Bismillahirrahmanirrahim
~ Hari2 yang dihadapi biarlah berbeza dan mencabar untuk mengecapi kepuasan dan erti hidup sebenar~
~ Hari2 yang dihadapi biarlah berbeza dan mencabar untuk mengecapi kepuasan dan erti hidup sebenar~
Alhamdulillah Allah masih lagi reserve diri ini di atas muka bumi ini agar dapatlah diri mengutip pahala2 untuk di bawa menghadap yang Maha Esa Maha Berkuasa...
Masih lagi di dalam telangkup yang sama, oh perit nya hari2 yang dilalui.... SIBUK... owh, perkataan ini sudah secukup sebati sekali dengan diri ini... Jika ada sehari yang tiada panggilan2, terus dimanfaatkan sebaiknya utk berehat...
MASA.... sudah semakin mahal buatku... sudah terasa keperitan mengejar masa.... kesana kesini berlari2... dan yang paling best selepas satu perkara, perkara lain pula datang membeli masa2 ku...aduhai..
Jika hendak dikarang aktiviti2 yang menguji jiwa ini, waaaahhh.... xlarat nak menaip rasanya...
.
.
.
.
.
"sedangkan mereka diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta.
....Surah Al-Ankabut ayat 2-3
.
.
.
.
.
" Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagi mu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui,"
.....Surah Al-Baqarah ayat 216.
.
.
.
.
.
" ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya,"
.....Surah Al-Baqarah ayat 286
.
.
.
.
.
" Jangan kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjat-darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman,"
.....Surah Al-Imran ayat 139
.
.
.
.
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu ( menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkan kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan ),dan bersedialah ( dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan)serta bertaqwalah kamu kepada ALLAH supaya, kamu berjaya ( mencapai kemenangan)."
.....Surah Al-Imran ayat 200
.
.
.
.
.
"Cukuplah ALLAH bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya.Hanya kepada-Nya aku bertawakal."
.....Surah At-Taubah ayat 129
.
.
.
.
.
".....dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat ALLAH. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat ALLAH melainkan kaum yang kafir."
.....Surah Yusuf ayat 12
.
.
.
ingatlah mereka yang lebih hebat ujiannya... bantulah saudara kita disana.... |
(^_^)9 sesungguhnya penat lelah di atas dunia xkan lama sekiranya kita sentiasa yakin pada Pencipta kita.... senang mahupun susah, sedih mahupun gembira, lapang mahupun sibuk, senantiasa sematkan ingatan pada Allah di dalam hati dan akal kita.... :)
wallahualam
No comments:
Post a Comment