assalamualaikum

Tuesday, August 30, 2011

MENYAMBUT RAMADAN & AIDILFITRI MENURUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W.

(Artikel ini diringkaskan dari buku MENYAMBUT RAMADAN & AIDILFITRI MENURUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W. terbitan Karya Bestari) Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus
Islam adalah satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah serta agama paling sempurna.


Firman Allah S.W.T: “Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan Aku telah redha Islam itu menjadi agamamu.” – Surah al-Maaidah: 3.


Kesempurnaan Islam itu terserlah apabila ia mampu menangani segala permasalahan manusia secara menyeluruh. Islam telah membicarakan isu-isu bersifat global seperti sistem ekonomi, sistem pemerintahan malah ia juga membicarakan sekecil-kecil perkaraseperti adab masuk ke tandas dan beristinjak. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya Islam juga telah memberikan garis panduan berkaitan tatacara menyambut hari-hari kebesarannya seperti hari raya Aidilfitri ini. Adalah penting bagi kita untuk sentiasa menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai petunjuk dalam mengendalikan upacara sambutan Aidilfitri kerana inilah masa untuk kita semua membuktikan bahawa kita benar-benar telah menjadi seorang insan yang bertakwa setelah melalui bulan Ramadan kerana padanya terdapat ibadah puasa yang berupaya membentuk golongan muttaqin(orang yang bertakwa). Justeru itu, ada baiknya sekiranya kita mengetahui apakah amalan-amalan yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w sempena menyambutketibaan hari lebaran Aidilfitri ini.




Bertakbir.
Bertakbir pada tarikh 1 Syawal bersempena Aidilfitri merupakan suatu amalan yang disyariatkan. Takbir pada hari Aidilfitri bermula ketika terlihatnya hilal (anak bulan) dan berakhir setelah selesainya kemuncak hari raya, iaitu ketika imam selesai berkhutbah.
Firman Allah S.W.T: “Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjuk-Nya kepada kamu dan supaya kamu bersyukur.” – Surah al-Baqarah:185.
Adalah juga disunnahkan untuk kita bertakbir disepanjang perjalanan dari rumah kita menuju ke masjid untu menunaikan solat Aidilfitri.
Menurut Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani r.h: “Mengenai syariat bertakbir (pada hari raya Aidilfitri) yang perlu dilakukan oleh kaum muslimin ialah bertakbir dengan suara lantang ketika dalam perjalanan menuju ke tempat solat walaupun kebanyakan umat Islam mula memandang remeh sunnah ini.” – RujukKitab Meneladani Rasulullah S.a.w Dalam Berhari Raya, karya Syeikh Ali Hassan bin Ali al-Halabi al-Atsari, ms. 32
Bertakbir sejak mula keluar dari rumah bertujuan menyerlahkan syiar Islam di setiap pelusuk jalan yang dilalui ketika menuju ke tempat solat.




• Lafaz ucapan selamat pada hari raya Aidilfitri.
Majoriti amalan umat Islam di Malaysia akan mengucapkan antara satu sama lain pada hari lebaran dengan ucapan ‘Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin’.
Namun, apa yang lebih bertepatan dengan amalan para salafussoleh dalam meneladani sunnah Nabi s.a.w adalah sebagaimana yang diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani r.h yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair r.a katanya: “Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain ‘taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerimaamalan kami dan amalanmu).” – Rujuk Fath al-Bari, al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani, , jil. 5, ms. 270-271. Menurut beliau hadis ini berstatus hasan.





• Meneruskan qiamullail.
Jika sepanjang bulan Ramadan kita telah bersungguh-sungguh menghidupkan malam kita dengan pelbagai ibadah terutamanya solat qiyam Ramadan (solat tarawih), ia seharusnya diteruskan juga pada hari-hari berikutnya dengan mengerjakan solat tahajjud. Saranan ini tidak bermaksud mengkhususkan pada malam Aidilfitri untuk dikerjakan qiamullail. Apa yang cuba ditekankan di sini adalah semangat mengerjakan qiyam Ramadan (solat tarawih) haruslah diteruskan dengan mengerjakan qiamullail pada hari-hari berikutnyasesudah bulan Ramadan.



• Mandi pada pagi hari raya.
Disunnahkan mandi di pagi hari raya sebagaimana mandi wajib, iaitu sebelum berangkat menuju ke tempat perlaksanaan solat Aidilfitri. Ali bin Abi Thalib r.a pernah ditanya mengenai mandi. Adakah diharuskan mandi setiap hari? Beliau menjawab: “Tidak harus melakukannya. Namun, mandi yang diharuskan ialah mandi pada hari Jumaat, hari Arafah, hari Aidiladha dan Aidilfitri.” – Hadis riwayat Imam Syafie di dalam Musnad al-Syafi’i, jil. 1, ms. 118-119.




• Makan sebelum solat Aidilfitri.
Disunnahkan kaum muslimin menjamah makanan sebelum berangkat menunaikan solat Aidilfitri. Perbuatan ini bertujuan menutup segala andaian bahawa dibenarkan berpuasa pada hari raya.
Menurut al-Muhallab r.h: “Mengenai hikmah menjamah makanan sebelum mengerjakan solat hari raya adalah agar seseorang tidak berpendapat bahawa dia boleh berpuasa sehingga solat hari raya Aidilfitri dilaksanakan. Seolah-olah Rasulullah s.a.w ingin menutup prasangka semacam ini.” – Rujuk Fath al-Bari, jil. 5, ms. 272.
Kebiasaannya, Rasulullah s.a.w akan memakan kurma dalam jumlah yang ganjil pada pagi hari raya. Namun, tidak bermakna umat Islam perlu menyediakan buah kurma untuk dimakan pada pagi hari raya Aidilfitri. Mereka bebas memakan apa sahaja. Tetapi, mengikut sunnah itu lebih baik daripada menyanggahinya. Sedangkan, sunnah itu termasuk perkara tauqifi (tidak boleh dipersoalkan).
Anas bin Malik r.a berkata: “Rasulullah s.a.w tidak akan pergi ke tempat solat pada pagi Aidilfitri sebelum memakan beberapa biji kurma.” Murajja’ bin Raja’ berkata: Ubaidillah menceritakan kepadaku bahawa Anas r.a berkata: Rasulullah s.a.w memakannya dalam jumlah yang ganjil.” – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 953.
Namun, jika tidak memiliki kurma maka dibolehkan untuk mengisi perut dengan makanan lain terutamanya makanan yang manis-manis seperti madu. Sekiranya tidak ada makanan sama sekali, memadai dengan hanya meminum air.


• Memakai pakaian yang indah.
Disunnahkan kaum muslimin menghiaskan diri dengan pakaian yang indah-indah pada hari raya.
Imam Syafier.h berkata: “Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian.” – Rujuk Ringkasan Kitab Al-Umm, Imam al-Syafi’I, jil. 1, ms. 327.


Bagi kaum wanita pula walaupun disunnahkan memakai pakaian yang terbaik, namun mereka hendaklah menghindari dari memakai pakaian yang bercorak-corak serta perhiasan yang berlebih-lebihan sehingga menarik perhatian golongan lelaki.


Bagi golongan kanak-kanak pula, Imam Syafie r.h menambah: “Mengenai golongan kanak-kanak pula, mereka boleh memakai pakaian paling bagus yang dimilikinya, baik lelaki mahupun perempuan dan mereka juga boleh memakaiperhiasan emas atau apa sahaja perhiasan.” – Rujuk Ringkasan Kitab al-Umm, Imam Syafie, jil. 1, ms. 327.


Semoga di pagi hari raya kita akan memilih pakaian yang terbaik serta paling mahal mengikut kemampuan masing-masing menuju ke tempat solat hari raya. Disunnahkan juga bagi kaum lelaki memakai wangi-wangian tetapi tidak disunnahkan kepada kaumwanita. Sabda Rasulullah s.a.w: “Mana-mana wanita yang memakai wangian lalu dia melintas di hadapan lelaki supaya mereka dapat menghidu kewangiannya, dia adalah penzina.” – Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya. no: 5036.
Namun begitu bukanlah bermakna kaum wanita harus membiarkan dirinya berbau busuk. Islam adalah agama yang menitik-beratkan kebersihan serta kesihatan diri. Dibenarkan bagi wanita untuk memakai wangian yang keharuman sekadar untuk menjaga dirinya dari berbau busuk dan tidak sehingga menarik perhatian orang di sekelilingnya. Haruman-haruman yang kuat dan boleh menaikkan nafsu berahi hanyalah khusus untuk suaminya.


• Berjalan kaki menuju tempat dikerjakan solat hari raya.
Umat Islam dianjurkan berjalan kaki menuju ke tempat solat Aidilfitri jika tidak keberatan.

Ali bin Abi Thalib r.a: “Termasuk sunnah, iaitu engkau berjalan kaki menuju ke tempat solat hari raya dan memakan sesuatu sebelum berangkat.” – Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam Sunannya, no: 487.


Namun begitu bagi yang sesiapa yang perlu menggunakan kenderaan kerana tempat solat terlalu jauh, ia dibolehkan dalam syarak.
Tetapi, berjalan kaki menuju ke tempat solat lebih afdal berbanding menaiki kenderaan. . Mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya. Disunnahkan juga mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya.

Jabir bin ‘Abdullah r.a berkata: “Nabi s.a.w melalui jalan yang berbeza pada hari raya.” – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 986.


Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah r.h berkata: “Baginda s.a.w selalu melalui jalan yang berbeza ketika menuju dan pulang dari tempat solat pada hari raya. Ada yang berpendapat, hal ini dilakukan agar dapat bersalaman dengan orang-orang yang melalui kedua-dua jalan itu. Sebahagian lain berpendapat untukmemberikan barakah kepada mereka. Ada juga berpendapat untuk memberikan pertolongan kepada mereka yang memerlukannya di kedua-dua jalan itu. Menurut pendapat lain pula untuk menampakkan syiar Islam di jalan-jalan. Pendapat yang lebih tepat adalah supaya perjalanan yang ditempuh lebih jauh (banyak langkahnya). Orang yang berjalan ke masjid atau tempat solat, salah satu langkah kakinya akan meninggikandarjat. Sedangkan langkah kaki yang lain akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya.” – Rujuk Zaadul Ma’ad, Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah, ms. 49.




• Tempat perlaksanaan solat hari raya.


Sunnah mengerjakan solat hari raya di kawasan lapang atau musholla (tempat terbuka seperti padang sehingga khatib dapat melihat semua hadirin) merupakan satu amalan yang jarang dilakukan di Malaysia melainkan beberapa kelompok kecil yang benar-benar kuat berpegang kepada sunnah Nabi s.a.w. Apakah musholla itu berbeza dengan masjid?
Abu Said al-Khudri r.a berkata: “Pada hari Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w keluar menuju ke musholla. Ketika itu, perkara pertama yang dilakukan oleh baginda ialah mengerjakan solat hari raya (tanpa ada sebarang solat sunat).” – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 956.
Tentang hikmah mengerjakan solat hari raya di musolla, Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan telah berkata: “Sesungguhnya mengerjakan kedua-dua solat hari raya di tanah lapang mengandungi hikmah yang besar. Di antaranya adalah seluruh kaum muslimin setidak-tidaknya mereka boleh berkumpul bersama (bersua muka) dua kali dalam setahun. Semua orang dariseluruh pelusuk negeri akan berkumpul di sebuah tempat sama ada lelaki, perempuan atau kanak-kanak. Mereka semua menghadap Allah dengan hati yang penuh konsentrasi, dikumpulkan dengan satu kalimat (tauhid), solat di belakang seorang imam, membaca takbir dan tahlil bersama dan berdoa kepada Allah dengan penuh ikhlas. Seakan-akan hati mereka terikat menjadi satu, merasa bahagia dan mensyukuri nikmat Allah yang telah dilimpahkan kepada mereka. Dengan itu, hari raya benar-benar bermakna bagi mereka.” – Rujuk Koreksi Total Ritual Shalat, Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan, ms. 394.


  • Mengerjakan Solat Aidilfitri


Di antara syiar yang paling utama dalam menyambut Aidilfitri adalah perlakasanaan solat Aidilfitri sebanyak 2 rakaat oleh seluruh umat Islam.
Ibn Abbas r.a berkata: “Rasulullah s.a.w telah keluar pada hari raya Aidilfitri kemudian terus mengerjakan solat hari raya sebanyak dua rakaat. Baginda tidak melakukan sebarang solat sebelumnya dan sesudahnya.” – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 989.

Disunnahkan menyampaikan khutbah sesudah mengerjakan solat hari raya Aidilfitri. Abu Sa’id al-Khudri r.a berkata: “Pada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w akan keluar menuju musolla. Perkara pertama yang dilakukan oleh baginda (apabila tiba di masjid) baginda akan mengimami solat. Kemudian, baginda akan berpusing dan menghadap ke arah makmum yang sedang duduk di dalam saf mereka. Seterusnya, baginda akan memberikan nasihat, wasiat dan perintah kepada mereka (khutbah).” - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 956.
Para jemaah tidak diwajibkan menghadiri atau mendengar khutbah hari raya. Sebaik sahaja selesai mengerjakan solat hari raya, sesiapa yang tidak ingin turut serta mendengar khutbah maka dia dibenarkan meninggalkan majlis itu. Abdullah bin al-Sa’ib r.a berkata: “Aku pernah menghadiri solat hari raya bersama Nabi s.a.w. Setelah selesai solat baginda bersabda: Sesungguhnya kami akan berkhutbah. Oleh itu, sesiapa ingin duduk mendengar khutbah, dia boleh duduk. Sesiapa yang ingin pergi, dia boleh beredar.” – Hadis riwayat Abu Daud di dalam Sunannya, no: 975.


• Bergembira Pada Hari Raya Aidilfitri


Islam adalah agama yang begitu praktikal lagi munasabah. Setelah sebulan umat Islam memberi tumpuan sepenuhnya untuk beribadah kepada Allah, maka kini tiba masanya untuk menyambut kejayaan itu dengan kegembiraan dan kemeriahan. Oleh itu, usaha-usaha untuk menimbulkan suasana kegembiraan di dalam keluarga masing-masing pada hari raya Aidilfitri adalah sebahagian daripada syiar Islam. Suasana kegembiraan ini berbeza mengikut adat setempat.
Bagi kita di Malaysia, kegembiraan sambutan hari rayaAidilfitri dapat dilihat dengan memakai baju-baju baru yang indah, seluruh ahli keluarga berkumpul, ziarah-menziarah sesama umat Islam dan pelbagai lagi. Di sesetengah negara Timur Tengah, cuti umum hari raya Aidilfitri dipergunakan untuk membawa ahli keluargabersiar-siar serta berkelah di tempat-tempat peranginan. Semua bentuk suasana kegembiraan dan kemeriahan ini adalah sebahagian dari tuntutan agama Islam sempena menyambut hari raya Aidilfitri selagi ia dilaksanakan sesuai dengan lunas-lunas syarak.
Syeikh Sayyid Sabiq r.h berkata: “Mengadakan permainan serta kegembiraan yang tidak melanggar aturan agama, termasuk pelbagai bentuk nyanyian yang baik (dari segi makna), semua itu termasuk syiar agama yang disyariatkan oleh Allah pada hari raya untuk melatih tubuh jasmani dan memberi kepuasan serta kegirangan hati.” – Rujuk Fiqh al-Sunnah, Syeikh Sayyid Sabiq, jil. 2, ms. 290.
Rasulullah s.a.w sendiri telah membenarkan penduduk Madinah al-Munawwarah bergembira apabila munculnya hari raya Aidilfitri dan Aidiladha.
Anas bin Malik r.a berkata: “Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang mana mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah pada kedua-dua hari itu. Lalu baginda berkata: Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyyah. Sabdanya lagi: Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-dua hari itu dengan yang lebihbaik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya, no: 959.


• Mengerjakan Puasa Sunat Enam Hari Pada Bulan Syawal

Sabda Rasulullah s.a.w: “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun.” – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1164.
Demikianlah keutamaan puasa sunat enam hari di bulan Syawal. Cara yang paling afdal untuk melaksanakannya adalah memulakan berpuasa sesudah hari raya Aidilfitri secara berturut-turut (bermula pada 2 Syawal) sebagaimana yang ditetapkan oleh para ulama. Ini juga merupakan pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam Syafie r.h. Namun, seseorang bebas memilih mana-mana hari sepanjang bulan Syawal sama ada di awal, pertengahanmahupun di akhirnya bahkan dia juga boleh mengerjakan secara berturut-turut atau berpisah-pisah.
Amalan sesetengah pihak yang melakukan puasa qada dan sunat Syawal secara serentak mengikut formula dua dalam satu merupakan perbuatan bid’ah yang tidak ada dalilnya dari mana-mana hadis Nabi s.a.w yang thabit. Oleh itu, afdhal menyempurnakan puasa bulan Ramadan yang ditinggalkan terlebih dahulu diikuti puasa sunat di bulan Syawal. Perbuatan ini lebih bertepatan dengan maksud hadis di atas untuk mendapat keutamaannya, iaitu seolah-olah berpuasa setahun.
PENUTUP
Inilah sebahagian daripada hukum-hakam dan amalan yang disunnahkan ketika menyambut bulan Ramadan al-Mubarak dan hari raya Aidilfitri menurut al-Quran dan sunnah yang sepatutnya dijadikan contoh ikutan bagi seluruh umat Islam. Mudah-mudahan, sambutan hari raya Aidilfitri yang akan menjelma nanti disambut dengan penuh keikhlasan, kemeriahan dan selari dengan perintah Allah serta Rasul-Nya s.a.w.
sumber : http://akob73.blogspot.com/2008/09/amalan-amalan-sunnah-untuk-aidilfitri.html


p/s: semoga kita dapat mengikuti sunnah Rasulullah dalam menyambut hari raya aidilfitri. Jangan biarkan adat bersalaman dengan sanak saudara dan jiran tetangga yang haram bersentuhan dijadikan amalan di pagi syawal. sesungguhnya adat tidak boleh menghalalkan apa yang haram. biar orang kata kita tidak beradab, janji adab kita pada hukum hakam Allah sentiasa terjaga. dan jangan cemari syawal kita hanya dengan hiburan dihadapan televisyen (sebab waktu ni la banyak movie best ditayang) tetapi kekalkanlah hubungan persaudaraan dengan ziarah menziarahi dan apa yang penting teruskan beribadah pada Allah untuk mendapatkan keredhaan dan syurgaNya yang hakiki.




May Allah Forgive Aqilah
wassalam

Monday, August 29, 2011

selamat hari raya

Bismillahirrahmanirrahim...


Selamat hari raya








ternampak video best hari raya...


M.A.F.A
wassalam

Thursday, August 25, 2011

Baru ku fahami erti raya







بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم



Alhamdulillah masih diri ini diberi peluang untuk mengenal erti kehidupan dan berusaha untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t



Jika semasa di zaman tadika raya hanya untuk mengumpul duit, tapi aku yakin kali ini sudah lain ertinya

Jika semasa di zaman persekolahanku raya untuk mengumpul duit dan melawat saudara mara serta sahabat handai, tapi aku yakin sudah lain ertinya tahun ini

Jika semasa di zaman akhir persekolahanku raya itu tiada erti kerana kurang dapat duit raya, tapi sekarang aku yakin sudah lain ertinya buat kali ini

Dulu aku menganggap hari raya adalah hari di mana orang melayu balik kampung, saling ziarah menziarahi, bergembira sambil main mercun,kanak-kanak mengumpul duit raya, memakai baju baru , menyediakan pelbagai hidangan yang lazat dan pelbagai lagi aktiviti yang menggembirakan.

Apabila meningkat dewasa, raya aidilitri seakan-akan hilang sinar kegembiraannya buat diriku kerana peluang untuk mendapatkan duit raya makin berkurang. Lainlah waktu dizaman kanak-kanak dahulu, penuh kocek dengan duit raya, tambah-tambah kalau wat convoy dengan kawan-kawan pusing satu taman. Pernah juga ada satu rumah tu tuan dia tanya

"Nak makan ker nak duit raya?"

Dan ofcourse kami jawab "DUIT RAYA!!!" hurm, budak-budak katakan.



Jadi bila dah kian meningkat usia kian berkuranglah duit raya, hati pun kian tak gembira. Paling menyedihkan apabila pernah terdetik di hati

"Raya dah tak ada rasa apa-apa pun. Macam hari-hari biasa ja"

Amat menyedihkan. Itulah bahananya apabila kita tidak memahami sedalam-dalamnya erti raya Aidilfitri yang diberikan oleh Allah kepada kita. Namun alhamdulilah, setinggi-tinggi kesyukuran di ucapkan pada Allah s.w.t kerana memberi petunjuk buat hambaNya yang buta sebelum ini untuk memahami erti sebenar raya Aidilfitri.

Raya Aidilfitri
bukan semata-mata untuk memakai segala yang baru,
bukan semata-mata untuk menikmati hidangan yang lazat,
bukan semata-mata untuk mengumpul duit raya,
bukan semata-mata untuk melawat saudara-mara,
bukan semata-mata untuk memohon maaf yang hanya dimulut tapi tidak di hati,
bukan semata-mata untuk bersenang lenang di hadapan tv

tapi
Aidilfitri adalah hari raya untuk merayakan kembali fitrah, setelah kehilangan dan ditemui kembali. Hal itu kerana adanya ibadah puasa.


Puasa bukanlah semata-mata untuk menahan rasa lapar dan dahaga tetapi puasa itu adalah untuk melatih kita untuk menahan nafsu kita secara keseluruhannya. Menjaga lidah agar tidak berkata-kata yang sia-sia, menjaga mata daripada pandangan yang tidak baik dan pelbagai lagi latihan untuk nafsu kita yang kadang-kala tak terkawal ini.


Dibulan puasa ini kita akan tiba-tiba bersemangat untuk beribadah pada Allah sebaik mungkin tapi pastikanlah niat beibadah kita itu kerana Allah, bukanlah kerana bulan Ramadhan. Jika kita hanya beribadah kerana bulan Ramadhan, takut-takut ibadah yang kita lakukan tidak kekal hingga ke bulan syawal.


Kita mestilah mengekalkan ibadah yang kita lakukan dibulan Ramadhan ini walaupun bulan Ramadhan sudah berlalu. Jika dibulan Ramadhan kita rajin membaca al-Quran, apa salahnya kita teruskan bacaan al-Quran di sepanjang hidup kita.
Sebagai mana di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah ra yang bermaksud :

“Ditanya Nabi Muhammad saw tentang amalan-amalan yang disukai oleh Allah. Baginda bersabda: “Amalan yang berterusan walaupun sedikit.”


Hadis riwayat Bukhari
Jika kita berjaya mengekalkan ibadah dan menahan nafsu walaupun selepas bulan Ramadhan barulah kita dapat menikmati erti sebenar raya Aidilfitri dimana kita berjaya kembali kepada fitrah. Ini kerana Aidilfitri merupakan kemenangan secara batiniah dan rohaniah.
Bulan Ramadhan juga dikatakan bulan transformasi buat umat islam untuk memperbaiki dan menjadikan diri kita lebih beriman dan bertaqwa kepada Allah. Oleh itu mari kita check adakah Ramadhan kita kali ini berjaya atau pun tidak dengan melihat ibadah dan diri kita selepas bulan ini berlalu. Jika kebaikan diri kita kekal, itu maknanya Ramadhan kita berjaya, namun jika kita kembali ke perangai kita yang asal dan tidak terus mengusahakan ibadah yang kita kejar hanya dibulan Ramadhan, itu bermakna kita perlu memperbaik diri dan mencari dimana salah dan silap kita agar kita akan senantiasa menjadi hambaNya yang bertakwa.
Oleh itu, diri ini amatlah berharap akan berubah untuk menjadi hamba Allah yang lebih beriman dan bertakwa kepadaNya. Sekarang ini barulahku memahami erti raya Aidilfitri.
M.A.F.A
wassalam

Tuesday, August 23, 2011

Apa guna merdeka jika......

Bismillahirrahmanirahim...


Saja jer pagi ni rasa rajin nak baca akhbar online so click la myMetro, pastu ada tajuk yang buat muka aku jadi camni (==')


"Ramai tak kibar Jalur Gemilang"


er..sekarang ni 23 ogos, and hari ni birthday my lovely mum, semoga Allah panjangkan umur mama di dalam keredhaan dan rahmatNya dan semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah yang berterusan buat abah,mama,kami sefamily dan jua umat islam seluruh dunia...


"Ter"buat ucapan birthday kat sini lak, hehe maaf...


Balik pada topik asal, hari ni genap 23 hari umat islam bepuasa sebab kita start puasa 1 Ogos kan? Dan kita sudah pun memasuki 10 hari terahkhir ramadhan dimana dalam 10 hari ada 10 malam dimana dalam 10 malam ni ada satu malam yang amat-amat bernilai buat umat islam seluruh dunia ---> Lailatul qadar... beruntung siapa yang beribadah pada malam itu kerana ganjaran pada malam itu seumpama 1000bulan... hebat kan?


Dan kita sekarang ni dalam bulan Ramadhan yang merupakan bulan pesta ibadat buat umat islam.


Dan ada juga yang sibuk bertungkus-lumus menyiapkan persiapan menyambut Aidilfitri.


Kebarangkalian aktiviti-aktiviti ini membuatkan mereka lupa nak pasang bendera jalur gemilang?




“Tidak tahu di mana silapnya, masih kurang kesedaran di kalangan masyarakat untuk menghargai kemerdekaan walaupun hanya memasang jalur gemilang sebagai tanda sokongan,”


(==') Aku pun jarang nampak bendera dah sekarang ni, kenapa yer? Sebab negara kita lagi banyak orang asing kah? sebab dah banyak orang asing dapat kerakyatan, so 'rakyat' malaysia kurang kesedaran untuk menghargai kemerdekaan. hehe sinis pula rasanya.


Apa-apapun pihak atasan perlulah sedar :


Sekarang ni bulan ramadhan, umat islam sibuk mencari keredhaan Allah. Barangkali terlupa yang hari kemerdekaan hampir tiba, biasa la, manusia kan mudah lupa.


Lepas bulan Ramadhan nanti bulan Syawal pulak, so mereka juga barangkali sibuk dengan persiapan raya.


Tapi mesti ada yang cakap
"Alasan semata-mata"


So apa lagi kita nak kata? Benarkah rakyat malaysia sudah kurang rasa cinta pada negara?


Dan Adakah rasa cinta pada negara bergantung pada pemasangan jalur gemilang semata-mata?


Honestly, aku pun tak pasang bendera kat rumah,kereta, moto etc.


Kenapa? Nak cakap aku tak sayang negara, er.. aku lebih suka tinggal disini kerana sudah Allah tetapkan aku disini, future tu kita tak tahu lagi. Lagipun tak der duit la nak beli bendera tu. Kalau ada duit lebih pun baik bagi pada yang memerlukan daripada beli bendera, pasang tak sampai sebulan, last-last bendera tu hilang camtu jer, yang kena buang pun ada. Kalau kita bagi makan pad hamba Allah yang lebih memerlukan, pahala dapat, hamba Allah tu pun kenyang dan boleh teruskan hidup dan beribadah pada Allah.


"......walaupun pelbagai kempen diadakan termasuk memberi bendera secara percuma, ia kurang mendapat sambutan di kalangan masyarakat..........."


Pada pendapat saya yang serba kekurangan ini, tak salah nak edar bendera tapi cuba sekali dua kita buat something yang different sikit dari kebiasaan kita. Apa kata kita pergi jalan-jalan kat kota raya pastu bantu hamba Allah yang daif dan tidak berumah tu. Daripada habis kain buat bendera, apa kata kita habiskan kain buat baju pada mereka? Bukankah kita mahu malaysia sifar kemiskinan? Banyak lagi yang boleh dibuat untuk membantu orang-orang miskin dengan duit yang kita asyik belanjakan untuk hiburan taktala menyambut kemerdekaan.





Apa erti kemerdekaan jika masih ada rakyat yang belum merdeka?


Sudah merdekakah remaja-remaja kita dari gejala sosial yang merosakkan akhlak?
Sudah merdekakah rakyat-rakyat kita dari dibelenggu kemiskinan?
Sudah merdekakah kita daripada kes buang bayi?
Sudah merdekakah kita daripada kes pembunuhan yang acap kali berada di dada akhbar?
Sudah kah............... terlalu banyak lagi perkara yang belum kita merdekakan...





Sejarah mungkin berulang kerana kelalaian kita sendiri.


Kemerdekaan disambut dengan hebat sekali tapi bila menjelma bulan september nothing change. Rakyat masih begitu, pemimpin pun masih begitu? Jadi kenapa nak bimbang bila rakyat tak pasang jalur gemilang jika dalaman mereka tidak tersentuh sedikit pun.


Apa guna menyambut merdeka jika pemikiran kita masih tidak merdeka?
Apa guna menyambut merdeka juka dosa pahala tak diambil kira?


Selalu dengar cerita remaja-remaja rempit di malam merdeka..(dimalam raya pun sama ja)
Selalu dengar cerita remaja-remaja berhibur hingga terlanjur di malam merdeka..





Kenapa ini berlaku? Siapakah yang patut mengambil peranan dalam hal ini?


Rakyat dipersalahkan kerana lalai memasang jalur gemilang..Tetapi siapa yang mengajar rakyat untuk lalai? Hiburan semata-mata disuapkan pada rakyat di malam kemerdekaan, adakah itu tidak melalaikan? Bukankah hiburan itu melalaikan?


Bukan niat nak condemn Malaysia tapi mahu mereka berfikir apa yang penting dan apa yang tidak.


Fikir-fikirkanlah...




M.A.F.A
wassalam









Thursday, August 18, 2011

Jangan dicemar maruah orang

Bismillahirahmanirrahim...


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat.” (Hadith riwayat Ahmad dan Tirmizi)
Kadang-kala kita tak perasan bahawa apa yang kita lakukan itu kemungkinan akan mencalarkan maruah orang lain tidak kira sahabat handai mahu pun keluarga.


Mencemarkan orang = mengaibkan orang itu


Apakah kita suka jika maruah kita dipermainkan, aib kita di uar-uarkan?


Terdapat pelbagai cara yang menyebabkan maruah seseorang itu tercalar dek perbuatan kita samada kita sedar mahupun tidak




PERKATAAN

"amboi minah, kau ni asyik pakai baju ni jer. dah tak der baju lain sangat ker?"


ok, nampak biasakan ayat kita, TAPI pernah kita tahu apa perasaan minah masa tu. Kalau dia jenir chill jer, relax jer tak pa la, but what if dia terasa hati.


"hina sangat ker aku pakai baju ni ulang-ulang. bukannya aku tak basuh, aku basuh jer, tiap-tiap hari lak tu" - mungkin ni la isi hati minah.


ok la kalau minah ni jenis penyabar, kalau minah ni jenis berang, confirm bertikam lidah la mereka.


Kadang-kadang kita tidak sedar apa yang kita katakan itu akan menyakiti orang lain lantas memalukannya jika kita dan dia berada di khalayak ramai.


TULISAN


Perkara selalu berlaku dalam blog, surat khabar, flyers etc (diari termasuk x? haha fikir2kan). Dan tulisan ni pun sama kes dengan perkataan la, cuma yang ni kita tak cakap tapi kita luahkan melalui penulisan. Selalu boleh tengok dalam fabebook la, yang wall post atau pun comment2 di antara mereka. Kadang kat situ pun boleh gaduh, tuduh sana tuduh sini...


Ada juga yang tak gaduh-gaduh tapi sembang-sembang dengan kawan jer... tapi sembang pedas-pedas, lebih pedas dari cili padi n cabai melaka. Pakat mengeluarkan statement-statement yang memalukan sesama sendiri, luaran nampak ok, tapi dalam hati masing-masing bertambah caci maki. Kan tak bagus tu, kau cakap aku, aku balas, aku cakap kau balik, kau balas........ Last-last dua-dua masam muka, pastu ego pula tak boleh tahan, tinggi melangit, tak da yang nak wat first move untuk minta maaf. Kan makin teruk tu? Mula dengan hanya jenaka, last-last syaitan yang ketawa, kita yang binasa.


Tips untuk yang selalu lepas cakap, kalau dalam kes ni, terlepas tulis : segerakan meminta maaf.. kalau yang tulis tu sila tekan backspace lama-lama skit. Kalau kat fb tu , just click button x belah hujung comment tu la. Bukan susah pun, daripada bertengkar sampai comment cecah 100++.


GAMBAR


Ni pula kes upload gambar kat internet la, letak gambar kat papan notis la, dalam surat khabar la, mms gambar la. Kalau gambar yang baik-baik dan memanfaatkan memang bagus, tapi kalau gambar yang mengaibkan? Lagi-lagi kalau tuan punya gambar tu tak tahu menahu. Dah boleh masuk kes naya orang dah ni.


Kita diberi akal oleh Allah s.w.t untuk berfikir, so bila tengok gambar tu, fikir-fikirkan lah gambar tu boleh mengaibkan orang itu ataupun tidak. Ni tak, siap upload dalam fb, kasi tag lagi, amik kau. Yang tuan punya badan dalam gambar tu pula jarang buka fb, sementara dia nak remove tag tu, sempat la kawan-kawan dia view gambar tu. Kesian kan?


"La....gambar yang aku upload tu ok jer pown.... mana ader aibnyer"


"Gambar tu tak namapka muka dier la, relax ar"


Ni la orang yang tak paham bahasa... kalau gambar yang di upload tu aurat tutup x abis pun dia kata ok. Suka-suka upload gambar orang. Walaupun orang tu contohnya tak bertudung, so kita upload gambar dia tak bertudung, dalam hati cakap


"Dia memang jenis free hair, dia tak kisah punya la aku upload gambar dia free hair"


ha...cantik la. Tambahkan lagi dosa kawan kita tu, biar satu dunia tengok aurat dia. Share dosa ramai-ramai, kau berdosa tak tutup aurat, aku berdosa pi tunjuk aurat kau kat orang lain. Bukan nak cakap banyak tapi i did found people like this. People who thought everything they done is ok, but the truth is IT ISN'T !


Banyak gambar yang orang ingat ok kalau nak upload and let the world see padahal gambar tu tak memenuhi syarat-syarat pelepasan untuk di upload.


  • gambar yang tak fully cover aurat (ingin di tegaskan lagi, kaki (untuk perempuan) tu pun aurat yer, sebab ramai buat tak ambil kisah, walaupun ada orang akan cakap " ala, kaki jer pun, tak der laki nak nengok nyer ha", yang tu sila argue dengan maha pencipta, tak perlu nak argue dengan manusia biasa kerana kita manusia bukannya pencipta, akal kita tak mungkin dapat menandingi kebijasanaan Allah, so kalau nak argue jugak, silakan di padang masyar nanti, tu pun kalau anda boleh berbuat demikian.)
  • gambar yang mempunyai pose yang mengghairahkan ( walaupun kita ingat buat muka cute tu normal ar, tapi kalau dah lebih-lebih sampai laki yang tangok boleh renung lama-lama, better tak payah la nak upload. Sebab sebahagian perempuan, kalau boleh memang nak mempamerkan kecantikan mereka, so banyak la pose-pose dibuat untuk menarik minat orang yang tengok tu, nak melawa tu tak apa, tapi bukankah tak berbaloi bagi laki-laki ajnabi tengok kecantikan kita, sebab pandangan laki ni 'advance' ooo, software komputer yang edit-edit gambar pun tak seadvance mereka (hebatkan?). Tapi bukan semua laki la, ada laki jenis wat dek jer sebab dia punya iman yang tahap lebih tinggi sikit berbanding laki-laki yang suka superimpose gambar dalam otak diorang ni. So kita sebagai perempuan jangan la nak menggalakkan laki-laki berbuat dosa yer. Tak kasihan ker kat mereka, mereka dengan kita tak sama pemikiran, bukan mereka tuabnormal ataupun gatal tapi dah kita yang GATAL tangan upload gambar-gambar yang 'pelik' ni kenapa? Kalau kita tak upload, mereka pun tak perlu susah hati. Dosa pun tak bercambah.


Maka, kita perlulah berhati-hati dalam setiap tindak-tanduk kita. Nak cakap/tulis fikir dulu apakah apa yang akan kita sampaikan itu akan mencemar maruah seseorang itu?


Maruah ni bukan benda yang boleh buat main-main, sebab kalau seseorang itu di malukan, satu family dia pun akan malu juga sebab akan ada pula mulut-mulut yang suka menjadi facebook bergerak untuk menuar-uarkan lagi keaiban itu.


"Anak sapa la ni" - yang ni memang selalu dengar kan, tak kena mengena mak dia pun dibabitkan sekali.


Dari al-Mughirah r.a, dari nabi s.a.w baginda bersabda: “Allah telah melarang keras (mengharamkan) kamu menderhakai ibu, melarang membuat kikir dan mengubur anak perempuan. Tuhan benci kamu jika kamu terlalu banyak berbicara begitu begini, terlalu banyak bertanya serta membuang-buang harta tidak pada tempatnya.” (Bukhari)

Dan untuk orang yang mendengar/membaca/melihat perkara-perkara yang mengaibkan orang tu pula, tak perlu la nak hebah-hebahkan lagi. Berdoa agar orang itu berubah dan di beri petunjuk ilahi.

M.A.F.A
Wassalam

















Wednesday, August 10, 2011

luaran bukan dalaman, dalaman ialah luaran



Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...


"Penampilan seseorang tidak semesti mempengaruhi akhlak seseorang
tetapi
akhlak seseorang itu akan mempengaruhi penampilan seseorang itu"






Kekadang bila terbaca blog-blog yang mengungkit akan penampilan seseorang yang tak sealiran dengan perangainya membuatkan aku terfikir, "apa yang kau harapkan dari seseorang itu?"


mengapa kita perlu menghakimi seseorang hanya berlandaskan penampilannya?


mengapa kita perlu menghakimi seseorang hanya berlandaskan perangainya?


ok, kalau nak menghakimi berlandaskan perangai, itu normal. Tetapi kalau penampilan? Adakah baju atau kain yang membaluti tubuh itu perlu dipersalahkan hanya kerana pemakainya?


"Tudung ja labuh, mulut mengumpat orang"


"Pakai jer kopiah, tapi bila sembang bab politik mengata sana sini"


Ya, mengumpat itu berdosa, mengata pun berdosa... Tetapi jangan menyebabkan perangainya yang tidak baik itu menyebabkan orang lain yang berpakaian demikian turut dipersalahkan. Dan bukan orang yang bertudung labuh/berkopiah jer berperangai begitu, tetapi perangai ini turut berlaku pada orang yang berpakaian lain-lain jenis lagi.


Jangan jadikan ini alasan mengapa kita tak mahu berpakaian yang lebih lengkap, lebih2 lagi muslimah.


"Ala, orang yang pakai baju yang labuh2 besar2 tu bukannya baik sangat, ntah2 mulut lagi jahat dari kita"


Well, baik sangatkah kita yang nampak terang-terangan membuka aurat sana sini? Pastu kutuk pula orang yang berpakaian mengikut syariat islam? Baik sangatkah kita?


"Atleast kami jujur, tak berpura-pura nak pakai tutup sana tutup sini"


Well, jujurkah kita pada Allah kalau begitu? Kita tak berpura-pura pada Allah kah? Sedangkan dari alam rohani dah janji nak ikut segala perintah Allah.


Memang melakukan perubahan itu sukar, tambah-tambah lagi kalau persekitaran kita langsung tak membenarkan, dalam erti kata lain tak da orang nak support kita. Tapi jangan pula perubahan kita hanya hangat-hangat tahi ayam jer, tak berterusan, berhenti di tengah jalan. Bagi mengelakkan ini terjadi kita perlulah memantapkan dulu kerohanian kita, peribadi kita, akhlak kita, ibadah kita, etc.


Huish mungkin memakan masa yang lama ni. Katakanlah kita nak amik masa setahun untuk betul-betul memperolehi akhlak yang baik (walaupun tak la 100% baik), adakah kita nak biarkan penampilan kita khususnya wanita (sebab aurat kita ni banyak sikit berbanding laki) terus begitu, dibiarkan sedikit terdedah aurat sementara mendapatkan akhlak yang baik. Dalam setahun tu dah berapa banyak dosa kecil akan digandakan? Oleh itu, ada la sesetengah orang yang membuat keputusan menutup aurat sebaik mungkin walaupun keperibadiannya tidaklah begitu terperinci baiknya.


NAMUN, oleh kerana dia belum lagi mendapatkah keperibadian yang baik tetapi dah berpakaian mengikut syariat, dia di kutuk kerana berpakaian tidak segah peribadi.


Apa salah dia? Dia baru nak berubah, jangan ingat kalau seseorang itu sudah menyempurnakan sesuatu perkara, perkara lain turut sama sempurna. Huish, hebat la kalau camtu. Semua orang boleh berubah jadi baik sekelip mata la, dunia pun aman.... Mungkinkah?


Attitude, perangai, sifat.... Bukan senang nak ubah sikap kita. Tambah-tambah kalau dah memang sebati dengan jiwa raga. Setiap orang mempunyai sikap atau tabiat buruk yang memang susah dikikis. Bukan dia tak berusaha nak membuang jauh-jauh sifat buruk itu tetapi kadang-kadang tersasul juga. Mau taknya, setiap anak adam tu ada ja pengiring yang selalu mengajak ke arah kebatilan iaitu syaitan. Sebab dia dah janji nak bawa anak-anak adam masuk neraka sekali dengan dia, sebab tu dia berusaha nak menyesatkan kita semua, jadi kita kena la juga berusaha nak lawan dengan bisikan dia. Tapi bukan mudah nak lawan. dia ni datang dari arah depan, belakang, kiri dan kanan. Kalau tak berjaya pengaruhi bab yang ni, dia pengaruh bab yang lain. Hebat tu, jangan main-main.


Oleh itu, jangan la nak salahkan orang tu bila perangai dia tak beberapa nak elok, tapi tegur la dia dengan cara yang berhemah. Mudah-mudahan dan lambat laun insyaAllah perangai itu akan terhakis. Dan bila dah nampak kawan kita tu pakai baju mengikut syariat islam tapi perangai tak berapa nak baik, jangan lah tuduh melulu atau mengata dia, kebarangkalian dia dalam proses memperbaiki akhlaknya. Kita patut kagum sebab walaupun perangai dia tak berapa nak elok tapi dia tak lupa tuntutan syarak dalam dressing dia. Keikhlasan dia jangan dipertikaikan tapi pertikaikan hati kita ni, mengapa selalu berpandangan negatif pada orang lain? Sucikah hati kita apabila keburukan orang sahaja yang kita nampak?


Saya juga di dalam proses memperbaiki diri, dan saya pasti anda semua juga begitu. Oleh itu jangan sewenang-wenangnya mengatakan orang itu jahat kerana perangainya sedemikian tetapi dekati dan nasihatilah dia, jika kita tak buat demikian, kita pun jahat la sebab tak menariknya ke arah kebaikan. Jadi, kalau tak mampu nak tarik orang tu ke arah yang lebih baik, jangan la kutuk dia pula, tetapi berdoalah pada Allah supaya diberikan petunjuk pada dia dan juga diri kita ini.




Tak semua orang yang baik itu last2 masuk syurga, dan tak semua orang yang jahat itu last2 masuk neraka. Hidayah itu milik Allah, Dia boleh berikan pada hambanya yang Dia pilih dan kita tak tahu sapa calon-calonnya, so jangan suka2 tuding kat orang tetapi cerminlah diri sendiri dan berusaha la memperbaiki diri dan akhlak supaya memperolehi iman yang membawa kita menjadi salah satu kekasih Allah dan disamping itu marilah kita mengajak orang lain ke arah kebaikan juga.




Sesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa Yang Engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah Yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).
( Al Qashas : 56 )











"Dan janganlah kamu mencampurkan yang hak dengan yang batil, dan janganlah kamu sembunyikan kebenaran, sedangkan kamu mengetahui "
(al-Baqarah : 42 )




Pesanan untuk diri ini juga... (^_^)


M.A.F.A
wassalam



Monday, August 8, 2011

ratu syahadah

Engkaulah permaisuri di mahligai tirani
Teguh imanmu walau tersembunyi
Kasihmu kau buktikan sebagai isteri
Namun cintamu untuk Ilahi


Engkau masih isteri yang sejati
Ketika suami dimurka Allah
Istana bukan penjara nikmat yang alpa
Sinar imanmu tak kelam permata
Kau miliki jiwa hamba
Walau di sisimu singgahsana


Sejarah Asiah telah membuktikan
Iman bukanlah penjara di jiwa
Yang selamanya bersembunyi
Tapi kemerdekaan yang hakiki
Yang punya wajah dan jua rupa
Akhirnya imanmu bersuara
Lantas kau dipenjara dan diseksa
Oleh suamimu yang dihina


Di kejauhan istana keangkuhan
Menggamit mata sayunya di jiwa
Namun hatimu tak sudi ke sana
Iman dan akidah lebih utama
Ratu syahadah lalu bermadah
Oh Tuhan binakan istana untukku
Walaupun di dunia ku diseksa
Namun tak terbayar nikmat di syurga


Oh Asiah kau merubah rencana
Bila tanganmu menyentuh bayi
Yang hanyut menongkah arus Sungai Nil
Lembutmu mematahkan keangkuhannya
Firaun merancang kau menghalangnya
Musa terbuang jadi terbilang


Ya Allah…Ya Allah…

Saturday, August 6, 2011

peluk itu menenangkan (^_^)

Bismillahirrahmanirrahim....


"Peluk itu menenangkan"...itulah yang berlegar-legar kat otak aku masa tidur malam semalam. dah lama rasanya tak tidur dipeluk orang tetiba malam semalam kena peluk kot... nyaman...menenangkan...menggembirakan...segala dendam, benci, tak puas hati atau segala perasaan negatif hilang kot...


Kasih ibu bawa ke syurga...selalu jer dengar ayat ini tetapi memang betul pun, doa ibu tu kan sangat-sangatlah berkesan...sebab tu para ibu kenalah berhati-hati bila nak cakap tentang anak sebab perkataan kita itu doa, so cakaplah yang elok-elok tentang anak kita yer..









Alhamdulillah semalam mama n akak + abg ipar selamat sampai umah... So masa malam tu tido sekali ngan mama and pelukan dari mama amat menenangkan... Rasa macam dah lama tak kena peluk masa tido kot, huish rindunya (hahaha terjawab persoalan dia atas)


Ibu Bapa itu permata hati, janganlah kita mengabaikan mereka taktala kita sudah berjaya di menara gading (haha keluar dah ayat2 karangan aku) Sekarang ni aku tengok semakin banyak anak yang suka menyakitkan hati ibu bapa mereka, tak payah cakap orang la, aku sendiri pun pernah kot mengguris perasaan ibu bapa aku dan perkara itu amatlah menyedihkan, takut-takut tak cium bau syurga nanti...


Ya, ada yang cakap ibu bapa mereka tu kekadang menyakitkan hati mereka, tapi apa sangatlah yang sakit kalau nak dibandingkan dengan penat lelah mereka membesarkan kita? Tapi ada yang menyangkal dengan statement " Ibu bapa saya tak pernah pun jaga saya! Saya selalu di pukul dan tak disekolahkan pun. Sekarang ni kawan-kawan saya masih bersekolah dan saya kena kerja di usia yang muda!" hurm... tapi kamu masih hidup kan? maknanya masa bayi siapa yang memberi makan dan minum pada kamu? memang boleh nampak macam ibu bapa kamu kejam tapi mereka tak sekejam seperti ibu bapa yang sanggup membunuh anak sendiri.


Sayang..... setiap manusia punya dugaan hidup yang tersendiri, Allah tak akan menduga kita dengan sesuatu yang tak mungkin kita hadapi. Ya, memang saya tak layak memberi pendapat kerana ibu bapa saya tak seperti itu tetapi di dalam Islam pun kita kena menghormati ibu bapa kita. Namun kita boleh menyangkal mereka sekiranya arahan mereka bertentangan dengan hukum Allah namun mestilah dengan cara yang paling sopan.


Apa yang harus kita buat ialah bersabar kerana Allah menyintai orang bersabar... ya, memang susah nak sabar tapi itulah kemanisannya, yang susah itulah yang akan menggembirakan kita kelak.


Sebelum ini aku tak pernah memikirkan tentang kejadian manusia di dalam rahim seorang wanita namun sekarang ini baru aku sedar betapa susah nak terjadinya manusia... Aku ingat mengandung itu sesuatu yang tak la menyusahkan, just jaga permakanan, jangan wat kerja berat..tetapi kadang-kadang ujian boleh menimpa pabila bayi yang dikandung meninggal sebelum melihat dunia ini... dan lebih memeritkan lagi jika kita tak tahu punca-punca kematiannya.. inilah Kuasa Allah, tak ada siapa mampu melawannya... dan aku terus melihat tanganku, rupaku.. sungguh bernilai, bukan senang nak terjadinya aku yang sekarang... terfikir juga aku, bagaimana kalau aku mati semasa di dalam rahim ibuku? yang mana lebih baik?? hidup di muka bumi ini seperti sekarang atau mati tanpa melihat muka bumi ini?


Dan aku pilih apa yang aku ada sekarang kerana aku tahu Allah lebih mengetahui akan sesuatu. Hargai diri kita, tak perlulah mengeluh sekira nya kita tak secantik mereka, kita tak sehebat mereka... perbaikilah diri kita dan jangan lah mengeluh, keluhan tidak kemana sekiranya kita tak berusaha. Hidupnya kita di atas muka bumi pun sudah menandakan bahawa kita insan terpilih untuk beribadah padaNya... Allah tak menilai kita berdasarkan status kita di atas dunia, tetapi berdasarkan keimanan dan ketakwaan kita padaNya... Kejarlah akhirat tetapi jangan abaikan dunia..


last but not least, peluklah ibu bapa kita sekiranya kita ingin merasakan kasih sayang Allah, dan ikhlaslah dalam beribadah padaNya...





M.A.F.A
wassalam

Friday, August 5, 2011

Aurat oh Aurat

Bismillahirrahmanirrahim....


Alhamdulillah, masih kedengaran lagi ayam berkokok girang dari sahur lagi (dia minta buka pintu sangkar ar tu, haha) menandakan masih lagi diberi pendengaran yang jelas oleh Allah s.w.t dan masih lagi jasad ini bernyawa untuk mengabdikan diri padaNya. Di pagi yang tenang ni nak wat entry pasal aurat la, memandangkan bila ber"FB" macam2 hal kita bleh tengok an....( ya, mostly orang akan tuding kat pompuan tapi hati2 yer, laki pun kekadang ada yang pakai short sesingkat boxer...so mari kita ukur baju dibadan sendiri berdasarkan aurat la yer) Tapi reason sebenar nak wat entry sal aurat ni sebab insyaAllah jumaat ni abang ipar bersama kakak dan ibu yang dicintai nak balik umah, Alhamdulillah...


Mesti pelik kan apa kena mengena diorang nak balik ngan aurat..hehe aku bukan apa tapi kebanyakkan ipar-ipar ni masih lagi kabur akan aurat sesama mereka atau mereka wat dek jer. Rasanya masa kat sekolah pun ustaz/ustazah dah ajar kot tapi sebab kita belajar nak skor 'A' jer, so ilmu itu tak di amalkan dan last-last ilang terus. Ok meh kita clearkan ayat yer, bermadah panjang menggunakan ayat sastera pun x best kalo orang xpaham (tapi saya suka bersastera, bagi ayat bunga2 skit, best per? :D)
Aurat lelaki dan perempuan ajnabi / bukan mahram kita itu perlu la dititik beratkan iaitu kalau lelaki dari lutut sampai pusat (bukan lutut ngan pusat jer, ada beza sampai dengan dan tu yer) dan aurat perempuan pula dari hujung rambut sampailah hujung kaki kecuali muka dan tapak tangan tapi ulama bersependapat boleh la pergelangan tangan hingga hujung jari tangan. (tengok tu, indahkan perempuan. sebab tu la Allah suh cover habis-habisan, sebab kecantikan yang diperlihatkan akan basi la, kesian pada yang layak menikmati kecantikan kita...rugi rugi...dan masih tak terlambat untuk menutup keindahan kita yer, jangan cakap dah alang2 buka, buka terus...amboi banyak cantek, macam dah alang2 nak masuk neraka, masuk terus la *maaf ayat ni agak kasar, sebab ni hanya la perumpamaan yang keras sebab kalau nak berlembut sangat dengan manusia susah gak, dan tiada siapa yang layak menentukan syurga nereka seseorang yer* ) Namun aurat perempuan dengan perempuan muslim dan keluarga kandung (kena tambah kandung, kang nnt salah tafsir ngan keluarga angkat susah lak) hanya dari lutut sampai pusat. Tapi elok la cover2 apa yang patut untuk keselamatan diri dan keluarga. Manakala aurat perempuan dengan perempuan non-muslim pula ada banyak skit pendapat ulama, ada cakap cover semua kecuali muka dan tapak tangan dan ada cakap sama cam aurat ngan perempuan muslim lain. Ada juga aku terbaca ustaz tu cakap kalau perempuan non-muslim itu x di khuatiri akan menghebah-hebahkan kat orang lain tentang aurat kita so boleh la nak dedah skit tapi kalau dikhuatiri perempuan non-muslim tu akan menghebahkan dekat orang lain so tutuplah seperti kita dengan lelaki ajnabi.




okeh, done with mukadimah, skang meh kita mendalam lagi yer. Aurat kita yang ringan (yang biasa diperlihatkan) hanya boleh dengan


  • suami/isteri : yang ni xder aurat pun sesama suami isteri, tapi kalo sentuh batal air semayang tau :D
  • bapa/ibu kandung : sayangilah mereka
  • bapa/ibu mertua : kalau cerai ngan suami/isteri pun still xleh nak kahwin ngan diorang so jangan pandai2 nak mengayat mertua korang yer
  • anak-anak : anak kita sendiri kot....
  • anak-anak tiri : yang ni pun xleh nak kahwin ngan diorang, jadi jangan dok mengayat sangat
  • saudara-saudara (adik beradik kandung)
  • anak bagi saudara-saudara kita yang lelaki
  • anak bagi saudara-saudara kita yang perempuan : okeh yang ni compile sekali yer.... kalau anak sedara kita xpa tengak aurat yang biasa diperlihatkan (tapi jangan lebih2, kalo pompuan tu takat tak pakai tudung sudah la, jangan dok extravaganza plak yer) TAPI untuk pasangan (suami/isteri) mereka aurat tetap macam dengan bukan mahram kita, so salam pun tak boleh yer sebab yang ni raaammmmaaaiiiii tak amik peduli, pakat bedal jer salam/bertepuk mesra,tak boleh, haram. Sebab kita bleh kahwin ngan pasangan anak sedara kita.
  • perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba kita : zaman skang ni dah takder hamba2 dah kan?
  • orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan : kita tahu ker dia dah x berkeinginan, so be beware selalu jer, better jaga sebelum terlambat...
  • kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan



Okeh, skang nak sentuh bab orang yang kita KENA tutup aurat completely sebab kekadang kita masih kabur dengan sapa nak tutup aurat, dengan sapa bleh tunjuk yang biasa diperlihatkan.... dengan sapa bleh salam, dengan sapa tak boleh salam, sebab sempena nak raya lagi 2 3 minggu ni, jangan dok bedal jer salam semua orang, adat tak adat, ingat-ingat sikit hukum hakam islam, ni tak, sebab adat, agama diperlekehkan. Selalu jer kekadang bler balik kampung kang ader jer yang suka suki suh kita salam suma orang (perkara ini hanya berlaku di sesetengah keluarga jer, tak semua keluarga jahil akan hal ini) tak kira relationship. Dah macam machine kat kilang dah, saaaalaaaammm ja suma orang, atleast machine kat kilang xder akal so kalo tekan switch on dia beroperasi tanpa henti la, tapi kita ni diberi akal oleh Allah, so pikir2 la yang mana leh salam yang mana tak leh salam. Dah, xleh cakap banyak nanti melalut lagi panjang dengan perumpamaan sendiri. Ini senarai yang selalu orang salah anggap dan salam suka hati dan didedahkan aurat sesuka hati.


  • abang / kakak ipar : huish, ipar ni bahaya tau, sebab dah banyak kes ipar ada skandal. Sebab itu marilah kita ikut hukum Allah supaya perkara-perkara yang tak diingini berlaku.
  • suami/isteri anak saudara : ni dah jelaskan kat atas tadi
  • mak/ayah angkat : walaupun diorang bela kita sejak kecik tapi kalo bukan ibu susuan, tetap xboleh. sekarang ni kan dah ada ubat bagi pompuan boleh menyusu, jadi gunakan method ibu susuan kalau nak amik anak angkat, lebih selamat dan memudahkan urusan keluarga.
  • sepupu yang berlainan jantina : sepupu2 kan boleh kahwin...lalala~~~
  • anak saudara suami/isteri : ni sama la kes ngan suami/isteri anak saudara
Kalau nak senaraikan lagi banyak gak tapi saya sudah penat menatap screen lappy. hehe Tapi apapun, jangan menghalalkan yang haram yer, ikutlah hukum syarak. Walaupun kita tidak bernafsu akan mereka, tetapi kalau dah hukum tetapkan kena tutup aurat, tak boleh bersentuhan, patuhlah kerana Allah lebih mengetahui akan segala sesuatu yang ditetapkan. Mana nak tau sebelum ni tak suka, pastu bila bersalam/tengok aurat dia terus suka. Tak salah nak suka tapi aurat ni mesti dititik beratkan sebab tak semua orang bila sukakan seseorang akan menahan diri dari melakukan perkara yang tidak baik. Sama la macam couple, ada cakap couple tak pa, janji kawal diri. Der, cakap senang la, once couple bleh ker tahan nak berkasih sayang? Xper, tentang couple kita wat entry baru yer, xnak serabutkan dengan topic bermacam-macam, kang pening.


Balik pada mukadimah, mama nak balik umah, yeay... Alhamdulillah, dapat gak berpuasa ngan mama n family nanti, semoga Allah panjangkan umur kami sekeluarga dan umat islam seluruh dunia supaya dapat kita mempertingkatkan lagi ibadah2 kita dan mngerjakan ibadah yang wajib kita buat, ayuh! Mari tanam impian nak menunaikan rukun islam ke-5 (pergi haji bagi yang mampu) dan kekalkan rukun islam yang lain. Sekarang ni kita tengah bergembira dengan tambahan rukun islam yang ke-3, bukan senang nak buat rukun islam yang ke-3 ni, setahun sekali tu. Selamat berpuasa (^^_^^)


p/s : kebanyakkan ilmu di ambil dari ceramah ustaz kazim (click click) so kalau ada salah silap sila tegur, bersama-sama kita menimba ilmu dengan teguran yer.


M.A.F.A
wassalam

Thursday, August 4, 2011

tak abis lagi isu hiburan korea :(

Bismillahirrahmanirrahim


Masa tengah check wall sendiri kat fb nampak banyak sangat link video ke arah ke-korea-an... bermaksud suma tentang koreala, artis korea, penyanyi korea, citer korea...huhuhu aku ni dah la dlu suka benor2 ngan menda2 ni so apabila pop out segala news or entertainment dari "friend yang sgt berguna ni " agak mempengaruhi mental aku gak la. Ye la, sebagai seseorang yang tak seberapa hebat ilmu agama di dada ni, agak merbahaya jugak la bila post diorang ni naik kat wall aku. Kalau aku block nnt susah lak kalo ada update2 yg beneficial untuk aku, so mau xmau biar je la. Masalahnya sekarang kalau smpai tiap2 hari ada jer post camtu mau tak stress aku, Bukan aku nak condemn orang yg post tu tp tolong la, nak enjoy sorang2 sudah la, xyah nak involve orang lain dalam menda2 lagha ni. Bukan nak ckp kat org sbb aku pun sama kalo ada benda best tu nak SANGAT kongsi ngan kengkawan tp atleast let the news or posts are beneficial for u n ur friend... jangan la post tu sampai totally lagha and xda input2 yg mencana minda langsung.


Dulu pernah gak ar aku (sedap sungguh kata ganti nama pertama ni, xsopan langsung...hahaha) post note betapa xmau nya aku dengan hiburan korea ni tapi xla smpai publish kat wall sbb takut ada pihak yang termakan hati amat dalam, so note tu kebarangkalian sudah bersarang tanpa pengunjung lantas tak memberi apa2 makna dalam kamus hidupku (sukanya aku berfalsafah). kalau nak baca note tu bleh la gak. Note tentang betapa aku dah xsuka kat industri hiburan korea ni.


YA... Memang x salah kalau nak berhibur tapi jangan terlebih-lebih. (ok, aku bleh la ckp banyak kan, dah aku skang agak 'insaf' skit) Tapi it is not a big deal untuk click button unlike dalam diri kita tentang hiburan korea ni. Senang aku cakap sebab aku pnya pengalaman tentang ini semua. Sampai kekadang aku lebih advance dari korang , tapi tak la advance tentang latest news or latest song/drama/movie sebab skang aku dah tak amik kisah sangat, lagipun aku rasa lagu2/movie2 korean skang dah xbest (sebab aku xlayan). Aku dlu fanatic BigBang especially member dier yg nama choi seung hyun aka top tu. Suka gila la, google everything about him sampai satu tahap it was like i know everything about him. Tudia, hebat x aku sebagai stalker yang berjaya. hahaha Tapi aku x kagum itu semua, bah kan aku sedih sebab bila mai salasilah biodata Rasulullah S.A.W aku gagap. Apakah aku umat yang baik sekiranya biodata kekasih yang patut disanjungi pun aku tak tau sangat tapi bila datang bab artis yang x ada apa-apa kesan pada aku di akhirat kelak aku hebat plak. Kejam nya aku pada diri sendiri.


Aku mula stop benda ni semua pun bila masuk matrik, alhamdulillah la walaupun aku x la join mana2 usrah mahupun kelab agama tapi Allah still tolong buka pintu hati aku untuk sedar akan jalan hidupku yang agak terpesong. Walaupun aku bukan la perempuan liar yang selalu keluar umah xkira waktu, ataupun perempuan yang asyik berkepit dengan bukan muhrim taktala cinta manusia di agungkan (aku bersyukur kerana dikurniakan fizikal yang x 100% menarik minat lelaki kerana dengan ini aku kompem x la menjerumuskan kaum lelaki ke lembah kehinaan apabila mata mereka buat diri ini bagaikan r&r ja. Kalau Allah bagi aku fizikal yang ala2 supermodel kompem aku ada chance untuk melakukan dosa sebab iman dihati ni bukan nya hebat sangat, selalu jer pikir nak couple la apa la, so skang ni sedar pun kenapa allah bagi aku camni, sebab Allah tau aku punya pemikiran aku. Ya mungkin ada yang risau sebab bila fizikal x lawa camna nak cari bakal suami, lupakan itu semua, aku yakin pada Allah, sekiranya tiada di dunia di akhirat aku pasti ada peneman yang mungkin jauh lebih baik dari di dunia....andainya aku wanita solehah) tapi kesalahan terlalu hanyut didalam hiburan sudah cukup membuatkan aku manusia yang tak berguna. Apa taknya? Hati ini hanya sekali sekala ja ingat kat Allah, tapi kalau idola2 tu selalu jer ingat, ni x masuk kes wallpaper handphone suma gambar artis2.


Kalau nak dikira kesalahan/dosa kira banyak gak kot. Lalai mengingati Allah, tidak menjaga pandangan mata (jangan asyik dok tengok jer artis tu menari2 kat video u tanpa feeling, sedarlah aurat diorang tu, memandangkan diorang non-muslim lagi la banyak aurat2 yang tak sepatutnya kita lihat gah terpampang, tu x masuk lagi tarian yang menghairahkan lagi. Toksah ckap la, "saya pompuan, artis tu pun pompuan, relax la" AHA!!! aku tgk mostly artis tu pkai short smpai sama taraf spen**r jer, malu aku nak taip but thats the truth!!! Jangan nak tipu la, walopun aku x layan menda2 tu tapi mata aku x la baik sgt smpai xmenjeling2 video di lappy org lain, pompuan2 baik punya menari ngan kain xckup, sebab tu ilmu susah nak masuk otak, dok tengok benda2 haram camtu. Memang la kita x tengok cita2 yg "direct buat" tapi vidoe clip ni pun sama taraf ja aku tgk) , habiskan masa dengan aktiviti xberfaedah, etc. Ya, memang la ada satu kisah dimana ada sahabat yang dia risau kerana bila dengan Rasulullah s.a.w ja dia selalu ingat pada Allah, tapi balik umah kekadang dia terlali dari mengingati Allah. Ni kisah dia.
Hanzalah bin Ar Rabi' adalah seorang juru tulis Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam, ia berkisah : "Aku bertemu dengan Abu Bakar", Hanzalah berkata : "Wahai Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam, Hanzalah telah menjadi seorang munafik! Rasulullah bersabda : "Kenapa?", Hanzalah berkata : "Wahai Rasulullah, "Ketika berada disisimu, engkau mengingatkan tentang surga dan neraka seolah-olah kami melihatnya, lalu ketika kami keluar dari hadapanmu, kami disibukkan oleh istri, anak-anak dan mencari nafkah, sehingga kami menjadi lupa peringatanmu. Rasulullah bersabda : "Demi yang jiwaku di tangan-Nya andai kalian tetap seperti kalian di sisiku dan terus berzikir niscaya para malaikat akan menjabat tangan kalian, sedang kalian berada di atas tempat tidur dan di jalan raya, akan tetapi wahai Hanzalah, ada waktumu (untuk beribadah) dan ada waktumu (untuk duniamu)".
Ini kerana dia disibukkan dengan hal keluarga pun dah rasa munafik, kita ni? Aha!! renung-renungkan!! Tak terasa apa ker waktu sedap tengok penari-penari tu dok terkinjal2 kat dalam video tu??




Ok aku dlu pun agak 'terseksa' la nak buang hiburan (xkira la korea or any hiburan la) dari hidup aku, mau taknya, dah macam sebati jer aku rasa hiburan ngan aku. Jap jap, pikir camna tah aku leh xsuka hiburan korea.... Aha!! disebabkan perangai aku yang tak suka bila benda yang aku suka orang lain suka!! Masa kat sekolah hiburan korea kat sekolah aku x la berleluasa sangat, and aku layan sensorang jer, xder plak nak kongsi2 ngan kawan (atleast tak la banyak orang nak tuntut kat akhirat kenapa aku bawa diorang ke arah menda lagha ni) so bila masuk matrik, astagfirullah al'azim, banyaknya tak terkira manusia yang minat hiburan korea ni, siap bila ada pesta ada la yang buat pertunjukan tarian ala2 vidoe clip korea, Haddoi, hebat sangat pengaruh dia. Walaupun sifat aku ni xbagus tapi aku bersyukur kerana sifat inilah yang membuatkan aku stop dengan hiburan ini. Pelikkan aku, sepatutnya aku gembira sebab ada kawan untuk kongsi-kongsi cerita TAPI AKU TAK SUKA LA. Sangat2 xsuka bila benda yang aku suka orang lain suka, jeles tahap apa pun aku xtau but bagus kan sifat ini. Dengan sekelip mata aku dah xlayan lagu2korea. Dan alhamdulillah aku mula berjinak-jinak dengan music bergenrekan islamik iaitu nasyid. (ntah la, tetiba ja ada folder nasyid dalam lappy aku, dari mana datang aku pun xtaum) so bila dengan lagu nasyid yang selalu mengingatkan kita pada Allah amatlah menenangkan. It is like dakwah melalui lagu yang terkesan pada jiwa ini.

Selain itu mungkin faktor kawan kot, ada la sorang roomate aku yang 'baik' dan aku suka tengok dia. Dia selalu hilang waktu petang tapi bukan tiap2 petang la, aku selalu pelik, mana la pi budak ni, dia ni bukan jenis couple so xkan pi dating kot, so aku yang curious abis ni pun tanya la, tapi dia macam tak nak jawab jer. Rupa-rupanya dia gi usrah, n sebab dia tak nak jawab sebab matrik aku ni ketat skit, diorang takut nanti termasuk ajaran sesat. Masa tu la aku mula kenal apa itu usrah, yang aku tak pernah dengar selama ini. Tapi waktu matrik aku tak join sebab first xda sapa ajak n second aku pun x tercari2 lagi.

Bila masuk alam universiti, masa minggu transformasi mahasiswa banyak aku dapat tawaran untuk join kelab2 islamik. Syahdunya, hebatnya senior-senior ini dalam berdakwah. Dan disini makin aku kenal akan agama aku yang telah aku anuti sejak lahir tapi disia-siakan hidupku tanpa mencari sinar nur Mu. Tapi apa-apa pun, thanks to mak aku yang selalu bawa aku adik beradik pi dengar ceramah agama dari kecik lagi. Aku ingat lagi waktu aku kecik2 selalu naik moto ngan mak aku ngan kawan mak aku (m
acam konvoi ar) pi dengar ceramah. Tapi bila dapat adik mak aku busy skit so aku dah lama tak pi majlis2 agama ni, kekadang jer pergi. Mungkin sebab itu masih ada lagi sinar harapan untuk aku berubah dengan lebih baik. Terima kasih mama!!! Walaupun mama xbleh nak bagi ilmu agama yang secukupnya buat kami, tapi mama da inisiatif sendiri untuk dekatkan kami pada hidayah Allah. And also thanks to abah yang selalu beli kaset ceramah ustaz mutalib yang dah mmg berlambak dlam almari, walaupun abah x dapat bawa kami ker majlis ilmu tu tapi abah beli juga cd ceramah supaya boleh kita dengar kat rumah.

So back to the topic, xkisah la hiburan korea or whatever tapi pastikan hiburan tu tak melebih-lebih sangat yer sampai obses tahap apa lagi. skit-skit sudah. Nak berhibur boleh tapi biarlah berlandaskan islam. Aku bukan apa, cuma risau nanti kat akhirat banyak nak kena jawab nanti. Even aku yang tengah taip ni pun akan disoal kenapa aku taip benda ini, apakah kebaikannya? jangan pandang remeh yer soal selidik akhirat ni, setiap yang kita lakukan akan ditanya der. Dan saya berharap kalo ada yang baca blog/post ni, diharapkan ia bermanfaat dan bukannya kelalaian semata-mata. Marilah bertransformasi ke arah kebaikan sempena di bulan mulia ini.

M.A.F.A
Wasalam