assalamualaikum

Tuesday, August 2, 2011

bazaar ramadhan :(

Bismillahirahmanirrahim..


Hari ni hari pertama puasa dibulan Ramadhan dan berbuka tanpa abah dan mama agak mengilukan, tak sabar tunggu mereka balik jadi boleh la berpuasa bersama-sama. Disebabkan tak masak untuk berbuka, aku rancang nak pergi pasar ramadhan dengan adik lepas dia balik sekolah (saja tak mau masak sebab nak pergi bazaar ramadhan...). Disebabkan ada sekor ayam aku ni baik punya terbang pergi rumah sebelah, terpaksa la pergi tangkap dia pulak. Terbang pi pandai tapi balik tak pandai, tapi tak boleh nak salahkan dia, dia hanyalah haiwan yang tidak punya akal seperti kita. So aku yang dikurniakan akal oleh Allah terpaksalah mengambil peranan dengan menyuruh adik aku gi block ayam tu supaya senang skit nak tangkap. hahaha best pulak benda-benda ni.


Lepas penat lelah bagi ayam tu balik umah, aku dengan adikku pun meneruskan perjalanan ke bazaar ramadhan. Hati gembira sambil memikirkan apa yang nak di beli. :D


Bila dah nampak bazaar tu, astagfirullah al'azim. Ramainya orang, semua orang tak masak ker kat rumah, mungkin semua orang macam aku la tu. hoho Disebabkan bazaar itu dibuat dalam khemah yang ala2 khemah kenduri tu keadaan memang amat sesak. Sangat-sangat sesak!!! sampai aku tak nampak pun meja jual makanan. ><" Tu xper lagi, yang paling menyakitkan hari laki dan perempuan buka ja berlaga-laga bahu, dah langgar abis dah aku tengok. Dan yang paling sakit hati aku terpaksa main tepis-tepis dan memang tak tertepis la. Ya Allah, hanya Allah ja tahu perasaan aku, sakit hati sebab macam lelaki-lelaki ini tak ada rasa hormat langsung pada wanita. Suka hati ja langgar-langgar, tolak-tolak. ok la, kalau nak ketepikan sikap gentleman tu tak per lagi, masalahnya kan laki dengan perempuan haram bersentuhan. Memang la sentuhan ini bukan sengaja tapi masih boleh dielakkan lagi kan? Kalau yang memang betul-betul terlanggar tu lain cerita la, tapi ni sengaja pergi tolak sana sini. hurm.





Nak salahkan kaum laki ja tak boleh sebab yang kaum perempuan pun dah tahu kawasan tu agak 'dangerous' kenapa nak pergi gak. Aku pun tanya benda yang sama pada diri ini. huhu Semoga aku akan dilindungi Allah dari perkara-perkara yang mengaibkan ini. So esok mau tak mau kena masak. Dah la tadi bertarung nyawa nak menyelit kiri kanan kat bazaar tu, pastu last-last tak beli apa pun, muka plak dah macam kaki gangster, masam sungguh. Adik aku dapat la jugak beli nasi kerabu. Tu la, aku ni kalau emosi tak stabil memang camni. Last-last beli ayam golek yang dijual jauh sikit dari bazaar tu, pastu balik terus masak nasi. hahaha


Tapi apa yang ingin disampai ialah pihak tertentu perlu la mengadakan atau menyusun bazaar ini dengan sistematik, lebih baik tak perlu ada bumbung bagi luas sikit space tu, udara pun segar. Jangan sebab nak kaut keuntungan, gerai-gerai diatur sepadat yang mungkin, lepas tu laluan pembeli pula sempit, laki dan perempuan pula berlanggar-langgar. Sepatutnya buat satu arah ja laluan tu, pembeli senang penjual pun gembira. kesesakan yang menyebabkan perlanggaran bukan muhrim ni juga boleh di elakkan kalau tidak berlaku pertembungan dari dua arah. Ala, macam highway la, satu arus ja. perlanggaran yang berlaku pun sebab kecuaian pemandu sendiri tetapi jarang sekali perlanggaran berlaku kan??? Macam tu juga la, untuk bazaar ramadhan ni, kan lebih elok di buat satu arus jer laluan pembeli kalau ruang pembeli tu sempit. Mungkin orang anggap perlanggaran antara bukan muhrim ni biasa-biasa ja, tapi TIDAK!!! jangan pandang mudah perkara ini. Sebab kemungkinan besar ada yang sengaja iingin mengambil kesempatan dalam kesesakan ini untuk melakukan sesuatu yang tak baik, dan tak perlulah saya katakan apakah perkara itu.


Kita perempuan perlulah menjaga diri ini, jangan dibiarkan diri kita diperlekehkan. Jagalah maruah kita. Sesungguhnya sentuhan antara lelaki dan perempuan itu haram! Oleh itu , jika boleh elakkan diri dari tempat yang banyak kaum lelaki. Bukan saya ingin mengata yang bukan-bukan pada kaum lelaki, tetapi lebih baik kita berjaga-jaga. Walaupun saya bukan lelaki tetapi apa yang saya tahu mereka lain pemikirannya dari kita. Berhati-hatilah kerana bukan semua lelaki itu baik sama juga seperti kita, bukan semua perempuan itu baik.


Last but not least, (dah macam wat essay jer rasa).... saya amat kecewa dengan bazaar ramadhan ditempat saya (kerana bukan semua bazaar seperti yang saya gambarkan), dan saya harap ada jalan penyelesaian untuk masalah ini. Semoga Ramadhan kali ini mengubah kita ke arah yang lebih baik. Jangan puasa jer, tapi suruhan Allah yang lain kita abaikan. Wallahualam.


M.A.F.A
wasalam.

No comments:

Post a Comment