Bismillahirrahmanirrahim
Kecapilah kesenangan di dalam kesusahan... :)
Ujian, musibah, dugaan merupakan perkara2 yang akan selalu mendekati kita tak kira masa dan tempat. Dengan merekalah kita boleh menjadi lebih hebat, dan juga dengan merekalah kita dapat menjadi lebih teruk lantas terjunam di dalam gaung yg dalam sambil menjerit aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
Kadang2 benda atau perkara yang kecil pun boleh menjadi isu yang besar terhadap diri seseorang lantas membingungkan dia beberapa seketika. Dan kadang2 ada juga mereka2 yang langsung merasakan mereka tidak di uji lalu menganggap hidup mereka sudah sempurna.
"ala, kiter relax je x ikut sgt perintah Allah, xder pun dapat benda buruk2..eleh"
Sabda Rasulullah SAW: "Demi Allah, bukanlah kemiskinan yang aku khuatirkan atas kamu, akan tetapi aku khuatir sekiranya kemewahan dunia yang kamu dapat sebagaimana yang telah diberikan kepada orang sebelum kamu, lalu kamu bergelumang dalam kemewahan itu hingga binasa, sebagaimana bergelumang dan binasanya umat terdahulu." (HR Bukhari)
Ujian hidup bukan dari segi kesusahan sahaja, bah kan apabila menerima terlalu banyak kesenangan dan kemewahan juga merupakan satu ujian dari Allah kepada kita.
Namun musibah hidup yang diterima lebih di anggap sebagai ujian berbanding kesenangan. hurm~~~ bercakap tentang kesusahan, kita akan sentiasa akan diuji terutamanya apabila kita semakin ingin meng'improve'kan diri kita. Pelbagai kisah sy dengar mengenai hamba2 Allah yang ingin berlari ke cahaya ilahi namun tidak sempat dan akhirnya terserap ke dalam kegelapan yang sedih. Kenapa itu terjadi?
Mungkin kerana faktor sekeliling. contohnya waktu di matrikulasi kawan2 semua pakai tudung, alhamdulillah dia juga try2 pakai tudung. Namun selepas setahun di matrikulasi, selepas kembali ke pangkuan kawan2 lama, tiada lagi tudung dan tiadala lagi definisi aurat di dalam kamus hidupnya. Kenapa ini terjadi?
Dengan sedikit tarbiyah, dia berjaya menjadikan dirinya lebih banyak melakukan ibadah kepada Allah. Namun tak sampai seminggu ibadah semakin berkurangan. Malas mula menerjah, bisikan mula rancak dan akhirnya perjuangan terkandas di tengah jalan. Kenapa ini terjadi?
Sesungguhnya ibadah yang disukai Allah ialah yang walaupun x banyak tapi constant. Xperlu nak kejar semua ibadah2 sunat tapi akhirnya tak sampai seminggu dah termengah2 dan akhirnya berhenti. Seperti nak hebat berjogging, seseorang mestilah bermula dengan berjalan, berjalan laju, jogging perlahan dan akhirnya jogging laju dengan stamina yg hebat. Setiap perkara kena ada step2 nya.
Ikhlas, sekiranya kita ikhlas kita akan lebih senang melakukan sesuatu tanpa rasa malas. oleh itu ikhlaskan diri dalam beribadah padaNya...
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3).
"Dan sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi itu sebagai perhiasan, agar kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang terbaik amal perbuatannya." (QS Al-Kahfi:7-8)
"Dan kami akan uji kalian dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu akan kembali." (QS al-Anbiya:35).
Hidup kita ini ialah seperti sedang menjawab peperiksaan, nnt selepas mati kita akan dibangkitkan semula utk mark aktiviti2 kita atas muka bumi ini, pastu tengoklah result kita, pass or fail. errrr.... scary gak yer... nervous2...
Bercakap tentang ujian, teringat pulak petang tadi ada berkenalan dengan seorang wanita dari pakistan bersama anak lelakinya yang berumur 2 tahun. Wanita itu sedang mencari kereta untuk memudahkan pergerakannya sbb dia tinggal jauh dari universiti. Part yang bestnya dia ada di Malaysia hanya dengan anaknya seorang tu sahaja, suaminya di pakistan. Demi mengejar ilmu, dia sanggup berjauhan dengan family, bersusah di negara orang. For me, hebatnya dia. Bukan senang nak hidup di negara orang, tambah2 lagi bawa anak yang masih kecil. Alhamdulillah Allah hantar seorang pakcik (jiran dia) yang banyak membantu dia. :)
kalau Allah bagi ujian, Allah mesti akan bagi pertolongan , cuma kita sahaja yang melebihkan ujian itu hingga kita terlupa hendak bersyukur dengan pertolongan Allah... selalulah bersangka baik dan yakin pada Allah. Dan perbaikilah hubungan kita dengan Allah supaya kita berada di dalam rahmatnya senantiasa. paham x cik qilah??? :P
huallahualam
No comments:
Post a Comment