assalamualaikum

Friday, February 21, 2014

mata yang memerhati..akal yang mencari...

Bismillahirrahmanirrahim
-dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih-

~aku melihat  mereka, pelbagai rasa dan cara yang diperaga, aku melihat aku, sama sahaja seperti mereka cuma beza cara diduga~

aku kadang2 kalau keluar berjalan2 di tempat yg crowded ni i tend to look at others behavior, how they talk, how they walk, what they are doing.... i will sit calmly on one of bench at the mall while waiting for my friend and observe people... as for today, i felt something that could make me say subhanallah on the spot.

ptg tadi, sedang menunggu kawan menunai hajat dihati kat toilet, aku pun lepak la kat bangku berdekatan...ternampak laki berusia around 40 i guess tgh jalan dengan pertolongan tongkat ke arah tandas 'special'... rupa2nya pekerja sbb ada walkie talkie kat seluar dia... aku rasa simpati dan bersyukur sbb masih lagi sihat untuk berjalan gah di atas bumi yang kelak akan memamah tubuh badanku...

aku memerhati lagi, seorang sami buddha dengan pakaian oren kuning tanpa sekelumit lapisan di kaki tergesa2 jalan ke tandas smbil tgn di letakkan di kawasan yg sedang call the nature.... =,=  dlm hati aku "macam2 manusia ni"...

 aku teruskan lagi aktiviti aku dan melihat seorang perempuan cantik and quite sexy jalan pergi toilet juga, dah macam mak guard toilet pun ada jugak aku ni...nasib baik xbuka kaunter kutip duit...huhu

apa yg aku dapat dengan melihat mereka ini... ???

dengan melihat pakcik yg first tu, aku berasa cukup bersyukur kerana aku masih kuat untuk  berjalan seperti manusia normal...  aku masih punya tenaga untuk melakukan aktiviti harian tanpa memerlukan alat bantuan... aku masih muda dan aku perlu gunakan tenaga aku ni di jalan yang sepatutnya...

dengan melihat sami tadi, aku bersyukur kerana Allah sudah pun menetapkan aku sebagai seorang muslim tanpa perlu aku berusaha untuk mencari agama islam.. aku bersyukur dilahirkan terus beragama islam... namun aku kecewa kerana aku bukan lah seorang hambaNya yang berjaya menyebarkan agama kebenaran ini pada mereka2 yang masih di dalam kegelapan...aku sedih kerana aku selalu ternoda dengan bisikan syaitan untuk mempunyai rasa takut utk menyebarkan kebenaran... sedangkan org2 non-muslim lain berusaha utk me'recruit' manusia utk memasuki agama2 mereka... alahai diriku yang hina

dengan melihat akak sales girl yg cantik menawan itu, aku terpegun dan jeles sbb aku tidak mempunyai bentuk badan yang dicanang manusia sebagai menawan. aku risau sekiranya aku tidak bertemu jodoh kerana musykil tiada yang berkenan dengan bentuk fizikal ku.... namun aku abaikan saja semua itu kerana aku tahu, sekiranya Allah jadikan aku kurus dan cantik seperti yang digilai manusia2 buta ini, kompem aku akan termasuk dalam golongan yang bangga mendedahkan lagi kecantikan sementara ini.. aku takut sekiranya aku cantik menawan aku sudah tidak lagi mengikut cara2 permakaian yang sepatutnya... aku yang sekarang pun masih tidak tertutup rapi, kalau tiba2 mempunyai badan yg menawan  takut2 terus tak terjaga nanti...  terus tudung dan kain2 labuh dibawa lari syaitan sejati... naudzubillah...

Itu lah pengajaran dari apa yg aku perhati di mall  tadi...


hasil jalan2 ptg tadi, dapat jugak beg mister donut!!! dan extra 2 biji oren hasil stress kat lab...  oren yang masih sejuk walaupun dah tgh malam dah ni.... (^_^)


May Allah Forgive Us All

2 comments: