat. ilmu dunia utk kita jd khalifaNya. ilmu akhirat utk kita jd abidNya. dua2 perlu sbb itulah tujuan manusia diciptakan. specifically kita perlu ilmu dunia utk jlnkan tugas kita sbg khalifahNya (utk smpaikan ajaran Islam yg sbenar- sbb skrg ramai org Islam hnya pada nama). so kalau dgn join silat kita boleh tarik org pada ajaran Islam yg sbenar, why not. tp sejauh mana niat dan tindakan kita blajar ilmu dunia dan dimanfaatkan utk mencari redha Allah tu kita sendiri ja la boleh nilai. and biasala, utk menjd khalifah dan abid yg diredhaiNya memerlukan pengorbanan. so normally kalau hidup itu meletihkan, sbb rehat sebenar seorg muslim hanyalah di syurga..:)

Aqilah :huhu najat....... terima kasih atas kata2 hikmah anda... T_T insyaAllah aku harap silat ni ada beneft nya utk agama juga bagi yg niat belajar sbb Allah... :) tapi demo nnt? nak join ke x aaa? huhu blur lagi 

Hailini :Kesiannya cik qilahh 

Aqilah : kesian jugak kat cik qilah.... huhuhu 

Najat : kalau aurat,ikhtilat and hukum2 lain terjaga iAllah aku rasa ok ja. muslimah demo silat. terbaikla qilahh:D boleh mnunjukkan contoh khidupan muslimah kat org(dgn niat nak m'advertise islam). dah baca cerita Nusaibah bt Ka'ab??

 :DAqilah : x, xpernah dgr pun nama tu...huhu ce citer ce citer 

Najat : tp apa2 pun qilah, kena balance tugas abid dgn khalifah tu. kalau kita tlalu busy menyampaikan islam smpai hbgn kita dgn Allah kurang trjaga, kena muhasabah balik kita nak tarik org pada apa sbenarnya..




Aqilah : hurm betul2.... jadi cmna ni? aaaaaaa 

Najat : google aja dong :p nusaibah ni tkenal dgn smgt dia yg sgt terbaikla :D nusaibah ni join sekali dlm perang uhud utk mlindungi rasulullah..dia lwn pedang kot! mmg superb la. try baca blog mana2. dahla anak2 dia pun mujahid2 yg join perang. seriously hg kena baca cerita diaa^__^ 

Najat : qilah, demo tu nak demo kat sapa? seriously aku rasa ok ja kalau hg nak join. tp niat semua tu kena jagala.tu ja :) 

Aqilah : aku dah siap2 nak gi latihan dah ni .. doakan aku sentiasa dalam iman yg teguh pada Allah... dan korang jugak .. terima kasih kerana selalu bantu aku .. cinta anda suma kerana Allah....serious! 
 
Najat iAllah qilah, bila niat tu kerana Allah, bntuan Allah tu dekat ja:) "Hai orang-orang mu'min, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (MUhammad:7) selamat bermujahadah :D


.....................................................................................................................................................................



hurm~~~ insyaAllah sekiranya saya buat ini kerana Allah, segalanya akan baik2 sahaja. Tapi bayangkan baru training silat pun dah sakit2 badan, bayangkan para mujahid mujahidah kita dahulu berperang mempertahankan agama islam...subhanallah... hebatnya mereka... kalau takat sengal2 badan ini bukan satu masalah buat mereka... waktu nilah saya boleh muhasabah diri dan ingt kembali semangat perjuangan pejuang islam dahulu... walaupun dekat negara kita ni xda perang2 tapi jangan kita abaikan ilmu2 pertahankan diri ni..mana tau satu hari ia amat berguna untuk kita dikala terdesak... bersyukur lah kita hidup di negara Malaysia ni umat islam tidak ditindas sebagaimana di palestin dan syria terutamanya...

dikala anak2 gadis remaja di negara kita ingin berkahwin dengan lelaki impian mereka yang kononnya kaulah imamku bla bla bla, namun di sana mereka berkahwin bukan kerana nak bercintan cintun macam kita di sini, tapi mereka berkahwin untuk melahirkan para pejuang2 islam untuk dihantar ke jalan fisabillillah....subhanallah... cuba kita comparekan diri kita disini dan mereka disana....betapa hebatnya semangat mereka untuk memperjuangkan agama kita ini...selepas mengetahui sedikit sebanyak akan kisah nusaibah binti ka'ab, subhanallah hebatnya semangat muslimah dizaman Rasulullah... bersama2 turun membantu para pejuang islam berperang..



"  Ummu I’marah (Nusaibah) banyak ikut serta dalam menyaksikan Bai’at al-’Aqobah,Perang Uhud,Perang Hudaibiyyah,Perang Hunain dan Perang Yamamah.Dalam Perang Uhud,Ummu I’marah memberikan  minuman kepada pasukan Muslimin yang kehausan dan juga merawat mereka yang cedera.Ketika pasukan Muslimin melarikan diri dari medan peperangan dan hanya tinggal beberapa orang sahaja,beliau menghunus pedangnya dan memakai perisai serta melindungi Rasul SAW daripada musuh.Pernah Rasulullah SAW bersabda: ”Saya tidak menoleh ke kiri dan ke kanan kecuali aku melihat Ummu I’marah berperang di hadapanku”"

Lihatlah kehebatan Nusaibah yang sanggup berkorban demi Islam...kita? masih jauh lagi perjalanan untuk sehebatnya namun tidak mustahil kita boleh menjadi sehebatnya.  Ayat yang paling best untuk disematkan dalam hati dari srikandi Islam ini ialah “Aku tidak akan pernah mengeluh setiap musibah yang menimpa diriku di dunia”.  insyaAllah, banyak lagi yang perlu diperbaiki... ayuh marilah kita muhasabah diri... Tak kira berapa penat kita di sini, di dalam dunia ini...hadapilah sisa2 hidup kita  dengan keyakinan padaNya, bersabar dan berjuanglah dijalan Allah... insyaAllah... (^_^)9


huallahualam





No comments:

Post a Comment