assalamualaikum

Tuesday, August 2, 2011

first post on first ramadhan (^_^)

Bismillahirahmanirrahim,


Alhamdulillah, siap gak decorate blog ni... hee :D harap-harap sangat blog ini akan berguna buat diri ini dalam mencari sinar nur ilahi...


Hari ini nak tulis tentang solat sunat tarawih la memandangkan semalam dengar ceramah tajuk ni. Penceramahnya ustaz mutalib.


Tarawih bermaksud duduk bersenang-senang atau beristirehat. jadi solat tarawih beerti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya'.


Aishah r.a. meriwayatkan "Rasulullah s.a.w solat (tarawih) empat rakaat pada waktu malam, setelah itu beristirehat. Baginda duduk lama sehingga saya kasihan melihatnya. Saya berkata kepadanya " Demi Allah wahai Rasulullah ! Dosa-dosamu telah diampuni Allah, sama ada dosa yang terdahulu dan yang terkemudian, maka untuk tuan bersusah payah solat seperti ini? Baginda menjawab : " Bukankah lebih baik kalau aku menjadi hambaNya yang bersyukur?"
Nah ! Rasulullah yang confirm masuk syurga pun memperbanyakkan ibadah baginda, macam mana dengan kita yang tak tahu lagi syurga nerakanya.....


solat tarawih dikerjakan selepas umat islam mengerjakan solat fardhu Isya' dan waktunya berkekalan sehingga akhir malam.


Sejarah solat tarawih ini dimulai oleh Rasulullah s.a.w di Masjid Nabawi. Baginda mengerjakan solat tarawih ini di masjid, lalu para sahabat mengikutnya. Pada malam berikutnya baginda mengerjakan lagi solat tarawih di masjid, dan para sahabat semakin ramai datang dan mengikutinya. Pada malam ketiganya lebih ramai lagi para sahabat telah sedia menunggu ketibaan Rasulullah s.a.w di masjid tetapi baginda tidak hadir (baginda mengerjakan solat tarawih di rumah). Esoknya Rasulullah s.a.w bersabda kepada mereka : " Sesungguhnya aku melihat sambutan daripada kamu. Aku tidak hadir pada malam itu hanya kerana takut solat itu diwajibkan ke atas kamu". Jika solat tarawih itu difardhukan, tentulah sangat memberati umat islam.


Pada zaman Khalifah Umar Al-Khattab, semakin ramailah umat Islam mengamalkan solat sunat tarawih ini. Menurut Abdul Rahman bin Ubaid Al-Qari, pada suatu malam di bulan Ramadhan, beliau pergi ke masjid bersama Khalifah Umar Al-Khattab. Apabila sampai di masjid, beliau mendapati ramai orang yang berkelompok-kelompok membuat jamaah-jamaah mengerjakan solat ini. Sebahagiannya mengikut seorang imam dan sebahagian lagi mengikut imam yang lain. Melihat keadaan itu Khalifa Umar berkata "aku bermaksud menyuruh mereka berimam kepada seorang imam yang baik bacaannya". Seterusnya beliau menyuruh mereka berimamkan Ubai bin Ka'ab.


Allah SWT mengurniakan satu lagi keistimewaan iaitu "Lailatul-Qadr" pada salah satu malam sepanjang bulan ramadhan itu. Seperti yang di sebut dalam al-Quran, surah al-Qadr, mereka yang beribadat pada malam tersebut akan diberi ganjaran seperti beribadat 1000 bulan bersamaan 83 tahun. Lagi tua dari umur saya sekarang.


Hukum solat tarawih ini ialah sunat muakkad iaitu sunat yang sangat-sangat dituntut bagi orang islam baik lelaki mahupun perempuan. Mereka yang mengerjakan ibadah puasa tetapi tidakmengerjakan solat tarawih pada malamnya, seolah-olah menjadi tawar dan hambar, berjaya tetapi tidak cemerlang. Sangat rugilah mereka yang berpuasa di bulan ramadhan tetapi tidak melengkapkan dengan solat tarawih.


Solat tarawih ini boleh dikerjakan berjamaah ataupun bersendirian. Namun lebih afdhal jika dikerjakan berjamaah. Kebanyakan hadis yang sahih menerangkan bahawa Rasulullah s.a.w mengerjakan solat sunat tarawih 8 rakaat dan witir 3 rakaat dan keseluruhannya 11 rakaat.


Abu Salamah bin Abdul Rahman meriwayatkan :
"Sesungguhnya ia telah bertanya kepada Aisyah r.a tentang bagaimanakah cara solat Rasulullah s.a.w di bulan Ramadhan? 'Aisyah menjawab : Rasulullah s.a.w tidaklah melebihkan solat malamnya daripada sebelas rakaat sama ada dibulan Ramadhan dan tidak juga pada bulan lainnya. Baginda mengerjakan empat rakaat, maka janganlah engkau bertanya betapa baik dan panjangnya: kemudian baginda solat (lagi ) empat rakaat, maka janganlah engkau bertanya baik dan panjangnya, kemudia baginda mengerjakan solat tiga rakaat (witir)"


Jabir bin Abdullah pula meriwayatkan, katanya :
"Sesungguhnya Nabi s.a.w semasa menghayati satu malam dari bulan ramadhan bersama orang ramai maka baginda bersolat dengan mereka lapan rakaat dan (bersolat) witir"


Namun umat islam di malaysia khasnya mengerjakan solat sunat tarawih 20 rakaat demikian juga umat-umat islam dinegara lain. Para sahabat r'anhum dan jumhur ulama telah bersetuju dengan apa yang diamalkan oleh umat Islam pada zaman Khalifah Sayyidina Umar Al-Khattab r.a. iaitu solat sunat tarawih 20 rakaat.


Selain solat sunat tarawih, apa kata kita tambahkan lagi perisa-perisa lain dibulan Ramadhan ini seperti memperbanyakkan membaca al-Quran, bersedekah, berzikir, menahan diri daripada aktiviti-aktiviti yang mengurangkan pahala dan pelbagai lagi. Kalau nak senaraikan ibadah-ibadah yang boleh dibuat banyak ni, sedangkan menyediakan makanan ataupun juadah berbuka puasa untuk orang yang berpuasa pun dah banyak pahala.


Hari ni, abah kena pergi melaka sebab kena briefing kat pelajar-pelajar baru, mama pulak ada kat johor sebab tengah memberi semangat pada kakak yang baru sahaja kehilangan baby dalam kandungan. Jadi sekarang ni hanya aku dan adik perempuan jer kat rumah. hurm.... dah la ni hari pertama ramadhan, dan aku ni dah la anak yang tak berdikari. Nak keluar rumah untuk beli barang dapur, abah tak bagi naik kereta, risau kalau aku tak expert, nak salahkan abah pun tak boleh, ingat senang ker nak beli kereta tu, orang yang beli jer tahu camna penat lelah nak dapatkan sesuatu, so aku sebagai pengguna taknak lah merosakkan harta benda orang lain, tak pa, Alhamdulillah bazar ramadhan dekat dengan rumah, ada la kena jalan 6 minit camtu, so dah tau dah nak makan apa untuk berbuka nanti, rasa cam nak pergi beli ayam percik la, nasi bleh masak sendiri.hehe itulah dia, anak dara yang tak tau masak. haha bukan tak nak masak, tetapi kalau masak nanti bukan ada sapa sangat nak makan, so better beli ja. tapi insyaAllah nak try masak untuk sahur. wink2. semoga Allah permudahkan urusan ku dan keluargaku serta umat islam seluruh dunia.





ni gambar waktu gi bercuti kat Merang, terengganu walaupun rumah aku hanya 30minit ke situ. hahaha best juga menikmati keindahan Allah. Dengan melihat kejauhan laut tu , dah macam endless ja laut tu, so boleh bayanglah betapa hebatnya Allah. Dimana melihat laut itu seperti melihat langit yang tiada penghujung. sebab tu la ada scientist cakap bumi ini petak. ciptaanNya kekadang tak tecapai dek akal justeru menunjukkan kebesaranNya sebagai pencipta....


M.A.F.A
wasalam

No comments:

Post a Comment